MEER SADIK HABIB (dua dari kanan) bersama Zarida Noordin (tiga dari kanan) bergambar bersama model yang memperaga koleksi Tahun Baharu Cina Habib di Kuantan, kelmarin. – UTUSAN/MAHATHIR ALI
KUANTAN Feb. – Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) menegaskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April ini bukan faktor utama jika berlaku kenaikan harga barang kemas dan aksesori keluarannya.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, harga barang kemas dan aksesori keluarannya seperti Habib, Pandora dan Ice-Watch tidak terjejas dengan pelaksanaan GST kerana dijual pada harga mampu milik.
“Masyarakat perlu faham bahawa GST bukan penyebab utama jika berlaku kenaikan, tetapi lebih kepada penyusutan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Bahan mentah seperti emas, berlian dan batu permata dibeli menggunakan tukaran mata wang AS dan harganya berubah mengikut kadar semasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Koleksi Tahun Baharu Cina dan Perasmian Tiga Jenama Habib di sini semalam.
Yang turut hadir, Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin dan Pengurus Habib Kuantan, Yusof Chan.
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
Menurut Meer Sadik, pada masa kini pihaknya memiliki bekalan yang mencukupi dan akan berusaha mengekalkan harga produk mampu milik walaupun dolar AS meningkat kira-kira 20 peratus sejak kebelakangan ini.
“Saya berharap penggemar barang kemas dan aksesori tidak perlu bimbang kerana kenaikan harga emas bukan disebabkan GST semata-mata sebaliknya disebabkan kadar tukaran mata wang,” jelasnya.
Sementara itu, katanya, Habib Jewels menyasarkan perolehan keuntungan sebanyak RM500 juta pada tahun ini dengan menjangkakan sebanyak 20 peratus daripada jualan di Pantai Timur.
“Sempena Tahun Baharu Cina kami melancarlan produk terbaharu yang dikenali sebagai ‘Bloom’ iaitu cincin berangkai yang dijual bermula daripada RM150 setiap satu.
“Pasukan penyelidik kami mendapati rakyat Malaysia lebih suka untuk mewujudkan set cincin menggunakan konsep suai padan dan situasi itu memberi idea kepada kami untuk melancarkan koleksi terbaharu ini,” jelasnya sambil memberitahu lebih 1,000 reka bentuk ditawarkan.
Tambahnya, Habib Jewels turut melancarkan koleksi Pandora terbaharu untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Valentine yang berharga daripada RM211 setiap satu.
www.utusan.com.my
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.
whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook
_________________________________________________________________________________________