Cara kiraan zakat emas di Malaysia

** 29-5-2017 ** Kandungan didalam artikel ini telah outdated, sila rujuk posting terbaru ZAKAT EMAS


Emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang.Dalam hal ini, zakat emas dan perak terbahagi kepada dua perbahasan iaitu atas zat atau ‘ain emas dan perak itu sendiri sama ada dipakai atau disimpan dan perbahasan kedua ialah zakat mata wang kerana sandaran mata wang pada zaman ini asasnya kepada emas.

ZAKAT EMAS DAN PERAK

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila telah sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

DALIL WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak, serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (surah at-Taubah 34)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya. -Riwayat Muslim-

JENIS EMAS YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

EMAS YANG DISIMPAN

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. sebagai contoh, jika berat keseluruhan emas yang tidak dipakai itu seberat 90 gram bernilai RM9500 maka zakatnya adalah : RM9500 x 2.5% = RM237.50

EMAS YANG DIPAKAI

Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi ‘uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai ‘uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

NISAB DAN KADAR ZAKAT EMAS

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya”. (Riwayat Abu Daud)

Nisab bagi emas ialah 85gm atau 20 miskal / dinar atau 25 mayam.

Apabila seseorang memiliki emas menyamai nisab semasa atau lebih dan telah cukup haul (setahun) ia wajib mengeluarkan zakat. Ulama sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, maka wajib dikenakan zakat. Kadar zakat ialah rubu’ al ‘usyur iaitu satu perempat puluh (1/40) atau dua setengah peratus (2.5%).

Emas yang disimpan seberat 85gm dan telah mencukupi satu tahun, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % daripada nilai semasa emas tersebut (termasuk juga emas yang rosak / patah)

Emas yang dipakai tidak diwajibkan zakat kecuali melebihi uruf. Kadar uruf (kebiasaan pemakaian setempat) di Negeri Pahang ialah 200gm. Emas yang dipakai yang melebihi uruf dikenakan zakat sebanyak 2.5 %. (berat yang melebihi uruf sahaja).

CONTOH PENGIRAAN :

(Andaikan nisab semasa 85gm emas adalah RM 8,909.48)

Emas tersimpan seberat 90gm.

1gm emas        =          (RM 8,909.48 ¸ 85)                   =          RM 104.82

90gm emas      =          90gm x RM 104.82                   =          RM 9,433.80

Zakatnya          =          RM 9,433.80 X 2.5%                 =          RM 235.85

Emas yang dipakai seberat 300gm.

200gm              =          uruf pemakaian emas

300-200gm       =          lebihan daripada uruf                =          100gm

100gm emas     =          100gm x RM 104.82                  =          RM 10,482.00

Zakatnya          =          RM 10,482.00 X 2.5%               =          RM 262.05

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

NISAB DAN KADAR ZAKAT PERAK

Wajib zakat pada perak lima auqiyah ;

[ Satu auqiyah = 40 dirham. ( 5 x 40 = 200 dirham ) ] Ijmak’ ulama’ telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“…tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq.”

(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :

“Pada perak (zakatnya) 1/40…” (Riwayat al-Bukhari)

Contoh Pengiraan Zakat Perak :

Andaian 1 gram perak  = RM 30.00

Perak yang dimiliki seberat 1,000 gram.

1,000 gram perak (lebihan 405 gm dari nisab)

1,000 x RM 30= RM30,000

Zakat yang dikenakan ialah       : RM 30,000 X 2.5%      = RM 750.00

Kesimpulan

Saya berharap agar topik kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah dalam pengiraan zakat emas dan perak kerana zakat ini merupakan perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam sekiranya cukup syarat…Sebagai pelabur kita inginkan kejayaan di dunia dan juga keberkatan di akhirat

Oleh itu, selamat membuat pelaburan emas dan perak dan semoga berjaya

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

0 thoughts on “Cara kiraan zakat emas di Malaysia

  • nor says:

    arwah emak sy mempunyai 4gelang,1 rantai dan beberapa cincin. Brg kemas ini dah lama sy simpan dan tak tahu nak pakai bila..tp setahun sekali mesti pakai.. Adakah sy patut bayar zakat ke atas semua emasnya?
    JJika saya buat perlaburan emas, dan dapat wang dari perlaburan emas tersebut,berapa sy perlu zakatkan atas nama arwah mak saya?

  • EMAS YANG DISIMPAN
    Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. sebagai contoh, jika berat keseluruhan emas yang tidak dipakai itu seberat 90 gram bernilai RM9500 maka zakatnya adalah : RM9500 x 2.5% = RM237.50

    EMAS YANG DIPAKAI
    Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi ‘uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai ‘uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

    Jadi puan xperlu membayar zakat kerana tidak melebihi 85g.

  • has says:

    Arwah Emak saya telah meningalkan sejumlah emas yg patut saya byrkan zakatnya.kami adik beradik masih belum bersedia untuk membahagikan emas tersebut dan masih di simpan sehinga kami selesai membayar zakat emas untuk allahyarhamah.beliau meningal pada april 2013,pada tahun 2015 genap 2 tahun beliau meningal.minta pencerahan.. adakah kami perlu membayar zakat emas bagi beliau untuk 1 tahun atau 2 tahun?

  • Zaman sekarang ni bnyk pengedar telah approach pembeli untuk jadi agen utk jenama gold bar/wafer/syiling mereka masing2 dan secara tidak langsung mereka telah menjalankan perniagaan. Mereka hanya tunjukkan cara perkiraan zakat emas dan perak iaitu emas & perak yg dipakai dan disimpan..Adakah mereka tidak lupa untuk membayar zakat perniagaan emas ini?

  • Areen says:

    Nak tanya, contohnya nilai zakat yg saya kena bayar adalah rm1000, boleh kah saya gunakan untuk menolong perkahwinan adik ipar sy? Perlukah sy membayar zakat lagi?

  • Salam,sy cucu yg di wariskan emas 916 sebanyak 120gram…sejak 14 tahun lalu dimana sy tidak pernah mengetahui berat sebenar emas itu sblum ini..seterusnya emas td sebanyak 80gram telah di tukar kepada jenis 585 yg sy xpasti berapa berat sebenarnya…apakah saya dikenakan zakat dan sy mohon penjelasan yang lebih jelas

  • Salam..
    Nak tanya..sy tinggal di perak..contoh saya mempunyai 500g emas dan saya memakainya tiap2 hari..adakah harus dikenakan zakat??

  • Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi ‘uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai ‘uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.
    Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

    Selagi x MELEBIHI nilai 'Uruf maka x wajib zakat. wallahualam!

  • Keempat, pengelolaan keadilan sosial dalam kata-kata sering Ahokas disampaikan dalam debat kedua. Bagi orang-orang yang tidak mampu, mengingat biaya instalasi gratis. Itu tidak untuk membangun jalan terus, tetapi konstruksi dasar dari rel kereta api. Tahun lalu, 53 bagian baru sudah dibangun Ahokas.

  • siti aishah bt kassim says:

    assalammualaikum jika saya menpunyai emas,beratnya lbh dari keterangan di atas
    tapi barang emas itu saya pajakkan kerana ada hal yg tak dapat di elakkan adakah saya patut bayar zakat?
    inginkan perjelasan lebih jelas.

  • Saye ade emas 100gram says:

    Harap pihak kerajaan mewujudkan portal website yg bole menghuraikan isu2 yg sulit.. Berkenaan zakat emas..kerana azabnya amat pedih di akhirat.. Berusaha semua kita saling ingat memperingati

  • YUSRIZAL says:

    Kenapa kah uruf bagi setiap negeri berbeza.

    • admin says:

      jabatan agama islam negeri sendiri tetapkan,

  • Shida says:

    Salam. Klu sy di penang uruf ialah 165gm.emas yg dipakai saya ada 242gm.brp Jlh yg di kenakan zakat?

  • nurlydia khalidi says:

    Saya mula membeli emas sebagai perhiasan bermula tahun 2010. Saya nak tanya, jika selama tempoh membeli sehingga la tahun semasa, saya tidak pernah membayar zakat emas ini, adakah saya perlu membayar dengan pengiraan dari awal saya membelinya?

    • admin says:

      Bergantung kepada uruf negeri masing2, biasanya kalau brg perhiasan, lebih 800gm baru kena zakat, kalau bar lebih 80gm dah kena zakat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>