Jenis Emas di Malaysia

Emas begitu sinonim dengan wanita sebagai perhiasan diri. Kepentingan emas berubah mengikut zaman. Jika dahulu emas dianggap sebagai status kehidupan seseorang namun hari ini emas dijadikan sebagai simbol kemegahan peribadi dan penampan kepada kekayaan seseorang individu.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Jika anda berjalan-jalan di kedai emas sekitar Carpenter Street anda pastinya ada sudah biasa melihat gred-gred emas yang dijual di kedai emas tersebut. Bagi seorang pelabur adalah lebih baik menjadikan pengetahuan berkaitan jenis emas ini sebagai nilai tambah supaya mudah bagi kita membantu “potential buyer” kita.

Contoh yang mudah adakah cincin yang kita pakai mahupun isteri kita ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Apakah perbezaannya? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Standard Emas Malaysia

999 – 24K
950 – 23K
916 – 22K
875 – 21K
835 – 20K
750 – 18K
585 – 14K
375 – 9K

Mengapa Emas perlu di Campur Dengan Logam Lain?

Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras.Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas.

Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Jadi, Apa yang Harus Anda Beli?

Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan.

Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k.

Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

 

 

Sumber asal : Dunia Emas
: www.ilmudinaremas.com/2012/10/jenis-emas-di-malaysia.html

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

0 thoughts on “Jenis Emas di Malaysia

    • Hasiman says:

      Tidakkah emas 916 akan terhakis sekiranya di pakai dengan loket 18k…

  • wan says:

    adakah 18k laku jika digadai dipasaran

  • kimie says:

    kod : em 16
    adakah tu emas tulen ? ada dekat cincin

  • andy says:

    nak tumpang tanya..kalau cincin yg ade cop (ys18k) tu jenis cicin yg mcm mane ye.?.silver ke stainless steel ke emas putih ke..saya masih belum jumpa jawapannya.

    • admin says:

      mungkin emas mungkin tak,cop sapa2 boleh cop… better pergi ke kedai emas sendiri utk test, atau contact je kami di 0391741985

        • admin says:

          kgp baru sadur.. jika ada “GP” bermaksud gold plated x kira 916GP ke, 19KGP ke atau sebagainya…bagaimanapun emas yang ada cop 916 tu pun belum tentu emas, sapa2 boleh cop

  • Nasz says:

    Boleh ke barang kemas yg materialnya selain emas bernombor916

    • admin says:

      emas 916 bermaksud 91.6% emas, balance dia 8.4% mungkin logam/material yang lain..

  • fatin says:

    Nak tnya klau cincin ada code 26p Tu dlm ktegori emas ke ? bru prasaan cincin kwen code dia 26p .. Biasa tgk 999 or 9** or 8** … Blh bg pcerahan x?

    • admin says:

      26p tu mungkin cop company…tetapi kalau ZGP itu mungkin zhulian

  • diey says:

    saya nk tanya kalau di gelang ada cop tulisan cina n kod 990..ada harga x?..ianya berwarna seperti perak/emas putih

    • admin says:

      emas 990 x wujud, tapi cop sahaja bukan penentu ketulenan emas, sbb sapa2 pun boleh cop mana2 logam, better bawak ke arrahnu berdekatan biasanya mereka bleh ujikan ketulenan..percuma jee

  • Myself says:

    Nak tanya kalau cop 595 tu emas atau perak ye? Dah cri jawapan tapi masih belum jumpa.

    • admin says:

      kalau emas 14karat , part per thousand dia ( 14 karat bahagi 24 karat) akan jadi emas 585 …. emas 585 wujud.. 595 xpnah kedengaran.. tp apapun cop emas tu, baik bawa ke mana2 arrahnu mereka boleh testkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>