Emas Penyelamat Bencana Kewangan

dinar-emas-public-gold-2

Harga emas dah naik sekitar 8% berbanding Disember 2013. Bulan lepas harga 1 dinar serendah RM550, tapi hari ni sekitar RM595. Siapa yang beli bulan lepas, dah boleh jual dan dapat untung. Kalau beli untuk dapat untung TUNAI, jual sekarang dan dapatkan untung dulu. Selagi tak jual, memang tak akan merasa untung. Jangan tamak sebab tak siapa tahu “how high is high”. Kalau dah “high”, jual jer dulu. Jangan tunggu harga paling tinggi. Kalau ada rezeki, beli balik bila harga emas turun. Gunakan teknik sebagaimana dalam artikel saya “Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas”.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Walaupun harga emas naik, saya jenis beli dan simpan jer. Saya lebih suka harga emas turun sebab saya jadikan emas sebagai pelindung kekayaan. Bila harga emas turun, maksudnya kita boleh tambah simpan emas lebih banyak. Kalau orang tahu emas dan sejarah matawang, dia akan takut simpan kekayaan dalam bentuk duit kertas (dan aset kertas yang lain termasuk saham dan unit trust). Risiko duit kertas jauh lebih besar berbanding risiko menyimpan emas. Duit sebenar adalah emas, bukan duit kertas yang kita pakai hari ini. Hakikatnya, duit kertas nilainya pada emas, bukan emas nilainya pada duit kertas.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Risiko Besar Simpan Aset Kertas

Duit kertas yang kita pakai hari ini asalnya adalah VOUCHER mewakili emas. Tapi sejak Perjanjian Bretton Wood ditamatkan pada 1971 oleh Presiden US Richard Nixon, duit kertas tak ada kena mengena lagi dengan emas. Amerika dengan secara rasminya putuskan hubungan antara emas dan duit kertas US Dollar. Jadi kalau berlaku apa-apa yang menjejaskan kestabilan ekonomi negara atau dunia, penyimpan duit kertas akan lingkup dulu.

Cuba kaji balik apa berlaku masa Krisis Kewangan Asia tahun 1997. Ringgit Malaysia jatuh lebih 50% hanya dalam tempoh beberapa bulan! Daripada RM2.50 untuk USD1 kepada RM4.70! Memang betul duit yang kita simpan dalam bank nombornya kekal, tapi kuasa belinya dah hilang separuh. Orang luar boleh beli kekayaan negara kita dengan separuh harga jer masa tu.

Exchange rate RM US sebelum gawat 1997Ringgit Malaysia sekitar RM2.50 untuk USD1 sebelum krisis kewangan.

Exchange rate RM US selepas gawat 1997Ringgit Malaysia pernah tersungkur hingga RM4.70 untuk USD1 ketika gawat 1997

Tapi sesiapa simpan emas, kekayaan mereka tak terjejas pun kalau berlaku ketidakstabilan begitu. Ringgit jatuh, harga emas naik. US Dollar jatuh, harga emas lagi naik. Dan lepas tahun 1997 barulah Tun Dr Mahathir sedar sistem duit kertas sangat tidak adil dan menyarankan DINAR EMAS sebagai alat tukaran dagangan antarabangsa. Dan tahun 2000 baru Bank Negara keluarkan syiling emas pertama negara yang dinamakan “Kijang Emas“.

Emas Sebagai “Wealth Protection”

Jadi bagi saya, beli emas sekadar “buy low sell high” tu bersifat sementara jer. Kuasa sebenar emas jauh lebih besar dari itu. Negara-negara kuasa besar dunia jadikan emas sebagai rizab terbesar negara dan tak pernah risau harga emas jatuh, sedangkan negara-negara kecil macam Malaysia simpan kertas hijau (US Dollar) sebagai rizab terbesar negara. Bila berlaku ketidakstabilan ekonomi negara atau dunia, negara kecil akan lingkup dulu sedangkan negara besar yang ada rizab emas senang bangkit semula. Itulah yang dimaksudnya emas sebagai “WEALTH PROTECTION”.

rizab simpanan emas negara duniaUS adalah penyimpan emas terbesar dunia. 70% daripada rizab negara US disimpan dalam bentuk emas. Ini berdasarkan senarai World Gold Reserve.

 

Sedikit sejarah tentang duit kertas. Tahun 1944 lepas perang dunia ke-2, negara-negara dunia buat perjanjian untuk mewujudkan sistem kewangan antarabangsa baru yang dinamakan Perjanjian Bretton Woods. Dalam perjanjian tu, US Dollar dijadikan mawatang antarabangsa dan ditetapkan nilainya USD35 bersamaan 1 oz emas. 1 oz bersamaan 31.1 gram. Maksudnya, USD35 adalah VOUCHER untuk ditukar dengan 1 oz emas dalam simpanan US. Tapi bila ekonomi US tertekan lepas lalui peperangan yang panjang dengan Vietnam (1956 – 1975), US putuskan hubungan US Dollar dengan emas bagi membolehkan US mencetak duit kertas ‘sesuka hati’ sebagaimana biasa dilakukan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu. Kalau dulu, duit kertas tak boleh dicetak melebihi rizab emas yang mereka ada.

Duit kertas US Dollar emasSemasa US Dollar disandarkan kepada emas, duit kertas US tertulis “redemable in gold on demand at the United States Treasury, or in gold or lawful money at any Federal Reserve Bank”. Maksudnya, duit ini adalah voucher emas. Duit sebenar hakikatnya adalah emas.

Duit Kertas Adalah Voucher Emas

Bila emas dan US Dollar dah tak ada kena mengena, itu peluang US manipulate duit kertas mereka. Kalau sesebuah negara cetak duit sesuka hati, maka akan berlaku hiper inflasi, tapi US Dollar tak berlaku begitu sebab ia digunakan untuk dagangan antarabangsa. Jadi seolah-olah US boleh beli kekayaan kita dengan hulurkan kertas hijau US Dollar sahaja yang dia sendiri cetak tanpa disandarkan kepada aset fizikal yang sebenar.

duit matawang pisangDuit kertas yang dicetak tanpa disandarkan dengan aset fizikal pasti berakhir nasibnya seperti Matawang Pisang yang tidak lagi bernilai. Duit ini pernah digunakan pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Atuk kita pasti pernah alami zaman di mana duit kertas tak lagi bernilai.

Matawang negara-negara lain termasuk Malaysia hakikatnya adalah terbitan US Dollar sebab negara-negara dunia simpan US Dollar sebagai rizab terbesar negara. Kalau sebelum 1971, memang logik la mereka simpan US Dollar sebab US Dollar masa tu adalah VOUCHER mewakili emas. Menyimpan US Dollar seolah-olah kita simpan emas. Tapi sekarang, US Dollar hanya kertas hijau yang tak ada kena mengena lagi dengan emas. Bahkan nilai US Dollar dan duit kertas yang lain boleh hilang nilainya serendah nilai tisu tandas kata Tun Dr. Mahathir.

utusan 2 november 2010 dollar tisu tandas dinar emas tun mahathirDinar emas penyelesaian terbaik bila krisis kewangan kata Tun Dr. Mahathir

Dan itulah sebab utama kenapa saya tukarkan duit simpanan jangka panjang dari Tabung Haji kepada emas sebagaimana artikel saya “Selamatkan Simpanan Kepada Emas!”. Saya nak selamatkan kekayaan dari bencana kewangan yang pasti datang tanpa amaran!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai

sumber – www.mohdzulkifli.com

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>