Lelaki Pakistan Perdaya Wanita Beli Emas Ansuran

pakistanKUALA LUMPUR –  Berpura-pura mencari orang berhutang, seorang lelaki warga Pakistan memperdaya peniaga-peniaga wanita di Masjid Jamek dengan menawarkan belian emas secara ansuran.

Lelaki berkenaan bagaimanapun menghilangkan diri setelah mengambil bayaran deposit sebanyak RM200 seorang daripada lapan mangsa.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Salah seorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Siti, 28, berkata, lelaki itu pada mulanya hanya datang mencari seseorang yang didakwa peniaga di situ kerana tidak membayar bayaran ansuran emas yang dibeli.

Menurutnya, cerita tentang lelaki itu yang menawarkan pembelian emas secara ansuran tersebar dari mulut ke mulut membuatkan ramai peniaga yang teruja dan mahu membelinya.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

“Pada Selasa lalu, saya membuat bayaran deposit kira-kira jam 1.30 petang dan dia berjanji akan berikan barang kemas pada jam 3 petang.

“Namun setelah saya dan mangsa lain menunggu sehingga malam dan keesokan harinya, dia tidak muncul, membuatkan kami sedar telah ditipu,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi mangsa, Lela, 40, berkata, dia bersetuju untuk membeli barangan kemas itu kerana boleh memperolehinya terlebih dahulu sebelum habis bayar.

Katanya, dia percaya kerana diperkenalkan oleh peniaga lain, yang rupa-rupanya turut tertipu dengan lelaki itu.

“Saya bayar RM200 sebagai deposit membeli barang kemas berharga RM9,000. Namun hampa apabila lelaki itu terus menghilangkan diri.

“Kami cuba hubungi talian telefon yang diberi namun telah ditutup,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga enggan dikenali berkata, kes sama pernah berlaku di situ beberapa tahun lalu dan kini kembali terjadi dengan modus operandi sama.

“Mungkin sukar untuk dapatkan kembali wang yang mangsa telah bayar, tetapi sekurang-kurangnya kejadian ini dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada orang lain agar tidak terperdaya,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi.

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>