Apa Yang Perlu Anda Tahu:
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniSekiranya anda nak trade-in @ cash kan emas anda, perkara paling penting yang harus anda tahu:-
- Jumlah berat emas anda (Supaya bila kedai timbang anda boleh pastikan timbangan tu betul)
- Harga semasa @ harga jual kedai yang anda nak trade-in /jual emas anda
- Berapa susutnilai yg dikenakan. (Sila tanya kedai..penting nanti anda boleh kira betul @ tak nilainya)
- Kalau ada resit pembelian terdahulu lagi bagus. (Sbb ada detail jenis emas & berat emas yg anda beli dulu).
Macam Mana Nak Kira??
Mudah sahaja!! Okey andaikan berat emas anda 20 gram ye.
Berat emas : 20 gram
Jenis emas : 916
Harga jual semasa kedai : RM 195/gram (Retail price pd Oktober 2012)
Susutnilai kedai : 20% ( depend pd kedai susutnilai setiap kedai ada yg berbeza)
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaDengan info yg kita ada di atas, apalagi..anda tekanlah juga kalkulator kat kedai tu, dan kira sama tak value yg anda kira dgn kedai kira. Ok jom kita kira..saya buat contoh dgn dua harga semasa yg berbeza.
Kedai A : Harga jual RM 195 & Susut Nilai 20%
Nilai Emas semasa =(20grm x RM 195) = RM 3900
Jumlah susut nilai = (20grm x RM 195) x 20% =RM 780
Nilai Emas Anda = 3900 – 780 = RM 3120 (Inilah nilai emas anda)
Kedai B : Harga jual RM 175 & Susut Nilai 15%
Nilai Emas semasa =(20grm x RM 175) = RM 3500
Jumlah susut nilai = (20grm x RM 175) x 15% =RM525
Nilai Emas Anda = 3500 – 525 = RM 2975 (Inilah nilai emas anda)
**biasanya kadar susut nilai tradein 15~25% dan cash 30~35%..sila rujuk kedai
Penting Untuk Anda!!!
Berdasarkan pengiraan di atas, anda mesti lagi teruja dgn harga yang ditawarkan oleh kedai A kan. Nanti dulu..penting untuk anda tahu…bila anda bercadang nak trade-in emas anda jangan sekadar tengok nilai RM yang ditawarkan tapi..YG PENTING berapa jumlah gram emas baru yang anda dapat nanti. Anda sepatutnya pilih kedai yg dapat menawarkan jumlah gram tertinggi pada anda. Kalau saya..saya pilih kedai B. Macam mana pula nak kira..berapa jumlah gram emas baru yang sepatutnya anda boleh dapat??
Berapa Gram Emas Baru Anda Boleh Dapat
Berdasarkan pengiraan saya, selepas ditolak jumlah susutnilai, Nilai emas anda di kedai A, RM3120 manakala kedai B, RM2975. Ok jom kira berapa gram emas baru yg anda boleh dapat sekiranya anda tak bercadang nak tambah ape2 duit lagi. Andaikan emas baru yang anda pilih kos upah nya adalah RM100. Kos upah ini anda perlu tolak dari nilai emas terlebih dahulu utk mendapatkan jumlah gram emas baru anda.
Kedai A–> RM3120 dan Harga Jual RM 195
Nilai setelah tolak kos upah- 3120-100 = 3020
Jumlah gram emas baru = 3020/195 = 15.49 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)
Kedai B–> RM2975 dan Harga Jual RM 175
Nilai setelah tolak kos upah- 2975-100 =2875
Jumlah gram emas baru = 2875/175 = 16.43 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)
Bagaimana??
Anda faham tak maksud saya. Pertamanya..emas anda yg 20 grm tu..dah susut beberapa gram la kan. Keduanya, wlwpun nilai emas di kedai B lebih rendah berbanding kedai A, tapi kedai B anda boleh dapat jumlah gram yg lebih banyak dari kedai A..betul tak?. Ketiga..kos upah juga memainkan peranan dlm menentukan jumlah gram anda. Kos upah sesuatu kedai adalah berbeza. Kadang2 design sama tapi kos upah ada yg mahal ada yg murah. Lg murah kos upah..lagi byk jumlah gram emas baru yg anda boleh dapat. Kalu kos upah lg mahal..maka sikit la jumlah gram yg anda dapat sebab nilai emas tu nak cover kos upah emas yg baru tu..betul tak.
Bagaimana kalau emas baru anda lagi berat gramnya?
Katakan emas baru yg anda pilih lagi berat dari jumlah gram yg sepatutnya anda dapat, berapa pula nilai yg anda kena top up? Jom kira..andaikan emas baru yang anda pilih beratnya 19 gram dan kos upah RM 100
Kedai A–> RM3120 dan Harga Jual RM 195
Nilai Emas Baru – (19grm x 195)+ 100 = RM3805
Jumlah Nilai kena Topup – 3805-3120 = RM685
Kedai B–> RM2975 dan Harga Jual RM 175
Nilai Emas Baru – (19grm x 175)+ 100 = RM3425
Jumlah Nilai kena Topup – 3425-2975 = RM450
Macam mana? Faham…maknanya anda kena byr lebih utk gram yang sama di kedai A berbanding kedai B sebab harga jual semasa di kedai A adalah tinggi dari harga kedai B.
Macam mana pula kalau nak tukar dengan cash
Kalau anda berhasrat nak cash kan emas anda…biasanya susut nilai yg dikenakan adalah tinggi berbanding susut nilai trade in…kenapa?? Saya pun tak tau kenapa kedai buat rules camtu. Cara nak kira sama je macam nak kira nilai susut nilai dekat entri Part 1 cuma tukar peratus susut nilai tu je. Bagi saya kalau anda nak cash kan emas anda survey la dulu pada mana2 tempat @ individu yg boleh offer harga tertinggi utk emas anda
Kesimpulan
Pendapat 10 sen saya..kalau anda bercadang nak tukar emas lama anda pada yang baru, anda harus ingat..jangan pandang nilai dalam RM saje ye..tapi berapa gram emas baru yang anda boleh dapat @ anda kena lihat berapa gram emas lama anda tu hilang. Kalau rajin cari la tempat yg offer susut nilai yg terendah. Sama juga kalau nak cash kan emas anda..cari lah plak yg offer harga tertinggi tapi kalau anda bercadang nak tambah gram emas anda…cari lah yang boleh offer harga terendah…pilihan di tangan anda..so..renung2kan dan selamat beramal…okehyy..
duniaemaskini.blogspot.com