China Jadi Pengeluar Emas Terbesar di Dunia

Menurut data Persatuan Emas China baru-baru ini, jumlah pengeluaran emas China mencatat 403.05 tan pada tahun 2012, sekali gus menjadikannya negara pengeluar emas yang terbesar di dunia enam tahun berturut-turut.

Dengan jumlah penggunaan emas sebanyak 832.18 tan, China turut menjadi negara pengguna emas yang kedua terbesar selepas India. Berbanding dengan tahun 2011, jumlah penggunaan emas China meningkat 9.35%, iaitu sebanyak 71.13 tan.

Peningkatan permintaan terhadap emas di China berikutan semakin ramai pengguna dan pelabur melihat emas sebagai aset yang penting. Pelaburan emas menjadi langkah utama warga China untuk mengatasi inflasi.

Lombong Emas Terbaharu Sektor Hartanah

SEBANYAK 16 buah syarikat hartanah swasta terkemuka telah melabur sebanyak RM20 bilion dalam tempoh tiga tahun di sesebuah kawasan merupakan sesuatu yang sangat luar biasa dan jarang berlaku.

Apakah kelebihan kawasan berkenaan hingga semua syarikat berkenaan sanggup mengambil risiko dengan melakukan pembangunan hartanah secara serentak? Apakah tidak berlaku gelembung hartanah.

Untuk menarik pelaburan swasta bukan mudah kerana mereka sangat mementingkan aspek keuntungan dan berdasarkan tindakan mereka, jelas sekali kawasan berkenaan mempunyai prospek yang tinggi pada masa depan.

Kawasan yang dimaksudkan adalah Cyberjaya. Bandar berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) yang sudah berusia 15 tahun dan semakin hampir mencapai tempoh matangnya.

Pemaju utamanya, Setia Haruman Sdn. Bhd. (SHSB) baru-baru ini telah berkongsi mengenai pelan pembangunan fasa tinga (2012-2016) dan fasa terakhir (2016-2020) dengan Utusan Malaysia.

Perancangan pembangunan yang ditunjangi tokoh hartanah terkenal Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar cukup mantap dan tersusun rapi sehingga meyakinkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Orang ramai mungkin tidak mengetahui prospek kawasan ini secara dekat tetapi anda boleh jadikan tindak tanduk awal pemaju hartanah di sesebuah kawasan sebagai petunjuk apa yang akan berlaku tidak lama lagi.

Tinjauan sekitar Cyberjaya baru-baru ini mendapati banyak kren-kren pembinaan tumbuh merata-rata di kawasan berkenaan dan ini menjadi bukti apa yang dicanangkan oleh SHSB bukan omong kosong.

Nama syarikat yang terpapar pada papan tanda projek di kawasan berkenaan bukan calang-calang antaranya adalah SP Setia, Kumpulan Emkay, UEM Land, Mah Sing dan Glomac.

Berdasarkan reputasi syarikat seperti ini, hampir mustahil untuk mereka gagal melaksanakan projek hartanah yang dikendalikan.

Persoalan di sini, adakah berbaloi untuk kita melabur di Cyberjaya? Adakah projek ini bakal menjadi ‘gajah putih’ atau berhadapan dengan gelembung hartanah pada masa depan?

Mari kita dekati perancangan SHSB, sebelum membuat sebarang spekulasi. Fasa tiga Cyberjaya menyasarkan untuk menggandakan penduduk kepada 100,000 dengan tambahan lebih 25,000 buah rumah, tujuh juta kaki persegi ruang pejabat dan 1,200 buah kedai berbanding sekarang.

Tidak ketinggalan pembinaan tiga buah sekolah dan tiga buah institut pengajian tinggi.

Bagaimana infrastruktur ini mampu dipenuhi penduduk? Di sini, fasa empat Cyberjaya akan memainkan peranannya dengan sasaran menarik kehadiran syarikat berimpak tinggi seperti syarikat multinasional (MNC) melabur di sini.

Dengan baki 1,000 ekar tanah untuk fasa empat, dijangkakan mampu mewujudkan 67,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu menjelang 2020.

Pada ketika itu, anda dapat melihat berapa prospek pelaburan hartanah di Cyberjaya. Bandar yang dipenuhi syarikat MNC dan golongan profesional dengan pendapatan tinggi.

Menurut perunding hartanah, nilai hartanah di Cyberjaya dijangka meningkat berlipat kali ganda berbanding RM80 sekaki persegi ketika ini.

Anda boleh membuat perkiraan pelaburan sekarang dan jangan lupa setiap hari yang berlalu akan mengurangkan margin keuntungan masa depan anda. – Utusan

Hadiahkan ‘Taj Mahal’ Buat Insan Tersayang

Golongan lelaki kini berpeluang membeli ‘Taj Mahal’ dan menghadiahkannya kepada insan tersayang sebagai lambang cinta sejati seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.

Perkara itu bukanlah mustahil selepas satu kumpulan yang dianggotai kira-kira 35 tenaga kerja di sini, menghasilkan sebuah replika bangunan Taj Mahal setinggi 106 sentimeter.

Replika bangunan ikonik itu dibina daripada 20 kilogram emas, 400 kilogram perak dan dihiasi dengan lapan butir berlian.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Syed Hanif, sebanyak 25 kubah Taj Mahal dihasilkan daripada emas, manakala 20,000 kepingan perak dijadikan lantai bangunan tersebut.

Syed berkata, sebanyak 32 pintunya turut diperbuat daripada emas, selain seorang ulama ditugaskan untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran yang dihiaskan pada replika bangunan abad ke-16 itu dihasilkan dengan teliti dan tepat.

“Saya merupakan seorang pekerja biasa yang hanya menerima upah sebanyak 11 pound (RM53) sehari sewaktu pertama kali melihat Taj Mahal.

“Sejak dari itu, saya menjadi taksub akan bangunan ikonik tersebut dan bercita-cita menghasilkan replikanya yang diperbuat daripada emas,” kata pemilik syarikat barangan kemas Star Gems itu.

Bagi merealisasikan impiannya, usahawan berusia 50 tahun itu mengarahkan sekumpulan pekerjanya untuk meneliti setiap sudut Taj Mahal bagi menghasilkan replika yang benar-benar serupa.

“Kami mengambil beribu-ribu keping gambar Taj Mahal untuk membuat lakaran pembinaan replika.

“Biarpun menelan belanja yang banyak untuk menghasilkannya, saya bercadang untuk menjual replika tersebut pada harga sekurang-kurangnya 11.5 juta pound (RM55.2 juta),” ujarnya. – Agensi

Golden World Cetus Impian Baru

MENGAPA mesti emas? Bukankah menyimpan wang berkepuk-kepuk di dalam bank lagi senang dan bagus?

Ramai masih tidak sedar mengenai kepentingan menyimpan emas. Sehari dua memang tidak nampak hasilnya tetapi bagaimana selepas beberapa tahun?

Golden World mencetuskan satu impian baru kepada mereka yang inginkan satu perubahan unggul dalam sistem simpanan masa depan.

Syarikat milik penuh Bumiputera ini menjalankan perniagaan menjual dan membeli emas fizikal.

Ia diperbadankan dengan nama Gold Bullion World Sdn Bhd pada 27 September tahun lalu.

Bagi penjualan, Golden World menjual emas berjenama terkenal di dunia, Pamp Suisse sementara bagi pembelian, syarikat ini menerima semua jenis emas dan harga belian bergantung kepada kandungan emas dalam sesuatu item yang dibeli.

Pelaburan lumayan masa depan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hamizan Mohd Safaia berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia dididik betapa pentingnya memiliki emas pada masa depan. Bukan sekadar menganggapnya sebagai barangan perhiasan semata-mata sebaliknya boleh dijadikan jalan pelaburan yang lumayan pada masa depan.

“Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam bidang kewangan selama 10 tahun, justeru saya mengambil inisiatif menubuhkan syarikat ini bagi membantu rakyat Malaysia dalam merancang simpanan untuk kehidupan masa depan.

“Simpanan emas berbentuk fizikal sangat bernilai kerana nilainya meningkat dari sehari ke sehari berbanding sekiranya seseorang individu itu hanya menyimpan wang.

“Misalnya seseorang itu membeli emas sekarang. Bagaimana nilai emas itu pada 10 tahun akan datang. Mereka boleh menjualnya semula dengan harga tinggi kerana nilai dan harga emas meningkat dari sehari ke sehari,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian sekali gus pelancaran syarikat beliau baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad. Saluran betul beli, jual emas Mohd Hamizan berkata, visi syarikat ialah mendidik masyarakat betapa pentingnya menyimpan emas dan perak.

Justeru pihaknya berhasrat mewujudkan kesedaran kepada orang ramai supaya membeli, memegang dan memiliki emas fizikal demi keuntungan bagi beberapa tahun akan datang.

“Bukan dengan cara menyimpan semata-mata wang tunai,” katanya.

Menurutnya, Golden World sebagai tempat atau saluran yang betul kepada masyarakat untuk membeli dan menjual emas supaya mereka tidak berurusan di premis yang salah.

Selain itu katanya, rentetan penubuhan Golden World juga memberi peluang dalam pembangunan karier sebagai penasihat perniagaan emas kepada mereka.

“Hari ini kita merasakan wang sangat bernilai. Tetapi kita tidak sedar nilai wang makin hari makin susut. Justeru menyimpan emas adalah pelindung nilai yang terbaik daripada kesusutan nilai mata wang serta kenaikan kadar inflasi yang menyebabkan wang simpanan kita menyusut nilainya.

“Sistem ekonomi dunia akan stabil sekiranya seluruh dunia menggunakan emas dan perak sebagai alat perantara atau sebagai sandaran pengukur nilai mata wang sesebuah negara.

“Tetapi tidak mudah kita hendak mengubah sistem mata wang dunia. Namun, kita berkuasa dan mampu mengubah sistem simpanan sendiri dengan bertukar kepada portfolio simpanan emas fizikal,” katanya.

Jual harga emas lebih rendah

Menurutnya. konsep Golden World lebih kurang sama dengan sebuah kedai emas, tetapi syarikat kami menjual emas dengan harga yang lebih rendah.

Bagaimanapun jangan urusan perniagaan ini disamakan dengan syarikat Multi Level Marketing (MLM) kerana perniagaan yang mereka jalankan bukan berasaskan produk.

Beliau berkata, setakat ini syarikatnya telah mempunyai seramai 300 agen berdaftar dan pada tahun ini pihaknya menyasarkan jualan lebih daripada RM1 bilion.

“Berdasarkan kajian, kira-kira 95% daripada rakyat di negara ini tidak tahu mengenai penggunaan emas pada masa depan.

“Perlu kita ingat bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ‘akan tiba suatu zaman, tiada apa yang lebih berharga kecuali emas dan perak’.

“Oleh itu, pihak kami berusaha mendidik masyarakat kita hari ini supaya memilih emas dalam merancang simpanan untuk pada masa depan kerana ia boleh beri keuntungan berganda,” katanya. -Sinar.

Kelantan Dapat Royalti Emas 10 Juta

(Tuan Guru menunjukkan mok cek yang diterima hasil dari royalti lombong emas di Kelantan)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka menerima RM10 juta royalty emas tahun ini dari Syarikat CNMC Goldmind Ltd, memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah tahun ini.

Pada tahun 2012, kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM5 juta dari syarikat berkenaan sebagai royalty hasil kejayaan syarikat itu.

Semalam, Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Prof Lin Xiang Xiong, telah menyerahkan royalty terbabit kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak RM386,926,97.

Manakala cek berjumlah RM347,115.45 pula dibayar kepada Ketua Ekesekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, mewakili anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta dalam perlombongan itu.

Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Menteri Besar, yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Menteri Besar, serta pegawai dari syarikat perlombongan emas itu.

Lin Xiang Xiong, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak RM10 juta royalty bakal diberikan pada kerajaan Kelantan memandangkan syarikatnya berjaya melombong hasil bumi itu dari setahun ke setahun.

Jelasnya, di pasaran dunia harga emas kini USD153 billion untuk sekilogram.

Sementara itu, Tuan Guru berharap sekiranya syarikat luar dapat membayar balik royalty pada Kelantan melalui perlombongan emas, beliau juga berharap royalty minyak dapat juga dibayar.

Menurutnya, mana boleh ambil hak kerajaan negeri begitu sahaja, apa lagi perjanjian telah dibuat.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur kerana rezeki kerajaan negeri untuk rakyatnya akan bertambah.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas rezeki yang dikurniakan Allah ini dan mudahan berkat doa kita semua rezeki yang ada dapat kita kongsikan bersama rakyat,”ujarnya.

Syarikat CNMC Holding itu mula beroperasi di Kelantan untuk carigali emas pada tahun 2007, setelah majlis perjanjian usahasama berhubung perkara itu dibuat dengan anak syarikat kerajaan negeri sebelum itu.

Pelabur Emas Mesti Ikut Nasihat Pakar

 

 

Louis Ng bersama sebahagian produk pelaburan emas yang diperkenalkan Public Gold.

 

Kuala Lumpur: Public Gold Group Sdn Bhd yang menyasar disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2014, mengingatkan pelabur emas membuat pelaburan berasaskan maklumat supaya tidak terperangkap dengan skim pelaburan palsu.

Syarikat penempa, penulen dan dagangan jongkong emas sertaperak itu berharap orang ramai dan pembeli emas tahu logam itu sebenarnya lebih terarah sebagai instrumen pelindung nilai daripada inflasi, justeru bukannya kelas aset pemberi pulangan.

Sehubungan itu, pelabur dan orang ramai yang mahu membeliemas sebagai alat pelindung nilai perlu mendapat maklumat menyeluruh daripada pihak yang pakar dalam bidang itu sebelum membuat keputusan pembelian.

Pengerusi Eksekutif Public Gold GroupDatuk Louis Ng, berkata ramai pembeli terperangkap dengan modus operandi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pulangan segera tidak munasabah daripada pembelian emas.

Syarikat skim pelaburan emas menjual emas jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar di samping menjanjikan peratus pulangan tertentu setiap bulan.

Kumpulan itu juga biasanya menetapkan harga dan tempoh belian balik tertentu mengikut kontrak, di samping beroperasi menggunakan model Skim Ponzi, katanya dalam satu pertemuan dengan BH di sini.

Ng berkata, syarikat pelaburan emas yang tulen tidak mengemukakan tawaran sedemikian, sebaliknya berurusniaga mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa.
Pembeli perlu mendapat maklumat semasa yang boleh diperoleh daripada pelbagai sumber tulen sebelum membuat keputusan mendapatkan emas (untuk pelaburan), katanya.

Beliau mengulas mengenai ramai kalangan pelabur yang terperangkap dengan pelaburan emas apabila pihak berkuasa menyerbu dan membekukan aset beberapa syarikat pengendali dipercayai beroperasi seperti skim cepat kaya.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan berkata, Bank Negara mengesan 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion dalam sebuah syarikat pelaburan jongkong emas.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya pada awal Oktober lalu memberitahu membekukan aset dan akaun yang disita hasil serbuan dilakukan terhadap empat syarikat yang menawarkan skim pelaburan jongkong emas iaitu Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold BhdCaesar Gold Sdn Bhddan Worldwide Far East Bhd.

Public Gold ialah antara syarikat yang bergiat dalam perniagaan emas dengan kegiatan terasnya termasuk menempa dan menulen emas.

Ia juga menawarkan perkhidmatan dagangan dan tukaran emasserta menyediakan kemudahan simpanan selamat kepada pelanggan.

Syarikat itu yang beribu pejabat di Pulau Pinang, menerusi anak syarikatnya, Public Gold Marketing Sdn Bhd akhir bulan lalu dikeluarkan daripada senarai Peringatan Pengguna Bank Negara Malaysia selepas model perniagaannya didapati tulen serta tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna.

Mengulas lanjut, Ng berkata, operasi perniagaan Public Gold hanyalah semata-mata dagangan jongkong emas dan perak bagi tujuan simpanan kekayaan.

Sejak ditubuhkan pada 2008, Public Gold komited menawarkan pelan simpanan emas fizikal yang selamat untuk masa depan.

Public Gold mengamalkan model perniagaan telus di mana kami hanya membeli dan menjual jongkong emas dan peraktanpa memberikan tawaran tidak realistik kepada pelanggan, katanya.

 

Sumber : Berita Harian

Emas Global Kembali Bersinar

SINGAPURA– Harga emas naik tipis dan berhasil pemulihan dari Sesi sebelumnya, karena adanya Penanda-Penanda anggota parlemen Amerika Syarikat (AS) menuju Kesepakatan. Kongres di AS membahas mengenai peningkatan Chatter pinjaman untuk menghindari lalai. Melansir Reuters , Isnin (21/1/2013), harga emas jenis Spot naik 0,3 persen menjadi USD1.688, 21 satu troy Firefox, setelah naik 1,3 persen di minggu sebelumnya. Sedangkan emas AS, Comex Gold, bergerak stagnan di USD1.688, 30 per troy Firefox. Pada akhir pekan kemarin, para Pemimpin Partai Republik mengatakan mereka akan membicarakan pinjaman persekutuan yang akan jatuh tempo tiga bulan lagi. Otoritas Pengendalian Hutang pun diminta untuk memberikan waktu Latest, untuk Menentukan defisit Anggaran. Sementara Senat Demokrat untuk pertama kalinya dalam lebih dari tiga tahun terakhir langsung menyetuji Anggaran tersebut. Sentimen para pengguna SEBAGAI secara tak terduga memburuk, dalam dua bulan terakhir ini. Banget pelabur masih khawatir dengan Dampak dari Tebing menegur dan perdebatan akan Chatter Hutang di Washington. Di Sisi lain, Bank pusat Italia memangkas Ramalan Pertumbuhan Ekonomi negara tersebut. Kondisi kredit yang masih memprihatinkan dan semakin suram telah Menekan prospek domestik sebelum Pemilihan umum.Spekulan nampaknya telah mengangkat emas Berjangka AS 8 persen pekan ini pada, menjadi 99,458 di pekan yang berakhir 15 Januari. Sementara komoditi AS lainnya, perak juga dan Q. 

sumber : google

Pijak Mangsa Sebelum Melarikan Barang Kemas

MARANG – Tidak berperikemanusiaan.

Itu gambaran yang sesuai diberikan kepada seorang penjenayah yang menyamun seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Jalan Mengkudu di Kampung Pak Madah, Bukit Payung di sini, kelmarin.

Penjenayah terbabit bukan sahaja menyamun rantai leher malah mengugut wanita malang itu dengan menggunakan senjata tajam termasuk memijak mangsa apabila mangsa enggan menyerahkan dua utas gelang yang dipakai kepada penjenayah itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Si Romah Hassan, 57, berada di luar rumah milik adiknya itu untuk memberikan kucing peliharaan mereka makan sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang rumah itu.

Adik mangsa, Mohd Ludin Hassan, 48, berkata, kakaknya yang terkejut dengan kejadian itu tidak sempat berbuat apa-apa, sebaliknya terpaksa menyerahkan barang kemas dipakai dan segera masuk semula ke dalam rumah dalam keadaan ketakutan.

“Penjenayah terbabit bukan sahaja melarikan rantai leher dan dua utas gelang tangan yang dipakai tetapi turut memijak kakak saya menyebabkan dia mengalami kecederaan pada badan dan perlu menerima rawatan susulan akibat kejadian itu.

“Dia (kakak) mengalami kerugian kira-kira RM70,000 apabila rantai leher dalam anggaran bernilai RM30,000 termasuk dua utas gelang tangan dipakai bernilai kira-kira RM20,000 setiap satu itu dilarikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.

Nota Pendek Ilmu Emas

Kepentingan Emas

– menghapuskan sistem kapitalis
– menghapuskan riba
– mengukuhkan kuasa membeli
– menambah pengaliran wang masuk (cash flow)

Jenis Emas

– 999
– 950
– 916
– Suasa
– Rantai Emas
– Gold Bullion – GCP, PG, LF,
– Berapa gram yang dijual, 20gm, 50gm,100gm.
– Hallmark

Web atau Carta Harga

– Web mana nak tahu kenaikan emas
– PG
– Kitco
– Kelantan Gold Trade
– Ada caj pengangkutan?

Beza Dinar dan Emas, Dirham dan Perak

Zakat Emas dan Perak? Bagaimana?

Pelaburan Emas

a) Pajak Gadai

– kena faham pasal Pajak Gadai
– Pajak Gadai Konvensional & Pajak Gadai islam
– Pajak Gadai Ar-Rahnu

b) Bank atau koperasi mana nak gadai

– Yapeim
– Agro Bank
– Bank Rakyat

c) Kena faham term-term dalam Pajak Gadai

– Marhun
– Caj Simpan
– Pinjaman
– Masa Pajakan contoh 6+6+6, 6+3

 

Matlamat Pelaburan Emas

a) Emas Fizikal

– Rantai Emas
– Gold Bar

b) Akaun Emas

– GSPA
– GIA
– KFH

*halal haram kena tahu.. sebab dan musabab nya.

Teknik Pelaburan Emas

1) Pajak dan beli Barang

– EPP sendiri

2) Pajak dan Rempit Emas

– Rempit biasa (selalu nya terduduk)
– Rempit bertaktik (kena kursus)

3) Simpan dan Naik – Jual

-Makan sekali je

4) Cara atasi Inflasi (the best ever investment)

5)Pelaburan Emas Vs ASB

6) Teknik 1 dinar 1 bulan

– Untuk pendapatan rendah dan nak melabur emas

7) Teknik dealer

– Komisen la

8) Pajak dan dapat duit harian atau mingguan

– totally cash flow

9) Pajak bulanan bagi kenaikan emas

– untuk bank tertentu sahaja

10) Taktik tanpa modal

– Teknik Air liur sahaja

 

Akhir sekali.

Kat mana nak jual balik jika terdesak

– orang lain
– dealer anda
– syarikat emas
– Hargaemas Trading http://www.hargaemas.com.my/

 

Ilmu Emas – www.tokperaihemas.com

Jongkong Emas Bernilai £197 Billion Beratnya 4,600 Tan

Boleh dilihat tapi jangan dipegang! Beginilah banyaknya jongkong emas ‘the forgotten gold’ yang tersimpan secara rahsia di bawah lantai Bank of England di LONDON yang jarang sekali dapat dilihat oleh umum.

 

Profesor kimia, Martyn Poliakoff dari Universiti Nottingham telah diberikan kebenaran serta akses ke tempat simpanan emas ini untuk tujuan dokumentari di lokasi sebenar yang tidak dinyatakan secara terperinci atas sebab-sebab keselamatan. Setiap satu rak yang dipamerkan seperti kedai coklat ini beratnya satu tan benilai £35 juta.

 

 

 

 

– http://rezabtanahmelayu.blogspot.com