Info Ketulenan Emas

*Secara umum nya emas ada beberapa kategori atau tahap ketulenannya iaitu 24k, 22k, 18k, 14k dan 10k.

 

(gambar hiasan)

Emas 24K : Ini adalah emas yang paling tulen dengan ketulenan 999.9%. Warnanya kuning terang, sangat lembut dan yang paling mahal harganya. Ia tidak megandungi campuran logam lain. Oleh kerana ia adalah logam yang sangat lembut, jadi agak jarang sekali emas 24K ini digunakan untuk membuatbarang kemas. Kalau nak beli biasanya org akan beli dalam bentuk bar atau jongkong seperti gamba di atas.

 

(gambar hiasan)

Emas 22K : Emas ni adalah emas 24K yang telah dicampurkan dengan 8.4% logam lain seperti aloi, perak atau tembaga. Inilah yang menjadikannya Emas 9.16 (22K). Emas ini biasanya digunakan untuk membuat barang kemas perhiasan di Malaysia. Angka 22 tu bermaksud 22 bahagian emas di tambah 2 bahagian logam lain ( menjadikannya 24 bahagian).

 

(gambar hiasan)

Emas 18K : Bermaksud daripada 24 bahagian, 18 bahagian adalah emas dan 6 bahagian adalah logam lain menjadikannya ketulenannya 75%. Emas ini lebih keras tapi lebih senang dibentuk dan Warnanya masih lagi kekuningan. Masyarkat Eropah lebih menyukai emas ini kerana ia kelihatan lebih mewah dan kukuh apabila digabungkan dengan batu permata atau berlian.

 

(gambar hiasan)

Emas 14K : Emas ini mengandungi 58% ketulenan sahaja ( 14 bahagian emas + 10 bahagian logam lain). Ia tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Sama juga seperti emas 18K, ia kelihatan lebih cantik apabila digabung dgn batu permata. Emas ini disukai oleh orang Amerika.

 

(gambar hiasan)

Emas 10K : Ini adalah emas yang paling rendah ketulenannya kerana hanya mengandungi 10 bahagian emas daripada 24. Tetapi ia masih lagi boleh dipanggil emas. Amerika telah meletakkan yang emas 10K ini adalah emas yang paling rendah campuran emasnya yang masih boleh dipanggil emas. Maknanya, kalau emas tu ada 9 bahagian emas saja daripada 24 bahagian, ia dah tak boleh dipanggil emas.

 

 

 

 

3 Kaedah Menyimpan Emas

  

 

Terdapat 3 kaedah untuk menyimpan emas pelaburan anda;

  • Simpan di rumah : Anda perlu kenalpasti tempat yang selamat untuk menyimpan emas berkenaan di rumah anda seperti di bawah katil, atas almari, dalam kotak suis, dalam peti sejuk, dan lain-lain.
  • Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi sekiranya anda mempunyai sejumlah emas yang mampu ‘fully utilize’ SDB yang anda sewa itu. Selain dari kalis api dan kecurian, ia turut dilindungi insuran. Anda boleh tambah kadar insuran perlindungan bergantung kepada keperluan.
  • Simpan di ar-rahnu: Selain dari selamat, anda juga akan mendapat sehingga 70% dari nilai emas anda. Anda hanya perlu membayar upah sewa pada kadar 7.2% setahun dari nilai marhum emas yang anda gadaikan. Ia dilindungi insuran dan membolehkan anda menambah stok emas lagi dan lagi walaupun modal anda adalah terhad. Beli emas semasa ia murah dan bayar secara ansuran tanpa faedah setiap bulan dan nikmati keuntungan apabila nilai emas meningkat kelak.

Berapa Jumlah Kos Pelaburan Anda ???

Dengan memajakkan emas pelaburan anda di ar-rahnu bermakna anda telah menambah kos pelaburan sebanyak 7.2% setahun. Kadar ini adalah mengikut kos simpanan 60sen untuk setiap RM100 nilai marhum dengan pinjaman 70%.

Kaji senario ini;

Anda membeli dari syarikat X yang menawarkan spread 6%.Anda gadai emas berkenaan di ar-rahnu selama 12 bulan (6+6) dengan kos 7.2%.Setelah 12 bulan kadar peningkatan harga emas ialah 25%, maka berapa kos dan pendapatan sebenar anda???

Jumlah kos = nilai spread + kos simpan ar-rahnu = 6% + 7.2% = 13.2%Jumlah keuntungan = Nilai emas semasa -Jumlah kos = 25% – 13.2% = 11.8%

Dari kiraan di atas, dengan menyimpan di ar-rahnu, sekiranya peningkatan harga emas ialah 25% setahun, maka jumlah keuntungan yang akan diperolehi ialah 11.8%.

Bagaimana sekiranya nilai spread adalah tinggi seperti 10% ?

Nilai spread yang tinggi (10%) akan meningkatkan kos pelaburan kepada 17.2% sekaligus mengurangkan keuntungan kepada 7.8% setahun.

Bagaimana untuk kurangkan kos pelaburan???

Anda kena bijak mencongak ! Ikuti tips berikut;

  • Beli emas dari syarikat pengeluar emas yang mampu membeli balik emas anda pada nilai spread terendah. Spread akan memberi kesan sekali sahaja sepanjang tempoh anda memilikki sesuatu emas pelaburan. Menjual kepada kawan-kawan boleh mengurangkan spread berkenaan.
  • Panjangkan tempoh simpanan agar purata spread anda berkurangan.
  • Sentiasa peka kepada promosi yang dibuat oleh ar-rahnu yang mungkin mengurangkan kadar upah simpan pada tempoh tertentu. Upah simpan yang murah akan mengurangkan kos.
  • Simpan di safe deposit box yang kadar sewaannya lebih murah sekiranya anda tidak memerlukan wang tunai atau tidak berminat untuk menambah stock emas anda.

Menyimpan di ar-rahnu memberi peluang kepada pelabur menambah stock emas ketika harga masih rendah. Ini kerana harga emas akan meningkan berkadaran dengan masa. Pun begitu, pelabur mestilah mempunyai disiplin dalam menguruskan simpanan emas. Elakkan dari menggunakan wang gadaian sewenang-wenangnya selain dari utuk simpanan atau pelaburan yang menguntungkan. Ini bagi mengelakkan dari emas yang digadaikan di lelong dan memberikan rekod buruk terhadap diri anda.

Petua membeli jongkong emas

Emas adalah logam yang paling digemari wanita seluruh dunia.Lebih-lebih lagi, hari ini kebanyakan orang menganggapnya sebagai pelaburan yang terbaik. Fakta yang menarik mengenai emas ialah bahawa walaupun harga emas semakin meningkat hari demi hari dalam pasaran, orang ramai terutama wanita masih gila membeli logam kuning ini. Reka bentuk yang unik dan ciri ciri tidak ternilai permata emas menjadikannya disukai semua golongan masyarakat .Namun begitu, ia adalah agak menyedihkan bahawa kebanyakan orang tidak banyak mengambil berat terhadap pilihan untuk membeli barang kemas ataupun dan jongkong emas.

Tips on buying gold bars

Jika anda ingin membeli jongkong emas, anda perlu ingat perkara-perkara tertentu, kerana jelas emas adalah pelaburan yang besar dan mengambil masa yang panjang. Walaupun terdapat sejumlah besar kedai-kedai yang terdapat di pasaran yang menjual emas, namun tidak semua boleh dipercayai. Jongkong emas datang dalam pelbagai saiz,sebelum membeli, anda perlu mengesahkan saiz bar yang anda ingin beli. Selain itu, anda juga perlu membuat pilihan samada untuk membeli syiling emas, bar atau wang emas. Sentiasa cuba untuk membeli emas bergantung kepada bajet anda. Jika anda mempunyai wang yang cukup, ia akan menjadi idea yang baik untuk membeli jongkong emas untuk lebih menguntungkan masa depan anda.

Manakala untuk membeli jongkong emas diingat bahawa kedai yang popular tidak selalunya kedai yang terbaik. Jadi, mencari kedai yang terbaik untuk membeli emas tulen dengan kos yang rendah harus menjadi pilihan. Harga emas pula selalu berbeza dengan peniaga yang berlainan, ia adalah penting untuk memilih para peniaga yang terbaik untuk sebelum membeli emas anda. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas harga emas semasa, adalah dinasihat laman web utama seperti Hargaemas.com.my

Jika anda telah membuat keputusan untuk membeli jongkong emas, kemudiannya anda harus cuba bertanya dengan mereka yang arif dalam pelaburan emas dan pastikan anda membeli bar dan syiling emas yang disahkan assayor. Apa sahaja yang anda beli, tidak kira jongkong emas, syiling, permata atau apa-apa,pastikan anda tahu tujuan jelas pelaburan ini dan berapa lama target sebelum menjual kembali dan kemudiaanya setelah membeli, selalu layari website www.hargaemas.com.my dan dapatkan harga emas terkini setiap hari untuk menjual pada harga terbaik.

Menambat Nilai Menggunakan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Oleh kerana inflasi begitu jelas mengikis pulangan pelaburan dalam jangka masa waktu panjang, adalah mustahak bagi setiap orang memikirkan cara bagi ‘melawan’ semula inflasi itu.

Salah satu cara paling praktikal atau mudah dengan mengekang kesan inflasi adalah dengan cara menambat wang kertas kita pada sesuatu yang tidak jatuh nilainya.

Pilihan ramai – 100 gram

Emas mempunyai kapasiti atau keupayaan terbaik bagi tujuan itu.

Dikatakan pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah satu dinar. Selepas 1,400 tahun iaitu pada hari ini harga seekor kambing masih tetap sama iaitu satu dinar.

1 Dinar merupakan pilihan ramai muda-mudi sekarang ini

Disebabkan itu, adalah salah jika kita anggap 1 Dinar = 1 Ringgit.

Memang benar pada suatu masa dulu dengan RM1.00 nilainya mampu membeli sebuah basikal. Akan tetapi hari ini dengan RM1.00 air tin pun tak lepas..

Hakikatnya wang kertas berlainan sekali sifatnya dengan dinar. Wang kertas nilainya semakin menyusut, manakala dinar nilainya kekal.. Sekiranya dibandingkan nilai dinar emas satu dekad dulu dengan nilai sekarang (dengan kambing sebagai bandingan) kita dapati nilainya tidak berubah!

Berdasarkan analogi itu, adalah satu tindakan yang pintar bagi kita menjadikan emas sebagai tambatan bagi melindungi nilai simpanan kita.
Sikit-sikit simpan, lama-lama jadi tabiat mudah menyimpan =) Tak cuba tak tahu…

Sebelum membaca artikel yang lain berikutnya, beberapa perkara tambahan perlu anda fahami terlebih dahulu:

  • Tempoh ataupun jangka waktu pelaburan. Pelaburan emas lebih sesuai dilakukan dalam tempoh panjang.
  • Pelaburan emas fizikal yang sah tidak melibatkan pembayaran dividen bonus ataupun sebarang insentif (hibah etc)
  • Pelaburan emas juga tiada sempadan had umur. Sesiapa saja boleh melabur termasuklah kanak-kanak.

Tips:

Harga 1 Dinar

  • Tahun 2009 – RM450
  • Tahun 2010  – RM550
  • Tahun 2011 – RM650
  • Tahun 2012 – RM750

Kita lihat betapa hebat kuasa emas sebagai pelindung nilai..

Pada tahun 2009, jika kita menukarkan wang kertas sebanyak RM100,000 ke dalam bentuk dinar kita akan mempunyai 222 keping Dinar.

  • Tahun 2009 – RM100,000
  • Tahun 2010 – RM122,100
  • Tahun 2011 – RM144,300
  • Tahun 2012 – RM166,500

Hebat bukan? Kalau kita masih simpan dalam bentuk wang kertas – amaunnya tetap RM100,000. Tapi jika kita tukarkan wang kertas ke dalam bentuk emas nilainya bertambah kepada RM166,500!

Pesanan Azizi Ali, tetapkan matlamat “at the edge of fantasy, but in the realms of reality!”

Apa anda perlu tahu dalam pelaburan emas

Untuk mereka yang telah melabur didalam emas atau penjual emas, kami ingin kongsi satu infografik yang menarik berkenaan perkembangan pasaran emas, berapa banyak emas sudah dijual dan rekod-rekod emas sejak beberapa tahun lalu. Walaupun membeli emas ni bukan pelaburan yang kompleks macam beli blue chips, tetapi better juga tahu jika anda investor atau penjual.

Seelok-eloknya anda tahu serba sedikit sebelum menjalankan perniagaan, tak kenal maka tak cinta kata orang…kenali emas dan mulakan perniagaan dan pelaburan anda bersama Hargaemas. Anda pergi seminar-seminar emas ada mereka ajar dengan details? kebanyakannya promot kompeni mereka saja, dengan Hargaemas kami tidak putus akan beri info emas kepada anda, lebih banyak ilmu lebih senang untuk menjual kan…. lebih banyak training online di Facebook page agent (Hargaemas)

apa anda perlu tahu dalam pelaburan emas

sms harga emas public gold

Harga emas melalui SMS – Public Gold

sms harga emas public gold

Public gold telah memperkenalkan cara untuk mendapatkan harga emas melalui SMS, bagi pelanggan Public Gold / Agent atau pengguna biasa yang berminat untuk mendapatkan gold bar public, boleh mengikuti arahan berikut, tapi ini untuk produk public gold sahaja, jika anda berminat untuk mengetahui harga emas semasa boleh layari laman web www.hrg.ms atau facebook.com/hargaemas

1)      Type PG GOLDPRICE and send to 36828 to check the gold price

2)      Type PG SILVERPRICE and send to 36828 to check the silver price

3)      Type PG DINARPRICE and send to 36828 to check the dinar price

4)      Type PG JEWELPRICE and send to 36828 to check the jewellery price(for both D and I series)

(RM0.30 will be charged for every successful request)

The command can be in capital letters or small letters.

15 cara untuk mengisi tabung emas anda

Semua orang suka menyimpan duit, lebih-lebih lagi jika ia sebenarnya sangat mudah, kami share kan 15 cara yang disuggestkan oleh Infographic, 15 cara mudah untuk kekalkan emas didalam poket. Cara-cara yang dicadangkan mereka agak kelakar walaupun memang betul cara tersebut dapat menjimatkan wang seperti tutup langganan kabel tv (astro) dan tgk tv di internet sahaja, mampukah?. Cuba anda lihat dan nilaikan (click untuk besarkan)

cara simpan duit dan emas
click untuk besarkan
harga emas hari ini

Mengetahui harga pelaburan emas dengan cepat

harga emas hari ini

Untuk mendapat maklumat berkenaan harga emas dengan pantas, hanya perlu taip “harga emas hari ini” di google. harga emas di bank, arrahnu, setiap jenis kualiti emas boleh diperolehi dengan mudah, tak perlu lagi membelek-belek setiap laman web untuk mengetahui harga terkini, kami update harga emas setiap hari

Antara harga emas yang boleh diperolehi adalah Harga emas di Public Bank, Kuwait Finance House (KFH), CIMB, Maybank, UOB, Arrahnu Exchange, Bank Rakyat, Agrobank, Index emas terkini, dan kadar tukaran matawang usd /myr untuk emas.

 

Tips memulakan perniagaan emas

Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas, ada yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…

Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

Perniagaan emas.

Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…

Sekarang cuba bayangkan… Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.

Best tak?

Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan. Ini kerana:

1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….

2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.

3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.

4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

Tips perniagaan emas yang berjaya:
Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:

1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.

2. Anda mempunyai pembeli yang baik

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai

5. Banyak ilmu berkenaan emas.

 

Ok, mari saya huraikan satu persatu:

1. Pembekal yang baik.

1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.

2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..

3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.

4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.

Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)

2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.

(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).

Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.

2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.

3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.

1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.

2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.

3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.

Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.

1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,

maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.

2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.

3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.

4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas

5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.

6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

Saya sendiri memiliki banyak koleksi buku-buku berkenaan emas. Kat Malaysia nie buku-buku pasal pelaburan emas amat terhad. Kalau anda berminat, boleh order daripada www.amazon.com atau gi tengok kat kedai buku Popular atau MPH.

Menggunakan emas sebagai mas kahwin

Perkahwinan merupakan satu fitrah dan keperluan manusia sejak berzaman lamanya dan sebaiknya ia dilakukan dengan adat serta berlandaskan ajaran agama. Hampir di serata dunia….Kaum Hawa sentiasa di puja oleh kaum Adam dan sudah tentunya di dalam agama Islam kaum Hawa sentiasa dimuliakan dan dihormati serta diletakkan di tempat sepatutnya…

Maka apabila lamaran dibuat dan disusuli dengan adat pertunangan serta akhirnya majlis pernikahan/perkahwinan berlangsung….semuanya dibuat dengan penuh adat dan disinari cahaya kegembiraan. Maka di sini lah kami terus memartabatkan kaum Hawa dengan produk yang bernama DINAR MAS KAHWIN. Produk DINAR EMAS yang bercirikan lambang kasih sayang dan perkahwinan yang perlu diabadikan secara unik dan peribadi. Khusus untuk dibudayakan di dalam masyarakat Nusantara di dalam pernikahan dan pastinya ianya yang PERTAMA di Malaysia.

Video footage:

Laman web dinarmaskahwin.com