Lombong Emas Haram Punca Kematian Kuala Koh

Seorang aktivis alam sekitar yang dikenali sebagai SHRMB menyalahkan kewujudan lombong-lombong emas haram sebagai punca kematian mengejut hampir 16 orang penduduk orang asli di Taman Negara Kuala Koh minggu lalu.

Punca Kematian : Sianida

Menurut aktivis tersebut, punca kematian mangsa disahkan sebagai Pneumonia

disebabkan oleh penggunaan Sianida bahan yang selalu digunakan didalam perlombongan emas.

Berlindung Sebagai Lombong Besi

Lombong-lombong emas haram ini berlindung sebagai industri perlombongan biji besi untuk menutup aktiviti haram yang dilakukan di kawasan hutan taman negara.

Masih menunggu pihak berkuasa memberi maklumat rasmi.

Benar ke Ar-Rahnu Yapeim rugi 12 juta?

Pada 13 Mei, sebuah laporan berita memetik laporan sulit kerajaan yang menunjukkan kerugian berlaku apabila yapeim gagal membuat lelongan keatas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300kg dengan nilai RM80 juta dari 2012 sehinggalah 2014.

Kerugian ini dikatakan berpunca dari kejatuhan harga emas sepanjang tempoh tersebut.

Penafian Yapeim Rugi

Hari ini, Yapeim pula menafikan dakwaan mereka kerugian 12 juta, sebaliknya barang kemas yang tidak ditebus adalah sebenarnya sebanyak 388kg dengan nilai RM62.8 juta

Pergerakan Harga Emas 2012-2014

Betul ke harga emas jatuh sepanjang 2012 – 2014, jika kita semak balik graf pergerakan harga emas pada tempoh masa tersebut

Kelihatan memang berlaku kejatuhan mendadak harga emas bermula dari akhir 2011.

Untuk rekod harga emas paling tinggi dalam sejarah Malaysia adalah pada November 2011 ( Indeks 6960, RM184.12/gm spot price)

Kejatuhan teruk harga emas pada lewat 2011 adalah berpunca dari lambakan gold paper menyebabkan nilai emas melonjak dan jatuh secara tiba-tiba.

Siapa rugi Tragedi 2012?

Pada tragedi 2012, Perdana Menteri Britain Gordon Brown dipersalahkan kerana menyebabkan Britain kehilangan kira-kira GBP 9 Billion apabila menjual 400 tan simpanan emas britain sebelum harga melonjak naik.

Barclays Bank telah didenda sebanyak GBP 29 Juta kerana memanipulasikan harga emas dan silver

HSBC, Deutsche Bank dan Nova Scotia Bank juga didenda USD 46.7 juta, UBS juga didenda USD 15 juta kerana terlibat dalam memanipulasikan harga emas dan silver di pasaran.

3 Bank utama yang terlibat dalam penentuan harga emas dunia ( London Gold Fixing ) didenda dan ditendang keluar.

Sejarah Terbesar Dalam Emas

Disebabkan pemanipulasian oleh bank bank terbesar ini, “London Gold Fixing” yang telah digunakan hampir seratus tahun sejak 1919 dalam menentukan harga emas dunia telah ditukar ke ICE pada 2015.

Bagaimana proses lelongan emas

Pada sekitar 2012, Yapeim adalah antara pemain utama gadaian emas arrahnu disamping Xchange dan Agrobank, proses lelongan emas biasanya berlaku selepas tempoh masa 11 bulan selepas tarikh pajak tidak ditebus.

Dengan jumlah yang disimpan sebanyak 388kg, rasanya hampir mustahil untuk mana-mana syarikat dapat mengelak kerugian apabila harga emas jatuh mendadak seperti graf diatas. Barang yang dipajak pelanggan tidak boleh dijual ketika harga jatuh, lagi-lagi tempoh masa pajakan masih belum tamat.

Harga emas pula menjunam jatuh dari 180 ke 120 ( kira-kira 33% ), manakala beza harga pajakan dengan harga lebur cuma 15%-20% (buffer zone), memang ajaib lah jika Yapeim lansung tidak terkesan atau rugi sikit pun

Kesimpulan

Berkemungkinan besar, serangan ke atas yapeim hari ini hanyalah bermotif politik dan wayang semata-mata tanpa memahami sejarah pergerakan turun naik harga emas.

Siapalah yang suka bermain wayang itu?

Pelanggan Dipaksa Beli di Kedai Emas Popular

Ramai yang berfikir membeli emas atau menjual emas di kedai emas popular lebih selamat berbanding membeli/menjual di kedai biasa, REALITINYA adalah tidak begitu. Pembeli tidak 100% selamat dari dimanipulasikan dan tiada jaminan mendapat kepuasan dari jual beli yang dilakukan.

2 hari lepas, seorang pelanggan sebuah kedai emas popular menulis di facebook rasa tidak puas hatinya dari urusniaga yang dilakukan,

kena-tipu-wah-chan
link fb: http://on.fb.me/1jXrC6W

Perkongsian: Jika anda tidak tahu, sila simpan teori ini, kedai emas popular biasanya menjual emas pada harga yang tinggi dan membeli pada harga paling rendah kerana mereka memerlukan margin yang tinggi untuk survival, berada di dalam kompleks beli belah yang besar, terpaksa membayar gaji pekerja yang ramai, terpaksa menampung kos insuran dan sebagainya sudah tentu margin/spread harga mereka tinggi. Sedangkan emas adalah logam yang boleh diperolehi dimana-manapun, kedai emas tidak dapat mengawal harga emas, samada tinggi atau mahal, emas mentah pula boleh diperolehi oleh sesiapa pun pada spread harga yang cukup rendah, tidak sampai 5% pun pada hari ini. bukannya 20-30% seperti yang tercetak di belakang surat emas.

Jika anda adalah golongan yang membeli untuk sekadar simpanan, seeloknya membeli emas yang designnya tidaklah terlampau mahal, atau design yang simple

Jika anda adalah golongan yang membeli untuk pelaburan, seeloknya membeli jongkong, emas padu, emas design sangat simple yang mempunyai sijil atau surat emas

Jika anda adalah golongan yang membeli untuk kelihatan cantik, belilah design yang moden, cantik, bergaya dan mungkin dihiasi batu permata, walaupun sedikit mahal, tetapi tetap mempunyau 2nd value yang tinggi

Jika anda adalah golongan yang tidak berkira dengan duit, beli emas putih batu permata, atau silver, pandora, platinum, Dengan memiliki item2 jewelry ini anda & orang lain akan tahu, anda ada wang yang banyak untuk dibakar.

62kg Emas Malaysia Diseludup ke India

air asia hilang kontak

Empat puluh lima penumpang AirAsia adalah antara 56 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam di Andhra Pradesh, dan daripada itu, mereka merampas 62kg jongkong emas bernilai 17 crore rupee (RM9.94 juta), menurut akhbarTimes of India

Semakin hari semakin banyak kekayaan negara dirompak keluar, tidak cukup dengan pengaliran matawang berbilion ringgit ke luar negara seperti cayman Island sehingga menjatuhkan matawang ringgit, emas negara pun diseludup keluar, lepas ini apa lagi Malaysia akan tinggal

Ia tidak jelas sama ada rakyat Malaysia adalah antara mereka yang ditahan.

Menurut akhbar itu, bertindak atas maklumat awam, pegawai-pegawai Direktorat Risikan Hasil (DRI) di Chennai, dalam satu operasi khas pada malam Ahad, bergerak ke lapangan terbang antarabangsa yang baru ditauliahkan dan menjalankan pemeriksaan teliti ke atas dua penerbangan dari Kuala Lumpur dan satu dari Singapura.

Pada mulanya, para pegawai memeriksa 20 penumpang penerbangan AirAsia yang membawa banyak barang-barang elektronik, dan menemui jongkong emas tersembunyi di dalam barangan itu, menurut akhbar harian itu.

Pemeriksaan ke atas 10 penumpang penerbangan Silk Air dari Singapura juga menemui jongkong emas dalam barangan elektronik mereka.

Pemeriksaan ke atas 25 penumpang AirAsia dalam penerbangan kedua dari Kuala Lumpur juga mendedahkan penyeludupan jongkong emas.

Menurut akhbar itu, ramai di antara mereka yang ditahan ialah mereka yang kerap melancong dan kebanyakan mereka bertindak sebagai ‘kurier’.

Akhbar harian itu memetik pegawai DRI sebagai berkata mereka yang ditahan semata-mata sebagai “pembawa” dan tugas mereka berakhir dengan penyerahan emas kepada seseorang di luar lapangan terbang.

“Mereka terbabit dalam perniagaan itu semata-mata kerana wang. Bergantung kepada kuantiti, pembawa terbabit akan dibayar, kata akhbar itu memetik kenyataan pihak berkuasa DRI.

Kurier akan sentiasa mencari jalan baharu dan destinasi baharu, kata para pegawai.

Satu lagi kemungkinan adalah bahawa penerbangan baharu akan diperkenalkan di antara destinasi Visakhapatnam dan Asia Tenggara atau kekerapan penerbangan antara kedua-dua destinasi mungkin meningkat, kata para pegawai.

Jadi, ia boleh menarik kurier untuk menukar kepada destinasi yang baharu, jauh dari rumah mereka, kata pegawai. – BERNAMA

Dinar Kelantan Rugi 0.02 Juta Diaudit, 1MDB 42,000 Juta?

dinar-kelantan

Audit Negara dalam laporan siri keduanya melaporkan KGT, pengeluar dinar kelantan rugi sebanyak RM0.02juta ataupun RM20,000 pada tahun 2012, tetapi tiada laporan berkenaan 1MDB  yang rugi hampir RM42,000 juta dilaporkan malah audit pun mungkin belum pun bermula, seperti kata pepatah Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Hadapan Mata Tak Nampak.

Skandal KGT ini pernah dilaporkan dimedia massa sebelum ini kononnya seorang Exco negeri terlibat dalam skandal melibatkan kerugian berjuta-juta dialami negeri kelantan , tetapi selepas diaudit kerugian sebenarnya 0.02 juta je iaitu RM20 ribu je pada tahun 2012 dan pada 2013 hampir semua syarikat pengeluar emas mengalami kerugian kerana kejatuhan harga emas yang drastik seperti graf dibawah.gold_5_year_g_x_MYR-16-6-2015

Laporan dari bernama seperti dibawah:

KOTA BHARU – Perolehan dinar dan dirham tanpa perjanjian dan penyerahan dinar dan dirham yang dibuat sebelum bayaran diterima adalah antara kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan kewangan syarikat Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 2.

Kelemahan lain yang dikesan dalam anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu ialah aktiviti pembelian balik tanpa prosedur dan kawalan, dinar dan dirham tiada sijil ketulenan dan agen pemasaran tidak menandatangani serta mematuhi syarat perjanjian.

p125 husam putrajaya dinar emas

Pengurusan stok dinar dan dirham yang kurang memuaskan, tiada surat lantikan bagi ketua pegawai eksekutif, penasihat, pengarah dan pengarah eksekutif syarikat, dan aset tidak dimanfaatkan bagi menjana pendapatan kepada syarikat juga merupakan antara kelemahan yang dikesan, demikian menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Laporan itu menyebut prestasi kewangan kurang memuaskan kerana syarikat tersebut mengalami kerugian bersih berjumlah RM0.02 juta pada 2012 dan RM0.63 juta pada 2013.

Pengauditan yang dijalankan pada Ogos hingga Oktober 2014 itu mendapati tadbir urus korporat KGT memuaskan namun ada beberapa kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan pengurusan kewangan.

Pihak audit telah mengesyorkan KGT mengambil beberapa langkah mengatasi kelemahan itu termasuk melaksanakan kajian semula terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai mata wang Syariah di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya bagi memastikan objektif penubuhan KGT tercapai.

Pembekuan Aset Syarikat Pelaburan Emas Dilanjutkan

Penyontot pelaburan emas dihadapkan ke mahkamah, Pembekuan aset “penyontot emas” dilanjutkan sehingga Julai

EMAS KB BEG ATAS DUIT

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi melanjutan pembekuan aset berjumlah RM 186 juta kepunyaan tujuh individu, termasuk seorang Datuk Seri dan empat firma terlibat dalam dagangan perniagaan emas.

Pembekuan ke atas aset tersebut, yang telah bermula pada 29 Mei oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Rozana Ali Yusoff, kini dilanjutkan sehingga pembicaraan seterusnya pada 14 Julai.

Sembilan individu dan dua syarikat telah memfailkan saman bulan lepas terhadap defendan kerana didakwa gagal untuk membayar jumlah pulangan pelaburan yang dijanjikan RM 186.6 juta daripada hasil pelaburan RM 121.7 juta. Berikutan injunksi tersebut, defendan, termasuk Datuk Seri Dr Mohd Azhidi Laili dan syarikatnya KB International Bhd, telah dihalang daripada memindahkan atau mengeluarkan aset, termasuk “Pamp Suisse” gold Bar, dari mana-mana bank dan institusi kewangan.

Plaintif mendakwa bahawa mereka pada mulanya menerima pulangan yang dijanjikan daripada pelaburan mereka tetapi telah berhenti menerima pembayaran sejak Disember tahun lepas. Plaintif diwakili oleh Annou Xavier, Datuk Kenny Ng dan Lim Fang Say, manakala defendan diwakili oleh Md Yunos Shariff, Rafinie Ramli dan Ahmad Zaid Ahmad Zubir.

EMAS KAZANAH BANGSA EMAS KHAZANAH BANGUNAN KAZANAH  Bangunan 1 KAZANAH MAJLIS RAMAI KB KILO EMAS2U

Tersontot Emas : Pelabur Rugi Pengelola Lari

Isu tersontot masih belum lesu lagi di group jom emas ataupun jom emas dua, seperti diberitakan ada pengelola berjanji untuk menyelesaikan pembayaran bulan 7 nanti, sama-sama kita tunggu samada akan menjadi realiti ataupun mimpi, disini kami share sedikit tulisan Saiful Nang berkenaan isu sontotan emasss.

emas tersontot pengelola

PELABUR EMAS TERSONTOT – ORANG TAMAK SELALU RUGI MACAM PELABUR DENGAN PENGELOLA

Salam semua, ada sebahagian anda yang melabur emas tersontot mencari penyontot-penyontot yang menyontot mereka. Penyontot mereka pula akan mencari penyontot besar yang memiliki beberapa empayar besar dalam perniagaan pelaburan emas gaya ponzi.

2 dari 3 penyontot terbesar adalah pelanggan saya. Kecuali Tok Belagak sahaja yang tidak sempat jadi pelanggan. Mereka membeli barangan dari syarikat saya dengan tukaran emas tulen Pamp Suisse mengikut timbangannya. Kami yakin, emas itu tidak akan turun harga maka kami sehingga hari ini menerima pembayaran transaksi dengan RM juga menggunakan Pamp.

Ada yang pernah melihat saya dalam mana-mana gambar bersama 2 dari 3 saudagar ini. Dan ada yang menyandarkan keyakinan mereka melabur dengan mereka ini kerana mereka ini pernah ambil gambar dengan saya. Sebagai pelabur, itu adalah penilaian yang sangat singkat.

TIPS MENGENALI PELABURAN YANG PASTI TERSONTOT

Dulu ada orang main duit jual lampu yang boleh memberikan mereka tenaga dan aura ultraman dan sebagainya. Harga di pasaran RM20 sahaja tapi bila jadi MLM harganya jadi RM700. Bukan MLM itu salah tetapi bila money-game itu berselindung di sebalik transaksi satu bahan yang tidak mahal. Orang cari orang cari orang cari orang sampailah sistem itu penuh dan tidak mampu membayar pulangan semula kepada level atas mereka.

Itulah TERSONTOT.

EMAS itu cuma jadi bahan pengantara sahaja, tapi gamenya sama. Mula-mula saya inspire dengan kekayaan mereka yang bermula dari 2 bentuk cincin te dalam 2 tahun sahaja sudah mampu mengumpul lebih dari 1 tan emas tulin sebagai pengimbal mereka. WOW! Saya terus terang saya pun goyang dan mula mendekati mereka ni tambahan mereka ni pelanggan syarikat saya (mereka beri saya emas bukan saya beri emas kpd mereka). Kagum juga dengan orang muda sudah berjaya sebegitu rupa.

Hati jadi ghairah untuk mencipta lebih kekayaan yang ketika itu atas tujuan untuk menaikkan simpanan emas kami yang seciput itu untuk kami cukupkan sehingga 160kg ataupun sekitar RM20 Juta untuk pembinaan kompleks sekolah untuk anak-anak yatim dan asnaf di Lenggeng. Tak mengapa saya juga silap dalam sangkaan saya kepada mereka tetapi langkah seterusnya MESTI BETUL IAITU PASTIKAN PROSPEK KEUNTUNGAN MESTI BOLEH DIKIRA DAN DILIHAT MEKANISMANYA (ini asas pelaburan).

Atas tanggungjawab, memang pelaburan mesti didahului dengan mengenali prospek. Saya menggunakan semua ruang whiteboard yang ada di pejabat untuk membuat pengiraan matematik. Berjumpa dengan pelabur yang aktif dan juga mendapatkan pendapat dari bekas-bekas pelabur yang sudah quit. Juga berjumpa dengan pelabur yang genuine. Saya tidak jumpa pengiraan yang rasional bagaimana permainan emas ETA dan sebagainya. Semua pendapat yang saya kutip saya rumuskan untuk membuat keputusan bahawa pelaburan ini tidak nampak logiknya.

Keputusan yang diputuskan di dalam syuro kami ialah untuk tidak menyertai pelaburan ini.

Allah nak tunjuk kita ini tamak atau tidak walaupun kita melakukan sesuatu yang Allah mahukan iaitu membantu anak yatim dan asnaf. Kira-kira 1 bulan selepas itu, satu persatu empayar pelaburan emas berpaksi ETA atau jualan tertangguh itu rebah dan pelabur mula bangkit membuat tuntutan. Pejabat-pejabat besar mereka kemudian ditinggal kosong dan orangnya sudah lari entah ke mana.

 

KETAMAKAN UNTUK KAYA MUDAH Vs USAHA YANG BERTERUSAN.

Bukan mudah untuk mencari duit. Kerugian dilapor berbillion dari wang pelabur yang terus hilang tanpa berita. Agen-agen terpaksa menanggung hutang dengan pelanggan setelah kepala pelabur terus menghilang.

Di sinilah saya nak pesan, tiada kekayaan datang dengan mudah tanpa banyak usaha. Itu resmi dan ia tetap. Jika sesuatu itu menjanjikan sesuatu dengan banyak dan sangat mudah, cuba fikirkan keraguan dan buat pencarian sehingga anda benar-benar pasti ke mana pelaburan yang mahu anda salurkan itu. Sama juga ramai orang main bursa saham dan ramai orang main Forex kenapa pula ada yang untung berjuta-juta dan kenapa pula ada yang selalu masuk margin-call? Ini semua kerana ILMU yang perlu kita dalami sebelum kita berurusniaga.

Berniaga mesti nampak hujung nampak pangkal. Jika tidak, elok jual goreng pisang cheese pun dah boleh jadi jutawan. Saya bersimpati dengan mereka yang tersontot itu dan saya boleh rasa bagaimana wang simpanan persaraan ibu bapa mereka digunakan sebagai pinjaman oleh anak-anak untuk melabur juga hilang. Bagaimana wang tabung pendidikan anak-anak Si Miskin juga disamun dengan senyap.

Ini bukan kes pertama. Ia hanya bertukar nama dan bertukar barang dari dulu sampailah sekarang. Skim Cepat Kaya dari Pak Man Telo sampailah Skim Tok Belagak, KJO atau Kazanah Bangsa dan sebagainya semua itu hanya nama-nama yang ditukar mengikut zaman sahaja.

Banyak lagi pelaburan emas di pasaran, mana nak tahu betul ataupun tipu? Mudah sahaja, yang betul-betul kalau kita BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS dan bukannya KERTAS.

Sakitnya SAMA
Ruginya SAMA

Kita dah patut belajar dari sejarah memang tiada manusia yang tiba-tiba kaya raya dengan cepat. Be realistic. If not realistic but happily ever after…itu namanya Fairy Tales.

SAIFUL NANG

link: https://www.facebook.com/snfanclub/posts/10153027887890958

Teksi Bawa Jongkong Emas RM3 Juta Disamun

teksi4gambar hiasan

Kuala Lumpur – Kumpulan lelaki hanya menggunakan alat pemadam api untuk merompak jongkong emas bernilai RM3 juta.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, kumpulan lelaki terbabit dikesan menunggu masa sesuai di Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan abdul Samad, di sini sebelum menyerang dan menyamun jongkong emas berkenaan daripada dua pekerja syarikat perniagaan emas yang menaiki sebuah teksi.

Sumber berkata, rompakan berlaku ketika dua mangsa itu menaiki teksi selepas diarah pemilik syarikat mengambil jongkong emas bernilai RM3 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika pemandu teksi itu melalui lokasi kejadian tiba-tiba seorang lelaki muncul dengan membawa alat pemadam api sebelum menyemburnya ke arah cermin hadapan teksi kenderaan.

“Tindakan itu menyebabkan cermin hadapan teksi kabur menjadi kabur, sekali gus memaksa pemandu teksi terbabit memberhentikan kenderaan.

“sebaik teksi berhenti, beberapa lelaki membuka pintu belakang kenderaan lalu mengacukan parang terhadap kedua-dua mangsa,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian merampas beg berisi jongkong emas itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Difahamkan, kejadian berlaku sekelip mata dan mangsa gagal mengecam plat pendaftaran kenderaan dinaiki kumpulan lelaki berkenaan.

“Mangsa yang juga pekerja sebuah syarikat perniagaan emas di ibu negara dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli belah untuk menyerahkan jongkong emas berkenaan kepada pembeli,” katanya.

menurutnya, dua pekerja lelaki berusia 35 dan 40 tahun itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Sumber : Harian Metro ( 21 April 2015 )
Penulis : Asmah Rusman

penunggu-emas.blogspot.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas
_________________________________________________________________________________________

Emas bernilai RM300,000 disamun di Jalan TAR

emas (3)

Kurang daripada lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibunegara mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun lapan lelaki bersenjatakan pistol dan parang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata kejadian berlaku pada pukul 6 petang semalam ketika kedai tersebut masih beroperasi.

“Tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol, seorang membawa bawa tukul besi dan seorang lagi membawa parang.

“Bagaimanapun tiada tembakan yang dilepaskan dan suspek bertindak memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul dan melarikan barang kemas dari tujuh dulang barang kemas,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau berkata kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri ke arah Dataran Merdeka dengan menaiki motosikal.

Zainuddin berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati empat buah motosikal jenis Yamaha 125Z yang masing-masing dinaiki lima suspek sedang menanti di luar premis itu.

“Kedai itu telah beroperasi selama 20 tahun dan ketika kejadian terdapat dua pekerja di dalamnya. Terdapat juga beberapa saksi melihat kejadian itu, namun mereka tidak berani untuk membantu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api Penalti Berat 1971.

Sementara itu, sebuah lagi kedai emas nyaris dirompak oleh empat lelaki di Rawang pada pukul 3.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata empat lelaki yang memakai topi keledar bermuka penuh menyerbu masuk ke premis itu dengan seorang daripada mereka mengacukan senjata menyerupai pistol manakala tiga lagi memegang tukul dan memecahkan meja pameran.

“Semasa kejadian terdapat empat pekerja dan tiada pelanggan di dalam premis itu. Namun suspek gagal merompak setelah menyedari kehadiran polis.

“Suspek melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC.3,” katanya ketika dihubungi.

www.malaysiakini.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Emas, Batu Permata Nilai Ratus Juta Dirompak

ht3

SEBUAH kedai emas yang turut menyimpan suku daripada emas di ibu kota itu dipecah masuk oleh sekumpulan perompak mahir pada Isnin.

Kumpulan perompak yang dipercayai menggunakan alat pemotong berkuasa tinggi telah berjaya memecah sebanyak 300 peti deposit Keselamatan yang menyimpan emas milik warga London di Hatton Garden Jewellery.

Selain emas, perompak juga berjaya melarikan batu permata bernilai puluhan juta pound selepas memasuki bangunan berkenaan melalui saluran lif.

ht2

Walaupun kedai emas itu menyimpan sebahagian besar barangan milik pengusaha emas dan individu di London tetapi tahap keselamatan yang digunakan didakwa tidak begitu sempurna.

Seorang pengusaha kedai emas, Norman Bean berkata, Hatton Garden tidak dikawal selama 24 jam dan tindakan itu memudahkan perompak memasuki bangunan berkenaan.

“Saya menyimpan berlian bernilai £500,000 di dalam peti deposit keselamatan di Hatton Garden selain barangan kemas bernilai £35,000.

“Saya bimbang ia telah hilang dilarikan kumpulan perompak kerana kami tidak dibenarkan memasuki bangunan berkenaan,” katanya.

ht1

Seorang penjual batu permata, Mohammad Shah, 53, memberitahu, perompak tersebut bukan sahaja mahir tetapi bijak menyesuaikan masa untuk melakukan rompakan – ketika orang ramai bercuti.

“Saya menyimpan banyak barangan di dalam peti deposit keselamatan di sini yang bernilai ratusan ribu pound. Memang saya mempunyai perlindungan insurans tetapi terdapat barangan yang sukar ditemui.

“Saya mungkin tidak akan mendapat ganti bagi barangan yang sukar ditemui walaupun mendapat pampasan insurans sekiranya ia hilang,” ceritanya.

www.mstar.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________