koperasi emas makmur gold

Komakmur Koperasi Pertama Malaysia Keluarkan Gold Bar

Baru-baru ini keluar artikel di Utusan bertajuk “Komakmur Koperasi Pertama Keluar Emas Bar Jenama Sendiri” pada awal may 2019.

Jadi beberapa hari lalu kami berkesempatan bertemu sendiri dengan Tuan Hishamuddin Abdullah merangkap Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Berhad berpangkalan di Kuantan dan bertanya sendiri beberapa soalan.

Ikuti temubual dibawah yang telah diubahsuai untuk kefahaman pembaca dan apa yang menarik dengan bar emas terbaru buatan bumiputera tempatan.

utusan komakmur gold

Kenapa Keluarkan Bar Jenama Sendiri

Di Malaysia setakat ini jual-beli emas di peringkat industri kebanyakannya menggunakan bar jenama dari luar, jadi kami nampak masih ada ruang dan peluang untuk syarikat bumiputera bersaing dalam bidang ini.

jongkong emas komakmur gold

Bolehkah Komakmur Memberi persaingan harga dengan bar dari luar.

Harga bar emas jenama komakmur amat kompetitif dan kami yakin boleh bersaing dengan jenama-jenama yang sudah terkenal. Lagipun kebanyakan kedai emas milik bumiputera di kawasan luar bandar jauh dari kilang penghasilan emas, jadi kami boleh memberikan servis terutamanya di wilayah pantai timur.

Setakat ini Makmur Gold mempunyai cawangan di Kuantan dan akan membuka cawangan seterusnya di Kota Bharu dalam masa terdekat.

Bagaimana mutu dan kualiti jongkong emas Komakmur

Setiap bar emas jenama komakmur setelah diproses dan dihasilkan akan dihantar ke KL Assayer untuk tujuan pengesahan ketulenan sebelum disahkan assayer yang bertauliah. Jadi produk Komakmur sememangnya emas tulen 99.99% sama seperti bar jenama lain di pasaran.

Komakmur mengeluarkan produk emas tulen 100gm dan 50gm untuk tujuan industri manakala produk 1gm, 0.5gm dan 0.25gm untuk tujuan komersial.

Berapa Harga Bar kecil ini?

Harga bar 1gm kami jual jauh lebih murah dari bar yang dihasilkan syarikat tertentu. Selain ahli mendapat harga kompetitif, setiap bar 1gm, 0.5gm, 0.25gm juga boleh ditukar dengan pakej perlancongan yang kami sediakan.

Jadi maksudnya ahli mendapat peluang untuk simpan emas setiap bulan dan boleh melancong bersama Komakmur ke Legoland, Korea dan sebagainya.

Produk Apa Selain Bar Emas?

Komakmur juga memiliki anak syarikat Makmur Gold yang memiliki kedai emas di Kuantan yang menjual pelbagai bentuk barang kemas 916 pada harga yang kompetitif kepada ahli-ahli. Orang ramai juga dijemput untuk membeli dan boleh mendaftar sebagai ahli

Berminat menjual emas moden 916?

Pada peringkat ini pasaran kami di pantai timur hanya mengfokuskan design tradisi emas tulen 916, design-design seperti pandora dan sebagainya kurang diminati di Pantai Timur, jadi fokus hanya dengan produk yang laku disana.

Emas Online atau Crypto

Ketika ini banyak syarikat emas mengfokuskan e-gold, crypto, kenapa Komakmur backward atau dengan kata lain buat apa yang dah ada?

Sebagai sebuah koperasi, kami terikat dengan akta koperasi dan hanya menjalan perniagaan fizikal, e-gold atau crypto senang disalahguna untuk tujuan pelaburan dan itu bertentangan dengan akta koperasi. Buat masa sekarang komakmur hanya menjalankan perniagaan emas fizikal bar dan barang kemas.

kedai emas komakmur kuantan

Ar-Rahnu atau Kedai Emas

Biasanya koperasi membuka ar-rahnu kedai pajak gadai Islam kenapa komakmur buka kedai emas?

Kedai emas makmur gold adalah kedai emas pertama di Malaysia milik koperasi sepenuhnya, mengikut perancangan kami menyasarkan untuk membuka 30 kedai emas dengan ahli-ahli koperasi menggunakan kaedah mentor mentee.

Berbalik kepada ar-rahnu, memang kami ada merancang untuk membuka ar-rahnu sendiri, tetapi buat masa ini kami mengfokuskan kepada jualan emas dahulu.

Tutup Buku

Banyak syarikat bumiputera emas yang keluarkan bar sendiri sebelum ini tutup buku, kenapa mencuba?

Kami mempunyai perancangan kami sendiri dan tidak mengfokuskan hanya untuk mengeluarkan bar emas jenama sendiri sahaja, kami juga menjual barang kemas 916 dimana disitu menjana lebih pendapatan.

Bagaimana untuk mendaftar dan membeli emas

Mereka yang berminat untuk boleh mendaftar di laman web komakmur dan boleh ke pejabat kami di kuantan, jika hargaemas nak dapat komisyen boleh bantu mereka dengan mendaftar dibawah 🙂

-TAMAT-


Artikel ini telah disunting dengan hebatnya sekali kerana pertemuan kami tidaklah berbentuk formal hanya sekadar sembang-sembang biasa, terima kasih kepada Pengerusi Koperasi Komakmur, Tuan Shamsudin Abdullah kerana sudi bertemu kami di Hargaemas

Jadi peniaga-peniaga emas, maka kami perkenalkan bar jenama Komakmur sebagai salah satu pilihan sumber bahan mentah untuk menghasilkan barang kemas.

Kepada pelabur atau collector emas, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan bar emas bersaiz kecil 1gm, 0.5gm dan 0.25gm dari pengedar yang sah.

Tahniah kepada Koperasi Muafakat Makmur Berhad kerana menjadi koperasi pertama memiliki emas jenama sendiri. Hebat-hebat orang pantai timur ni tuan tuan….

Dinar Emas – Tun Dr. Mahathir Mohamad

PM3

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Artikel tahun 2009
sumber – internet

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Profesor Umar Ibrahim Vadillo tentang Dinar dan Dirham

emas-public

Sistem ekonomi dunia lebih menguntungkan negara barat. Dunia ketiga (sebutan dunia ke tiga adalah terminologi yang dibuat dari sudut pandangan kapitalis) dan masyarakat miskin akan terus terpinggir. Bagaimana Islam menyelesaikan ketidakadilan ini?

Dinar emas dan Dirham perak adalah mata wang yang diterapkan pada zaman Nabi Muhammad, yang kini mulai dibangkitkan semula. Kerana, dianggap mampu melawan sistem ekonomi yang berbau riba. Gerakan dinar dirham pertama kali diusung oleh satu komuniti muslim di Eropah, bernama Murabitun pada 1991, dan sudah menyebar ke berbagai negara.

Gerakan ini dicetuskan antara lain oleh Profesor Umar Ibrahim Vadillo seorang ahli ekonomi Islam yang berasal dari Sepanyol. anak murid kepada Syaikh Abdul Qadir As-sufi. Profesor Umar Ibrahim Vadillo banyak menerbitkan buku-buku dan membentangkan kertas kerja serta seminar berkaitan Dinar/Dirham serta pembangunan sistem muamalat Islam.

Dalam satu kesempatan kunjungannya ke Indonesia, wartawan Azzikra, Doddy Yuniarto dan Peter Walandow serta fotografer Ganang Arfiardi menemuinya untuk sebuah wawancara, petikannya:

Apa kepentingan Dinar dan Dirham bagi umat Muslim di dunia ?

Kita sebagai bangsa muslim telah memiliki sistem mata wang sendiri . Dinar emas dan Dirham perak. Mata wang ini sudah dipakai sebagai alat tukar selama ribuan tahun dan mulai dihidupkan kembali sebagai jalan menuju kehalalan, kewajaran dan kejujuran. Sistem mata wang kertas yang selama ini kita gunakan, seperti Rupiah di Indonesia atau Ringgit di Malaysia, terus mengalami depresiasi (susut nilai). Kembali kepada sistem Dinar Dirham sangat penting untuk kebebasan setiap individu dalam memilih alat tukar yang stabil.

Kenapa mata wang kertas selalu mengalami depresiasi ?

Bila anda memonopoli mata wang dan hal itu menekan pada semua orang, maka anda merosak perekonomian dan nilai dari mata wang itu sendiri. Ketika wang kertas dibuat terus menerus dalam jumlah besar, setiap pemilik wang kertas akan kehilangan atas nilai wang kertasnya. Inflasi sebagai salah satu akumulasi pencetakan wang kertas yang dilakukan negara, boleh disebut sebagai sebuah kejahatan. Jika disebutkan ada inflasi 20 peratus, bererti terjadi pencurian 20 peratus dari masyarakat. Wang kertas diciptakan oleh bank-bank dan mata wang rasmi pertama kali dibuat baru sekitar 200 tahun yang lalu. Wang kertas bukanlah wang menurut hukum Islam.

Mengapa disebut sebagai perompakan ?

Inflasi hanya menguntungkan segelintir orang kaya, tetapi nampaknya lebih mengenai kaum miskin. Ketika anda meminjam wang, inflasi bekerja untuk anda, kerana pada saatnya nanti, anda akan mengembalikan pinjaman wang yang nilainya sudah lebih murah. Yang terjadi dengan sistem wang kertas adalah sebenarnya wang yang ada di dompet kita sudah jatuh nilainya.

Bank ikut selesa dalam sistem ini?

Ketika berbicara mengenai wang kertas, tidak hanya secara tunai, jumlah terbesar edaran wang kertas tidak berada pada bentuk wang kertas, tetapi dalam bentuk format elektronik. Hanya dua atau tiga peratus yang beredar di masyarakat dalam bentuk wang kertas, selebihnya berada dalam deposit di perbankan. Bank memiliki kemampuan dan kapasiti unik iaitu menciptakan kredit. Mereka juga boleh mencetak wang dari kosong. Katakan, bank memiliki Rp. 10.000 dalam bentuk fizikal, mereka memiliki kapasiti untuk melipatgandakan wang hingga 20 kali lipat dalam bentuk elektronik. Bagaimana cara mereka? Dengan transaksi kewangan melalui komputer. Wang-wang ini dicetak secara banyak dengan menghasilkan keuntungan luar biasa kepada bank-bank. Hal ini memudahkan mereka untuk mengendalikan perekonomian dunia sesuai keinginan mereka.

Mengapa umat Islam justeru ikut menjadi sebahagian dalam sistem ini?

Sejak 100 tahun lalu, umat Islam telah dipaksa untuk memakai mata wang kertas, sebuah formula kapitalisme. Mereka berusaha memasukkan nilai kapitalisme dalam Islam. Jika ada bank, maka jadilah bank Islam, insuran menjadi insuran Islam, inflasi maka menjadi inflasi Islam, kad kredit maka kad kredit Islam dan seterusnya. Yang mereka lakukan bukanlah mengislamkan kapitalisme, tapi memperkayakan kapitalisme melalui hukum Islam. Pada pandangan internasional, dunia memiliki pengganti ‘emas’ baru iaitu US Dollar, dan Amerika Syarikat memiliki keistimewaan luar biasa untuk memberi kita selembar wang kertas, dan kita memberi mereka minyak, emas, dll. Mereka mencetak wang dollar sebanyak-banyaknya sementara kita mengerah keringat demi memperoleh wang tersebut.

Bagaimana sikap Islam dalam situasi ini?

Allah swt telah menekankan bahawa riba itu haram. Riba adalah instrumen bagi kaum kuffar menghancurkan Islam. Di setiap negara muslim seperti Arab Saudi, Pakistan, Indonesia dan negara lainnya, boleh ditemui riba. Keuntungan besar dari Dinar dan Dirham adalah memperbaiki keutuhan dari perekonomian Islam. Nilai satu Dinar di Maroko sama dengan satu Dinar di Turki, dan juga di Indonesia. Kerana nilai emas sama dimanapun di dunia. Semuanya terlindung dalam satu sistem nilai mata wang.

Nilai emas pernah tergugat ketika raja Mansa Mousa mengunjungi Kairo dan mendermakan begitu banyak emas sehingga nilai emas di Kairo jatuh, apakah ini ini bererti emas juga tak stabil ?

Tentu ada sejarah seperti hal itu, sama ketika terjadi demam emas besar-besaran di California pada masa lalu. Pengeluaran emas diluar jumlah emas di seluruh dunia hanya hampir kurang dari satu persen ketika itu. Harga emas dan perak mudah dimanipulasi seperti komoditi lainnya. Tidak seperti wang kertas yang misalnya senilai satu juta rupiah dalam satu kertas, nilainya tak ubahnya wang sepuluh ribuan yang juga sama-sama wang kertas. Jika Bank Indonesia hendak memberi anda satu juta rupiah, maka mintalah satu juta rupiah dalam koin emas, satu juta rupiah sekitar 10 kilo emas, sekitar 150 ribu dollar, itulah nilai sebenarnya dari nominal rupiah tersebut. Kini anda hanya memiliki berlembar-lembar wang kertas yang tidak sampai sepuluh peratus nilainya dari Dinar Dirham.

Apakah pertumbuhan ekonomi dunia akan terpacu dengan system ini?

This is completely nonsense. Ini seperti anda memberi makan pada para perompak yang telah mengatur ekonomi anda. Pencuri yang baik tidak hanya mencuri dari anda tetapi juga membuat anda merasa senang akan keadaan yang diciptakannya. Mereka membuat anda percaya pada mereka. Perekonomian di Indonesia, menurut mereka senilai 200 juta dolar, Microsoft sendiri disebutkan senilai 800 juta dolar, maka Bill Gates bekerja empat kali dibanding seluruh masyarakat Indonesia bekerja selama satu tahun penuh. Ini adalah pencurian. Membiarkan satu negara mengambil keuntungan besar-besaran dari sebuah negara kecil, yang mereka lakukan dengan sistem wang kertas. Jadi, pertumbuhan ekonomi dunia didasarkan pada pencurian terhadap bangsa muslim.

Apakah perekonomian Islam ditentukan oleh Dinar dan Dirham saja?

Dinar dan Dirham adalah sebahagian dari perekonomian Islam. Perdagangan Islam terdiri atas lima rukun ; Dinar dan Dirham sebagai mata wang, pasar terbuka Islam, caravan guilds sebagai pusat produksi Islam serta syarikat. Pada masa kini, muncul gergasi peruncitan seperti Carrefour, Wallmart ataupun Sogo. Bangsa Islam mempunyai pasar Islam atau dalam bahasa arab disebut souq atau bazar. Kita punya pasar terbuka yang boleh untuk siapapun. Jika kita ke Teheran atau Istanbul, souq masih berdiri dan menaungi sekitar lebih dari 4000 pedagang, 23 hotel dan karavan di dalam pasar yang seluas 40 hektar. Ketika anda masuk ke dalam pasar ini, maka anda bebas berdagang. Jika anda masuk ke supermarket saat ini, anda hanya boleh membeli barang-barang yang memang diperbolehkan masuk ke Carrefour dan sejenisnya. Mereka melakukan monopoli. Jika anda menjual sesuatu harus melalui mereka. Jika tidak, anda harus menjual dipinggir jalan dan tidak ada infrastruktur untuk anda.

Bolehkah pertumbuhan ekonomi berkembang lebih pesat dengan sistem ini ?

Tak perlu diragukan! Sistem Dinar dan Dirham akan memacu pertumbuhan ekonomi melebihi apa yang telah dilakukan sistem kapitalisme. Tapi anda juga harus bertanya apa istilah pertumbuhan atau growth? Misalnya GDP di Indonesia naik empat persen, tapi lihat disekitar anda orang-orang miskin ada dimana-mana. Lalu apa ukuran growth itu sendiri? Seratus tahun kita dibungkam untuk hal ini. Kita harus keluar dari anggapan seperti islamisasi kapitalisme. Lihatlah sejarah Rasul mengenai Dinar dan Dirham dan sistem ekonomi Islam di Madinah. Satu ayam dizaman Nabi di Madinah satu Dinar, satu ayam di Indonesia saat ini tetaplah satu Dirham. Selama lebih dari 1.400 tahun, inflasi adalah kosong.

Caranya ?

Langkah pertama adalah pencetakan mata wang Dinar dan Dirham, kedua membangun kembali pasar lalu mendirikan kembali caravan untuk memutuskan monopoli dan membolehkan para pedagang untuk memasarkan produknya dari satu pasar ke pasar lainnya yang akhirnya akan menambah nilai tambah produknya. Setelah itu kita bangun guilds atau taifa, ini sangat penting dan telah dilupakan. 99 peratus masyarakat yang hidup dalam kota-kota Islam saat khallifah berkuasa hidup dalam taifa.

Bagaimana kita boleh keluar dari praktik riba ?

Kita tahu bahwa tidak ada yang menghentikan kita dari meninggalkan riba ini kecuali diri kita sendiri. Kemudian pertanyaan, “Bagaimana memerangi riba?” harus diganti dengan “Bagaimana kita harus mengganti kelakuan kita sehingga kita tidak perlu riba lagi?”. Bila kita berpikir dengan cara ini, kita berada didalam kedudukan yang lebih baik untuk menyarankan jawaban-jawaban yang seharusnya. Pada saat sekarang tingkah laku kita sendiri membutuhkan keberadaan bank-bank dan sistem keuangan mereka. Oleh kerananya jika kita membuang bank-bank riba tetapi meneruskan tingkah laku yang sama, beberapa hari kemudian kita menerima pembentukan bank lain. Tidak ada yang akan berubah hanya dengan menyebutnya sebuah “bank Islam”. Kita harus merubah tingkah laku kita. Untuk melakukan itu kita harus mengingkari bahwa karakteristik manusia yang utama adalah karakteristik ekonomi. Kita bukanlah unit-unit perekonomian.

Bagaimana dinar dirham jadi jawapan kepada ketergantungan pada mata wang US Dollar ?

Dunia sudah dibanjiri terlalu banyak Dollar. Di pasar wang dunia kini transaksi Dolar telah mencapai angka 800 trillion Dolar AS per tahun. Sementara nilai perdagangan dunia yang merupakan sektor real sebenar ‘hanya’ 4 trillion Dolar AS per tahun. Ertinya, transaksi pasar wang itu besarnya 20 kali lipat nilai transaksi perdagangan sektor sebenar. Keadaan ini jelas mencemaskan, kerana transaksi di pasar wang sesungguhnya bersifat maya, kerana tidak ada barang yang diperdagangkan, kecuali wang itu sendiri.Dalam lima tahun terakhir, AS telah mencetak 10 triliun US Dollar, semuanya dalam bentuk mata wang kertas, bukan elektronik dalam bank. Dengan wang sebanyak ini mereka boleh membeli Indonesia sebanyak enam kali. Nah, dengan dinar dirham, maka ketergantungan dapat dihentikan.

sumber : www.emaspublic.net

Lubuk Emas Kampung Jenang Di Marang

Kampung Jenang Di Marang, Lubuk Emas Yang Tersimpan

Percaya atau tidak, penduduk Kampung Jenang yang terletak di Marang jika memerlukan duit berbelanja lebih boleh keluar dan mendulang emas hanya di kawasan berhampiran rumah mereka.

Itulah keistimewaan yang diberikan kepada bumi Kampung Jenang yang terletak berhampiran Jeti Sungai Kerak jika mengikuti pelayaran dengan bot sepanjang Sungai Marang.

Kampung Jenang Di Marang, Lubuk Emas Yang Tersimpan 02 Pemandangan di tepi Sungai Marang ketika perjalanan ‘river cruise’ dari Jeti Sungai Kerak ke Kampung Jenang. – Foto MYNEWSHUB.CC

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jenang; Rasid Abdul Ghani berkata jika penduduk sekitar menggali sedalam kira-kira lima hingga enam kaki sebelum mula mendulang.

Menurut beliau, pastinya ada jumlah emas yang akan ditemui dan biasanya kuantitinya banyak.
“Kalau di Terengganu, mereka ukur emas pakai Hamas, kalau sehari betul-betul buat, dapatlah dua hamas atau tiga hamas.
“Emas 10 itu jenis emas lembut, kalau nak buat gelang dengan emas ini tak boleh kerana ia terlampau lembut, tetapi ia perlu dicampur dengan emas lain,” katanya kepada Mynewshub.cc.

Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Jenang Rasid Abdul Ghani bercerita mengenai keistimewaan emas Kampung Jenang kepada Mynewshub.cc.

Nasihat Pierre Lassonde kepada pelabur emas

Kebimbangan terhadap pasaran emas dan perak membuatkan pemberita dunia(KWN) menemubual legenda Pierre Lassonde, untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai  pelabur pelabur emas tentang apa yang bakal berlaku. Lassonde dikatakan sebagai pembina syarikat terbesar dalam sejarah sektor perlombongan. Beliau adalah bekas Presiden Newmont syarikat perlombongan, bekas Pengerusi Majlis Emas Dunia dan Pengerusi Semasa Franco Nevada. Lassonde adalah individu yang paling kaya dan paling dihormati di dunia membuatkan (KWN) berasa berbesar hati kerana Lassonde memberitahu (KWN) apa yang beliau lakukan dengan dengan wang yang dimiliki beliau.Pertama sekali, inilah yang dikatakan beliau tentang emas ” dari sektor ini, dua pembeli terbesar masih milik China dan India. Untuk pasaran emas,apa yang penting bagi kedua-dua negara.Adakah perkembangan mereka dalam bidang ini semakin meningkat?jika betul,maka perkembangan dalam pasaran emas akan terus berjalan, dan itulah yang akan berlaku.

Pierre Lassonde meneruskanperbualan:

“Jika anda melihat di China, mereka mengatakan tahun ini bahawa China akan berkembang kira-kira 7%. Pasaran emas akan berkembang pada kadar dua kali ganda kadar itu, iaitu pada kira-kira14% atau 15% setiap tahun. Tahun lalu, ia meningkat pada 20%. Di India, ia adalah mengenai hubungan yang sama. Kami menjangkakan pertumbuhan lebih perlahan, tetapi mereka bekerja kira kira satu tan 1,000 pasaran tahun sebelumnya, jadi ia memberi impak yang besar sama ada ia adalah peningkatan sebanyak 5% atau tidak. Ia adalah besar.

 “Bank-bank pusat tahun lepas telah mengambil kira-kira 340 tan.Saya mengesyaki kita akan menyaksikan kiraan yang sama pada tahun ini. Itulah peralihan besar daripada beberapa tahun yang lalu,di mana mereka telah menjual 400 hingga 500 tan setahun.Sekarang mereka membeli 350 tan setahun.

Maka mereka jugalah  dua faktor terbesar dalam pasaran emas. Di Eropah, kita melihat banyak individu swasta membeli emas dan hanya menyimpan di Switzerland. (Pembeli dari) Jerman,Greece, Sepanyol, dan sebagainya. Orang ramai tidak tahu di mana untuk meletakkan wang mereka.

Mereka tidak mempercayai sistem euro – mereka berfikir roda mungkin terkeluar. Mereka membeli emas fizikal. Mereka tidak membeli ekuiti. Mereka membeli hartanah dan mereka membeli emas. ”

Apabila ditanya mengenai penapis emas Switzerland bekerja siang malam ‘kerana permintaan besar-besaran, Lassonde menjawab,”Itu adalah betul. Mereka mungkin kira-kira 90 hari yang ditempah untuk bar kilo. Masa yang mereka lakukan (jongkong emas), mereka dihantar keluar dan mereka pergi ke China atau apa sahaja. Jadi,ya, mereka beroperasi pada kapasiti yang penuh. ”

Lassonde mempunyai pendapat tentang saham perlombongan: “Saya fikir mencabut antara harga komoditi (emas)dan harga ekuiti (saham) hanya boleh bertahan begitu lama. Saya masih percaya dengan percetakan wang,nilai  emas akan naik.

Anda mempunyai nilai di pasaran hari ini bahawa kami tidak dilihat sejak pasaran merosot secara dahsyat 2008. Itulah apa yang anda lihat.Tetapi melihat apa yang berlaku dalam pemulihan – yang saya maksudkan terdapat wang yang banyak untuk dibuat.

Secara peribadi, saya telah meletakkan wang tunai ke dalam pasaran sejak beberapa minggu yang lepas kerana saya fikir ia baik untuk masa depan.