3D Printing – Reka Barang Kemas 916 Dari Rumah

3D Printing adalah teknologi masa depan untuk barang kemas. Kadang-kadang mungkin anda jemu dengan design barang kemas di kedai emas.

Hampir sama saja saban tahun, tidak unik dan sama dengan jiran sebelah rumah.

Ada masanya anda terniat untuk reka sendiri barang kemas atau rasa nak tiru sebijik macam barang kemas JLo.

Kini teknologi 3D sudah advance, tak perlu beli printer 3D printer harga ribu riban, cukup sekadar anda tahu design apa yang nak.

Video 3D Printing Process

3D Software Senang Guna

Samada nak guna software 3D sendiri atau minta tolong kawan buat mana2 pun boleh.

Antara software paling senang guna untuk reka model 3D adalah

1. Sketchup ( by google) paling senang macam microsoft paint.

2. Figuro – Online based 3D model creator, antara yang senang guna

3. Fusion 360 (by autodesk) software free guna untuk guru dan student (daftar sbg student šŸ™‚

4. AutoCAD (by autodesk) ini yang profesional selalu guna tidak free.

Kemudian design dengan segala penuh imaginasi anda, nak letak love boleh, nak letak payung pun boleh

( nasihat orang tua : perempuan jgn pakai design payung2 emas ni, mcm meminta minta dimadukan )

3D Printing On Demand

Kemudian selepas siap, hantar ke syarikat 3D Printer On Demand dan pilih material/bahan yang nak guna untuk print emas, silver, alloy, stainless steel etc

Antara contoh syarikat 3D Printer On Demand adalah;

1. Shapeways – hantar 3d model anda dan pilih material untuk print.

2. Sculpteo – sama seperti shapeways diatas, ada marketplace sendiri untuk jual produk anda.

3. Craftcloud -seperti namanya, adalah untuk pusat barang kemas custom dalam talian.

Kesemua printing service on demand diatas menyediakan penghantaran worldwide.

Di Malaysia mungkin ada servis ini, jika anda jumpa sila tinggalkan comment dibawah.

Jana Pendapatan Pasif

Selain untuk print untuk diri sendiri, anda juga boleh menjual design anda di marketplace barang kemas seperti Etsy, Shopee ataupun Mudah.

Mana tahu design anda boleh meletup viral, dapatlah income hanya dengan khayalan 3d sahaja. Tuan-tuan…

Success Story 3 Printing

beli emas murah di shopee

10 Sebab Beli Emas Lebih Murah di Shopee

Shopee merupakan laman web dan apps marketplace yang semakin popular di Malaysia. Admin sendiri telah kehabisan ribuan ringgit membeli belah online di Shopee kerana banyak barang dijual dengan harga murah serta mendapat points untuk setiap pembelian yg boleh digunakan untuk membeli barang yang lain.

Setiap minggu, banyak ā€˜kedai-kedaiā€™ baru yang dibuka di Shopee termasuklah Kedai Emas popular seperti Tomei, Pohkong, Aurora Italia dan sesiapa sahaja boleh membuka kedai emas online di shopee secara PERCUMA

Membeli barang kemas secara online mungkin agak baru di Malaysia, mungkin masih ramai yang takut dan ragu-ragu berkenaan keselamatan pembayaran dan sebagainya. Tetapi mengenangkan terdapat banyak pilihan barang kemas di Shopee dan harga nya jauh lebih murah dari membeli di kedai emas, sedikit sebanyak Apps Shopee memberi pilihan yang baik kepada pengguna.

1. Membeli barang kemas di Shopee adalah selamat

Sebenarnya membeli barang kemas di Shopee adalah selamat, pertamanya kerana pembayaran tidak terus kepada akaun seller, apabila buyer membeli emas di shopee, payment berkenaan akan dipegang dahulu payment gateway shopee sehinggalah item tersebut dihantar kepada seller, apabila item diterima, buyer bolehlah release payment kepada seller (payment tetap akan auto release pada tempoh tertentu jika tiada complaint dari buyer)

2. Penghantaran berinsuran semakin bertambah

Semakin banyak permintaan penghantaran menggunakan postage yang berinsuran, walaupun kosnya mungkin agak tinggi berbanding penghantaran biasa, ada beberapa syarikat insurance yang menawarkan postage berinsurance menggunakan gdex, easyparcel, dhl dan sebagainya

3a. Lebih banyak pilihan dan mudah untuk browsing experience

Oleh kerana di Shopee terdapat juga barang kemas bukan dibuat dari emas, cara paling mudah adalah meletakkan filter harga minimum RM150 apabila mencari barang kemas, keyword yang paling senang adalah karat emas itu sendiri contohnya “916” atau “rantai tangan 916”, cincin belah rotan atau sebagainya dan secara automatiknya barang2 kemas korea, sadur, palsu telah terfilter keluar dari carian buyer.

filter untuk barang kemas shopee

3b. Melihat review dan lokasi seller.

Buyer juga boleh membaca review-review dari pelanggan-pelanggan seller untuk meningkatkan keyakinan pembelian, lokasi seller juga boleh dicari jika buyer hanya berminat untuk COD di lokasi terdekat tanpa perlu membuat pembayaran online.


7 Langkah keselamatan membeli barang kemas online


4. Membayar menggunakan shopee atau secara terus kepada seller?

Adalah lebih baik buyer membayar menggunakan payment gateway shopee berbanding transfer terus ke akaun seller, kerana selagi item tidak diterima buyer, payment tidak akan direleasekan, risiko buyer adalah minimum.

5. Cara memastikan emas yang diterima adalah tulen.

Untuk memastikan ketulenan emas, buyer boleh meminta seller menyediakan resit belian surat emas, bukannya resit cetak yang boleh dibeli di kedai-kedai buku, bagi peniaga yang genuine, mereka pastinya mempunyai syarikat berdaftar ataupun boleh menggunakan resit supplier mereka. Kesalahan menjual emas palsu adalah kesalahan yang amat serius dan tidak ramai yang berani mengambil risiko menjual emas palsu terang terangan.

6. Kenapa harga emas di Shopee lebih rendah

Kos peniaga emas online di shopee sangat rendah berbanding kos yang perlu ditanggung pemilik kedai emas, selain insuran yang bernilai puluhan ribu ringgit, kos sewa, gaji pekerja, dan sebagainya, menyebabkan kedai emas mengenakan harga yang cukup premium menyebabkan biasanya pembeli emas jarang sangat untung apabila menyimpan emas emas. Biasanya 95% pemilik emas akan rugi apabila menjual balik emas kerana telah membeli pada harga premium.

Peniaga emas online pula boleh menjual pada harga yang lebih kompetitif, kebanyakan kedai emas meletakkan harga emas segram yang murah, tetapi mengenakan caj upah berlipat kali ganda, ada sehingga upah yang tidak logik seperti ketika raya 2018 tahun ini.. (8gram 916 RM165/gram kos upah sehingga RM600 .. ibarat sembelih peminat emas pelanggan sendiri.

7. Cara penentuan harga emas pasaran.

Pembeli juga boleh membandingkan harga-harga yang dijual di shopee dengan lebih mudah, senang untuk mencari kedai yang menjual harga paling murah, dan banyak pilihan yang mana jika dilakukan dari kedai ke kedai akan mengambil masa yang lama. Pembeli juga boleh melihat harga emas sebenar di www.hrg.ms untuk membandingkan berapa jumlah yang mereka boleh jimatkan

8. Membeli emas di shopee lebih selamat dari facebook

Tidak dinafikan sebelum ini ramai yang membeli emas di facebook, tetapi di facebook terlalu ramai scammer-scammer yang mencari peluang memerangkap buyer, ini biasa berlaku apabila payment dibayar direct ke akaun seller, apabila scammer mendapati duit telah masuk ke akaun mereka, facebook akan ditutup, whatsapp tidak akan dibalas dan sebagainya, disebabkan itu pembayaran yang selamat menggunakan payment gateway shopeee sangat membantu buyer.

9. Meminimumkan risiko penghantaran ditanggung pembeli.

Jika sebelum ini biasanya seller akan menetapkan risiko ditanggung pembeli apabila item dipostage, menyebabkan ada seller yang tidak tidak berhati-hati mengepos item buyer menyebabkan lambakan kehilangan item didalam proses postage menyebabkan buyer terpaksa berputih mata apabila barang hilang, dengan membeli melalui shopee, seller akan lebih berhati-hati menghantar barang dan akan menggunakan penghantaran yang diinsurankan dengan lebih selamat.

10. Trend lebih terkini dan lebih baru dari item di kedai.

Kebiasanya barang-barang kemas yang design terlalu cantik sukar untuk dijual, hanya yang design evergreen sahaja yang sangat laku, jadi sesetengah design yg nampak cantik di kedai mungkin design 3 tahun, 5 tahun malah mungkin 10 tahun dulu yang tidak dapat dijual.

Klik untuk ke applikasi shopee dan search “Rantai Tangan Emas 916” untuk mula membeli.

Tips: Guna Cincin Emas Uji Plumbum Pada Lipstick

Plumbum adalah sejenis logam toksik, iaitu bahan yang berbahaya.. So kalau anda memakai pakai gincu, selalunya mesti tertelan kan, sebenarnya gincu yang mengandungi plumbum ni boleh menyebabkan keguguran, kerosakan DNA dan sel otak lebih-lebih lagi kepada gadis-gadis luar sana yang suka kelihatan cantik

gincu-a-b

Ramai suka suke pakai pelabagi jenis lipstik dan pilihan kalernya memang cantik2.. tapi sedikit info kepada anda kerana ada berlambak lipstik di pasaran yang mengandungi plumbum…

Cara untuk test betul atau tidak.. sila calit kan sikit lipstick kat tangan kemudian gosok dgn cincin emas. Kalau kaler dia betukar warna hitam.. makna nye kandungan plumbum dia tggi… cuba kot-kot lipstik yang anda pakai setiap hari mengandungi toksik.. hurmmmm xtau la nk ckp pe.. anda memang berani pakai toksik…

Sila cuba jaya… ambil lipstik masing2.. kalau bertukar warna hitam.. silalah buang..

20150216_165427

sila share kepada kenalan anda untuk alert perkara ini

Apple Keluarkan Jam Bersadur Emas 18 Karat

jam

CALIFORNIA ā€“ Syarikat Apple semalam melancarkan jam tangan edisi terhad bersalut emas 18 karat, batu nilam dan kristal yang dijual pada harga AS$10,000 (RM36,800).

Jam tangan istimewa itu akan menjadi produk paling mahal firma berkenaan sejak pengeluaran komputer Lisa yang dibangunkan oleh pengasasnya, Steve Jobs pada harga yang sama tahun 1983.

Produk ini merupakan inovasi baharu pertama Apple sejak Jobs meninggal dunia pada 2011 dan dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook kelmarin.

Penganalisis berpandangan pengeluaran produk baharu ini sebagai satu percubaan untuk Apple menembusi pasaran barangan mewah Asia dan mampu menjadi permulaan terhadap keseluruhan pasaran baharu.

ā€œApple merupakan satu-satunya jenama teknologi yang berpotensi untuk beralih daripada barangan teknologi kepada jenama mewah. Ia belum pernah terjadi sebelum ini,ā€ kata Ketua Analisis Teknologi PenyeliĀ­dikan Jackdraw, Jan Dawson.

Sempena pelancaran jam tangan Apple ini, Cook menerangkan secara terperinci bagaimana pelanggan boleh menggunakan butang yang ada di bahagian tepi jam tersebut untuk menghidupkan aplikasi di skrin seperti iPhone.

Selain jam tangan mewah bersalut emas yang disasarkan untuk golongan atasan, AppĀ­le turut menawarkan produk bagi golongan pertengahan iaitu jam tangan sukan yang dijual pada harga bermula AS$349 (RM1,284) ā€“ AGENSI

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAIĀ 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.Ā sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788Ā Acikx HargaemasĀ + facebookĀ 
_________________________________________________________________________________________

Kanta sesentuh dihiasi ā€Øemas, berlian diperkenal

image (6)Pengguna yang inginkan kelainan, boleh mencuba kanta sesentuh yang dihiasi emas serta berlian. ā€“ Agensi

MUMBAI 17 Feb. ā€“ Seorang pakar mata India, memperkenalkan kanta sesentuh yang dihiasi emas 24 karat bagi mewujudkan kesan ā€˜bersinarā€™ kepada si pemakainya.

Bagaimanapun, mereka yang berminat untuk mendapatkan kanta sesentuh tersebut perlu membelanjakan antara AS$15,000 (RM52,500) dan AS$18,000 (RM63,000).

Portal berita Mail Online meĀ­laporkan, Dr. Chandrashekhar ChaĀ­wan mendapat idea untuk menggabungkan kanta sesentuh biasa dengan partikel nano emas bagi menimbulkan kesan bersinar itu.

ā€œPartikel emas 24 karat dalam bentuk pes itu ditambah kepada kanta sesentuh biasa di Pusat Penyelidikan Mata Shekhar India.

ā€œBagi mengelak sentuhan antara mata dan emas, satu lapisan lagi dibentuk pada kanta sesentuh itu,ā€™ā€™ katanya.
Setiap kanta sesentuh itu mempunyai berat lima gram, namun tidak dapat dipastikan sama ada partikel emas tersebut mengganggu penglihatan penggunanya.

Chandrashekar turut menggunakan teknik itu untuk menggabungkan berlian dengan kanta sesentuh.

– www.utusan.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAIĀ 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.Ā sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
_________________________________________________________________________________________

RM13 Juta Iphone Bersalut Emas, Bertatah Berlian

genie

NEW YORK: Model telefon pintar iPhone yang disaluti emas 24 karat dan dihiasi berlian tulen ditawarkan pada harga Ā£2.3 juta atau kira-kira RM13 juta.

Gajet termahal di dunia ini dihasilkan syarikat pengeluar barangan mewah di Amerika Syarikat (AS), Goldgenie yang bekerjasama dengan pengeluar iPhone, Apple Inc. bagi menghasilkan telefon pintar itu.

Goldgenie turut menawarkan beberapa pilihan bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti rekaan telefon disaluti emas, platinum atau emas merah dan bertatahkan berlian serta batu permata lain.

Pelanggan yang ingin memiliki koleksi iPhone mewah itu akan diberikan tawaran oleh Goldgenie pada harga bermula dari Ā£9,700 atau kira-kira RM54,000.

genie1

ā€œIa adalah telefon paling eksklusif buat masa ini dan nilainya dianggarkan menyamai harga sebuah pulau kecil,ā€ kata pengasas Goldgenie, Laban Roomes.

Beberapa selebriti dunia termasuk pelari pecut, Usain Bolt, bekas bintang bola sepak, David Beckham dan penyanyi rap terkenal, P Diddy adalah antara pelanggan tetap syarikat barangan mewah itu.

Tahun lalu, syarikat sama bekerjasama dengan pereka popular, Alexander Amosu untuk menghasilkan sebuah telefon pintar iPhone 6 yang dihiasi sejumlah 6,127 butir berlian yang menjadi milik seorang individu tidak dikenali pada harga Ā£1.7 juta (RM9.3 juta).

www.mstar.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAIĀ 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.Ā sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
_________________________________________________________________________________________

GST bukan sebab utama harga emas naik

imageMEER SADIK HABIB (dua dari kanan) bersama Zarida Noordin (tiga dari kanan) bergambar bersama model yang memperaga koleksi Tahun Baharu Cina Habib di Kuantan, kelmarin. ā€“ UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN Feb. ā€“ Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) menegaskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April ini bukan faktor utama jika berlaku kenaikan harga barang kemas dan aksesori keluarannya.

Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, harga barang kemas dan aksesori keluarannya seperti Habib, Pandora dan Ice-Watch tidak terjejas dengan pelaksanaan GST kerana dijual pada harga mampu milik.

“Masyarakat perlu faham bahawa GST bukan penyebab utama jika berlaku kenaikan, tetapi lebih kepada penyusutan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Bahan mentah seperti emas, berlian dan batu permata dibeli menggunakan tukaran mata wang AS dan harganya berubah mengikut kadar semasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Koleksi Tahun Baharu Cina dan Perasmian Tiga Jenama Habib di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin dan Pengurus Habib Kuantan, Yusof Chan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Menurut Meer Sadik, pada masa kini pihaknya memiliki bekalan yang mencukupi dan akan berusaha mengekalkan harga produk mampu milik walaupun dolar AS meningkat kira-kira 20 peratus sejak kebelakangan ini.

“Saya berharap penggemar barang kemas dan aksesori tidak perlu bimbang kerana kenaikan harga emas bukan disebabkan GST semata-mata sebaliknya disebabkan kadar tukaran mata wang,” jelasnya.
Sementara itu, katanya, Habib Jewels menyasarkan perolehan keuntungan sebanyak RM500 juta pada tahun ini dengan menjangkakan sebanyak 20 peratus daripada jualan di Pantai Timur.

“Sempena Tahun Baharu Cina kami melancarlan produk terbaharu yang dikenali sebagai ‘Bloom’ iaitu cincin berangkai yang dijual bermula daripada RM150 setiap satu.

“Pasukan penyelidik kami mendapati rakyat Malaysia lebih suka untuk mewujudkan set cincin menggunakan konsep suai padan dan situasi itu memberi idea kepada kami untuk melancarkan koleksi terbaharu ini,” jelasnya sambil memberitahu lebih 1,000 reka bentuk ditawarkan.

Tambahnya, Habib Jewels turut melancarkan koleksi Pandora terbaharu untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Valentine yang berharga daripada RM211 setiap satu.

www.utusan.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAIĀ 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.Ā sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788Ā Acikx HargaemasĀ + facebookĀ 
_________________________________________________________________________________________

But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo

bot emas ronaldo

ZURICH: ā€˜Mercurial CR7 Rare Goldā€™, but bertatahkan berlian ditempah khas buat Pemain Terbaik Dunia buat kali ketiga, Cristiano RoĀ­naldo.

But berkenaan berwarna emas, tertulis perkataan CR7 dan mempunyai mikro berlian di bahagian tumit.

tapak but

Ia dikeluarkan Nike yang juga penaja rasmi penyerang berusia 29 tahun itu.

ā€œBerlian yang digunakan dipilih secara cermat daripada batu-batu besar dan dibentuk dengan penuh teliti oleh pengukir berlian.

ā€œOleh kerana berlian sangat halus dan butir-butirnya tajam, ia dipotong menjadi kepingan kecil membentuk mikro berlian.

“Ketekunan yang diperlukan untuk menghasilkan but tersebut meĀ­ngingatkan pasukan reka bentuk Nike kepada etika kerja Ronaldo,ā€ kata Nike.

bot emas

Pengeluar barangan sukan antarabangsa itu memutuskan untuk menghasilkan sepasang kasut istimewa buat Ronaldo bagi meraikan kejayaan bintang penyerang Portugal itu menjulang anugerah Ballon dā€™Or.

Selain itu, Ronaldo juga dilihat berjaya mengharungi musim yang cemerlang dengan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Copa del Rey, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab. -www.mstar.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAIĀ 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910Ā Acikx HargaemasĀ + facebookĀ 
_________________________________________________________________________________________

Emas Itu Khas Untuk Wanita

394055_640592412633716_630600593_n2

Dari merisik, bertunang kemudian ke saat perkahwinan memerlukan penggunaan emas sebagai medium perantara hubungan lelaki dan wanita. Ianya juga merupakan tanda sayang dari pihak lelaki ke pihak wanita, bagi semua masyarakat emas digunakan sebagai tanda bahawa wanita itu sudah dimiliki oleh si lelaki. Bukan mudah untuk memilih barangan kemas kerana ianya bukan saja berbeza mengikut bentuk, berat malahan setiap negeri mempunyai harga tertentu untuk satu gram emas yang dijual.

Tahukah anda harga emas dipantau oleh satu persatuan yang memastikan setiap kedai yang menjual emas tidak meletakkan harga untuk satu gram emas dengan sewenang-wenangnya. Mereka dikenali sebagai Persatuan Tukang Emas dan Permata Malaysia (Federal of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia) dan semua ahli berdaftar dengan persatuan ini perlu mematuhi harga asas yang ditetapkan oleh persatuan.

Di Malaysia, harga emas bagi sesuatu produk itu ditentukan oleh beberapa faktor seperti kadar upah, kos pengangkutan serta kandungan emas itu sendiri. Anda mesti pernah tertanya-tanya mengapa perbezaan ini berlaku walaupun pada dasarnya mereka menggunakan harga asas emas yang sama bukan. Disebabkan oleh faktor-faktor yang disebutkan, harga untuk setiap produk emas berbeza-beza mengikut kedai dan tempat atau negeri yang ingin dibeli.

Sebelum membeli barangan kemas terutama nya untuk pihak lelaki, untuk memastikan anda mendapat harga yang berpatutan untuk barangan kemas yang dibeli sebelum sesuatu upacara seperti merisik atau bertunang contohnya kerana kadangkala ini merupakan kali pertama anda menjejakkan kaki ke kedai untuk membeli emas. Ajaklah ibu atau saudara perempuan anda untuk menemani anda ke sana kerana mereka lebih mahir dengan rekabentuk atau harga emas terkini dan yang paling penting untuk sesi penawaran harga.

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Terdapat beberapa tips mudah untuk anda ikuti sebelum membeli barangan kemas, bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

1. Emas Padat atau Tumpat

Pastikan sebelum membeli anda memilih barangan kemas yang padat dan tumpat atau dalam erti kata lain padu sebagai pilihan, ini penting kerana ia memudahkan proses penilaian ketulenan dilakukan jika anda mahu melakukan jualan balik atau pajakan. Untuk mengukur tahap ketumpatan sesuatu emas, Densimeter akan digunakan sebagai alat bacaan. Alatan ini tidak boleh membuat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang tidak padat atau kosong ditengahnya ataupun yang mempunyai batu permata. Barang kemas yang padat atau tumpat juga lebih kukuh dari segi strukturnya serta tahan lasak dan tidak mudah patah atau putus untuk barang kemas seperti rantai leher dan gelang tangan.

2. Emas 999 (24k) atau 916 (22k)

Barangan kemas yang dibuat daripada kedua-dua jenis emas ini mempunyai nilai yang tinggi untuk jangka masa panjang kerana kandungan emasnya. Emas 999 yang mempunyai kandungan emas 99.9% ini jarang dibuat kerana ianya terlalu lembut untuk direkabentuk serta mudah melekuk. Untuk mengenali jenis emas manakah yang anda berminat untuk beli hanya periksa di bahagian belakang barang kemas tersebut kerana emas tulen akan ditempa dengan cop ā€œ999ā€ atau
ā€œ916ā€. Petua : Untuk memastikan barang kemas itu tulen atau tidak, jika dibakar ia tidak meninggalkan kesan kehitaman pada permukaannya.

3. Elakkan membeli Emas Putih

Emas putih dijual pada harga platinum, platinum merupakan logam yang paling mahal dan harganya boleh menjadi lebih mahal daripada harga emas 999 itu sendiri. Kandungan emas dalam barangan emas putih ini adalah sebanyak 37.5% ke 75% sahaja dan selebihnya adalah campuran logam lain. Untuk mengenalpasti emas putih ini, anda boleh melihat dibelakang barangan kemas itu akan terdapat cop samaada ā€œ750ā€ atau ā€œ375ā€. Emas putih memang cantik dipandang, apatah lagi dipakai di hari bahagia anda nanti. Cuma dari segi pelaburan atau jangka masa panjang harga emas putih akan jatuh sehingga 50% dari harga asal dan juga kualitinya.

4. Emas bertahtakan batu permata

Setiap wanita atau bakal pengantin mengidamkan barangan kemas yang bertahtakan batu permata sebagai barangan kemas mereka. Ini kerana rekabentuknya yang menarik dan setiap satu nya mempunyai keistimewaan sendiri. Tapi tahukah anda barangan kemas yang bertahtakan batu permata ini mempunyai nilai yang rendah untuk jualan balik. Jarang sekali barangan kemas dari emas 916 mempunyai batu permata ini kerana emas jenis ini tidak cukup kuat untuk memegang permata.

5. Resit belian

Untuk memastikan setiap barangan mempunyai nilai, adalah penting untuk anda menyimpan segala resit pembelian bukan hanya untuk barangan kemas ini sahaja malah barangan kegunaan lain. Resit bukan sahaja sebagai bukti pembelian malah untuk sesuatu barangan kadangkala, ianya merupakan kad waranti.

6. Kos upah

Sebelum membeli anda perlulah membuat perbandingan harga untuk kos upah kerana harga asas emas adalah sama dan yang membezakannya harga dari sebuah kedai ke kedai yang lain adalah kos upahnya. Jika tiada kos upah adalah lebih baik untuk sesuatu barangan kemas itu.

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.

whatsapp/sms/call 013-9720910Ā Acikx HargaemasĀ + facebookĀ 
COD cheras / ke tempat anda.
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Rahsia Urusniaga Teknik Jual Beli Emas

kejayaan pelaburan emas 3

Belajar cara dan teknik pelaburan emas sebenar : Ramai yang kata, buat bisness pelaburan emas ni menguntungkan sebab harga emas sentiasa akan naik. Benarkah?

Jika dilihat kepada harga emas semasa, tidaklah asyik naik sahaja, ada juga turun malah kini pun tidaklah sehebat harganya sewaktu di penghujung 2011 dan awal 2012 dulu. Sebab itu pelaburan emas ini sebenarnya bukanlah satu pelaburan yang terjamin dan pasti untung!

Hakikatnya ramai yang menceburi pelaburan emas ini sebenarnya rugi berbanding mereka yang untung dan berjaya beroleh pulangan seperti yang diidam-idamkan.

Ramai pula yang melabur sekadar ikut-ikut cakap orang atau pun melabur di bawah kendalian orang lain. Inilah masalah utamanya iaitu tidak mahu atau lebih tepat lagi malas untuk mencari ilmu dan melakukan sendiri. Bila rugi, salahkan orang lain! Harga emas jatuh anda pun terduduk sedangkan pelabur lain masih mampu meraih keuntungan!

Kenapa boleh jadi begini? Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan memahami konsep sebenar akan pelaburan emas ini.

Untuk Berjaya Perlu Berilmu

Oleh sebab itu, untuk menceburi bidang pelaburan emas ini, anda mesti mempunyai ilmu, panduan dan rujukan dari mereka yang benar-benar bertauliah dan terbukti berjaya dalam bidang ini. Siapakah yang terbaik untuk dijadikan mentor?

Beliau yang dimaksudkan adalah Saudara Azizi Ali iaitu penceramah, penulis, jurulatih dan juga mentor jutawan #1 Malaysia.

Nak berjumpa beliau untuk menuntut ilmu… sudah tentu boleh sahaja dengan menghadiri seminar-seminar beliau yang sentiasa dianjurkan di setiap pelusuk negara. Tapi anda haruslah bersedia untuk melabur sebanyak RM890 untuk menjadi peserta seminar ini. Ya! Itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ilmu dari seorang yang telah terbukti keberhasilannya!

Rahsia-Emas

Rahsia Sebenar Kejayaan Pelaburan Emas

Namun begitu, janganlah pula anda risau kerana semua ilmu, teknik dan panduan untuk berjaya dalam pelaburan emas ini telah beliau dedahkan dalam bentuk audio dan e-book : “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Ianya juga amat mudah difahami dan serba lengkap. Untuk mengetahui maklumat produk ini dengan lebih jelas lagi sila ke link berikut : Rahsia Emas

Yang lebih menarik adalah tawaran harga yang ditawarkan, amat-amat murah tetapi berbaloi! Malah anda diberi jaminan 30 hari untuk mencubanya! Tak puas hati… pulangkan sahaja! Wang anda dikembalikan!

Jika anda sudah bersedia untuk memasuki bidang pelaburan emas ini maka dapatkanlah set audio dan e-book “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar” sekarang melalui link berikut:Ā “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

 

Berikut adalah carta harga emas semasa di Malaysia sebagai rujukan anda
SpotPrice-chart

 

Usaha Untuk Mencapai Kejayaan

Tidak kira dalam apa jua yang anda lakukan, pastikan anda punya ilmu yang betul dan tepat serta yang telah terbukti untuk dijadikan panduan. Sedangkan Rasulullah SAW pun berguru dengan Jibrail inikan pula kita insan yang tiada keistimewaannya. Lihatlah… mereka yang berjaya ini pun masih berguru dan perlukan ilmu!

kejayaan pelaburan emas 2

Semoga anda semua berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. Ingat! Setiap usaha harus disusuli dengan keyakinan, doa dan tawakkal. Rezeki itu dari Allah SWT… dan akan dikurniakan kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkannya!

sila klik bannerĀ @ link Ā :Ā “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”Ā untuk info lebih lanjut.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAIĀ 
whatsapp/sms/call 013-9720910Ā Acikx HargaemasĀ + facebookĀ 
COD cheras / ke tempat anda .
_________________________________________________________________________________________