Harga emas menjunam

Minggu ni harga emas menjunam lagi. Berita baik buat pelabur emas, ini lah masa yang sangat sesuai untuk beli emas. Nak tunggu turun lagi?? boleh.. tapi tak jamin la akan turun lagi sekarang harga global USD 1561 1 oz. Support pivot sekarang ni adalah USD 1560. Kalau lah harga dia akan turun lagi melepasi USD 1560, dijangka harganya akan turun pada takat paling rendah pun USD 1520. Andai kata tak lepas USD 1560, maka ia akan naik hingga USD 1665. Ini cuma jangkaan berdasarkan sejarah dah kekuatan logam emas.

 

 

Perhatikan gambar di atas, garisan hijau adalah indicator menunjukkan harga emas. Macam mana dia turun, macam tu jugaklah dia akan naik. Jadi jangan tunggu lama-lama lagi kalau nak beli emas. beli dari sekarang. Harga sekarang dah sangat murah. Kalau tak bertindak sekarang nanti akan melopong sendiri.. . mana tau ini adalah penurunan yang terakhir sebelum harga emas akan terus melonjak hingga ke rahao maksimum USD 1975.

Zon Eropah mengesahkah harga emas sentiasa menguji harga support ke paras USD1550

Zon Eropah menjanjikan harga kekal berada diparas bawah USD1600 dengan harga rintangan disasarkan pada USD1588 sekadar untuk dicapai setakat  paras USD1584.

Sehingga jam 4:29 pm harga(semalam) berpaling ke paras USD1562 merupakan harga support yang disasarkan oleh Pendita Emas. Catatan harga sasaran telah dinyatakan pada posting

 

Ini bermakna keluk harga B dan C dituruti oleh pergerakan harga terkini yang telah PE lakarkan.

 

 

Harga support USD1562 telah ditembusi pada 4:50pm

 

 

 

Emas tidak boleh dimanipulasikan

 

—  Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia  tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
—  Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.
—  Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
—  Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
—  Kerajaan Perancis –tahun 1715
—  Republik Weimer Jerman – 1922-1923
—  Hungary 1945-1946
—  Chile 1971-1981
—  Peru 1988-1991
—  Angola 1991 – 1999
—  Yugoslavia 1992-1995
—  Belarus 1994-2002
—  Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
—  Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
—  Zimbabwe 2000-2009
—  Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang.
—  Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.
—  Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini.

Barang Pelik Daripada Emas

Emas merupakan bahan kimia dengan simbol Au (Latin: aurum) dan mempunyai 79 nombor atom. Err, kepada pembaca-pembaca yang tidak mengambil subjek kimia di sini, abaikan ayat pertama tu ya 😛

Emas pada awalnya dicari gali untuk menyalut barang-barang seperti bahan perhiasan, patung, dan sebagainya. Tetapi, pada masa kini, emas juga turut digunakan untuk menyalut barang-barang pelik seperti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Onyx_Rectangular_chess-table_and_stool.jpg

 

 

 

 

 

Bila harga emas nak naik ?

 

Jika anda perhatikan, harga Emas sekarang ini sedang membentuk Chart Pattern yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008, ketika berlakunya krisis Sub Prima di Amerika, dan untuk tahun ini Pattern yang sama terbentuk disebabkan oleh krisis Zon Euro.

Pattern yang dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu “Continuation Pattern”, dan kebiasaannya harga akan gagal kira2 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira2 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.

Sekiranya percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 terus gagal, maka biasanya harga akan naik semula dan melepasi garisan merah condong diatasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.

Dan biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.

Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk. Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 – 2010.

 

Kesimpulannya :

1. Jika anda telah membuat belian sebelum ini sekitar harga $1600-$1650/oz, sekarang ini bertenang dan perhatikan sahaja pergerakan harga yang seterusnya. Sambil2 tu, sampaikanlah informasi berguna ini kepada rakan2 yang lain agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama.

2. Jika belian anda sebelum ini pada harga sekitar $1700 dan keatas, buatlah belian tambahan sekarang ini. Dengan cara ini anda akan memperolehi keuntungan dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu lama.

 

Contact Lens emas bertatahkan berlian

Chandrashekar Chawan pengasas kepada syarikat La Ser Eye Jewerlry, seorang optometris dan juga pakar mata telah mencipta contact lens yang bertatahkan emas dan berlian. Contact lens ini mempunyai empat rekaan iaitu, emas putih, emas kuning, emah putih berserta 18 berlian dan juga emas kuning berserta 18 berlian.
Contact lens ini ialah seberat 5 gram, terletak 6mm hingga 9mm dari kornea mata dan mempunyai lapisan air di hadapan untuk keselesaan mata. Harga sepasang contact lens ini adalah 700,000 rupee atau bersamaan $15,590!! Pandai2 la korang tukarkan kepada Ringgit Malaysia,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Duduk bangun emas

Artikel ini amat sesuai untuk mereka yang bergelar usahawan dan penyimpan emas yang sentiasa ada.” tentang bila harga emas nak naik ” dan “bila harga emas nak turun” .

 

Usahawan – Sebagai seorang usahawan , anda wajib mengalami proses “duduk dan bangun” dalam perniagaan yang diceburi termasuk perniagaan emas dan perak.Anda tidak semestinya akan berjaya dalam perniagaan esok hari tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya. Mungkin anda tidak dapat meyakinkan pelanggan hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya.Mungkin anda tidak berjaya menjual emas hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya menjual emas hari berikutnya.Mungkin anda tidak untung hari ini tapi tidak mustahil anda akan untung hari berikutnya.Begitulahhhh lumrahnya……

Apa yang penting sebagai seorang usahawan emas adalah KUASA TINDAKAN & TEMPOH TINDAKAN . Jika anda banyak ILMU EMAS sekalipun , tanpa kuasa tindakan anda tidak akan ke mana-mana . Sebagai seorang usahawan anda harus melalui proses TEMPOH TINDAKAN . Mesti ramai-ramai yang tertanya-tanya bagaiamana sehingga kini saya masih bertahan sebagai seorang usahawan emas.Jawapannya adalah ” SABAR & BUAT yakni tindakan secara berterusan tanpa ada rungutan.InsyaAllah anda akan berjaya……

PENYIMPAN EMAS & PELABUR EMAS – Sudah beberapa tahun soalan yang sentiasa diajukan kepada saya “bila harga emas nak naik” dan “bila harga emas nak turun” . Soalan ini agak sukar untuk dijawab dengan tepat tetapi boleh di analisas berdasar fakta dan isu semasa.Faktor utama yang mempengaruhi harga emas adalah :

1 – Pengaruh matawang USD dan krisis ekonomi.

2 – Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

  • Untuk kegunaan industri.
  • Untuk kegunaan pelaburan.
  • Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara.
  • Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas.
  • Lain-lain kegunaan.

3 – Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

  • Lombong emas di seluruh dunia.
  • Penjualan rizab emas oleh bank pusat.
  • Emas terpakai yang digunakan semula.

So kesimpulannya , menjadi lumrah harga emas dan perak dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui proses “duduk dan bangun” = “turun dan duduk” sehingga ……….. ( bila emas dijadikan pengukur matawang / matawang ).

 

 

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

 

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda. Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Hanya pergi ke Maybank dan buka akaun Pelaburan Emas Maybank. Harga Jualan merupakan harga yang kita beli. Untuk mendapat keuntungan, kita cuma jual emas yang kita beli berdasarkan harga Pembelian di gambarajah di bawah. Diingatkan, kita tidak perlu memegang emas dalam bentuk fizikal, cuma kita bermain harga pasaran.

20 pemenang bertuah menang emas dalam pertandingan Caltex

 

Lebih pemenang daripada peraduan yang lepas, dua puluh orang bertuah telah menang emas daripada peraduan “KeEMASan dengan Caltex” yang dianjurkan oleh syarikat bahan api itu. Caltex memberi sejumlah RM280, 000 dalam bentuk Akaun Pelaburan Emas Maybank kepada pemenang peraduan ini, yang diadakan dari bulan Disember tahun lalu hingga 31 Mac, 2012.
Seorang daripada empat pemenang sebanyak RM40, 000 iaitu pemenang Hadiah Pertama emas,Mohd Asri Abdullah dari Kelantan,yang diwakili pada majlis itu oleh isteri beliau Siti Nor Arashyiah. Beliau berkongsi perasaan gembira dengan mengatakan bahawa beliau dan keluarga masih dalam keadaan terkejut dan masih belum memutuskan mengenai apa yang perlu dilakukan dengan kemenangannya itu.
Chok Yung Hau pula,berusia 25 tahun, Pemenang hadiah pertama yang paling muda, hampir melepaskan durian runtuh ini. “Saya bersyukur kepada Tuhan kerana apabila pemberitahuan tentang pemenang rasmi Caltex menghubungi saya ketika saya berada di dalam kapal terbang dan tidak dapat menjawab panggilan pada mulanya. Walau bagaimanapun, mereka tetap cuba menghubungi beberapa kali dan pada panggilan yang ketiga saya dapat menjawabnya tatkala saya tiba di lapangan terbang dan telah dimaklumkan mengenai berita gembira yang mengejutkan, “kata pemilik kedai elektrik.
Dengan penipuan berlaku di mana-mana hari ini, Lee Siew Yin dari Labis segera menemui seorang peguam untuk menghubungi Caltex stesen minyak untuk pengesahan, sebelum meraikan kemenangannya iru. Beliau adalah seorang wanita yang sangat berhati-hati!
“Peraduan KeEMASan Caltex ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan yang menyokong kami melabur ke arah jenama Caltex dan produk yang berkualiti dengan hadiah yang berharga di seluruh rangkaian kami. Dari wajah pemenang,kami gembira untuk menyatakan bahawa kami mencapai tanda bahawa kami akan terus berusaha ke arah memastikan Caltex akan membantu pelanggan menikmati  perjalanan yang selamat masing-masing, “kata Jeremy Oh, Pengerusi negara, Chevron Malaysia Limited.
Terdapat empat Hadiah Pertama RM40, 000 setiap satu, lapan Hadiah Kedua bernilai RM10, 000, lapan Hadiah Ketiga bernilai RM5, 000 dan 1688 Caltex StarCash kad bernilai RM199, 184 untuk dimenangi. Mereka yang membeli RM40 dan ke atas dalam satu resit di stesen minyak Caltex berpeluang memenanginya.

 

 

 

BlackBerry Porsche Design P’9981 berlapis emas 24 karat

BlackBerry dan Porsche, dua Jenama ternama didunia seakan ingin memuaskan semua peminatnya dengan penghasilan Porsche Design P’9981 BlackBerry tampil istimewa dengan dilapisi emas 24 karat.

*Porsche Design P’9981 BlackBerry ini dijual dengan harga US $ 2.000. Mengeluarkan 2 jenis variasi iaitu emas dan platinum.

 

Porsche, BlackBerry, Porsche Design

 

 

Porsche, BlackBerry, Porsche Design

 

Porsche, BlackBerry, Porsche Design

 

Porsche, BlackBerry, Porsche Design