Membuat keuntungan menggunakan teknik pajak emas

 

Di sini saya ceritakan macam mana untuk membeli satu bar yang bernilai ribuan ringgit dengan modal yang kecil melalui wang pinjaman pendidikan. Katakan satu semester Azreen (nama seorang rakan) mendapat RM3250. Beliau mempunyai modal yang cukup untuk membeli satu bar emas Public Gold 20 g 999.9 yang bernilai RM3080 dengan harga cuma RM924.

RM 3250 – RM3080 = RM 170. Gila! Macam mana nak survive hidup di Shah Alam dengan RM170 untuk empat bulan!? Sabar dulu, dengan teknik pajakan, anda boleh dapat sehingga 70% daripada nilai emas semasa untuk terus menyara hidup anda. Anda perlu ke Ar-Rahnu Agro Bank berdekatan dan pajak emas anda. Lebih kurang 30 minit kemudian, anda mendapat semula wang pajakan anda, RM2156. Jadi, RM2156 + RM170 = RM2,326 tidakkah cukup untuk menampung hidup anda, RM581 sebulan selama empat bulan? Di sini, kalau duit anda habis pun, anda masih mempunyai aset di bank. Pelaburan yang bijak! Selepas tempoh matang pajakan iaitu enam bulan, anda perlu ke Ar Rahnu untuk memperbarahui agreement dengan bank. Jika ada perbezaan harga pada masa tersebut, bank akan membayar anda sehingga 30% kerana kenaikan harga emas ialah 30% setahun! Bank akan terus membayar anda setiap enam bulan sehingga anda terus memperbaharui perjanjian. Berapa yang akan anda dapat jika setiap tahun bank membayar anda RM924 selama empat puluh tahun akan datang?

Anda dapat apa yang saya cuba kongsikan? Kalau kira kira ini besar sangat, anda boleh cuba dengan menggunakan dinar emas yang berharga RM640 sekeping. Cuba buat kira-kira. Kemudian gandakan atau ulangi proses ini dengan menambah jumlah bar emas atau dinar emas anda. Inilah pelaburan yang bijak.

Jelas? Jika sebelum ini duit pinjaman anda dihabiskan tanpa sebarang aset, hari ini saya telah berikan anda satu cara untuk memiliki aset yang tidak akan turun nilainya. Anda masih boleh berbelanja dengan RM2,326 disamping mempunyai aset RM3080 di bank.

 

 

Polis dan wartawan peras ugut pengusaha emas

 

Medan: Dua anggota polis yang bertugas di Polsek Kutalimbaru,Deliserdang, dan empat wartawan ditangkap Unit Jatanras Polda Sumatera Utara. Mereka didakwa telah melakukan pemerasan terhadap pengusaha emas di Medan, Purnamurti.
Pada ketika ini keenam pesalah itu masih menjalani pemeriksaan penyiasatan di Ditreskrimun Polda Sumatera Utara. Pihak polis mengatakan keenam-enam suspek itu ditangkap ketika melakukan peras ugut terhadap seorang pengusaha emas di Pasar sentral.
Polis telah merampas enam beg yang mangandungi barang kemas dan wang tunai berjumlah RP 9juta. Menurut testimoni suspek, sebahagian daripada barang-barang kemas itu telah pun dijual oleh mereka.
Enam suspek iaitu Briptu Ezak Qoiman, Brigadier Syahrizal ahli polis dari Kutalimbaru, sedangkan suspek dari kalangan wartawan ialah Zulmi Aldi, Kiki Budi,Wasis, dan Agam Darmawi. “Semuanya dikenakan hukuman bagi kanun keseksaan 368KUHP akta peras ugut,” kata Murdani.
Daripada keseluruhan hasil siasatan, dinyatakan bahawa, sebenarnya suspek- suspek tersebut telah mengertak pengusaha tersebut dengan menyatakan bahawa barang-barang yang dijualnya semuanya hanyalah palsu,lalu mereka meminta wang sebanyak RP 150 juta dengan itu mereka tidak akan mengkhabarkan hal itu kepada umum. Namun pengusaha itu berasa begitu takut terhadap suspek-suspek itu dan beliau mengatakan bahawa dia hanya mempunyai RP 8juta.
“Kerana tidk berpuas hati dengan jawapannya itu,suspek-suspek itu telah merampas sebahagian besar barang-barang kemas daripada pengusaha tersebut.” jelas Murdani

Boleh ke buat pembiayaan peribadi utk beli emas?

 

hanya ada DUA sebab sahaja anda boleh buat pembiayaan peribadi (terma syariah utk personal loan).
1. Untuk membeli emas
Apabila anda gunakan sepenuhnya duit tersebut untuk membeli emas dan menjalankan teknik trading/jualbeli yg betul anda boleh menjana pulangan sehingga 30% atau lebih setahun. Sebagai contoh sekiranya anda membuat pembiayaan peribadi BSN, dgn rate sekarang anda hanya perlu membayar 11% sahaja dari jumlah pinjaman untuk setahun. Jadi baki yg anda dapat ialah sebanyak 19%! Apa yg lebih menarik harga emas sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Jadi susahlah untuk anda rugi.
2. Untuk menyelesaikan ‘bad debt’ seperti hutang kad kredit
Antara kelemahan orang kita ialah apabila memiliki kad kredit dia menganggap had kredit atau ‘credit limit’ itu ialah wangnya sendiri dan dia boleh berbelanja sesuka hati, hujung bulan hanya perlu bayar minimum. Kalau anda nak tahu inilah antara sebab utama ramai yg muflis akibat hutang kad kredit. Anda akan dikenakan caj harian hinggalah kesemua bayaran tertunggak itu selesai. Kalau ini yg anda amalkan saya berani jamin anda bukan sahaja akan hutang keliling pinggang malah anda boleh tenggelam terus dalam hutang tersebut (muflis)! Di sinilah gunanya pembiayaan peribadi, ia akan membantu membebaskan diri anda dari along hutang kad kredit.
Cuma yg agak menyedihkan, buat masa ini hanya yg bekerja kerajaan sahaja dapat menikmati kelebihan pembiayaan peribadi ini. Kalau anda nak tahu saya pernah jumpa seorang pekerja swasta yg sanggup berhenti dan kerja kerajaan dgn gaji lebih rendah hanya semata-mata mahu membuat personal loan utk beli emas dan berniaga emas! Sekarang dia telah jadi jutawan emas 🙂

 

 

Perak akan lebih bernilai dari Emas?

Perak, adalah sejenis logam yang nilainya paling direndahkan (most undervalued) dalam sejarah tamadun manusia. Emas hari ini tidak dapat di nafikan lebih sukar ditemui dan diperolehi berbanding perak, namun bagaimana pula hari-hari berikutnya?
Secara purata kini, setiap 10 oz perak yang dilombong, hanya 1 oz sahaja emas yg dapat dilombong. Namunpun begitu, kebanyakan Perak yang di lombong akan digunakan dalam pelbagai jenis industri. Sedangkan emas yang dikeluarkan dari bumi, kuantitinya terkumpul dan semakin bertambah secara globalnya.
Melihat kepada pelabur logam berharga (precious metal investor), ramai diantara mereka yang melabur lebih kepada emas berbanding perak.
Melihat kepada dunia moden hari ini, perak akan menjadi lebih sukar ditemui dan secara tidak langsung, akan menjadi semakin berharga dari emas. Pada tahun 1950, terdapat lebih kurang 10 bilion oz stok tersedia perak seluruh dunia. pada tahun 1980, jumlah tersebut telah mengecil kepada  3.5 bilion oz dan pada tahun 2010 dianggarkan stok perak yang tersedia di seluruh dunia hanyalah antara 500 juta ke 700 juta oz.
Jika dilihat dari perspektif lain pula, pada tahun 1950, total stok emas tersedia di seluruh dunia adalah lebih kurang 1 bilion oz, dan hari ini di anggarkan jumlahnya mencecah 7 bilion oz.
Pada tahun 1980 apabila harga perak hampir mencecah USD 50 per oz, populasi dunia adalah 2.5 bililon orang. Keluaran negara kasar (KNK/GND-Gross Domestic Product) secara global adalah lebih kurang USD 10 trilion dan negara China mempunyai ekonomi ke 11 terbesar di dunia.
Dan pada tahun 2010, populasi dunia telah meningkat kepada 7 bilion orang. Keluaran negara kasar secara global pula adalah USD 60 trilion dan negara China telah telah mempunyai ekonomi ke 2 terbesar di dunia.
Jadi populasi dunia sejak 1980 ke 2010 telah naik 176%, keluaran negara kasar secara global meningkat sehingga 500%. Stok emas tersedia dunia pula naik 600% tetapi stok perak tersedia dunia telah berkurang sekurang-kurangnya sejumlah 91%. Dan harga perak juga masih rendah, malah turun 46% dari kenaikan tertingginya pada tahun 1980.
Melihat kepada sejarah, nisbah perak kepada emas yang sepatutnya adalah 15 kepada 1 (15:1).
Namun hari ini apa yang terjadi, nisbah tersebut meningkat kepada 50 kepada 1 (50:1). Ini menunjukkan bertapa perak sebenarnya lebih berharga dari yang sepatutnya. Walaupun kita mengabaikan stok tersedia perak yang ada harini, dan menjadikan nisbah perak kepada emas serendah 10 kepada 1 (10:1), dengan menggunakan harga emas hari ini (2010) yang bernilai USD 1400 untuk setiap oz, harga perak sepatutnya tidak kurang dari USD 104 untuk setiap oz.
Perak kini digunakan dengan sangat meluas dalam pelbagai industri dari sebelum ini, dan adalah maklum yang kuantiti perak hari ini lebih sedikit berbanding kuantiti emas yang tersedia di seluruh dunia. Keperluan dan permintaan perak telah meningkat sehingga 18% untuk tahun lepas sahaja. Dan permintaan ini akan terus meningkat dari hari ke hari.
Perak digunakan dalam pelbagai industri, antaranya kain pembalut luka, bateri, proses pateri,  telefon bimbit, komputer, satelit, senjata berteknologi tinggi, laser, teknologi digital, pakaian, papan litar elektronik, dakwat, panel solar, penapis air, pemprosesan kayu, antena, cip RFID (radio-frequency identification), teknologi tampa wayar, passport dan banyak lagi.
Pada tahun 1990 sehingga 2000 sahaja, hampir 10 bilion oz perak sedia ada habis digunakan. Sedangkan pada tahun 2000, permintaan terhadap perak hanya 35% sahaja, tetapi hari ini telah meningkat ke 54%. Dan melihat kepada perkembangan penggunaan perak, defisit pengeluaran perak hanya akan semakin tinggi.
Negara China sejak 2003 telah mengembangkan teknologi tenaga solar dengan kenaikan sehingga 100% setiap tahun. Pada tahun 2014 dunia akan memerlukan sekurang-kurangnya 130 juta oz perak hanya untuk keperluan 1 tahun dalam menghasilkan solar panel.
Manusia telah menggunakan begitu banyak perak dalam tempoh 50 tahun kebelakang ini, sehingga kali terkahir stok perak tersedia serendah hari ini adalah pada tahun 1300 masihi. Kebanyakan defisit perak yang banyak digunakan hari ini adalah daripada simpanan stok kerajaan. Kerajaan US sahaja telah mengeluarkan 5 bilion oz perak dari simpanannya ke dalam pasaran perak sejak perang dunia ke 2. Dan sehingga tahun 2010, merujuk kepada USGS (United States Geological Survey), stok perak kerajaan US adalah sudah habis.
Pengeluaran dan permintaan defisit ini terus diabaikanoleh pelabur global tahun demi tahun, dekad demi dekad. Jumlah keseluruhan perak yang dilombong pada tahun 2009 adalah sebanyak 710 juta oz sahaja, sedangkan jumlah permintaan perak adalah 889 juta oz pada tahun itu. Jadi defisit pengeluaran adalah sebanyak 179 juta oz untuk memenuhi permintaan pasaran.
Dengan penggunaan perak yang semakin meluas saban hari, dan defisit pengeluaran dan permintaan perak yang berterusan, akan mengakibatkan penggunaan stok perak yang tersedia tampa henti, tampa penambahan stok semula.
FutureMoneyTrends.com telah sebelumnya menganggarkan yang Palladium lebih berharga dari Platinum, menganggarkan yang perak satu hari nanti akan lebih berharga dari emas. Permintaan terhadap perak yang semakin menggila namun pengeluarannya yang tidak pernah cukup, akan menyebabkan stok tersedia di bumi sekarang akan habis pada dekat ini.
Perak, mungkin bakal menjadi pelaburan paling menguntungkan dalam sejarah peradaban manusia. Berapa kerapkah generasi manusia mempunyai peluang untuk melabur dalam sumber asli yang sangat terhad, yang dalam masa terdekat bakal habis.

 

 

 

Harga emas menuju kearah harga yang seimbang

 

Harga emas di pasaran Global dan regional Hong Kong Metal Exchange pagi hari ini, Jumat (18/05) menuju ke titik keseimbangan pada harga US$1.574/ troy ounce atau US$50,60/gram.

Pantauan terhadap dua indeks harga emas Bloomberg (Gold 100 dan HKMEx Gold) menunjukkan harga emas di transaksi elektronik global Gold 100 pada pukul 08.14 WIB bergerak pada level US$1.574/ troy ounce berdasarkan indeks harga emas pagi ini.

Transaksi  di Bursa Hong Kong Metal Exchange dalam indeks HKMEx Bloomberg menunjukkan harga emas menjadi 1.575,1/ troy ounce pada pukul 08.11 pagi ini.

Kedua indeks harga emas itu menuju ke satu titik equilibrium atau keseimbangan US$1.574/troy ounce atau US$50,60/gram.

40 Negara pemilik emas terbesar dunia

 

NEW YORK, KOMPAS.com – Emas masih menjadi salah satu aset terbaik dalam Pelaburan umum suatu negara. Peranannya sangat besar karena memiliki tren harga naik dalam jangka panjang.

Dari awal tahun ini,tidak dinafikan, harga pasaran emas merundum,daripada dari tempat yang atas sehingga turun ke mawah paras. Tetapi hal itu tidak mempengaruhi sesebuah negara untuk mengubah portfolio cadangan dalam bentuk emas.

Per Mei 2012, World Gold Council mencatat, dari awal tahun ini sebagian besar negara di dunia mempertahankan posisi dalam pemilikan emas. Dipegang oleh bank sentral.
Contohnya, (dari periode tersebut) komposisi cadangan emas terhadap total devisa AS turun dari 76,9 persen menjadi 75,9 persen. Kemudian Jerman dan dari 74 persen ke 72,8 persen.  Sedangkan China dengan cadangan devisa terbesar di dunia yakni 3,18 triliun persen pada akhir 2011, porsisi emas pada data Mei 2012 ini hanya 1,7 persen dari total cadangan devisanya.

Berdasarkan data pada Mei 2012 ini, AS masih menjadi negara/lembaga yang mempunyai emas terbesar di dunia sebagai cadangan devisa yakni mencapai 8.133,5 ton emas. Posisi kedua adalah Jerman dengan 3.396,3 ton, serta IMF di posisi ketiga dengan 2.814 ton.

Bagaimana dengan Indonesia? Sebagai salah satu negara yang mempunyai deposit emas terbesar di dunia, Indonesia hanya berada di urutan 39. Bank Indonesia   memiliki 73,1 ton emas atau 3,5 persen dari cadangan devisa sampai akhir April 2012 mencapai 116,4 miliar dollar AS.

Berikut adalah senarai 40 negara/lembaga yang memiliki emas sebagai cadangan devisa:

NO  NEGARA         KUANTITI

1.Amerika Serikat8,133,575,9%
2.Jerman3,396,372,8%
3.IMF2,814,01)
4.Italia2,451,872,6%
5.Perancis2,435,472,6%
6.China1,054,11,7%
7.Swiss1,040,117,5%
8.Rusia895,79,3%
9.Jepang765,23,2%
10.Belanda612,560,9%
11.India557,710,0%
12.ECB502,133,8%
13.Taiwan422,45,7%
14.Portugal382,590,9%
15.Venezuela365,868,5%
16.Saudi Arabia322,93,0%
17.Inggris310,316,7%
18.Lebanon286,831,2%
19.Spanyol281,631,3%
20.Austria280,056,6%
21.Belgium227,539,8%
22..Turki209,612,2%
23.Philipina195,413,6%
24.Algeria173,64,8%
25.Thailand152,44,5%
26.Libya143,87,1%
27.Singapura127,42,8%
28.Swedia125,713,0%
29.Afrika Selatan125,013,2%
30.Meksiko122,64,2%
31.BIS119,0 
32.Yunani111,782,2%
33.Rumania103,710,7%
34.Polandia102,95,5%
35.Kazakhstan96,215,9%
36.Australia79,98,2%
37.Kuwait79,013,4%
38.Mesir75,623,5%
39.Indonesia73,13,5%
40 .    Denmark66,5         4,0%

 

 

 

 

 

 

Durian runtuh bagi penyimpan emas fizikal.

Jika anda perhatikan, harga Emas sekarang ini sekejap turun, sekejap naik…bila dah naik dia turun pulak..apa yang sy boleh katakana harga emas sekarang tidak menentu..Kenapa ia berlaku??
 
Apa yang berlaku di “a”??
Pada tahun 2008 telah berlaku krisis Sub Prima di Amerika
Apa yang berlaku di “b”??
Pada tahun 2011 hingga sekarang telah berlaku krisis kewangan yang teruk di Zon.
Apa yang anda dapat lihat dari graf??
-Anda semua tgk corak graf sekarang, graf berkenaan sedang membentuk corak  yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008.
-Corak/Pattern ini dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu “Continuation Pattern”, dan kebiasaannya harga akan gagal kira2 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira2 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.

-Sekiranya percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 terus gagal, maka biasanya harga akan naik semula dan melepasi garisan merah condong diatasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.

-biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.

-Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk.

Kesimpulannya dari graf :

1. Jika anda telah membuat belian sebelum ini lebih mahal dari harga sekarang, harap anda bertenang dan perhatikan sahaja pergerakan harga yang seterusnya. Sambil tu, sampaikanlah informasi berguna ini kepada rakan2 yang lain agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama.

2. Langkah yang terbaik ialah TAMBAH STOCK…bukannya JUAL STOCK…Sebabnya ramai yang  “PANIK” bila harga emas rendah…hehehehe..utk pengetahuan anda, harga emas sememangnya dari dulu  “NAIK dan TURUN”…Cuma kita ja tak di dedahkan..

3.Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 – 2010.

Emas mula naik secara perlahan

 

 

Emas akhirnya menguat pada Kamis (17/5) selepas beberapa bulan sebelumnya nilai emas sangat lemah kerana situasi di zon Euro.

Emas untuk penghantaran Jun menguat pada harga US $ 38,30, atau 2.5%,menjadi US $ 1.574,90 per ons di Comex, berita daripada New York Mercantile Exchange.

Saat ini sebahagian besar pelabur masih cemas dengan keadaan di Greece namun dengan keputusan umum tentang pilihan raya semula akan memutuskan sama ada Greece akan masih berada dalam atau keluar dari zon Euro.

Selain itu, tekanan terhadap emas dan logam lain mulai berkurang setelah nilai dolar sedikit lemah.

Indeks dolar lemah menjadi 81,335, dari 81,359 pada akhir perdagangan di Amerika Utara, Rabu (16/5).

Penguatan juga diikuti sejumlah logam yang lain, seperti perak yang naik 82 sen, atau 3%, menjadi US $ 28,02 per ons.

Platinum dan palladium juga menguat, dengan platinum naik US $21,20, atau 1.5%, menjadi US $ 1.453,40 per ons. Palladium naikUS $ 11,75, atau 2%, menjadi US $ 605,85 per ons.

Analisis Fundamental PE 17 Mei 2012: harga bakal meningkat selepas jam 8.00 malam.

Pergerakan harga emas pada awal pagi sangat menggembirakan kita. Terdapat perubahan kecil pada harga apabila paras harga halangan yang dilakarkan seawal jam 6.00am pada USD1544 dilepasi juga pada paras USD1553.

 

Paras berkenaan bukan perkara yang menarik untuk PE ikuti. PE lebih suka menggambarkan harga berkenaan sebagai harga joker (harga dimain-mainkan oleh psikologi pelabur kerana sukar mendapat kenaikan harga berterusan) yang naik seketika kemudian menyusut berjam-jam.

Kenaikan harga awal pagi inipun disebabkan oleh perkembangan positif KDNK Jepun meningkat  sebanyak 4.1% untuk suku tahunan Q1 2012.

Persoalannya sejauh mana harga emas kekal bertahan antara USD1448 hingga USD1552 pada malam ini?

Jom buat penilaian laporan-laporan data yang sedang dan bakal berlaku pada hari ini.

1. Perkembangan mesyuarat FED pada hari semalam tiada rahsia diterima oleh pelabur berkenaan perbincangan kewajaran pengubahan polisi moniteri QE yang baru untuk menjamin ekonomi US kekal stabil.

2. Pengumuman pilihan raya umum Greek yang baru telah ditetapkan pada 17 Jun 2012. Keadaan ini secara keseluruhan akan menjejaskan pasaran komoditi di rantau Eropah disebabkan nilai Euro bakal terganggu memberi peluang kenaikan nilai dolar.

3. Sementara itu, ECB ketika ini sedang membekukan sementara bantuan kewangan kepada bank-bank di Greek atas ura-ura Greek mahu melompat keluar dari Blok EURO dan  sehingga Greek dapat membentuk kerajaan yang baru.

Dalam menghampiri tarikh berkenaan berbagai peristiwa pro dan kontra ke atas pasaran zon Eropah bakal berlaku. Antaranya kemungkinan penurunan rating ekonomi di Greek.

Laporan di atas menjelaskan harga emas di zon Eropah tika ini.

 

4.Update AS Tuntutan Penganggur: dalam laporan sebelumnya tuntutan pengangguran susut kepada 367,000; berita mingguan yang datang boleh memberi kesan kepada hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) dan seterusnya bulion;

5. Philly Fed Manufacturing Index: Dalam tinjauan April yang lepas, kadar pertumbuhan sederhana merosot daripada 12,5 Mac 8,5pada April 2012. Jika trend berterusan indeks ini boleh menjejaskan bukan sahaja Dolar AS tetapi juga harga emas (Kajian PhillyFed baru-baru ini);

6. Sepanyol -10 Tahun Bon Lelongan: Sepanyol akan mengeluarkan lelongan bon; berikutan kelembapan ekonomi yang berlarutan, Sepanyol menghadapi  perspektif ekonomi,penjualan bon ini mungkin isyarat keyakinan peniaga dalam ekonomi Sepanyol dan seterusnya boleh menjejaskan Pasaran Euro;

 

 

Hot dog yang diselaputi serbuk emas.

TheONEdog, the world's most expensive hot dog, by "Hot Dog Mike" Juiliano, sold for $1,501 on May 11 in Little Rock.
Pada harga $ 1.501, TheONEdog, Peniaga “Hot Dog Mike” Little Rock, Juiliano, berkata , ia adalah hidangan Hot Dog baru yang paling mahal di dunia.Bahan-bahannya: premium suku paun semua bahagian daging lembu,lobster, kunyit aioli(Safron), dan “debu emas” pada bun roti kentangnya.

Empat TheOnedogs yang dijual pada 11 Mei, mendapat Rekod Akademi Dunia. (Hasil jualannya pada hari itu diberikan kepada pertubuhan amal.)

Juiliano-berusia 41 tahun yang meninggalkan industri hospitaliti untuk berniaga Hot dog dua tahun lalu menyediakan Hot dog dengan habuk emas hanyalah untuk suka suka sahaja, tetapi beliau mengatakan bahawa bahan yang paling mahal dalam hidangan ini adalah sebenarnya kunyit(Safron).

“Harga Kunyit(Safron) ialah kira-kira AS $ 561 seaun.  manakala 1 gram serbuk emas berharga $ 135,” kata beliau.

Habuk Emas “hanya terlekat dalam gigi anda,atau  di mana-mana mulut anda,” kata Juiliano. “Ia seperti perhiasannya denda. Saya hanya memikirkan ia mungkin menarik minat orang ramai. Tetapi ia tidak akan berada dalam mulut anda untuk jangka masa yang lama. Dan habuk emas itu juga  tidak rasa seperti apa-apa. ”

Beliau menderma baki $ 6,000 kepada badan kebajikan kerana baginya penjualan Hot dog ini bukannya untuk mengaut keuntungan baginya.