Hadiah Jongkong Emas Hello Kitty 100gm

Bagi mereka-mereka yang belum mempunyai akaun bank Hong Leong Bank terutamanya perempuan atau gadis-gadis gedik macam King_coco , anda berpeluang untuk memenangi 100gm jongkong emas Hello Kitty dengan membuka akaun baru di Hong Leong Bank dan depositkan RM1000.00 sahaja kedalam akaun.

 

Selain berpeluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM30,000 ini, anda juga akan mendapat Kad Debit Bank Hong Leong Bank Hello Kitty

Cara-caranya seperti dibawah, tamat sehingga Mei 2017 sahaja ok..

 

Senang je Bank nak pinjam duit anda, cuma bagi hadiah dan orang berpusu-pusu untuk menyimpan dalam bank, bank tak perlu bayar interest, tetapi jika anda ingin meminjam wang dari bank, anda akan dikenakan pelbagai interest, apapun itulah dipanggil kewangan, untuk menjadi seperti bank, anda kena ada lesen dari Bank Negara, bukan lesen MLM atau skim ponzi.

 

LAGI CERITA TENTANG EMAS

emasfaiz03

“Putrajaya: Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) 2013 bakal membawa pulang hadiah jongkong emas seberat 350 gram (g) yang bernilai kira-kira RM70,000 selain wang tunai RM40,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemberian hadiah jongkong emas itu ditaja Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menggantikan hadiah kereta Proton Preve yang dijanjikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penganjur, sebelum ini. Menurutnya, pemberian jongkong emas itu adalah pertama kali dalam sejarah penganjuran MTQA bertujuan memudahkan pemenang membawa pulang hadiah ke negara mereka. “Pemberian jongkong emas berkenaan kepada pemenang memudahkan mereka membawa pulang hadiah itu termasuk boleh dimasukkan dalam poket saja.

“Pada masa sama, kita berbuat demikian selepas mendapati kemungkinan kos pengangkutan dan penghantaran kereta Proton Preve ke negara diwakili juara kategori qari dan qariah MTQA adalah lebih tinggi berbanding nilai hadiah itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan setem kenangan sempena ulang tahun ke-55 MTQA di Masjid Putra di sini, semalam. Majlis perasmian MTQA ke-55 akan disempurnakan oleh Timbalan Yang Pertuan Agong merangkap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Majlis penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 6 Julai ini. Dalam pada itu, Jamil berkata, beliau gembira kerana sehingga kini seramai 76 peserta mewakili 45 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Brunei, Indonesia dan Thailand sudah mengesahkan diri untuk menyertai.”

Artikel di petik dari Harian Metro

Sumber- emasfaiz.blogspots.com

*PS : Lepas baca ni, mesti anda semua faham kenapa emas sangat penting… so apa tunggu lagi, jangan bazirkan masa anda… pelajari ILMU EMAS di blog ini dan di mana mana blog tentang emas

Lelaki Miskin Jual Barang Kemas Bina Taj Mahal

Taj Mahal ialah makan yang dibina oleh Shah Jehan untuk isteri ketiga beliau Mumtaz Mahal yang meninggal dunia pada tahun 1631. Di Bulandshahr, Uttar Pradesh India Faizul Hasan Kadari (77) membina sebuah replika Taj Mahal untuk arwah isteri beliau Tajammuli Begum. Faizul sudah membelanjakan GBP 10 500 (RM 50 000) untuk membina replika sebesar 5000 kaki persegi ini.

Pembinaan dimulakan Febuari 2012 tetapi terpaksa dihentikan September lalu akibat kehabisan dana. Sungguhpun begitu Faizul enggan menerima bantuan orang ramai kerana pada hemat beliau monumen cinta beliau kepada arwah isteri harus dibina menggunakan wangnya sendiri.

Faizul juga telah menjual barang kemas arwah isteri, tanah milik beliau dan wang pencen bagi menjadikan kubur isteri kelihatan seperti Taj Mahal mini. Beliau berharap Taj Mahal mini beliau dapat disiapkan sebelum beliau meninggal dunia dan beliau dapat disemadikan bersebelah kubur isteri tercinta. Sumber Blogserius

Desktop66 01 1 Lelaki Miskin Sanggup Bina Replika Taj Mahal Untuk Arwah Isteri [12 Gambar]Desktop66 02 3 Lelaki Miskin Sanggup Bina Replika Taj Mahal Untuk Arwah Isteri [12 Gambar]Desktop66 03 Lelaki Miskin Sanggup Bina Replika Taj Mahal Untuk Arwah Isteri [12 Gambar]Desktop66 04 Lelaki Miskin Sanggup Bina Replika Taj Mahal Untuk Arwah Isteri [12 Gambar]

– See more at: http://fuh.my/lelaki-miskin-sanggup-bina-replika-taj-mahal-untuk-arwah-isteri/#sthash.yNIQk9Wk.dpuf

Cara Orang Melayu Beraya Dengan Emas

cara orang melayu dulu-dulu raya, cara orang melayu raya, sejarah melayu, sejarah melayu islam, melayu raya, melayu percaya roh, cara melayu islam dahulu raya
SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.

Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.

Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?

Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.

sumber : http://tajdidislam.blogspot.com/2012/05/cara-orang-melayu-dahulu-beraya.html

Duit & Matawang Bukanlah Penjamin Masa Depan

Salam sejahtera semua, saudara emas harap anda semua sentiasa sihat-sihat sahaja.

Post kali ini, saudara emas ingin mengajak anda semua untuk melihat tentang kertas yang kita selalu lihat, sentuh dan guna hampir setiap hari iaitu duit. Atau lebih tepatnya matawang negara kita iaitu Ringgit Malaysia atau RM. Saudara emas rasa, kalian tentu dah kenal sangat dengan RM ni kan. Jadi tak perlulah saudara emas ceritakan macammana nak gunakannya betul tak. Namun, disebabkan sejak kita semua dilahirkan ke dunia ini, celik-celik sahaja kita sememangnya dididik untuk menghargai wang kertas ini sebagai duit yang sebenar. Tetapi sejauh manakah kita faham akan erti duit yang sebenar?! Mari sama-sama kita kupas isu ini. =)

Duit atau wang seharusnya berfungsi sebagai:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Untuk pengetahuan semua, wang yang kita gunakan hari ini adalah wang fiat. Apa itu wang fiat? Maksudnya, duit kertas itu tidak disandarkan pada sesuatu yang bernilai yang solid seperti emas atau perak. Dalam sejarah matawang, wang kertas dulunya dicetak dengan bersandarkan emas. Sebagai contoh, RM 1 juta hanya boleh dicetak apabila ada emas di dalam rizab simpanan bank negara sebanyak RM1 juta. Jadi wang yang dicetak dan diedarkan untuk kita gunakan sehari-hari itu ada nilainya, iaitu sekiranya kita ada RM1000 kita sebenarnya memiliki sekian gram berat emas dalam nilai RM1000 di rizab simpanan bank negara.

Namun, dalam sistem wang fiat, duit kertas seperti US dollar, Euro, Pound, RM dan sebagainya hanya dicetak tanpa disandarkan pada emas atau perak di dalam rizab simpanan. Jika RM100,000 dicetak, ianya hanyalah atas angin. Wang kertas yang diedarkan diseluruh negara hanyalah bernilai apabila penguatkuasaan dibuat ke atasnya untuk ianya bernilai. Di Malaysia, wang kita hanya bernilai apabila Bank Negra Malaysia (BNM) menguatkuasakan serta memperakui wang itu bernilai dengan sekian-sekian nilainya. Baiklah, cuba sahabat-sahabat sekelian keluarkan sebarang wang kertas anda sekarang dan teliti pada not kertas tersebut. Pasti anda akan menemui ayat yang seperti berikut WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI dan BNM. Jadi kertas cetakan biasa akhirnya boleh bernilai 2, 5, 10, 50, 100 dan seterusnya. Kita semua menerima kertas-kertas tersebut bernilai disebabkan ia dikuatkuasakan untuk bernilai atau FORCED TO BE VALUED walaupun sebenarnya ia masih kertas cetakan biasa yang menelan kos cetakan kurang RM0.10 untuk satu-satu not tersebut.

Walaupun begitu, ianya tidak bermaksud bahawa wang kertas mempunyai nilai intrinsitk yang baik. Kita semua hanya percayakan penguatkuasaan semata-mata. Cuba bayangkan apa yang terjadi sekiranya BNM tidak lagi mengiktiraf wang-wang simpanan anda untuk bernilai?! sudah tentu ianya hanyalah akan sama seperti mana-mana kertas tisu atau perhiasan semata-mata. Mustahil ianya akan terjadi? tidak mustahil. Sebagai contoh, pasti anda masih ingat akan duit syiling RM1 seperti yang di bawah ini.

Duit syiling RM1 ini pernah digunapakai secara meluas di negara kita dahulu, sehinggalah BNM tidak lagi memperakui nilainya pada 7hb Januari 2005. Selepas tarikh itu, syiling ini telah menjadi kepingan-kepingan logam yang tiada nilainya kerana secara zahirnya duit ini tiada nilai intrinsiknya. Cuba bayangkan sekiranya seorang peniaga pasar malam yang ada sejumlah RM500 syiling RM1 ini selepas dari tarikh perakuan nilai tadi, bukankah dia telah rugi RM500?!.

Kiranya hal ini boleh berlaku ke atasnya, ia mungkin terjadi dengan wang kertas dan duit syiling kita yang lain suatu hari nanti. Saya masih ingat sewaktu ke Indonesia bersama teman-teman, ada seorang kawan saya yang pernah pergi ke sana beberapa tahun yang lepas, dan dia masih ada beberapa keping not rupiah, baki perbelanjaan terdahulu melancong ke sana. Namun, sayangnya, walau beberapa tahun sahaja tidak ke sana, sejumlah beberapa juta rupiah miliknya itu tidak boleh digunapakai lagi kerana kerajaan Indonesia telah memansuhkan not-not tersebut sebagai bernilai. Maka rakan saya ini telah rugi beberapa juta rupiah kerana masih memiliki wang tersebut. Rugi bukan?! Mujurlah jutaan rupiah, kalau kes yang sama berlaku di negara kita, jutaan ringgit tentulah sangat banyak. =)

Duit kertas adalah penyimpan nilai yang lemah dan tiada nilai intrinsik. Kelemahan matawang kertas terutamanya terhadap inflasi sangat ketara. Sebagai contoh anda memiliki RM10,000 pada tahun ini, dan 10 tahun yang akan datang ianya sangat berbeza. Ini kerana kuasa membelinya kian menyusut setiap hari, inikan pula 10 tahun kemudian. Oleh itu, matawang kertas yang kita simpan atau laburkan dalam bentuk wang kertas fiat ini adalah sangat lemah dan tidak menjamin masa depan.

Tetapi emas pula tidak begitu. Emas merupakan elemen kimia (Aurum) yang:

1. Secara semulajadi tidak boleh dimusnahkan.
Ianya hanya boleh dileburkan pada suhu yang tinggi tetapi tidak boleh dibakar dan dimusnahkan dengan mudah seperti mana-mana wang kertas.

2. Mempunyai nilai intrinsik yang sangat tinggi.
Kilauan emas yang cantik dan boleh dijadikan sebagai barang perhiasan wanita atau tidak, ianya tetap diterima oleh mana-mana kelompok masyarakat di mana-mana negara di dunia ini tidak seperti RM yang hanya diterima pakai di Malaysia. Sekiranya anda ke negara lain, anda perlu menukarkannya kepada matawang negara tersebut terlebih dahulu. (Bagaimana sekiranya anda ke negara yang pengurup kewangannya tiada duit ringgit?!)

3.Tidak boleh dicetak atau dicipta dengan banyak sesuka hati seperti wang kertas.
Disebabkan itu, emas adalah tahan inflasi. Untuk membeli seekor kambing sekarang, anda mungkin perlu berbelanja sebanyak sekitar RM550-700 dan nilainya sama seperti sekeping 1 dinar hari ini. Begitu jugalah 1400 tahun yang lepas, harga seekor kambing di zaman rasulullah adalah 1 dinar. Ini bermakna emas adalah matawang yangh kalis inflasi walaupun telah beribu tahun lamanya.

4. Tahan lasak dan kuning keemasannya tidak akan pudar selamanya.
Jadi, dari sini sudah tentu anda sedar bahawa matawang yang sebenar adalah emas dan bukan duit kertas fiat. Emas mempunyai ciri duit yang sebenar dan bukannya wang kertas. Tiada penguatkuasaan ke atas emas yang boleh mengatakan bahawa emas itu tidak diperakui nilainya sekiranya ianya tulen seperti apa yang berlaku pada duit kertas dan syiling oleh kerajaan. Jadi tukarkanlah wang kertas simpanan anda sekarang kepada emas. Beli emas sekarang sebagai pelindung kewangan anda. ‘Lock’ harga dan beli emas anda dengan saya sekarang.=)

institutemas.blogspot.com

Cerita Cincin Tunang

Hari ini mencatatkan penurunan harga emas bagi pasaran dunia. Harga emas jatuh dengan merudum sekali dan ini telah mencetuskan panik di seluruh kedai emas. Kedai-kedai emas diserbu seperti jualan mewah. Saya yang kehairanan terus bertanya kepada makcik yang singgah di kedai emas. Makcik ini menceritakan bahawa pada masa sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas kerana harga emas akan meningkat pada musim perayaan nanti.

Melihat kepada keadaan ini, saya teringat bahawa saya menrancang untuk bertunang pada hujung tahun ini. Pada masa emas murah inilah peluang saya untuk membeli emas untuk diberikan pada tunang saya. Saya telah membuat keputusan untuk membeli dan mengambil wang di Maybank yang terletak bersebelahan kedai emas ini.

Setelah mengambil wang saya terus ke kedai2 emas dan bertanyakan harga untuk cincin tunang. Kedai yang pertama saya masuki cuma mempunyai pilihan yang sedikit sahaja. Harga emas adalah RM 140 segram dan saya mengambil satu cincin seberat 1 gram yang agak cantik. Setelah diambil kira kos upah maka harganya adalah rm 230. Saya tidak membelinya lagi kerana ingin membandingkan dengan kedai-kedai emas yang lain.

Kemudian saya memasuki satu lagi kedai emas, kedai ini mempunyai pelangkan yang agak ramai. Saya berasa bosan untuk menunggu kerana orang perempuan memang agak lama bila bertanya dan masih tidak membuat keputusan setelah sekian lama. Saya kemudian pergi mencari kedai yang lain pula.

Nampaknya misi saya dalam mencari emas adalah agak mencabar dan pelik. Ini merupakan pengalaman kali pertama saya dalam mencari emas di kedai-kedai emas dan ianya agak menarik. Bermacam jenis emas telah saya temui.

Akhirnya saya telah menemui sebuah kedai emas yang simple sahaja. Kedai ini agak biasa namun makcik penjualnya agak peramah. Beliau bertanya kepada saya saiz cincin bakal tunang saya dan saya telah memberi sebentuk cincin jed untuk diukur. Rupanya saiz dia adalah 10. Makcik ini telah mengeluarkan beberapa cincin rotan yang bersaiz 10. Saya agak teruja kerana pilihan yang pelbagai. Akhirnya saya telah memilih satu yang simple sahaja. Harganya adalah rm 160. Agak murah dan berpatutan sekali.

Saya ingin membeli satu lagi cincin untuk majlis bertunang namun saya merasakan untuk cincin ini saya perlu membeli bersama dengan beliau. Saya akhirnya membuat keputusan menggunakan teknik pelaburan. Saya telah membeli 10 Dinar emas pada masa harga emas tengah murah ini. Dinar ini akan saya jual apabila harga emas meningkat dan keuntungan ini akan membantu saya untuk membeli cincin yang seterusnya nanti. Akhirnya saya memahami bahawa untuk senang kita perlu berfikir secara bijak dan pandai menggunakan peluang pelaburan yang datang. Harga emas yang jatuh merupakan peluang kepda kita untuk melabur dalam emas.

: toyip-wang.blogspot.com

Sejarah Mata Wang Dunia Yang Pelik & Unik

Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.

Salah satu ciri mata wang atau duit ia mestilah sesuatu barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak.

Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang. Berikut ini adalah sejarah dan maklumat 9 mata wang dunia yang agak pelik dan unik.

 

9. Wang Dari Lembaran Kayu (Jerman)

Pernah digunakan sebagai wang semasa darurat di Jerman semasa pemulihan selepas Perang Dunia I. Kerana darurat, wang dicetak juga daripada kerajang aluminium, kain sutera dan kad dari sisa-sisa perang. Pengumpul akan sanggup untuk membayar dengan harga yang tinggi untuk wang pelik ini, yang paling mahal adalah batu yang dicetak menjadi duit syiling pada masa itu.

 

8. Wang Dengan Ancaman Hukuman Mati (Amerika, ketika masih dijajah Inggeris)

US Dollar memang telah menjadi mata wang yang paling stabil dan dianggap sebagai safe heaven currency. Jika dilihat dari sejarahnya, mata wang ini telah banyak berpengalaman dalam memerangi para pemalsu wang. Pada masa-masa awal penjajahan Inggeris, sangatlah mudah untuk mencetak wang kerana banyak alat cetak beredar dan reka bentuk cetakan wang tidaklah terlalu rumit seperti sekarang

 

7. Wang Kumpulan Baucer (Vietnam)

Jika kita fikir wang yang boleh membeli segala-galanya, ia tidak. Wang Vietnam pada tahun 70-an berfungsi sebagai koleksi baucar yang hanya boleh digunakan untuk membeli pakaian dan peralatan.

 

6. Mata Wang Berbentuk Komoditi

Garam adalah salah satu barang tertua yang digunakan sebagai bayaran. Sebenarnya, kata “salary” (gaji) berasal dari bahasa Latin “salarium” iaitu wang yang telah dibayar kepada perajurit Rom untuk membeli garam.

Garam juga juga digunakan sebagai alat tukar (mata wang) utama di gurun Sahara selama berabad-abad lamanya, dan digunakan secara meluas di seluruh Afrika Timur. Biasanya, seseorang pada masa itu akan menjilat garam satu blok untuk memastikan garam tersebut asli dan memutuskan untuk membuat pecahan dari blok itu sebagai pecahan wang kecil.

 

5. Wang Pecahan Terbesar Di Dunia (Hungari)

Inilah pecahan mata wang pemegang rekod sehingga kini. Dicetak oleh Hungary pada tahun 1946 dengan nominal 100,000,000,000,000,000,000 pengo. Ya! Seratus juta trilion pengo dengan kadar ketika itu hanya sekitar 20 US cent. Ini disebabkan Hungary mengalai hyperinflasi akibat kesan dari Peperangan Dunia Kedua.

 

4. Modifikasi Wang Kerana Rampasan Kuasa (Zaire)

Ketika rejim Joseph Mobutu dirampas kuasa pada tahun 1997 di Zaire (yang kini bernama The Democratic Republic of the Congo) Pemerintahan yang baru ketika itu terlalu sibuk untuk merekabentuk dan mencetak wang baru kerana jumlah wang ketika itu terhad

 

3. Kulit Tupai Sebagai Mata Wang (Rusia)

Beberapa kurun yang lalu, kulit tupai merupakan wang yang sah digunakan di Russia. Bahkan beberapa bahagian dari tupai mati ini seperti telinga, hidung, dan kuku-kukunya berfungsi sebagai “duit baki”.

 

2. Syiling Perak Dengan Bonus Air Suci (Kepulauan Palau)

Jika di wang kertas USD ada “In God We Trust”, negara kepulauan Palau selangkah lebih maju. Negara ini pada tahun 2007 mencetak syiling perak dengan gambar perawan suci dan memasukkan bonus botol kecil mengandungi beberapa titis air suci dari sebuah mata air suci di Lourdes Perancis. Negara ini pernah juga memasukkan mutiara, bahkan batu meteor pada duit syilingnya

 

1. Wang Dari Batu (Pulau Yap, Kep. Solomon)

Di pulau Yap, sebuah pulau di Kepulauan Solomon, anda akan menemui “wang” terbesar dan teraneh di dunia: batu rai (semacam batu kapur). Wang ini berbentuk lingkaran dengan diameter 12 kaki dan berat 8 tan.

Tahukah anda? Penilaian nominal dari batu ini ditaksirkan bukan hanya berdasarkan saiz, tapi juga ditaksirkan berdasarkan pengorbanan menbawanya ke Pulau Yap, termasuk jumlah nyawa yang terbunuh kerana pengorbanan tersebut. Kerana bentuknya besar, wang ini dibiarkan terbaring di luar rumah pemiliknya, bahkan kadang-kadang di dalam hutan. Walaupun terbaring di mana sahaja, orang pasti mengetahui siapa pemiliknya. Apabila berlaku pertukaran pemilikan, akan dilakukan dalam upacara tertentu.

Wikipedia

12 Idea Jimat Cermat Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan

Semak penyata pendapatan, kita mendapati duit keluar lebih banyak dari duit yang masuk. Itu namanya situasi aliran tunai negatif.

Maka situasi yang sebegitu mesti diatasi segera.

Aliran tunai negatif ini ibarat paip bocor. Kalau tidak dibaiki, maka bocor itu makin besar.

Berikut adalah 12 idea jimat cermat tambahan yang dapat kita buat:

1. Kalau duduk di Kuala Lumpur, pergi ke tempat kerja naik LRT atau motor. Cepat dan murah. Naik kereta melibatkan banyak kos seperti parking, minyak dan tol.

2. Bawa bekal ke tempat kerja. Masak yang simple sahaja. Telur dan ayam goreng letak sambal atau kicap. Cukup. Dapat isteri pula yang tolong buatkan, ada perasa kasih sayang yang makcik nasi lemak tak boleh bagi.

3. Berhenti merokok. Kaedah paling berkesan. Kesihatan pun terjaga.

4. Makan di luar, air sirap ais sekarang pun dah harga RM1.30 segelas. Baik minum sahaja air kosong. Terbaik, kombinasi cara #2.

5. Menulis terlebih dahulu senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke pasar raya dan bawa wang secukupnya sahaja.

6. Semak balik bil Astro. Kadang-kadang di dalam sebulan, hanya 2-3 kali sahaja kita menonton Astro. Tapi masih perlu bayar penuh. Aduh!

7. Tak perlu beli suratkhabar, baca sahaja di internet. Akhbar online pro kerajaan pun ada, akhbar online pro pembangkang pun ada. Percuma.

8. Tonton wayang? Tak payahlah. Cari sahaja di internet, percuma. youtube .

9. Beli baju di pasar malam untuk pakaian yang digunakan sekadar untuk pergi bermain bola, sekadar untuk pakai di rumah dan sebagainya. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit semata-mata hendak orang kata “Wow, jersi Liverpool original la”.

10. Semak keahlian-keahlian kelab tertentu yang kita ada. Betul kah kita manfaatkannya?

11. Basuh sendiri kereta. Tak perlu nak habiskan RM10 untuk benda yang kita sendiri boleh buat. Anak dah besar dapat bantu, boleh eratkan silaturrahim. Kalau duduk di Selangor kan ada air percuma. Hi hi hi.

12. Buat perbandingan harga sebelum membeli produk yang bukan untuk kegunaan harian seperti perabot dan sebagainya. Semak harga di 2-3 kedai yang berlainan untuk tahu harga pasaran untuk produk tersebut.

selamat mencuba !!