Habib Capai 90 Peratus Sasaran Jualan

Habib capai 90 peratus sasaran jualanMeer Sadik dan pelakon Rozita Che Wan di bilik pameran terbaharu Habib di The Curve selepas pelancarannya, semalam.

SYARIKAT barangan kemas Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) mencapai 90 peratus daripada jumlah sasaran jualan tahun ini di sebalik perkembangan industri barang kemas yang dilihat agak mencabar dan kompetitif tahun ini.

Pengarah Urusan Habib Datuk Meer Sadik Habib juga berkata, Malaysia kini menjadi antara lokasi pilihan untuk membeli barangan kemas.

“Selain jualan dalam negara, kami juga banyak mengeksport barang kemas ke luar negara,” katanya ketika ditemui di Majlis Pembukaan Bilik Pameran Habib di pusat membeli-belah The Curve di Damansara, semalam.

Meer Sadik berkata, ianya adalah bilik pameran Habib yang ke-31 dan satu-satunya bilik pameran premium yang menawarkan kesemua produk Habib.

“Sebelum ini kami memang ada bilik pameran di The Curve tetapi kami memutuskan untuk menukar ke lokasi baru ini supaya lebih strategik.

“Kami juga akan membuka beberapa bilik pameran Habib tahun hadapan di lokasi yang masih belum ada rangkaian Habib seperti Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya.

Harga Emas Mungkin Akan Jatuh Ke Paras Paling Rendah

SELEPAS meningkat tinggi beberapa tahun lalu, harga emas dijangka akan merosot ke paras paling rendah tahun ini ekoran tanda-tanda bahawa Lembaga Simpanan Federal Amerika Syarikat (Fed) akan mula mengurangkan langkah merangsang pertumbuhan ekonomi negara itu.

Sembilan pengamat yang ditinjau agensi Bloomberg meramalkan harga akan merosot lagi mulai minggu depan, sementara hanya tiga sahaja yang yakin harga tidak akan banyak berubah.

Malah, ada pengamat yang menyarankan agar pelabur lebih berwaspada sebelum melabur dalam emas.

Harga emas telah merosot ke paras paling rendah dalam empat bulan, manakala dolar Amerika terus bertambah kukuh.

Ini menyusuli kenyataan Fed bahawa para pembuat dasar Amerika menjangkakan keadaan pasaran buruh di negara itu bertambah baik dan pembelian bon untuk merangsang ekonomi boleh mula dikurangkan.

Harga emas itu mula merosot pertama kali selepas 13 tahun lalu, apabila pelabur mula “hilang keyakinan” terhadap potensi harganya untuk meningkat.

Fed dijangka mengurangkan AS$85 bilion ($105 bilion) pembelian bonnya dan ini akan mengurangkan tekanan terhadap inflasi.

Kadar pengangguran di Amerika juga mula merosot ke paras dua bulan paling rendah dengan penjualan runcit juga meningkat pada Oktober lalu.

Standard Bank Group Ltd dan OCBC Bank menasihatkan para pelabur agar menjual emas mereka pada harganya yang tinggi sekarang di tengah-tengah kelemahan permintaan bagi logam itu di Asia.

“Selepas menjulang beberapa tahun lalu, nampaknya 2013 menjadi tahun apabila harga emas akhirnya jatuh ke paras yang rendah.

“Sepanjang tahun penjulangan itu, emas dianggap sebagai aset pelaburan paling selamat ekoran ketidaktentuan ekonomi dan digunakan bagi melindungi inflasi serta menikmati langkah Amerika merangsang ekonomi,” kata pengamat OCBC Bank, Encik Barnabas Gan.

Menurut beliau, dengan tanda-tanda ekonomi bertambah baik bagi Amerika dan zon Eropah, dan juga kebimbangan tentang penarikan rangsangan Amerika, tidak menghairankan melihat harga emas kehilangan sebahagian keuntungan yang diraih sepanjang beberapa tahun lalu untuk ke paras $1,250 sekarang.

“Sejajar dengan ramalan, ketiadaan langkah penarikan itu tahun ini mungkin melihat harga emas mencecah $1,320 setiap auns pada akhir tahun ini.

“Jika langkah itu dilaksanakan pada awal tahun depan, kami meramalkan harga emas akan merosot ke paras $1,000 setiap auns pada 2014,” tambah beliau.

Harga Emas Dunia Dijangka Akan Terus Jatuh Hingga Tahun 2014

gold2

Bank Pelaburan dari Amerika Syarikat, Goldman Sachs Group Inc meramalkan harga emas dunia akan bergerak turun setelah terus naik selama 12 tahun kebelakangan ini. Goldman mengurangkan ramalan harga emas dalam tiga bulan hadapan dari US $ 1,615 per ounce menjadi US $ 1.530 per ounce.
Dipetik dari Business Week, Khamis lalu (11/4/2013) pada akhir tahun ini, Goldman menetapkan ramalan harga emas di paras US $ 1.450 per ounce. Bahkan, pada akhir 2014 ,syarikat ini meramalkan harga emas boleh turun hingga mencapai US $ 1.270 per ounce.

gold
“Emas bakal turun 5.8% tahun ini kerana spekulasi dari The Fed (bank pusat AS) yang menunda pemberian stimulus untuk pemulihan ekonomi,” ungkap penganalisis Goldman Sachs Group Inc, Damien Courvalin dan Jeffry Currie dalam laporannya.
Harga emas semalam saja sudah turun 1.75% pada harga US $ 1.558,90 per ounce. Harga emas sempat didagangkan menjunam mencapai titik terendah sejak Jun tahun lalu. Harga emas dijangka didagangkan lebih rendah meskipun data AS menunjukkan adanya kelembapan dalam penambahan jumlah lapangan kerja pada sektor swasta.

Pelabur kewangan dan salah satu orang terkaya di dunia iaitu George Soros menyatakan emas tak lagi menjadi alat pelaburan yang selamat (safe haven), karena harganya yang terus jatuh. “Emas tidak lagi menjadi pelaburan yang selamat (safe haven), terbukti ia tidak selamat lagi. Namun saat ini banyak bank-bank pusat yang terus membeli emas, jadi saya berharap harga emas tidak terus jatuh. Emas saat ini bukan lagi untuk pelaburan jangka panjang, “tutur Soros.

Jenayah Perang: Belanda mohon maaf kepada Indonesia, bayar gantirugi mewah .

indonesia ekonomi emas

Gambar rakyat Indonesia sedang mengusung pembesar Belanda dan Cina. Sejarah kekayaan Indonesia dipenuhi kisah Sultan Melayu Jawa bersekongkol dgn pedagang asing mengeksploit sumber alam dan menghambakan rakyatnya dan sehingga kini ia masih berlaku diganti dengan ahli politik kapitalis melalui istilah koporat yg canggih. Maaf Indonesia Malaysia bangkitlah….buruk sungguh dihambakan bangsa sendiri – MRM

Spt biasa pemerintah Ind akan mengalah meski dilaporkan banyak syarikat asing yg enggan membayar cukai.

Indonesia masih tidur pemimpinnya dgn kekayaan gelap mata sama shj dgn kes Msia.

JAKARTA 12 Sept. – Belanda hari ini secara rasmi memohon maaf kepada Indonesia berikutan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera negara itu ke atas rakyat negara ini ketika perang bagi mencapai kemerdekaan, enam dekad lalu.

Duta Belanda ke Indonesia, Tjeerd de Zwaan mengeluarkan pernyataan maaf itu kepada balu-balu mangsa dari Sulawesi Selatan akibat tindakan ‘keterlaluan’ negaranya yang berlaku sekitar tahun 1945 dan 1949.

De Zwaan berkata, kerajaan Belanda telah bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada balu mangsa di Sulawesi dan kampung Rawagede, Jawa Barat dengan masing-masing menerima bayaran sebanyak 20,000 euro (RM86,673) selepas mereka memfailkan kes itu di mahkamah Belanda.

Rawagede sebuah perkampungan kecil di Jawa Barat, merupakan tempat berlakunya pembunuhan kira-kira 430 penduduk oleh tentera Belanda pada 9 Disember 1947. – AGENSI

 

PELIK ! senang sahaja Belanda melutut mohon maaf kepada Indonesia . Jika dikaji semula pasti ada kaitan dgn usaha perlombongan Emas Belanda di bekas jajahannya itu . Seperti biasa pemerintah Indo akan mengalah walaupun dilaporkan banyak syarikat asing yg enggan membayar cukai . Pemimpin Indonesia masih lagi tidur dengan kekayaan sama seperti pemimpin malaysia .

 

Tips Mencuci Barang Kemas Di Rumah

Ianya sangat mudah untuk memastikan barang kemas anda berkilat sama seperti pada hari pertama anda membelinya. Dengan jadual harian yang sibuk, sudah semestinya kita jarang mempunyai masa untuk pergi ke kedai semata-mata hendak mencuci emas.

Jangan risau, sekarang anda boleh membersihkan barang kemas anda di rumah hanya dengan bahan-bahan seperti antasid, kerajang aluminium dan cuka. Teruskan membaca untuk mengetahui betapa senangnya untuk mengilatkan barang kemas anda seperti baru.

Ammonia
Berlian merupakan kawan baik setiap wanita, namun tidak apabila ia kotor! Rendam perhiasan berlian anda dalam larutan 1 cawan air suam dan 1/4 cawan ammonia selama kira-kira 15 minit, kemudian gunakan berus gigi lembut untuk menggosok baki-baki kotoran, terutamanya di celah-celah dan di bawah berlian.

Cuka putih
Mencuci emas dan barang perhiasan batu permata tidak akan menjadi lebih mudah tanpa cuka putih. Hanya letakkan barang kemas anda ke dalam bekas berisi cuka putih dan biarkannya selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, keluarkan dan gosok dengan menggunakan berus gigi lembut jika perlu.

Antasid
Kuasa fizzing yang berfungsi untuk melegakan perut anda juga sebenarnya boleh membersihkan barang kemas anda. Titiskan dua tablet antasid ke dalam segelas air suam, kemudian letakkan barang-barang kemas anda ke dalamnya. Biarkannya selama dua minit dalam keadaan berbuih, kemudian keluarkan dan bilas dengan air suam.

Kerajang aluminium
Gunakan kerajang aluminium untuk membersihkan perhiasan perak anda yang kotor. Sediakan satu dulang dengan sekeping kerajang aluminium yang direnyukkan dan letakkan barang-barang kemas anda di atasnya. Taburkan soda penaik ke atas barang kemas tersebut, kemudian tuangkan air panas. Hasilnya, kotoran daripada perhiasan perak akan dipindahkan ke kerajang aluminium. Oleh itu, anda perlu memastikan semua permukaan perhiasan perak bersentuhan. Kemudian, bilas dengan air suam.

Sabun dan air
Untuk bahan perhiasan yang lembut seperti mutiara, anda lebih memerlukan sabun dan air sebagai cara terbaik untuk mencucinya. Bersihkan mutiara anda dengan mencelupnya beberapa saat ke dalam larutan 2 cawan air suam dan beberapa titik pencuci yang lembut. Kemudian, lap setiap butir mutiara dengan kain kapas yang lembut dan kering. Manakala, barang perhiasan seperti batu ‘turquoise’ tidak memerlukan sabun untuk bersih. Hanya celup berus gigi yang berusnya lembut ke dalam air suam dan gunakannya untuk menggosok batu ‘turquiose’. Selepas itu, keringkannya dengan kain yang bersih dan dedahkannya dengan udara kering selama beberapa jam sebelum simpan.

Peringatan: Kaedah menggunakan bahan kimia atau pencuci yang kasar tidak digalakkan untuk mutiara sebaliknya, gunakan sabun dan air sahaja.

Peniaga Emas Rugi RM10,000 Dirompak

PASIR MAS – Seorang peniaga kedai emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila kedainya dirompak seorang lelaki yang menyamar ingin membeli cincin pertunangan di Bandar Pasir Mas di sini, hari ini.

Rahimah Abdullah, 70, berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, dia bersama suami, seorang anak perempuan dan dua orang pekerja menerima seorang pelanggan yang ingin membeli cincin pertunangan.

“Suspek meminta anak saya untuk mengeluarkan cincin yang dikehendaki namun suspek tidak berpuas hati dan meminta anak saya mengeluarkan cincin yang lebih besar.

“Ketika anak saya mengeluarkan cincin yang diminta, suspek bertindak agresif dengan menepis tangan anak saya lalu mengambil beberapa utas gelang emas sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedang menunggu di hadapan kedai kami,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Rahimah berkata kejadian itu adalah yang kedua selepas kejadian pertama pada tahun lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang diklasifikasikan sebagai kecurian dalam bangunan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – Bernama

Malaysia Lokasi Pilihan Terbaik Pelabur

Kuala Lumpur: Malaysia adalah lokasi pilihan terbaik bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan tunai, ekuiti, hartanah dan emas berikutan persekitaran kewangan Malaysia yang kukuh.

Pengarah Urusan firma penasihat pelaburan dan pengurusan dana Marc Faber Ltd Marc Faber berkata, sistem kewangan negara diuruskan secara berhemah dan lebih stabil walaupun pernah berdepan dengan krisis kewangan.

Katanya, bagi pasaran saham negara biarpun ia kelihatan tidak berapa menarik buat masa ini, namun secara relatif pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur adalah antara yang stabil di dunia, disokong ekonomi negara yang berimbang.

“Berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), kita dapat lihat sistem kewangan mereka secara terangan menghalalkan bank mengambil risiko memperjudikan deposit pelabur dengan berdagang dalam perniagaan derivatif. Manakala Malaysia, rata-rata bank tempatan begitu menitikberatkan aliran kewangan mereka yang dilaburkan ke arah lebih positif (bukan perjudian).

“Tiada risiko besar di Malaysia pada masa ini dan jika diberi pilihan saya memilih pasaran Malaysia berbanding AS, sebagai destinasi pelaburan saya,” katanya pada sidang media sempena ceramah pelaburan bertajuk ‘Strategi Pelaburan-Di manakah Wangnya?’ anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di Kuala Lumpur, semalam.

Habib perkenal koleksi Harimau Malaya

                                        Habib perkenal koleksi Harimau Malaya
Datuk Meer Habib (kiri) bersama duta koleksi Harimau Merdeka, pemain bola sepak kebangsaan Amri Yahyah (dua, kanan) semasa pelancaran koleksi itu di Kuala Lumpur, semalam. – FOTO: MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI

HABIB Jewels Sdn Bhd (Habib) yakin mencapai sasaran jualan lebih RM400,000 menjelang hujung tahun menerusi koleksi terbarunya yang diilhamkan oleh Harimau Malaya sempena sambutan Hari Merdeka.

Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib berkata, melihat kepada maklum balas pelanggan, beliau optimis lebih RM100,000 jualan akan dapat dicapai dalam tempoh tiga hari.

“Pemilihan menggunakan harimau adalah sebagai inspirasi dan sebagai cara berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang bekerja keras jadikan negara ini contoh kepada ekonomi membangun di seluruh dunia.

“Kami juga yakin semangat harimau akan bawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada masa depan,” katanya selepas melancarkan koleksi itu di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, koleksi terbaru itu diperbuat daripada batu permata Tiger’s Eye dari Afrika Selatan yang memancarkan warna coklat kemerahan dengan garisan halus yang menyerupai belang atau jalur pada badan harimau.

Setakat ini koleksi Harimau Malaya yang direka khusus untuk lelaki menawarkan 20 rekaan menarik terdiri daripada cincin dan butang baju Melayu dari harga serendah RM500 dan lebih banyak rekaan baru akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, Habib akan membuka cawangan baru di Seremban sebelum hujung tahun dengan pelaburan lebih RM5 juta dan memperuntuk lebih RM25 juta untuk membuka tiga hingga empat cawangan baru di negeri yang belum diterokai seperti Pahang, Kelantan dan Perlis.

Sumber : Sinar Harian

Kitar Semula Barang Kemas

Kuala Lumpur: Crane Central Sdn Bhd komited memperluaskan perkhidmatannya di seluruh Malaysia apabila merancang untuk membuka sekurang-kurangnya tujuh lagi cawangan Jewel Cafe menjelang akhir tahun ini, sekali gus mencapai sasaran jualan sebanyak RM10 juta.

Pengarahnya, Takefumi Yoshimoto berkata, setakat ini terdapat empat cawangan Jewel Cafe yang beroperasi di pasar raya AEON Taman Maluri, Wangsa Maju, Taman Equine dan AU2.
Katanya, bagi setiap cawangan pihaknya memperuntukkan pelaburan antara RM200,000 dan RM300,000 termasuk deposit dan bergantung pada lokasi serta saiz kerana Jewel Cafe adalah pertama di Malaysia yang menampilkan konsep kafe untuk pelanggan yang datang menjual barang kemas mereka.

 

“Jewel Cafe adalah rangkaian utama bagi barang kemas kitar semula di Jepun dan kami juga menerima barang kemas yang sudah rosak atau lama termasuk emas, perak, platinum dan berlian. Malah, menerusi konsep kafe kami menyediakan suasana serta ruang selesa untuk pelanggan.
“Bagi pelanggan yang membawa anak-anak juga tidak perlu risau kerana Jewel Cafe menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak dan konsep yang kami tampilkan di negara ini sama seperti di Jepun,” katanya kepada Bisnes Metro.
Menurutnya, selain mengetengahkan konsep mesra pelanggan, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan cuci barang kemas secara percuma kepada orang ramai dan tisu percuma di mana bungkusannya boleh digunakan untuk menebus 10 peratus bonus tunai.

 

FotoJEWEL Cafe menawarkan konsep baru kitar semula barang kemas lama dan rosak.

Yoshimoto berkata, pihaknya mahu pelanggan berasa selesa serta gembira dengan perkhidmatan yang ditawarkan Jewel Cafe dan selain itu, pelanggan juga diberi tawaran istimewa untuk mendapat ganjaran tunai dengan memperkenalkan rakan kepada Jewel Cafe dan baucar tunai sehingga RM100.

 

Sumber : Harian Metro