Al Rajhi sasarkan Rm100m dalam jualan emas

 

Al Rajhi Bank Malaysia, Memperkenalkan produk pelaburan emas tahun lepas, mensasarkan jualan emas  sebanyak RM100 juta  tahun ini.

Pengarah Perbankan Al Rajhi Malaysia , Yasmin Yunus, berkata bank itu menjangkakan prestasi yang lebih baik tahun ini dalam pelaburan emas untuk mempelbagaikan pelanggan mereka dalam pelaburan ini akibat keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

 

“Jualan tahun lepas ialah 10 kali ganda lebih daripada  kami yang sasarkan. Tahun ini, kami mensasarkan sekurang-kurangnya pelaburan bernilai RM100 juta daripada jualan emas.

“Al Rajhi Gold-i adalah emas dengan ketulenan 999.9 emas … kami menawarkan nilai sebenar dan, itulah kelebihan daya saing kami,” katanya kepada Times News  baru-baru ini.

Bank, Al Rajhi Antara mulanya Memperkenalkan Gold-i untuk pelanggan mewah, kini diperluaskan kepada pelanggan runcit.

Yasmin berkata jualan Emas adalah perkhidmatan pengurusan kekayaan dalam bahagian produk terbaik.

“Aset kami di bawah pengurusan sejak tahun 2010 meningkat sebanyak 207 peratus, terutamanya Hasil daripada perkhidmatan pembiayaan yang inovatif untuk berkhidmat kepada pelanggan profil risiko yang berbeza, termasuk pelaburan emas fizikal,” katanya, sambil menambah bahawa pelaburan emas menyumbang 90 peratus kepada pertumbuhan itu.

Menurut beliau lagi,ianya juga memenuhi keperluan pelabur emas dengan risiko sederhana. Pulangan yang boleh berkisar dari lima peratus kepada 20 peratus.

 

Emas tidak ada tarikh luput

Kita manusia bertambah usia…dari muda menjadi tua, kereta baru menjadi buruk, begitu juga rumah, bangunan, barangan/peralatan menjadi usang dan luput. Itu lumrah alam. Tetapi lain pula dengan logam kuning ini, tidak pernah ada tarikh luput, malah semakin lama semakin bernilai…

Benarlah pesan peniaga emas… Jika siapa yang ada modal dan berkeinginan untuk berniaga tapi tak tahu selok-belok perniagaaan, berniaga lah EMAS. Berniaga emas tidak akan “makan modal” tetapi menguntungkan.

 

Kenapa?

 

Kerana stok EMAS tidak ada tarikh luput. Inilah di antara rahsia atau kelebihan perniagaan/pelaburan emas. Tokey/peniaga/dealer emas sebenarnya bertindak sebagai penyimpan, pelabur, dan peniaga.

Mereka adalah penyimpan emas (stok emas), kemudian mereka juga bertindak sebagai pelabur dengan membeli semasa harga rendah dan mengaut keuntungan bila harga emas naik bila menjual emas tersebut kepada pelanggan.

Ramai beranggapan “ siapa nak beli emas kerana harganya yang semakin mahal”. Betul harga emas memang mahal dan akan bertambah mahal dari hari ke hari namun orang tetap membelinya terutama mereka yang celik emas. Dan kerana ia bernilai juga semua orang mengejar dan berlumba-lumba mendapatkannya.
Kita jarang dengar perniagaan emas tutup kedai/‘gulung tikar”. Cuba lihat kedai-kedai emas Poh Kong, Habib Jewels dan lain lain kedai emas semakin bertambah walaupun tidak seramai pelanggan yang mengunjungi pasar malam!!!.

40 Negara pemilik emas terbesar dunia

 

NEW YORK, KOMPAS.com – Emas masih menjadi salah satu aset terbaik dalam Pelaburan umum suatu negara. Peranannya sangat besar karena memiliki tren harga naik dalam jangka panjang.

Dari awal tahun ini,tidak dinafikan, harga pasaran emas merundum,daripada dari tempat yang atas sehingga turun ke mawah paras. Tetapi hal itu tidak mempengaruhi sesebuah negara untuk mengubah portfolio cadangan dalam bentuk emas.

Per Mei 2012, World Gold Council mencatat, dari awal tahun ini sebagian besar negara di dunia mempertahankan posisi dalam pemilikan emas. Dipegang oleh bank sentral.
Contohnya, (dari periode tersebut) komposisi cadangan emas terhadap total devisa AS turun dari 76,9 persen menjadi 75,9 persen. Kemudian Jerman dan dari 74 persen ke 72,8 persen.  Sedangkan China dengan cadangan devisa terbesar di dunia yakni 3,18 triliun persen pada akhir 2011, porsisi emas pada data Mei 2012 ini hanya 1,7 persen dari total cadangan devisanya.

Berdasarkan data pada Mei 2012 ini, AS masih menjadi negara/lembaga yang mempunyai emas terbesar di dunia sebagai cadangan devisa yakni mencapai 8.133,5 ton emas. Posisi kedua adalah Jerman dengan 3.396,3 ton, serta IMF di posisi ketiga dengan 2.814 ton.

Bagaimana dengan Indonesia? Sebagai salah satu negara yang mempunyai deposit emas terbesar di dunia, Indonesia hanya berada di urutan 39. Bank Indonesia   memiliki 73,1 ton emas atau 3,5 persen dari cadangan devisa sampai akhir April 2012 mencapai 116,4 miliar dollar AS.

Berikut adalah senarai 40 negara/lembaga yang memiliki emas sebagai cadangan devisa:

NO  NEGARA         KUANTITI

1.Amerika Serikat8,133,575,9%
2.Jerman3,396,372,8%
3.IMF2,814,01)
4.Italia2,451,872,6%
5.Perancis2,435,472,6%
6.China1,054,11,7%
7.Swiss1,040,117,5%
8.Rusia895,79,3%
9.Jepang765,23,2%
10.Belanda612,560,9%
11.India557,710,0%
12.ECB502,133,8%
13.Taiwan422,45,7%
14.Portugal382,590,9%
15.Venezuela365,868,5%
16.Saudi Arabia322,93,0%
17.Inggris310,316,7%
18.Lebanon286,831,2%
19.Spanyol281,631,3%
20.Austria280,056,6%
21.Belgium227,539,8%
22..Turki209,612,2%
23.Philipina195,413,6%
24.Algeria173,64,8%
25.Thailand152,44,5%
26.Libya143,87,1%
27.Singapura127,42,8%
28.Swedia125,713,0%
29.Afrika Selatan125,013,2%
30.Meksiko122,64,2%
31.BIS119,0 
32.Yunani111,782,2%
33.Rumania103,710,7%
34.Polandia102,95,5%
35.Kazakhstan96,215,9%
36.Australia79,98,2%
37.Kuwait79,013,4%
38.Mesir75,623,5%
39.Indonesia73,13,5%
40 .    Denmark66,5         4,0%

 

 

 

 

 

 

Kelebihan Dinar Emas

 

– Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.

– Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

Di antara kegunaan Dinar Emas ialah :

1) Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.

2) Boleh digunakan untuk membayar zakat.

3) Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.

4) Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.

5) Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.

Dinar emas Sebagai Mahar Mas-kahwin Lebih menguntungkan bagi pengantin perempuan

1. Emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
Emas tidak menjamin anda menjadi kaya tapi menjamin anda tidak miskin. Ia sememangnya menguntungkan penyimpan atau pelabur emas. Tempoh masa untuk simpanan atau pelaburan emas disarankan 1 tahun dan ke atas. Dalam masa 1 tahun ini, kita akan nampak perbezaan harga turun dan naik. Dibawah adalah sejarah harga emas dalam masa 1 tahun.

2. Konsep Beli Sekarang

Jika anda masih ragu-ragu dengan emas, banyakkan membaca, tanya orang lain tentang emas, dan gunakan konsep ini. Beli sekarang dan tunggu bukan tunggu masa yang sesuai untuk beli, kerana harga emas hari ini tidak sama dengan harga emas esok, mungkin naik dan mungkin turun tetapi emas akan sentiasa naik harganya.

3. Harga Sentiasa Turun dan Naik
Emas ialah antara barangan komoditi yang sentiasa harganya turun dan naik, bila anda menkaji graf harga emas, sudah pasti terdapat penurunan dan kenaikan harga, antara faktor penurunan harga emas ialah kekukuhan matawang U.S, dan antara kenaikan harga emas ialah kejatuhan matawang U.S, krisis ekonomi dunia, perperangan, bencana dunia dll.

 

 

4. Pelaburan Emas Bukan Pendapatan Tetap
Simpanan atau pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap anda setiap bulan, sekiranya anda mahu menjana pendapatan daripada emas, perniagaan emas ialah jawapannya.

Mungkin beberapa penerangan diatas membantu anda untuk menceburi bidang simpanan atau pelaburan emas, seterusnya terserah kepada anda untuk membuat pilihan. Mulakan simpanan emas anda dengan 1 dinar emas dan mungkin dengan melihat kilauan 1 dinar ini anda akan bersemangat untuk menambah ilmu tentang emas.

Penguatan dollar kikis emas

Harga emas masih bergerak di kitaran negatif kerana tingginya nilai mata wang Dollar dan sentimen ekonomi makro yang lemah. Perhatian pasaran berpusat pada krisis yang sedang berlaku di Greece.

Harga emas pada masa ini ialah $ 1,536 per troy ons, turun $ 8.30 dari level penutupan dan 2.7% di bawah harga pada pembukaan hari Isnin (14/05).Penurunan  harga emas ini  terus merosak  kerana di tengah-tengah kemungkinan keluarnya Greece dari zon Eropah.Dalam masa terdekat,  Isyarat pelonggaran akan mendorong harga emas untuk pulih,meskipun begitu harga emas tidak akan mengalami kenaikan signifikan disebabkan keadaan ekonomi makro Eropah dan  berkurangnya permintaan fizikal dari India dan China.

Duduk bangun emas

Artikel ini amat sesuai untuk mereka yang bergelar usahawan dan penyimpan emas yang sentiasa ada.” tentang bila harga emas nak naik ” dan “bila harga emas nak turun” .

 

Usahawan – Sebagai seorang usahawan , anda wajib mengalami proses “duduk dan bangun” dalam perniagaan yang diceburi termasuk perniagaan emas dan perak.Anda tidak semestinya akan berjaya dalam perniagaan esok hari tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya. Mungkin anda tidak dapat meyakinkan pelanggan hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya.Mungkin anda tidak berjaya menjual emas hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya menjual emas hari berikutnya.Mungkin anda tidak untung hari ini tapi tidak mustahil anda akan untung hari berikutnya.Begitulahhhh lumrahnya……

Apa yang penting sebagai seorang usahawan emas adalah KUASA TINDAKAN & TEMPOH TINDAKAN . Jika anda banyak ILMU EMAS sekalipun , tanpa kuasa tindakan anda tidak akan ke mana-mana . Sebagai seorang usahawan anda harus melalui proses TEMPOH TINDAKAN . Mesti ramai-ramai yang tertanya-tanya bagaiamana sehingga kini saya masih bertahan sebagai seorang usahawan emas.Jawapannya adalah ” SABAR & BUAT yakni tindakan secara berterusan tanpa ada rungutan.InsyaAllah anda akan berjaya……

PENYIMPAN EMAS & PELABUR EMAS – Sudah beberapa tahun soalan yang sentiasa diajukan kepada saya “bila harga emas nak naik” dan “bila harga emas nak turun” . Soalan ini agak sukar untuk dijawab dengan tepat tetapi boleh di analisas berdasar fakta dan isu semasa.Faktor utama yang mempengaruhi harga emas adalah :

1 – Pengaruh matawang USD dan krisis ekonomi.

2 – Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

  • Untuk kegunaan industri.
  • Untuk kegunaan pelaburan.
  • Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara.
  • Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas.
  • Lain-lain kegunaan.

3 – Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

  • Lombong emas di seluruh dunia.
  • Penjualan rizab emas oleh bank pusat.
  • Emas terpakai yang digunakan semula.

So kesimpulannya , menjadi lumrah harga emas dan perak dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui proses “duduk dan bangun” = “turun dan duduk” sehingga ……….. ( bila emas dijadikan pengukur matawang / matawang ).

 

 

Miliki emas untuk menarik kekayaan & mengekalkan kekayaan

 

Mengapa emas boleh menarik kekayaan ? Setiap benda adalah energi. Dan setiap energi mempunyai frekuensi tarikan tersendiri.

Anda biasa dengar pepatah bergaul dengan orang miskin, kita jadi miskin…bergaul dengan emas kita jadi kaya. Mengapa begitu ? Sebab level energiorang kaya ia banyak menarik energi positif…

Level energi orang miskin menarik banyak energi negatif. Selalu mengeluh masalah, complain, memberi pandangan negatif, putus asa, putus harapan…benda-benda itu yang akan menarik energi negatif.

Orang Kaya pula, mereka sentiasa berfikiran positif dan berfikiran dia boleh. Setiap masalah yang dilihatnya adalah satu peluang. Jika dia kaya dia tetap menganggap kekayaan itu semua milik Allah. Yang mana eksyen biasanya kaya sekejap.

Jadi emas juga mempunyai tarikan energi kekayaan yang kuat. Bermakna siapa bergaul dengan emas, kekayaan dia semakin bertambah. Mengapa boleh jadi begitu ?

Sebab orang yang mempunyai emas membayar zakat emas. Yang tak bayar zakat emas pun nanti emasnya tak kekal lama dengan dia. Jadi janganlah teragak-agak untuk bayar zakat.

Setiap perintah Allah itu ada keistimewaan dan kebaikan untuk hambanya. Berzakat sebenarnya untuk membersihkan harta dan bila harta bersih, harta lain akan datang.

Baik orang Islam atau bukan Islam, zakat dan charity akan menarik kekayaan. Anda pernah datang ke rumah orang-orang kaya ? Lihat perhiasan dalam rumahnya.

Banyak perhiasan yan diperbuat daripada salutan warna emas atau emas betul. Pinggan mangkuk di tepi-tepinya corak emas. Sudu garpu emas. Warna dinding pun emas. Almari, karpet emas.

Warna emas juga melambangkan kekayaan. Sebab itu pantang jika makan jangan pakai pinggan plastik sebab energi dari pinggan plastik akan dimasukkan ke dalam tubuh badan.

Tapi nak buat macamana, kalau kita selalu makan di luar terutama di kedai mamak. Takkan nak bawa pinggan emas kita.

Ini hanyalah konsep kekayaan emas. Jika kita mampu buat kita buat. Kalau tak buat pun bukannya kita boleh jadi teruk.

 

 

Pelaburan emas di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori

  • Pelaburan Emas Fizikal: jongkong emas, syiling emas dan barangan kemas emas.
  • Pelaburan Akaun Emas: Maybank, Public bank, CIMB bank, UOB, Citibank dan Kuwait Finance House.

 

EMAS FIZIKAL VS. AKAUN EMAS

 

BARANG KEMAS EMAS

Syarikat emas yang stabil dan mempunyai reputasi yang baik merupakan faktor-faktor terpenting yang harus dipertimbangkan semasa membeli barangan kemas untuk memastikan produk yang dibeli bermutu dan ketulenan yang tinggi. Contoh: kedai emas Poh Kong, Tomei, Habib Jewel atau Wah Chan.

Tetapi, barangan kemas tidak digalak untuk dijadikan sebagai pelaburan emas. Sebab caj yang dikenakan untuk kerja seni dan buatannya jauh lebih tinggi daripada jongkong emas yang hanya perlukan reka bentuk yang minima untuk menjimatkan kos buatan.

SYILING EMAS

Selain daripada kedai-kedai emas yang disebutkan diatas, UOB Malaysia juga menawar pelbagai pilihan seperti Canadian Gold Maple Leaf, Australian Kangaroo Gold Nugget dan Singapore Lion Gold Coin.

Kijang Emas Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan salah satu produk syiling emas yang paling laku di negara kita. Tetapi, khabarnya bekalan yang terhad selalu menjadi masalah utamanya.

JONGKONG EMAS

Jongkong emas dalam bentuk samada bar atau bulion, ini adalah produk emas fizikal yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan. Antara jongkong emas yang popular di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Pamp Suisse Lady Fortuna
  • Poh Kong Bunga Raya
  • Tomei KLCC
  • Public Gold
AKAUN SIMPANAN EMAS

Pelaburan emas melalui buku simpanan bank menjadi semakin popular di Malaysia sejak dua tahun yang lalu. Maybank ialah bank yang pertama di Malaysia melancarkan akaun simpanan emas diikuti oleh Public Bank, KFH dan seterusnya.

Konsep pelaburan ini telah selesaikan masalah pelabur untuk mencari tempat yang selamat untuk menyimpankan emas di dalam rumah yang selalunya bimbang akan menjadi sasaran pencuri pecah rumah.

Setakat hari ini sekurang-kurangnya 6 buah bank di negara kita telah menawarkan akaun simpanan khas untuk pelaburan emas sahaja seperti berikut:

  • Maybank Gold Investment Account
  • Public Bank Gold Investment Account
  • Kuwait Finance House Gold Account-i
  • CIMB Bank Gold Deposit Account
  • UOB Gold Savings Account
  • UOB Premier Gold Account
  • Citibank Gold Account

Sila dimaklumkan bahawa setiap akaun emas diatas adalah amat berbeza dan mempunyai ciri-ciri tersendirinya. Maka, perbandingan yang teliti harus dilakukan sebelum mengambil tindakan seterusnya. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan:

  • Ketulenan emas – pilihan utama ialah emas 999
  • Perbezaan antara harga jualan and belian – perbezaan yang lebih kecil bermakna caj yang dikenakan lebih rendah
  • Kebenaran/caj untuk mengeluarkan bar emas – ini merupakan markah tambahan untuk akaun emas yang beri kemudahan untuk menukarkan credit dalam akaun kepada emas fizikal

 

 

Tulen kah emas anda?

Saya percaya kita akan terfikir apakah emas yang dijual atau yang bakal kita beli itu asli atau tulen..dan bagaimana untuk mengesahkan ketulenannya itu?

Terdapat beberapa kaedah yang boleh menguji ketulenan emas:
1.           Ujian Gigitan
Emas tulen adalah logam yang sangat lembut. Jika digigit ia akan meninggalkan kesan lekuk di permukaannya.
2.         Ujian pembakaran
Emas tulen sekiranya dibakar dengan suhu amat tinggi sekalipun tidak akan meninggalkan kesan terbakar atau hangus malah ia tetap kekal bersinar
3.         Kaedah Timbangan Ketumpatan.
Kaedah paling popular yang sering digunakan di bank-bank, syarikat-syarikat atau kedai-kedai yang membekal atau menjual emas.
mesin timbangan ketumpatan emas – pic google
Kaedah kimia

Ketulenan emas juga boleh diuji dengan menitiskan asid kepermukaannya. Warna kuning emas tulen tidak akan berubah walaupun dimasukkan atau dititiskan dengan bahan kimia ini.
contoh larutan asid – pic:google
5.         Kaedah Penguji Eletronik

Dalam Kaedah ini emas akan dikepit dan disentuh kepada penguji ini. Apabila tersentuh lampu LED akan menyala berdasarkan nilai karat emas tersebut.
alat uji emas elektronik – pic google
Harapan perkongsian ringkas ini boleh mengurangkan kesangsian anda berurusniaga dengan logam berharga ini.

Melabur dalam Emas dan Perak

 

Terdapat banyak platform di mana orang melabur wang mereka dengan tujuan untuk mendapat pulangan keuntungan maksimum.Walaupun begitu pelaburan dalam Emas dan Perak telah sentiasa menjadi pilihan yang bijak untuk satu kumpulan kecil tetapi berpendidikan pelabur yang melihat pada nilai pasaran yang semakin meningkat yang mana logam berharga.

Jika kita menganalisis harga bulion Emas dan Perak, kita boleh mengetahui hakikat bahawa nilai telah mencapai lebih banyak daripada 4 kali ‘nilai daripada 5 dekad lepas.

Bandingkan pulangan kepada prospek pasaran saham, dan ia benar-benar mudah untuk melihat apa pelaburan yang bijak terhadap logam tersebut  sejak beberapa dekad lalu. Ia telah menarik ramai peserta untuk platform pelaburan terhadap syiling dan bar emas.

Cara bijak membeli syiling emas dan perak seringmenjadi soalan utama yang datang ke dalam minda pelabur baru. Anda akan dapat untuk membongkar tempat di mana penilaian terbaik pada syiling, bar, pengetahuan mengenai pengutipan mata dan beg syiling ringan melalui penyelidikan sepatutnya.

Baru-baru ini terdapat lonjakan besar dalam permintaan untuk kedua logam berharga ini . Ini adalah kerana ramai orang mahu melindungi harga wang mereka dengan pelbagai alternatif pelaburan. Nilai wang adalah amat tidak menentu di pasaran antarabangsa dan kita dapat melihat perbezaan yang sama dalam nilai dolar.

Individu tidak mahu kehilangan kuasa beli pengurangan mereka dalam nilai dolar. Ramai orang menginginkan  untuk membayar logam sebagai pilihan yang paling sesuai untuk mendapatkan keuntungan maksimum bersih dan perlindungan dalam jangka masa panjang.