Di Rompak Ditepi Jalan

 

 

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon mengundang padah apabila menjadi mangsa samun empat lelaki di Jinjang di sini, kelmarin menyebabkan kerugian kira-kira RM20,000.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, mangsa berusia 28 tahun yang sedang memandu kereta berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang mengetuk cermin tingkap kenderaannya dengan hulu parang.

Menurut sumber, kejadian berlaku begitu pantas menyebabkan mangsa tidak sempat melarikan diri apabila pintu keretanya dibuka suspek yang meminta menyerahkan barangan berharga.

“Mangsa yang ketakutan kemudian merayu dilepaskan tetapi tidak diendahkan suspek yang terus merampas telefon bimbitnya.

“Ketika kejadian itu, datang sebuah lagi motosikal dinaiki dua lelaki yang terus membuka pintu penumpang depan dan merampas beg kecil berisi wang tunai milik syarikat serta merentap rantai leher emas dipakai mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik merampas barangan mangsa, suspek terus melarikan diri tanpa mencederakannya.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jinjang,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro

Pelabur Malaysia Optimis Capai Sasaran Kewangan

KUALA LUMPUR 25 April – Kajian Sentimen Pelabur Global Franklin Templeton mendapati pelabur Malaysia agak positif tentang pelaburan tempatan, dengan 86 peratus menyatakan keyakinan mencapai sasaran kewangan mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Franklin Templeton berkata, berdasarkan kajian global tahunan yang dijalankan awal tahun ini, pelabur Malaysia menjangka kadar pulangan pelaburan pada 11.5 peratus pada 2013, satu peningkatan daripada jangkaan 2012 iaitu 8.5 peratus.

“Pelabur Malaysia yakin mendapat kadar pulangan yang lebih tinggi sepanjang 10 tahun akan datang pada anggaran 19.5 peratus,” tambahnya.

Ketua Negara Malaysia Franklin Templeton Investments, Sandeep Singh berkata, keyakinan pelabur Malaysia sejajar dengan sentimen pelabur serantau.

“Kami percaya jangkaan positif pelabur Asia adalah kerana beberapa ekonomi Asia menunjukkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan jangka panjang yang kukuh,” katanya.

Sandeep Singh berkata, kajian tahun ini juga menunjukkan kesedaran yang kukuh di kalangan pelabur Malaysia mengenai penerokaan pelbagai peluang pendapatan tetap dan menjangka fenomena ini akan berterusan.

Sementara itu, kajian itu mendapati lebih 50 peratus responden beranggapan unit amanah mematuhi syariah akan mengatasi prestasi dana amanah konvensional.

“Bagi yang memilih dana mematuhi syariah, 17 peratus menyebut pelaburan beretika sebagai sebab pemilihan mereka, sementara 15 peratus memilih instrumen syariah kerana kategori itu dianggap rendah pendedahan risiko,” kata Sandeep.

Tiga kelas aset terpilih utama oleh pelabur Malaysia dari segi jangkaan keuntungan pada 2013 dan sepanjang 10 tahun akan datang adalah harta, logam berharga (emas/perak) dan saham. — BERNAMA

Nilai Undi Ibarat Emas Kali Ini

SANDAKAN: Beberapa orang gadis sedang melihat melalui paparan kaca. Seorang wanita mencuba seutas rantai tangan emas, rakannya pula mengangguk tanda setuju.

“Saya tidak gemar bergambar. Jangan rakam gambar saya,” kata lelaki pertengahan umur di belakang kaunter.

“Jangan risau pak cik, pak cik nampak baik sahaja,” saya berkata menggunakan pertuturan Mandarin yang tidak lancar cuba memujuk Encik Liang ditemuramah menggunakan kamera.

“Saya cuma ingin tahu apa yang dimahukan penduduk Sandakan terutamanya kaum Cina,” saya mencuba nasib.

Selepas beberapa cubaan, kami hanya dapat merakamkan gambar dia melakukan tugasnya sebagai tukang emas.

Kedai Emas Kaw San III terletak di tengah Bandar Lila di Sandakan. Satu diantara beberapa kedai emas yang terdapat di situ.

“Kami telah menjalankan perniagaan selama tiga generasi,” kata Liang Bing Koon yang akhirnya setuju untuk ditemubual, dengan syarat tidak dirakam.

Dia berkata dia tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.

“Setakat ini tiada masalah menjalankan perniagaan di sini. Perniagaan berjalan baik,” dia berkata sambil membetulkan kedudukan cermin matanya.

“Jadi, adakah pak cik akan keluar mengundi nanti?” saya bertanya.

Dia hanya mengangguk kepalanya.

“Tidak berminat,” dia menjawab dengan hambar.

“Sekiranya pak cik perlu mengundi. Siapa yang akan dipilih?” saya bertanya untuk cuba mendapatkan jawapan kepada mitos yang mengatakan kaum Cina terutamanya di kawasan bandar akan mengundi pembangkang.

“Saya akan mengundi BN demi kestabilan,” dia menjawab selepas berfikir sejenak.

“Untuk menjalankan perniagaan memerlukan suasana yang aman dan stabil. Tanpa kestabilan perniagaan akan terjejas,” dia menambah.

“Saya fikir kebanyakan kaum Cina akan memilih DAP atau SAPP bukan?” saya bertanya.

“Mungkin itu pilihan peribadi mereka?” katanya yang merenung menerusi cermin matanya yang hampir jatuh.

“Boleh saya mengambil gambar? Saya menulis untuk laman web dan pak cik tidak mahu ditemuramah menggunakan kamera,”.

Dia akhirnya bersetuju tetapi dengan syarat gambarnya diambil bersama dua orang pekerja wanitanya.

Jelas sekali dia tidak gemar bergambar.

Pengundi kaum Cina terdiri daripada 53% dari pengundi di Sandakan. Sekiranya mereka semua keluar mengundi , mampu membawa perubahan besar.

Seperti emas di dalam kedai emas ini, undi mereka sangat bernilai.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew mempertahankan kerusi parlimennya di Sandakan. Dia menang dengan majoriti tipis dengan hanya 176 undi pada 2008.

Di bawah parlimen Sandakan pula terdapat dua kerusi negeri iaitu Tanjong Papat dan Elopura, yang dimenangi Parti Progresif Sabah (SAPP) yang berada di bawah Barisan Nasional (BN) sehingga mereka menarik diri dari BN dalam pilihan raya sebelum ini.

“Berapa harga emas di sini?” saya bertanya kepada Pakcik Liang.

Dia menunjukkan harga emas untuk setiap gram yang dipaparkan, “RM170”

“Wow, harga di Kuala Lumpur telah jatuh kepada RM135 segram!” saya berkata.

“Harga emas di sini masih tinggi,” dia menjawab lebih bersemangat berbanding apabila doajak berbicara tentang pilihan raya. – Astro Awani

Keadaan Ekonomi Dunia Masa Kini

Keadaan Ekonomi Amerika pada waktu ini

Selama beberapa minggu, pusat ekonomi Amerika iaitu Wall Street New York dibanjiri oleh orang ramai yang berdemo secara aman. Konsep demo mereka adalah mudah, mereka hanya beramai-ramai membanjiri Wall Street sebagai simbol bahawa ekonomi Amerika adalah kepunyaan rakyat, bukan bank pelaburan atau syarikat-syarikat besar.

Walaupun Amerika merupakan sebuah negara demokrasi terbesar, namun berita mengenai Occupy Wall Street langsung tidak kedengaran di media utama mereka. In fact, memang berlaku total blackout pada media terhadap demonstrasi ini termasuklah di Twitter di mana hashtag yang berkaitan dengan demonstrasi ini akan di-censor-kan oleh Twitter kerana bank JP Morgan US memegang saham Twitter sebanyak $400 juta. So much about free speech yang mereka banggakan selama ni..

Demonstrasi ini telah berlanjutan selama beberapa minggu dan semakin merebak ke bandar-bandar lain di seluruh US tapi tidak hairan sekiranya anda tidak mengetahui tentang perkara ini akibat daripada media blackout tersebut. Tak tahulah samada media di Malaysia menyiarkan tentang berita ini ataupun tidak, mungkin kerajaan Malaysia pun telah mengeluarkan arahan untuk tidak melaporkan berita ini kerana ingin menjaga hubungan dua hala dengan Amerika.

Kemelesetan ekonomi dunia bakal tiba. Ada yang mengatakan harga hartanah akan jatuh kerana dipercayai kebarangkalian harga hartanah jatuh apabila pasaran saham jatuhadalah 76.54%. Ada juga yang percaya dalam masa 5 tahun akan datang, akan berlaku kenaikan mendadak pada harga emas dan perak.

EKONOMI DUNIA SEMAKIN TENAT

Keadaan ekonomi Amerika Syarikat kini berada dalam situasi tenat.

Dalam bahasa hospital ianya sudah berada di unit ICU.

Untuk rekod, Amerika adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia.

Sekiranya ekonomi Amerika merudum maka ekonomi Malaysia akan turut menjunam, mungkin lebih teruk dari Amerika.

Mari kita tengok apa yang sedang berlaku pada ekonomi terbesar dunia dan kuasa militer terkuat di planet ini.

Amerika yang dikenali sebagai ‘land of opportunity’ atau bumi pelbagai peluang kini sedang sarat dengan masalah yang amat getir antaranya peluang dan jaminan pekerjaan.

Kebanyakkan rakyat negara itu bergantung kepada pekerjaan untuk menyara hidup mereka.

Kini mereka berhadapan dengan keadaan di mana mereka kehilangan pekerjaan dengan begitu pantas sekali.

Sepanjang beberapa dekad lalu berjuta pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lumayan telah dipindahkan ke negara asing. yang tinggal hanya pekerjaan sektor perkhidmatan yang bergaji rendah.

Kerajaan Amerika tidak menggalakkan sektor perniagaan kecil dan sederhana dan dengan kemasukan jutaan pekerja asing, pasaran pekerjaan bagi rakyat semakin mengecil apabila terpaksa bersaing dengan buruh luar.

Kuasa kewangan pula kini berada di dalam tangan korporat yang besar ataupun kerajaan sendiri.

Ini berbeza dengan sistem kapitalis yang diasaskan oleh generasi kemerdekaan dahulu di mana kuasa kerajaan dan perniagaan besar adalah terhad dan sebaliknya perniagaan kecil dan sederhana digalakkan dalam suasana pasaran bebas.

Kini persaingan untuk pasaran pekerjaan amat hebat. bulan lepas lebih 17,000 orang memohon untuk 600 jawatan kosong kilang pemasangan Ford di Louisville. nisbahnya ialah 27 pemohon untuk setiap jawatan kosong.

Lebih malang jawatan yang direbut hanya membayar upah USD15 (RM43) sejam.

Carta pertumbuhan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan menunjukkan sektor ini telah berkembang enam kali ganda sejak 1940 manakala sektor pengilangan semakin mengecut.

Dalam konsep ekonomi kekayaan sebenar hanya boleh diwujudkan melalui pembuatan barangan atau hasil yang dikeluarkan daripada bumi.

Jadi di Amerika kini import sumber asli lebih tinggi daripada eksport sementara aktiviti pengilangan juga merosot.

Ini bermakna Amerika kini lebih miskin kerana aliran wang masuk lebih kecil daripada aliran wang keluar.

Beban hutang juga semakin meningkat.

Kadar pengangguran sudah mencapai tahap yang amat membimbangkan dan jumlah pekerja yang ditakrifkan sebagai miskin sudah tidak terkira ramainya.

Kadar pengangguran kini dianggarkan mencapai 23% atau jumlah ke 68 terbesar di dunia.

Hanya 47% peratus sahaja rakyat Amerika yang benar-benar mempunyai pekerjaan sepenuh masa.

Tahun lalu, 19.7% daripada keseluruhan rakyat Amerika yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa tidak mampu melepasi garis kemiskinan bagi keluarga seramai empat anggota walaupun mereka bekerja sepenuhnya sepanjang tahun tersebut.

Bayangkan bagaimana keadaannya jika anda bekerja keras sepanjang tahun namun keluarga anda terus berada dalam kemiskinan.

Pada tahun 1980 kurang 30% daripada jumlah pekerjaan di Amerika adalah yang bergaji rendah tetapi kini ia meningkat kepada 40%.

Mengapa keadaan ini berlaku?

  • Ia berlaku kerana sektor korporat berpendapat mereka boleh mendapat keuntungan yang lebih lumayan sekiranya telah memindahkan mereka mengajikan pekerja dengan bayaran yang lebih rendah.
  • Hasilnya Amerika kehilangan 32% pekerjaan dalam sektor pengilangan kepada negara asing sejak tahun 2000 serta lebih 42,000 kilang terpaksa ditutup sejak 2001.
  • Situasi ini juga telah mewujudkan tahap kemiskinan yang tidak pernah dibayangkan di amerika sebelum ini.
  • Di negeri Alabama umpamanya, kira-kira 1/3 penduduknya hidup atas kupon makanan.
  • Rakyat telah putus harapan.
  • Hanya 26% yakin kerajaan presiden Barack Obama mampu memperbaiki keadaan ekonomi.
  • 39% rakyat percaya negara mereka kini menuju krisis ekonomi yang tidak ada jalan pulang.
  • Taufan ekonomi sedang melanda Amerika dan tidak ada apa-apa yang rakyat mampu lakukan untuk mencari perlindungan.

Keadaan ekonomi dunia hari ini
Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Kenaikan dan kejatuhan pasaran saham, petrol dan makanan dunia diluar kawalan. Ramai yang panik dengan krisis yang menimpa, terutama pelabur2 yang telah kerugian jutaan dolar dalam sekelip mata dan ribuan pkerja hilang pekerjaan. Kehilangan pekerjaan berarti kehilangan punca sara hidup.

HARGA MINYAK

Hari ini harga minyak mentak dunia dibawah 40 USD per tong. Minyak yang sama dijual pada harga melebihi 147 USD per tong pada April yang lalu. Pakar2 ekonomi menjangkakan harga minyak akan terus turun sehingga 25 USD per tong. Rakyat Malaysia menyambut gembira penurunan minyak yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Dalam masa yang sama masih ada desakan supaya minyak di Malaysia diturunkan lagi.
Tahun 2008, pelbagai catitan peristiwa suka dan duka berlaku, dahulunya suka gembira, tetapi kini semuanya semuanya hampir terbalik.

NASIB PENOREH GETAH

Kenaikan harga minyak menyebabkan kenaikan harga getah dipasaran dunia, lalu penoreh menarik nafas lega disebabkan kenaikan ini, ada pemandu teksi berhenti memandu lalu mengadap pokok getah demi menyara hidup. Apa tidaknya seorang penoreh getah mampu mengutip hasil melebihi 1000 RM seminggu. Ia jauh lebih selesa berbanding memandu teksi di siang hari.

Sayang dan malang nasib penoreh getah yang sebangsa denganku, apabila pendapatan yang begitu besar diperolehi setiap bulan hasil jualan getah, ada yang membeli kereta, ada yang membesarkan rumah, ada itu, dan ada ini. Akhirnya kini harga getah menurun, insuran kereta tak sempat habis lagi. Duit simpanan sudah tiada, pendapatan pun cukup2 makan. Inilah bala dan bencana apabila tidak tahu menahu tentang ilmu kewangan untuk membebaskan diri daripada perlumbaan kehidupan. Kehidupan mereka kembali kepada asal, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

ARAB NEGARA TELUK

Ketika harga minyak mencecah 147 USD per tong, jualan kereta mewah diseluruh dunia mencatat penurunan kecuali di Negara2 Teluk.(Arab Saudi, Emirate, Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar). Hasil kenaikan minyak pasaran global, mereka mendapat untung lebih berlipat kali ganda. Kereta mewah dibeli seolah2 permainan kanak2, dengan mudah membeli dan menukar kereta baru. Ego mereka dalam membeli kereta tidak bertahan lama, kini minyak pasaran global merudum, keuntungan juga berkurangan..

Negara2 Teluk kini mengisi perut hasil jualan minyak kepada pasaran global. Secara logiknya, apabila negara2 ini kehabisan minyak, maka ia kembali menjadi miskin. Kini, mereka boleh mendabik dada menunjuk ego disebabkan telaga minyak masih mengalir, aku bukanlah anti semua penduduk negara Teluk, ada yang baik dan sedar akan keadaan, tetapi kebanyakan mereka sombong dan suka mendabik dada. masa terus berlalu, minyak semakin berkurangan, sudah pasti krisis yang lebih teruk menanti mereka di kemudian hari.

PASARAN BERAS NEGARA DAN DUNIA

Ekoran kenaikan minyak dan permintaan dunia pada April yang lalu, Harga Thai White Rice meningkat sehingga 1080 USD per Tan Metrik. Akibat dari itu harga beras di Malaysia meningkat sehingga 37 RM untuk 10 kg. Rakyat panik, kerajaan pun turut sama panik. Langkah drastik telah diambil oleh kerajaan dengan memberi subsidi beras sebanyak .80 sen sekilo. Kali pertama dalam sejarah kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi beras kepada rakyat, kalau sebelum ini, subsidi diberikan dalam bentuk baja padi kepada para petani.

Hari ini, harga Thai White Rice telah menurun kepada 550 USD per metrik tan. Keadaan kembali stabil untuk masa ini, namun tiada jaminan bahawa kestabilan hrga ini boleh bertahan untuk selama-lamanya.

KESAN DARIPADA KRISIS EKONOMI.

Krisi ekonomi global menyaksikan syarikat2 gergasi dunia mengulung tikar seperti Lehman Bro. Kemudian diikuti pula dengan pengumuman kerugian oleh pelbagai syarikat seperti AIG, Air Asia, terbaru Honda menarik balik penyertaan dalam Formula One.

Seramai 250,000 warga Amerika kehilangan pekerjaan di sektor swasta. Dalam masa yang sama syarikat2 permotoran gergasi Amerika seperti General Motor dan Ford meminta bantuan daripada White House. Jumlah yang dipohon bukan sedikit, tetapi mencecah 42 Billion USD. Sekiranya bantuan ini tidak diberikan, semakin ramai akan kehilangan pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mengumumkan bahawa negara akan mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 8 Billion RM untuk tahun hadapan akibat daripada krisis ini, tetapi ramai yang menganggap bahawa angka ini tdak tepat dan akan terus meningkat.

KESIMPULANYA

Dunia hari ini, menghadapi masalah kewangan, itu adalah pandangan luaran, namun, masalah yang dihadapi sekarang pada hakikatnya ialah pada teori ekonomi yang dipraktikkan. Kecacatan pada teori membawa masalah dalam mengaplikasi dan seterusnya membawa penduduk dunia menjunjung sedikit sebanyak masalah ekonomi ini.

oleh Nafa Mahensa.

aksi panas mustafa ali

Video aksi panas Mustafa Ali – fitnah atau sebaliknya

aksi panas mustafa ali

Terkejut kawe bila terdengar video terbaru dari pemimpin pas dari negeri Terengganu sendiri,  rasanya video ini fitnah ataupun mungkin isteri kedua-tiga atau empat beliau, takpun video ini sendiri dicipta oleh pihak lawan untuk menjatuhkan PAS Terengganu sebab masa ia disebarkan hampir dengan tarikh pilihanraya.

Dengan mendengar rakaman audio yang jelas dari video panas ini, kawe confident memang boleh dengar slang terengganu digunakan oleh aktor lelaki dan aktres itu pula kawe yakin orang tempatan bukan warganegara luar sebab slang KL yang jelas, xde bunyi slang2 indonesia ataupun siam…

Buat masa ini tiada carian menunjukkan aktor lelaki membantah video tersebut adalah diri beliau dan dalam tempoh masa 24 ni tiada sebarang pengakuan dibuat. Kawe harap benar hampir sama tapi bukan dia, bukan dia seperti kata zizan… ini dialog2 dalam video panas tersebut

Dialog:

Aktor lelaki masuk sambil berbaring2, kemudian loceng berbunyi

Aktor Lelaki: I call, I message u tak jawab pun..
Aktress : I ambil tudung, auntie suruh I pergi ambil tudung pagi, lepastu tu I punya bateri habis
Aktor: lepastu
Aktress: lepastu haha, sorry haha, lepastu I beli charger pulak, I beli charger
Aktor: pastu, pagi luper tengok (slang tranung)
Aktress : pagi tadi I tak dapat SMS u..lepas tu I dah cabut, Auntie astik telefon I, nak tudung ni, nak berapa helai, nak ada batu kat sini, nak ada batu kat situ, I duk cakap dengan dia la bateri habis
Aktor: Ok, i heard u takleh lama, I pun xleh lama ngat (slang tranung), U nak mandi ke u nak mane?
Aktress: Towel je lah..
Aktor: Ingat-ingat I x check tower ade ke tidak

**Action**

Aktor: Ok, ambik u duit sikit ah..
Aktress: Minggu ni i amik komisyen sikit ah..komisyen dah settle cuma nak pindah rumah dengan..carwash tu nanti dululah, pindah rumah tu dia akan pam I thousand four
Aktor: 2 bulan
Aktress: I bayar 2 plus 1 dengan rental, deposit dulu, so dua bulan deposit I ada dengan dia, yelah pasal sewa I dah bayar hari tu, so dia kena bagi I lah 2 bulan
Aktor: ha..aa

**TAMAT**

 

Update:  harakahdaily

Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam – Mustafa

KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar)berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah yang diedarkan.

Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa berkata, “Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan.”

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.

Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR.

500,000 Terputus Bekalan Air

KUALA LUMPUR – Setengah juta penduduk di ibu negara dan Gombak dijangka mengalami gangguan bekalan air selama seminggu ekoran paip pecah yang berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak dekat sini kelmarin.

Pengarah Eksekutif Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Yusof Saroji berkata, saluran paip berukur lilit 200 sentimeter yang mendapat bekalan air dari kawasan tadahan air di Kolam Air Dusun Kubung di Selayang dan membekalkan air sehingga ke Wangsa Maju itu pecah pada pukul 10 malam.

“Hujan lebat malam tadi (kelmarin) menyebabkan arus sungai di Batu Caves deras dan menghakis tanah di kawasan tebing sungai tersebut.

“Hakisan itu turut menyebabkan bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran itu pecah,” kata beliau pada sidang akhbar di lokasi kejadian semalam.

Menurut Yusof, kerja-kerja baik pulih dijangka siap hari ini tetapi bekalan air hanya akan pulih secara berperingkat-peringkat dalam tempoh seminggu.

Paip itu membekalkan bekalan air kepada 89,760 akaun domestik dan akaun pukal di lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Ampang. – kosmo