Kawasan didakwa ada Emas di Jelebu Diarah Tutup

SEREMBAN 30 Okt. – Kerajaan negeri mengarahkan supaya lokasi terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa wujud emas ditutup serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, penutupan kawasan itu bertujuan mengelak sebarang tragedi selain tidak dapat dipastikan ketahanan struktur tanah di kawasan terowong terbabit.

”Kajian telah dilakukan di situ dan ia tidak mempunyai deposit emas. Terowong yang ditemui ini telah digali dan bukannya bersifat semulajadi. Maka kita tidak tahu sejauh mana ketahanannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas penemuan terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa penduduk sebagai laluan pelombong emas suatu ketika dahulu, di mana kini mula menarik minat orang ramai mendekatinya.

 

emas genneva kementerian kewangan

Liabiliti Syarikat Emas Genneva Melebihi Aset

emas genneva kementerian kewanganBank Negara Malaysia (BNM) mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata keadaan itu jelas menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Beliau berkata siasatan awal BNM mendapati syarikat itu memang menjalankan urusniaga penjualan emas untuk menarik minat pelabur, tetapi bertukar kepada hanya mengambil deposit dan urusan pemberian jongkong emas kepada pelanggan tergendala serta lambat.

Beliau menyifatkan operasi Genneva Malaysia sama seperti kebanyakan skim cepat kaya yang tidak sah.

“Genneva sudah ada unsur pengambilan deposit dan jumlah yang dilabur oleh rakyat dengan aset yang ada pada syarikat begitu kecil, jadi ada jarak yang amat besar antara aset dan liabiliti.

“Jadi bagaimana dia (Genneva) nak bayar bila liabiliti berbilion ringgit dan aset pula hanya dalam lingkungan jutaan (ringgit),” kata beliau ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat semalam.

Baru-baru ini, BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu beberapa premis Genneva Malaysia serta kediaman pengarah syarikat selepas beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata Bank Negara sedang meneliti tindakan sewajarnya ke atas Genneva Malaysia dan Bank Negara juga tidak mungkin dapat membayar nilai pelaburan kepada para pelanggan syarikat terbabit.

“Pada mulanya ada yang dapat pulangan dua peratus sebulan, dan ini tidak betul. Kita tak boleh kata pelabur tak bersalah, dia pun melabur dan ada risiko.

“Syarikat memang salah. Mana ada skim yang boleh bagi pulangan baik, jika ia terlalu bagus, ia tidak mungkin betul,” katanya.

Sementara itu, berkaitan isu Konsortium Indah Water (IWK) Sdn Bhd, Awang Adek berkata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberi jaminan untuk melakukan penstrukturan semula secepat mungkin bagi mengatasi masalah kebergantungan kepada subsidi kerajaan.

“Memang (IWK) mempunyai masalah struktur. Masalahnya ialah caj kepada pengguna adalah RM2 ke RM8, tidak cukup untuk menanggung kos operasi sebenar RM23 seunit. IWK nak caj RM23, kerajaan tidak benarkan kerana rakyat bising, rakyat kata mahal,” katanya.

– Bernama

ban negara genneva

FAQ : Serbuan Syarikat Genneva Malaysia

ban negara genneva

Susulan banyak pertanyaan yang diterima oleh agensi-agensi penguat kuasa berhubung dengan tindakan yang diambil baru-baru ini terhadap syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas, berikut adalah soalan lazim berserta jawapan untuk rujukan orang ramai, khususnya pihak-pihak yang terbabit.

Kenyataan bersama oleh:

Polis Diraja Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Bank Negara Malaysia

Soalan Lazim (FAQ)

S:  Mengapakah pihak berkuasa membuat serbuan ke atas syarikat-syarikat tersebut?

J:   Serbuan dibuat bagi melindungi kepentingan para pelabur daripada melaburkan lebih banyak wang dalam skim yang berisiko, dan juga untuk melindungi kepentingan orang ramai.

Syarikat yang terbabit sedang dalam siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan, termasuk mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelakkan cukai, memberikan maklumat palsu termasuk pernyataan yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun.

S: Mengapakah timbul kebimbangan terhadap model perniagaan syarikat-syarikat tersebut?

J:   Kebimbangan ini timbul kerana syarikat-syarikat tersebut dipercayai menjalankan skim yang tidak dapat bertahan lama. Syarikat-syarikat tersebut menjanjikan pelabur pulangan bulanan yang lumayan dan jaminan belian balik emas. Skim tersebut bukan dibiayai oleh jual beli emas yang sebenar, sebaliknya dibiayai dengan menggunakan wang yang baru dilaburkan dalam skim ini.

Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikat-syarikat ini biasanya tidak sepadan dengan jumlah yang dikumpulkan daripada para pelabur.

S:  Mengapakah pihak berkuasa hanya mengambil tindakan sekarang? 

J:   Sebarang tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil setelah didapati terdapat sebab-sebab yang boleh dipercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dibuat. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan yang terburu-buru atau melulu yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan yang sah.

S:  Apakah status tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa?

J:   Siasatan masih lagi berjalan. Orang ramai akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa mengenai status terkini siasatan dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa undang-undang sahaja untuk sebarang maklumat terkini kes-kes ini.

S:  Berapa lamakah tempoh siasatan?

J:   Tempoh siasatan akan bergantung pada tahap kompleksiti dan keseriusan kes. Tahap kompleksiti telah meningkat disebabkan oleh dimensi antarabangsa kes-kes tersebut. Kerjasama daripada pihak yang terbabit akan membantu proses siasatan. Siasatan ini diberi keutamaan yang tinggi dan semua sumber yang perlu telah digembleng oleh agensi penguat kuasa yang berkenaan untuk mempercepat siasatan.

S: Mengapakah aset dibekukan dan dirampas?

J:  Berhubung dengan kes skim kewangan haram yang disyaki, pihak berkuasa boleh menjalankan operasi mencari dan merampas bagi mendapatkan bukti dan untuk mengelakkan syarikat daripada menyembunyikan atau memusnahkan bahan bukti. Ini juga menghalang aset daripada lesap kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelabur.

Di bawah seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang diberikan kuasa untuk membekukan apa-apa aset apabila disyaki bahawa suatu kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan.

S: Apakah yang akan terjadi kepada aset dan emas yang dirampas?

J:   Aset yang dirampas semasa serbuan dibuat akan didokumenkan dengan teliti dan diambil kira serta disimpan di tempat yang selamat.  Sekiranya terdapat prosiding jenayah, aset tersebut hanya boleh diuruskan atas perintah Mahkamah.

S:  Bolehkah pelabur yang terbabit menuntut kembali wang atau emas mereka daripada aset yang dirampas?

J:   Aset yang dirampas semasa siasatan dijalankan hanya boleh diuruskan atas perintah Mahkamah. Pelabur mungkin boleh memfailkan kepada Mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau emas mereka. Maklumat tentang sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.

S: Apakah nasihat kepada orang ramai yang ingin melabur? 

J: Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah, dengan memberikan jaminan bahawa jumlah pokok yang dilaburkan akan dipulangkan. Orang ramai juga dinasihati supaya merujuk kepada agensi yang berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa.

Sebagai panduan, orang ramai digalakkan mengambil perhatian perkara berikut apabila menilai sesuatu skim pelaburan:

  • Ingatlah – sekiranya skim tersebut adalah indah khabar dari rupa, berkemungkinan besar skim tersebut adalah skim palsu;
  • Berwaspada dengan skim Ponzi. Ia merupakan skim pelaburan yang berunsur penipuan apabila pengendalinya mengambil wang daripada pelabur baharu untuk membayar kepada pelabur awal atau sedia ada.  Akhirnya, akan sampai satu peringkat apabila jumlah pelabur baharu tidak mencukupi untuk menyokong skim ini dan seterusnya keseluruhan skim mengalami kegagalan;
  • Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang sah;
  • Rujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan sebelum melabur/mendeposit wang;
  • Jangan terpengaruh atau terburu-buru untuk melabur;
  • Hendaklah lebih berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet;
  • Berwaspada dengan apa-apa peluang pelaburan yang tidak bertulis;
  • Jika pelaburan telah dibuat, simpan salinan semua dokumen pelaburan; dan
  • Rujuk laman sesawang amaran penipuan kewangan berikut:

Sekiranya anda mengetahui skim pelaburan yang berunsurkan penipuan, anda digalakkan untuk membuat laporan polis.

Bank Negara Malaysia
22 Oktober 2012

Hanya mahkamah boleh urus emas yang dirampas

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Aset yang dirampas semasa siasatan dijalankan bagi kes-kes jenayah melibatkan skim kewangan haram menggunakan emas hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pelabur mungkin boleh memfailkan tuntutan pihak ketiga kepada mahkamah bagi pemulangan wang atau emas mereka, namun maklumat berkenaan perkara itu akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.

Kenyataan Bank Negara bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia itu dikeluarkan bagi menjawab soalan-soalan lazim orang ramai berkaitan serbuan ke atas syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan kegiatan kewangan haram menggunakan emas.

Kenyataan itu menyebut aset dan emas yang dirampas semasa serbuan akan didokumenkan dengan teliti, diambil kira dan disimpan di tempat selamat.

Katanya operasi mencari dan merampas aset-aset tersebut adalah bagi mengelakkan syarikat yang disyaki daripada menyembunyikan bahan bukti; selain mengelakkannya daripada lesap dan memberi kesan buruk kepada pelabur.

Menurutnya, pada masa ini siasatan masih lagi dijalankan namun tempoh siasatan bergantung kepada tahap kompleksiti dan keseriusan sesuatu kes.

“Tahap kompleksiti telah meningkat disebabkan oleh dimensi antarabangsa kes-kes tersebut. Siasatan ini diberi keutamaan tinggi dan semua sumber yang perlu telah digembleng oleh agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk mempercepat siasatan,” katanya.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah, selain merujuk kepada agensi berkaitan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan perkhidmatan kewangan tidak berlesen. – BERNAMA

Kenyataan Firma Pelaburan Emas Sedang Direkodkan

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengambil kenyataan daripada pihak yang terbabit selepas mereka memulakan penyiasatan secara besar-besaran terhadap beberapa firma pelaburan emas.

Bank Negara berkata agensi yang berkaitan kini sedang merekodkan kenyataan daripada pengarah, pengurus kanan firma, ejen-ejen dan pelabur.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, bank pusat itu menambah bahawa analisis terperinci dan menyeluruh sedang dijalankan ke atas aset dan liabiliti syarikat yang terlibat.

“Pengarah dan pegawai kanan syarikat-syarikat yang terlibat juga diarahkan supaya mengisytiharkan harta mereka di Malaysia dan di luar negara, termasuk pasangan masing-masing dan proksi mereka,” katanya.

Awal bulan ini, BNM bersama pihak polis, Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyerbu syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd atas kesalahan mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.

Sehari selepas itu, tiga lagi firma pelaburan emas turut diserbu atas kesalahan yang sama mereka adalah, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.

“Aset dan akaun yang disita hasil daripada serbuan tersebut disimpan bagi memudahkan siasatan ke atas syarikat yang disyaki melakukan kesalahan dan untuk melindungi kepentingan pelabur,” katanya.

Bank pusat itu juga menasihatkan orang awam untuk berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang pendek yang memberikan jaminan pulangan bagi jumlah pokok yang dilaburkan.

“Orang ramai dinasihati supaya menyemak dengan agensi berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjur, orang ramai diminta menghubungi pusat khidmat pelanggan BNM di talian 1-300-88-5465.

Teori konspirasi emas dan bank

klik untuk besarkan paparan imej

Salam kpd anda semua, apa yang anda baca hanya berdasarkan kepada pemahaman saya yang kurang ilmu ekonomi.

Teori konspirasi: Kalo org ramai mula berpindah pada emas (spt Kelantan) sbg tempat simpanan (reservoir), bank2 di Malaysia akan ada defisit dari segi simpanan. Oleh itu, Bank xde modal utk buat loan sbb rakyat Malaysia tak menabung di Bank tapi mmbuat simpanan emas.

Inilah dinamakan sistem kapitalis di mana keuntungan melalui hutang.Beli emas utk untung/rugi itu cerita lain. Tapi kalo semua org dah tak simpan duit kat bank, bank nak berniaga pakai duit apa??

Cth: BNM akan beri wang RM10 juta kepada Bank A dengan harapan Bank A memberi loan kpd org ramai dan dgn kadar faedah 5% setahun, keuntungan BNM ialah RM500,000 setahun.. Jika pinjaman 20 tahun (RM10 juta + RM10 juta = RM20 juta)..hehehe

Jika orang ramai beralih kepda simpanan emas, so tiada pulangan keuntungan dari pihak bank dan bank terpaksa mencetak duit fiat utk dapatkan keuntungan dan ini akan menyebabkan inflasi..

Bila berlaku inflasi akan memberi kesan kepada kenaikkan harga barang, rumah dan sebagainya.

pautan: http://www.uncangemas.net/2012/10/teori-konspirasi/

Iran menemui lombong emas baru dalam anggaran 90tan

Dengan penyiasatan terbaru badan Geologi,Timbalan Pengarahnya, Behrouz Borna menyatakan bahawa terdapat hampir 90 tan emas baru yang telah ditemui di negara itu, katanya di dalam berita Tehran Times
Borna menjelaskan bahawa lombong emas terbaru itu dijumpai di wilayah Kordestan, barat Iran, dan di wilayah Sistan-Baluchestan, di bahagian timur negara tersebut.
Beliau menambah lagi bahawa pada masa sekarang,jumlah pengeluaran emas di Iran yang pada asalnya hanya dalam anggaran 3% daripada hasil mineral dunia telah meningkat kepada 320 tan metrik.

Emas jatuh lagi

Financeroll (23rd MAY 2012) – Emas jatuh lagi hari ini, melanjutkan penurunan mendadak dalam sesi sebelumnya. Pelabur tidak kelihatanbersemangat mengenai Kesatuan Eropah mengadakan mesyuarathari ini. Pemimpin Kesatuan Eropah bertemu hari ini untuk membincangkan penyelesaian baru dalam menyelesaikan krisis hutang mereka.

Pagi ini, emas jatuh ke 1.555,89 dolar setiap auns, tahap terendah pada minggu lalu. Euro emas berikutan penurunan pada spekulasi bahawa Greece boleh sebenarnya meninggalkan Eropah.

Pelabur terus menunggu keputusan Sidang Kemuncak EU, tetapi optimis telah pupus dari Perancis dan Jerman yang seolah-olah tidak bersetuju tentang cara menyelesaikan krisis.

Sementara itu, berbanding dengan emas, indeks dolar sebenarnya meningkat ke tahap tertinggi sejak September 2010.

Emas spot jatuh 0.6 peratus kepada 1558,96 dolar setiap auns.semalam, emas  turun 1.5 peratus. Emas AS jatuh 1.1 peratus kepada 1558,90 dolar setiap auns.

Rizab emas di Amanah SPDR Emas, sesebuah organisasi deposit emas terbesar di dunia, jatuh 1.4 peratus kepada 1265,43 tan semalam. Ia adalah jumlah terkecil sejak empat bulan lepas.

Perak spot juga jatuh, dan jatuh 1.2 peratus kepada 27,78 dolar setiap auns, kejatuhan harian terbesar dalam minggu ini.

Platinum spot jatuh 0.7 peratus kepada 1.428,94 dolar seaun,melanjutkan penurunan 1.5 peratus pada sesi sebelumnya.

 

Mercedes-benz pamer “emas” di Cannes

 

Cannes, Automotive Blog- Kehadiran para pelakon
dan artis pada festival filem antarabangsa Cannes,
di Perancis (16 Mei- 27 Mei 2012) dimanfaatkan oleh
Syarikat kereta mewah Mercedes-Benz dari Jerman
untuk mempamerkan keluaran istimewa Mercedes-
Benz yang disadur dengan emas.

4 Jenis kereta pilihan kereta Mercedes-Benz
telah dikeluarkan syarikat terkemuka itu bersama
anak syarikatnya Mercedes-AMG. Antara jenis model
kereta emas yang dipamerkan itu adalah jenis Limo
dan SUV yang sengaja dibuat dengan penuh kemewahan
untuk memperingati hari jadi ke 65 festival filem
dalam merebut anugerah yang berprestig dalam
festival filem tersebut. Pasangan 2 sejoli Brad pitt dan
Angelina Jolie dijangkakan akan menaiki kereta
emas yang mewah dan sangat bernilai itu

Selain menjadi pihak penganjur, Syarikat Mercedes
Benz tidak mahu melepaskan kesempatan dalam
memperomosikan kereta emas itu kepada para
selebriti dunia yang akan hadir pada festival filem itu.
Syarikat itu mengadakan pameran dan sesi “test drive”
kepada mana-mana artis yang ingin merasai sendiri
kemewahan dalam kereta emas keluaran syarikat
tersebut. Bahkan, Mercedes-benz turut turut
menyiapkan model istimewa SL 63 AMG edisi 45
kerana tahun ini Mercedes-AMG iaitu anak syarikat
Mercedes-Benz akan meraikan hari ulang tahunnya
yang ke 45 bagi AMG.

 

 

Tebuk dinding kedai, barang kemas RM30,000 lesap

Tebuk dinding kedai, barang kemas RM30,000 lesap

 

Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: May 23, 2012

TUMPAT – Sebuah kedai emas di Wakaf Bharu, di sini, dipecah masuk oleh perompak serta melarikan barang kemas bernilai RM30,000 selepas dindingnya ditebuk, awal pagi kelmarin.

Kejadian itu disedari oleh pemiliknya, Che Zali Che Ahmad, 45, kira-kira jam 9.30 pagi ketika ingin membuka kedai tersebut.

“Ketika saya datang untuk membuka kedai emas tiada apa-apa yang mencurigakan. Namun selepas diberitahu pemilik kedai baiki motosikal di sebelah kedai saya bahawa kedai saya dipecah masuk, saya terus bergegas masuk ke dalam kedai untuk memeriksanya.

“Saya memang terkejut apabila mendapati ada kesan tebukan di dinding dan beberapa bentuk cincin lesap,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Khalid Munap ketika dihubungi memberitahu, kejadian pecah masuk kedai emas itu dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi kelmarin.

“Perompak masuk melalui kedai baiki motosikal dengan memotong mangga kedai tersebut sebelum menebuk dinding untuk masuk ke kedai emas yang berada di lot tengah bersebelahan kedai motosikal tersebut,” katanya.

Katanya, kedai motosikal dan kedai emas mangsa berdekatan dengan Pasar Wakaf Bharu itu hanya dipisahkan oleh papan nipis dan perompak pecah masuk ke kedai emas itu selepas menebuk dinding nipis itu.

Menurutnya, mangsa mengalami kerugian RM30,000 apabila beberapa bentuk cincin perak dan emas dilarikan perompak.

“Barang emas di dalam peti besi tidak diusiknya kerana berkunci. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.