Perhiasan emas kuno ditemui di Israel

Headline

Inilah.com , Tel aviv, anting emas ini merupakan daripada koleksi perhiasan kuno yang ditemui oleh ahli Arkeologi di utara Israel. Ada juga yang memberi pendapat bahawa koleksi ini sebernarnya berasal daripada Mesir.

Koleksi perhiasan emas dan perak ini tersembunyi di dalah sebuah lubang di Jezreel Valley. Perhiasan ini dikatakan berasal dari 1,100 sebelum masihi. Setelah diteliti,ahli arkeologi mengesahkan bahawa sebahagian dari koleksi perhiasan tersebut sememangnya berasal dari Mesir.

Eran Arie daripada Tel Aviv University mengatakan, bahawa beberapa bahan dan cara penyembunyian koleksi perhiasan tersebut sama seperti yang dilakukan di Mesir.

Para penyelidik berpendapat,tempat penyembunyian perhiasan itu bukanlah tempat penyimpanan perhiasan yang biasa. “Jelas sekali, mereka yang menyembunyikan koleksi perhiasan tersebut kerana beberapa alasan, salah satunya seperti mereka menyembunyikannya bukan untuk dijumpai oleh sesiapa.Seperti sebuah tempat yang sangat rahsia,” kata David Ussishkin,juga daripada Tel Aviv University.

 

Ke arah mana tren harga emas?

 

Harga emas dipercaya meningkat pada minggu ini. Tapi sejauh mana harga akan bergerak tinggi setelah jatuh AGAK BESAR beberapa bulan lalu?

BULLISH atau BEARISH?

 

Emas dipercayai akan bullish bagi jangka panjang dan sideways untuk jangka pendek! rujuk rajah di bawah:
Mengikut Paul Hare, Timbalan Presiden Linn Group – Chicago, telah meletak USD$1,668-1,670/oz sebagai resistant harga. Menurut beliau lagi, sekiranya harga dapat melepasiUSD$1,670/oz harga akan cecah paras USD$1,800/oz.
Harap info ringkas ini dapat membantu semua pelabur dan juga bakal pelabur emas.

Kemewahan perkahwinan Mark zuckerberg dihiasi dengan emas dan belian

rubyringengagementengagedmarry Facebook CEO Mark Zuckerberg married girlfriend Priscilla Chan

 

Kos persalinan perkahwinan bilionair Facebook, Mark Zuckerberg, 28 tahun, dilaporkan bernilai RM7.2 juta!!
Ia belum lagi kos sewaan dewan bagi majlis persandingan Mark Zuckerberg dengan gadis pilihannya, Priscilla Chan yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit!!
Priscilla Chan dikatakan mengenakan set persalinan yang ditaja selepas Mark Zuckerberg meletakkan status di facebook – “Mencari Sponsor” dan berpusu-pusulah penaja mahu menumpang kasih akan kegemilangan meminjamkan produk mereka dengan syarat ia dipulangkan selepas majlis mereka.
Gaun yang dipinjamkan bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta!
Mark Zuckerberg ketika datang ke pejabat sebuah akhbar tempatan bagi menghantar kad jemputan berkata:
“Saya harap semua wartawan dapat sama-sama meraikan hari bahagia saya ini kerana taknak ada kolum penulis hiburan cerca saya sebab lupa nak jemput dia,” katanya dalam nada riang.
Ketika majlis pertunangan Zuckerberg yang dikatakan bernilai RM5juta sebelum ini, dia terlupa untuk menjemput wartawan hiburan lantas ia menjadi bahan cercaan mengatakan Mark Zuckerberg lupa daratan, tak sekolah, budak tak sunat, muka tak mandi pagi dan pelbagai lagi walaupun dia mendakwa – dia bukan tak mahu jemput, tetapi majlis pertunangannya dibuat masa cuti Raya.
“Saya tak mahu ganggu cuti raya wartawan hiburan, takut kalau saya jemput, saya kena cerca jugak,” katanya dalam nada sedikit sayu.
Apabila tidak dijemput, wartawan hiburan turut membalas dendam dengan menulis dalam kolum mereka, majlis pertunangan Mark Zuckerberg hambar, takde class, solekan teruk, cincin murah, walhal lelaki bilionair itu melantik juruperunding perkahwinan paling vass dan terkenal bagi mengendalikan majlis pertunangan itu agar tampak hebat dan menakjubkan mengalahkan majlis perkahwinan.
Zuckerberg sememangnya mahu sentiasa setanding dengan artis-artis lain dengan membelanjakan wang begitu banyak untuk majlis pertunangan dan ia dikatakan turut diserikan dengan pertunjukan bunga api, sculptured balloons dan persembahan magis.
Berbalik kepada majlis perkahwinan Mark Zuckerberg, ia bukan lagi majlis perkahwinan sebenarnya tetapi bagai satu acara kerana pihak media terpaksa memetik statement dari ‘penganjur’ dan bukan mak pengantin yang lazimnya dilakukan sebelum ini.
Menurut penganjur, cita-cita mereka adalah untuk mengadakan Wedding of The Year maka rumah Mark Zuckerberg di Palo Alto, California dibalut sampai bumbung dengan hiasan bunga hidup, manakala Priscilla mengenakan pakaian berikut:

Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan satu kedai emas di Pontian, ketika majlis persandingan.
  1. Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
  2. Dua pasang kasut rekaan khas kedai kasut Pertama Complex bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

 

 Mark Zuckerberg ketika ditanya bagaimanapun enggan menyatakan sama ada dia turut menjemput chef terkenal kerana menurut sumber, dia khuatir Chef terbabit akan menghantar twitter “majlis menelan belanja RM12 juta tapi pengantin sebagai peragawan dan peragawati jek.”

Tetapi sumber-sumber penganjur mendakwa Mark Zuckerberg sudahpun mengatur untuk menghantar berkat kepada Chef berkenaan sebagaimana budaya orang kahwin. Dalca lebih dikatakan turut diberi.

Dengar khabarnya juga, sebuah Muzium turut berminat untuk mempamerkan pakaian isteri Zuckerberg bagi menarik perhatian pengunjung yang semakin kurang datang ke muzium kerana pengaruh Facebook.
Sumber turut menambah, Priscilla dikatakan menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta.
Bagaimanapun, media agak kecewa kerana Priscilla tidak mengenakan gaun perkahwinan yang menampakkan belahan buah dada dan bergambar tunduk untuk dikongsi bersama peminat.
Oh, Priscilla turut dikatakan menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper biarpun mengharapkan Zuckerberg membelikan dia sebuah kereta Audi TT.
Sebaik foto perkahwinan Priscilla dan Mark Zuckerberg disiarkan di internet, ramai mendakwa itu bukan Mark Zuckerberg tetapi Aidid Marcello yang bertugas di TV3.
Syella, eh Priscilla menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.
Priscilla Chan mengadakan majlis perkahwinan tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Lagipun dia masih kecil hati kerana ada media menuduh Mark Zuckerberg tak sunat.
Namun, dengar khabar, sebuah televisyen satelit sedang memujuk kedua mereka untuk membenarkan siaran live diadakan termasuk melakonkan semula saat melamar di atas pentas di mana ribuan penonton akan diwajibkan menepuk gemuruh biarpun dah tahu, mereka sudah berkahwin.
Skrip sudah disiapkan awal lagi termasuk adegan Priscilla Chan menangis teresak esak di mana ia pastu menyentuh hati penonton dan menerima komen ‘alololo suwitnyaaaaaaa’ dan ia mampu meningkatkan rating televisyen satelit itu.
Selepas bercinta 9 tahun, mereka berkahwin dan ia dikatakan akan disiarkan secara langsung dalam rancangan khas Kahwin Sudah.. Klik Like Zuckerberg dan Chan.
Oh, kad jemputan mereka juga unik, menggunakan interface Friendster dan bukannya Facebook.
Dengar khabar, mereka juga akan dijemput sebagai peserta Mania.
Malangnya, kami tak dapat datang untuk buat liputan kerana Mark Zuckerberg bukan di Malaysia.

 

 

Emas dan perak sebenarnya adalah matawang

 

emas dan perak adalah sebenarnya matawang sama seperti RM, USD, AUD dan lain-lain. Cumanya matawang emas (dinar) dan perak (dirham) tidak lagi digunakan sekarang. Oleh sebab itu hukumnya harus membeli, menjual dan mengambil keuntungan dari kenaikan harga emas dan perak!
Cuba perhatikan gambar di bawah, pasti anda juga bersetuju dengan kenyataan tersebut. Apa yang menarik lagi, walaupun emas dan perak sudah tidak digunakan sekarang kedua-dua logam ini amat stabil untuk tujuan jualbeli dan pelaburan.

Minyak wangi mewah dihiasi emas

 

DKNY Golden Delicious Fragrance – Minyak Wangi Pertama Di Dunia Bernilai Sejuta Dolar

what the???   

DKNY telah bekerjasama dengan pakar barang kemas, Martin Katz untuk menghasilkan botol minyak wangi pertama didunia yang bernilai sejuta dolar dan diberi nama DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance Bottle. Botol minyak wangi tersebut telah diukir dari emas kuning dan putih 14 karat dan mempunyai 2,909 permata yang diambil dari seluruh dunia, ia juga mempunyai 1.65 karat Turqouise Paraiba Tourmaline dari Brazil, Oval Cabochon sejenis nilam seberat 7.18 dari Sri Lanka. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan 15 rantaian berlian berwarna merah jambu seberat  1.28 karat dari Australia, 4 rantaian berlian berbentuk bunga mawar seberat 0.32 karat3.07 karat delima berpotongan bujur dan 4.03 karat Berlian berbentuk buah pear.
Kesemua permata, berlian dan emas ini diletakkan sendiri oleh Martin Katz. Permata-permata ini telah dibentuk bersempena mercu tanda bangunan di Amerika yang mana ianya sangat sinonim dengan lambang DKNY sendiri. Botol ini akan dipertunjukkan ke seluruh dunia dan akan dijual hanya atas niat yang baik.  Walaupun disangka ianya hanya suatu pembaziran, mereka tetap pandai menutup mata kita semua dengan menyalurkan sebahagian dari hasil penjualan botol itu ke  pusat-pusat kebajikan diseluruh dunia. Well, sekurang-kurangnya ada jugak mereka-mereka yang kesesusahan dapat hasil daripadanya. Wlaubagaimanapun, bakal pembelinya sudah tentu seorang yang jutawan dan banyak duit lebihan yang tidak terpakai.

Adakah harga emas akan kembali ke USD 1100 ?

 

Adakah Harga Emas Akan Kembali ke USD 1100 ?
Berita dari Bloomberg (Date 21st May 2012)
Banyak spekulasi-spekulasi yang dikeluarkan dengan kejatuhan harga emas pada tahun ini yang mencatat 17%.
Adakah betul emas sedang mengalami zaman kejatuhan dan akan harga nya akan mencecah USD1100 per ounce.

Kalau anda yakin ekonomi US akan pulih maka kemungkinan besar emas boleh jatuh pada USD1100. maka jualah emas yang anda ada sekarang supaya tidak mengalami kerugian yang besar.

Tapi sebelum anda jual cuba lihat dulu hutang US dalam gambar dibawah

 

Hutang US pada masa kini telah mencecah USD15.7Trillion (22thMay 2012) , pada tahun 2000, hutang US hanyalah sekitar 5.7Trillion Dollar. sumber http://www.usdebtclock.org/

Kalau dengan hutang US yang bertambah dan banyak, emas tetap menjadi pilihan sebagai “WEALTH PROTECTOR” jadi simpanlah emas untuk mengelakkan kekayaan anda susut sepertimana susutnya nilai duit kertas.

 

Usd buntu harga emas semakin kukuh

 

Setelah hampir 8 bulan harga emas buble. Naik turun tidak menentu. Kita dapat membaca trend emas. Sangat beruntung kepada yang suka mengkaji trend graf emas kerana ia dapat membuat keuntungan melalui naik dan turun emas.

Berapa maklumat cara untuk membaca trend graf harga emas…

1- kita perlu melihat garis support dan resistant pada graf.

2- biasanya apabila cubaan untuk melepasi garis SUPPORT dan RESISTANT,harga emas akan naik dan turun dengan cepat.

3- pada garis SUPPORT dan RESISTANT inilah peluang terbaik untuk MEMBELI dan MENJUAL emas anda.

Keadaan yang berlaku sekarang harga emas telah TIGA KALI cuba melepasi garis support tetapi GAGAL. Ini bermakna harga emas akan naik laju selepas ini. Situasi ini berlaku disebabkan USD yang tidak mampu lagi menyaingi PERMINTAAN emas dunia. USD juga mengalami kejatuhan disebabkan persaingan dengan ekonomi negara CHINA dan keaadan EKONOMI negara EROPAH yang TIDAK MENENTU. Setelah KEJATUHAN EKONOMI negara GREECE, SEPANYOL pula menunjukkan keadaan EKONOMI yang MERUDUM.

NASIHAT SAYA; BELILAH EMAS SEKARANG. KETIKA HARGA MASIH RENDAH SEBELUM HARGA MELAMBUNG TINGGI. Dalam masa SEHARI harga EMAS menunjukkan KENAIKAN HAMPIR 70USD/0z.

 

 

 

Emas itulah hartamu yang sebenarnya!

(Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu beritahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!)

Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.

Dan hal ini mungkin juga hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas, perak itu untuk menindas orang miskin, membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.

Manakala, bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka. Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini, tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.

Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.

Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.

Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!

Bezanya, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu.

Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran tadi.

 

Apabila emas sedang naik, Dolar tertekan.

Harga emas melonjak hari ini (21/05) di perdagangan Asia yang mulai tampak bersemangat. Namun kenaikan harga emas masih terhad oleh laporan yang menyatakan bahawa The Fed tidak akan melakukan pengenduran dalam polisi.

Di bahagian Comex New York Mercantile Exchange, emas yang dijangka untuk penghantaran Jun naik 0,16 peratus menjadi1.594,45 dolar per ounce. sepanjang sesi ini, pasaran terendahnya berada di 1.590,25 dolar per ounce dan kitaran tertingginya di 1.597,35 dolar per ounce.Minggu lalu, The Fed mengeluarkan kenyataan bahawa The Fed memutuskan hanya akan memberikan dana rangsangan jika perkembangan ekonomi AS menunjukkan tanda-tanda lemah.

Dengan adanya pengenduran dalam polisi tersebut membuat harga emas naik dan dolar lemah. Komen dari The Fed tersebut membuat emas kembali melonjak setelah lemah beberapa minggu terakhir diAsia.

Masih di bahagian Comex, perak yang dijangka untuk penghantaranJulai turun 0,45 peratus menjadi 28,587 dolar per ounce. Mnakala Tembaga yang dijangka untuk penghantaran Julai naik 1,21 peratus menjadi3,485 dolar per pon.