Soalan
Assalamualaikum Dr. Nk tanya, bagaimana keadaannya kalau kita jual emas hanya bila harganya naik dan tinggi? Adakah ianya dikira sbg hoarding yg dilarang Rasulullah SAW?
Jawapan
Saya tidak nampak ia adalah hoarding (ihtikar) yang dilarang oleh Rasulullah. Yang dilarang ialah, sekiranya ia boleh memudaratkan orang ramai, harga melambung kerana hoarding. Adapaun beli emas buat simpanan secara individu dan tunngu harga naik baru jual, ia tidak menjejaskan harga pasaran dan tidak memudaratkan orang ramai. Dengan itu, saya berpandangan bahawa membeli dan menyimpan emas walaupun bertujuan untuk menjual balik semasa harga naik adalah harus.
Perlu diingatkan, jual beli emas mestilah secara tunai dan serahan emas dilakukan di dalam majlis aqad. Perlu juga diingatkan harga emas bukan sentiasa naik. Dari 2011, ia merudum tak naik naik. Semasa menjual balik, kebiasaannya ia hanya dibeli dengan harga diskaun atau lebih rendah dari harga pasaran. Jangan lupa juga tentang kewajipan berzakat pada emas yang disimpan.
Wallahua’lam
sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)