Terdapat beberapa syarat utama yang perlu dipatuhi bagi memastikan jual beli mata wang yang dilakukan sah menurut Islam.
DEWASA ini, terdapat pelbagai jenis perniagaan dan pelaburan yang melibatkan mata wang asing atau lebih dikenali sebagai pelaburan foreign exchange (forex).
Ia dikatakan boleh memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya dilakukan secara serius. Namun, adakah perniagaan dan pelaburan forex itu diterima di sisi syariah?
Jika kita menyoroti sejarah tukaran mata wang, kita dapat melihat bahawa amalan itu telah lama dipraktikkan. Terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang keharusan menukar mata wang seperti emas dan perak.
Namun, dalam konteks zaman moden ini, tukaran antara emas dan perak sudah tidak lagi dilakukan secara meluas bahkan digantikan dengan wang kertas (mata wang fiat).
Wang kertas ini mengguna pakai hukum emas dan perak seperti yang diputuskan oleh para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari melalui persidangan serta mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa pada tahun 1986.
Tukaran mata wang dengan mata wang lain boleh diistilahkan sebagai bay’ al-sarf iaitu melibatkan jual beli atau perdagangan mata wang seperti emas dan perak serta apa jua medium yang diiktiraf dan diterima sebagai mata wang setempat.
Secara asasnya, Islam mengharuskan perdagangan seumpama forex selagi ia mematuhi syarat bay’ al-sarf yang digariskan oleh syariah. Rujukan utama bagi menetapkan hukum dalam tukaran mata wang adalah hadis baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin al-Samit.
“Emas (harus ditukar atau diniagakan) dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, mestilah sama timbangan, dan ditukar secara terus (dalam satu masa) dan sekiranya (tukaran berlaku antara komoditi) berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagai mana yang disukai jika ia dilakukan dalam bentuk tunai.”
Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa syarat utama yang perlu dipatuhi bagi memastikan jual beli mata wang yang dilakukan adalah sah menurut Islam.
Apabila tukaran mata wang berlaku pada jenis mata wang yang sama seperti tukaran antara Ringgit Malaysia dengan Ringgit Malaysia atau Dolar Amerika dengan Dolar Amerika, maka tukaran mesti dilakukan dengan nilai yang sama.
Contohnya, RM100 harus ditukar atau dijual beli dengan RM100 juga tanpa ada penambahan atau pengurangan.
Lanjutan dari itu, maka tidak ada masalah pada tukaran mata wang asing atau forex dari aspek ini kerana jelas bahawa mata wang yang digunakan di setiap negara adalah unik dan berlainan jenis dengan nilai mata wang negara lain. Maka dengan itu dibolehkan untuk menjualnya pada nilai dan harga yang berlainan.
Dalam akad tukaran mata wang juga disyaratkan agar pembelian dilakukan tanpa berlakunya penangguhan pada bayaran. Ini bermakna, pembayaran perlu dilakukan dalam majlis akad secara lani (langsung) dan tidak dengan cara berhutang.
Syarat ini adalah seperti mana yang terdapat dalam hadis riwayat al-Bukhari. Mafhumnya: “Rasulullah melarang menjual emas dengan perak secara berhutang.”
Kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) harus menyerahkan tukaran masing-masing dalam majlis akad tersebut sebelum mereka berpisah. Ini bermakna, penjual perlu menyerahkan wang tukaran kepada pembeli dan pembeli pula menyerahkan wang bayarannya kepada penjual sebelum salah seorang daripada mereka berlalu meninggalkan yang lain.
Berhubung dengan isu taqabudh dan tukaran mata wang secara lani, dua kelonggaran telah diberikan berdasarkan keperluan zaman teknologi yang sentiasa berkembang.
MUHD. RAMADHAN FITRI ELLIAS
rencana@kosmo.com.my
sumber – www.kosmo.com.my
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.
whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook
_________________________________________________________________________________________