Tahukah Anda Bahawa Ar Rahnu Adalah Perniagaan?

Emas telah terbukti sebagai penyimpan nilai tunai serta memberi keuntungan kepada pemilik dari segi kenaikan harga.

Emas juga tergolong dalam portfolio pelaburan dan bukan sekadar simpanan semata-mata.

Sebagai syarikat emas jongkong bertaraf antarabangsa, Serambi Emas memiliki kriteria yang dapat memaksimumkan keuntungan pembeli melalui sistem Ar Rahnu yang diiktiraf kerajaan.

Pelan Tunai Plus Pembiayaan Islamic

  • Serambi Emas menawarkan kepelbagaian dalam emas jongkong di mana ia diterima di pasaran bullion Malaysia.
  • Dihasilkan oleh pengeluar yang memiliki reputasi dalam penghasilan emas jongkong 999.9. Terdapat dalam pelbagai saiz untuk memenuhi kemampuan setiap pelanggan.
  • Serambi Emas menjual kepada anda melalui sistem Ar-Rahnu.
  • Harga bayar 35% daripada nilai emas dan bakinya 65% akan dibiayai oleh Ar-Rahnu.
  • Anda bayar secara ansuran kepada Ar-Rahnu sehingga selesai. Ianya akan menjadi hak milik mutlak anda.

Contoh

  • 100gm Emas nilai pasaran RM20,000 Ar-Rahnu Malaysia.
  • Pembeli hanya menyediakan RM7,000 (35%)
  • Bakinya dibayar melalui sistem Ar-Rahnu RM13,000 (65%)
  • Jumlah bayaran RM7,000 + RM13,000 = RM20,000

Rajah Pelan
pelan_01pelan_02pelan_03

Promosi

Kelebihan membeli emas dengan Serambi Emas:

  1. Pembeli hanya menyediakan 30% tunai dari harga semasa emas.
  2. Wakil Serambi Emas menyediakan emas dan membawa pelanggan ke Ar-Rahnu (sekiranya membeli dengan pihak lain anda perlu membayar jumlah penuh dahulu).
  3. Di Ar-Rahnu, emas tersebut disimpan dan dengan menggunakan tunai dari Ar-Rahnu, anda menyelesaikan baki hutang 70% lagi dengan Serambi Emas.
  4. Ini akan menjana pendapatan dan membantu pelanggan membayar semula upah simpan dan ansuran kepada Ar-Rahnu.

350 Kg Emas Ada di Body Motor Ini

Jika dilihat, sekilas motor ini terlihat seperti berkarat. Jangan salah lihat, motor itu merupakan motor modifikasi yang memiliki 350 kg emas di bodinya! Motor pun diprediksi bakal menjadi motor termahal di dunia.

Motor yang dimodifikasi oleh modifikator asal Turki Tarhan Telli dari TT Customs yang sudah terkenal di Ankara menggunakan mesin 1.801 cc v-twin yang menghasilkan tenaga 125 daya kuda. Motor memiliki transmisi 6-speed dan pastinya akan dikendarai oleh miliuner saja.

Motor emas itu memiliki tema desain mitologi Medusa, dengan kepala patung besar di bagian tangki dan desain ular pada bagian frame dan spakbor belakang.

Telli bekerja lebih dari satu tahun untuk memodifikasi motor seperti ini. Bahkan karya Telli pun tengah menunggu untuk dicatatkan dalam Guinness Book Records.

Telli seperti dilansir autoevolution pastinya akan mengalahkan rekor motor Chicara Nagata yang dijual seharga US$ 410.000. Wah kira-kira berapa harga motor modifikasi ini ya Otolovers? Ada yang boleh meneka?

Mengenal Emas & Perak Begitu Mengujakan

Saya juga menganggapnya sebagai satu amanah. Iaitu amanah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa wang kertas yang ada dalam poket mereka (dan saya) adalah suatu yang diberi nilai oleh pihak berwajib. Jika tidak, ia hanya sekeping kertas.

Andai kata berlaku huru-hara dalam sesebuah masyarakat atau negara, seperti berlakunya hyperinflasi, wang kertas sudah kembali kepada nilai asalnya. Iaitu sekitar RM0.03 sen sahaja. Berbeza dengan emas dan perak. Nilai intrinsiknya menjadikan ia sebagai logam yang ‘pelik’, kerana tetap disukai oleh manusia walau dalam keadaan ekonomi yang huru-hara.

1. HARGA EMAS dan PERAK JATUH?

Ya. Sejak bulan lepas, harga dua logam ini jatuh mendadak. Kesan kejatuhan ini hanya akan menimbulkan kekhuatiran kepada sesiapa yang belum kenal benar logam-logam ‘pelik’ ini. Ditambah pula, dalam lanskap ekonomi masa kini, emas kelihatan ‘berharga’ dan ‘tidak berharga’ apabila ditag kan dengan harga-harga tertentu. Sedangkan, dalam dunia logam berharga ini, emas adalah emas. Perak juga adalah perak.

Bezanya di sini adalah, harga-harga yang ditag kan ke atas logam berharga ini hanyalah sebagai ‘batu loncatan’ untuk memilikinya pada ‘harga’ yang murah.

Gorge Soros pula menyarankan supaya pemilik emas melepaskan logam tersebut kerana mendakwa ia bukan lagi satu portfolio yang menarik. Saranan ini, pada pandangan saya, hanya untuk mereka yang menyandarkan emas pada wang fiat yang tidak bernilai. Ia adalah nilai jadi-jadian.

2. TUKAR CARA BERFIKIR.

Ya. Tukar cara berfikir dan miliki Emas atau Perak. Jadikan ia sebagai medium penyimpanan nilai anda untuk masa depan. Kenali dua jenis logam berharga dan pelik ini.

Sesiapa yang memegang emas atau perak, tidak perlu risau dengan kejatuhan harga atau ‘belum balik modal’. Anda sebenarnya tidak rugi sedikit pun kerana anda memiliki suatu yang amat bernilai. Nilainya tidak ditentukan oleh naik atau turunnya nilai matawang US (US$).

3. BELI EMAS SEMPENA ‘KEJATUHAN’ HARGA.

Saya tidak mampu untuk membelinya kali ini. Mungkin sedikit rugi, tetapi tidak mengapa. Saya akan beli pada dalam masa seminggu lagi. Saya akan membeli untuk kitaran pendapatan – perbelanjaan bagi bulan hadapan.

: almahbubahjewellery.blogspot.com

Pelabur Malaysia Optimis Capai Sasaran Kewangan

KUALA LUMPUR 25 April – Kajian Sentimen Pelabur Global Franklin Templeton mendapati pelabur Malaysia agak positif tentang pelaburan tempatan, dengan 86 peratus menyatakan keyakinan mencapai sasaran kewangan mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Franklin Templeton berkata, berdasarkan kajian global tahunan yang dijalankan awal tahun ini, pelabur Malaysia menjangka kadar pulangan pelaburan pada 11.5 peratus pada 2013, satu peningkatan daripada jangkaan 2012 iaitu 8.5 peratus.

“Pelabur Malaysia yakin mendapat kadar pulangan yang lebih tinggi sepanjang 10 tahun akan datang pada anggaran 19.5 peratus,” tambahnya.

Ketua Negara Malaysia Franklin Templeton Investments, Sandeep Singh berkata, keyakinan pelabur Malaysia sejajar dengan sentimen pelabur serantau.

“Kami percaya jangkaan positif pelabur Asia adalah kerana beberapa ekonomi Asia menunjukkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan jangka panjang yang kukuh,” katanya.

Sandeep Singh berkata, kajian tahun ini juga menunjukkan kesedaran yang kukuh di kalangan pelabur Malaysia mengenai penerokaan pelbagai peluang pendapatan tetap dan menjangka fenomena ini akan berterusan.

Sementara itu, kajian itu mendapati lebih 50 peratus responden beranggapan unit amanah mematuhi syariah akan mengatasi prestasi dana amanah konvensional.

“Bagi yang memilih dana mematuhi syariah, 17 peratus menyebut pelaburan beretika sebagai sebab pemilihan mereka, sementara 15 peratus memilih instrumen syariah kerana kategori itu dianggap rendah pendedahan risiko,” kata Sandeep.

Tiga kelas aset terpilih utama oleh pelabur Malaysia dari segi jangkaan keuntungan pada 2013 dan sepanjang 10 tahun akan datang adalah harta, logam berharga (emas/perak) dan saham. — BERNAMA

Cerita Cincin Tunang

Hari ini mencatatkan penurunan harga emas bagi pasaran dunia. Harga emas jatuh dengan merudum sekali dan ini telah mencetuskan panik di seluruh kedai emas. Kedai-kedai emas diserbu seperti jualan mewah. Saya yang kehairanan terus bertanya kepada makcik yang singgah di kedai emas. Makcik ini menceritakan bahawa pada masa sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas kerana harga emas akan meningkat pada musim perayaan nanti.

Melihat kepada keadaan ini, saya teringat bahawa saya menrancang untuk bertunang pada hujung tahun ini. Pada masa emas murah inilah peluang saya untuk membeli emas untuk diberikan pada tunang saya. Saya telah membuat keputusan untuk membeli dan mengambil wang di Maybank yang terletak bersebelahan kedai emas ini.

Setelah mengambil wang saya terus ke kedai2 emas dan bertanyakan harga untuk cincin tunang. Kedai yang pertama saya masuki cuma mempunyai pilihan yang sedikit sahaja. Harga emas adalah RM 140 segram dan saya mengambil satu cincin seberat 1 gram yang agak cantik. Setelah diambil kira kos upah maka harganya adalah rm 230. Saya tidak membelinya lagi kerana ingin membandingkan dengan kedai-kedai emas yang lain.

Kemudian saya memasuki satu lagi kedai emas, kedai ini mempunyai pelangkan yang agak ramai. Saya berasa bosan untuk menunggu kerana orang perempuan memang agak lama bila bertanya dan masih tidak membuat keputusan setelah sekian lama. Saya kemudian pergi mencari kedai yang lain pula.

Nampaknya misi saya dalam mencari emas adalah agak mencabar dan pelik. Ini merupakan pengalaman kali pertama saya dalam mencari emas di kedai-kedai emas dan ianya agak menarik. Bermacam jenis emas telah saya temui.

Akhirnya saya telah menemui sebuah kedai emas yang simple sahaja. Kedai ini agak biasa namun makcik penjualnya agak peramah. Beliau bertanya kepada saya saiz cincin bakal tunang saya dan saya telah memberi sebentuk cincin jed untuk diukur. Rupanya saiz dia adalah 10. Makcik ini telah mengeluarkan beberapa cincin rotan yang bersaiz 10. Saya agak teruja kerana pilihan yang pelbagai. Akhirnya saya telah memilih satu yang simple sahaja. Harganya adalah rm 160. Agak murah dan berpatutan sekali.

Saya ingin membeli satu lagi cincin untuk majlis bertunang namun saya merasakan untuk cincin ini saya perlu membeli bersama dengan beliau. Saya akhirnya membuat keputusan menggunakan teknik pelaburan. Saya telah membeli 10 Dinar emas pada masa harga emas tengah murah ini. Dinar ini akan saya jual apabila harga emas meningkat dan keuntungan ini akan membantu saya untuk membeli cincin yang seterusnya nanti. Akhirnya saya memahami bahawa untuk senang kita perlu berfikir secara bijak dan pandai menggunakan peluang pelaburan yang datang. Harga emas yang jatuh merupakan peluang kepda kita untuk melabur dalam emas.

: toyip-wang.blogspot.com

Rahsia “EMAS” Beli dan Untung

Rahsia pelaburan emas :
Beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah atau percuma dan untung

Ramai yang tidak sedar kita boleh membeli sesuatu yang mahal dengan harga murah atau dapat percuma dengan cara memanipulasikan emas.

Sebenarnya kita mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas di bank dunia. Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil “Fiat Money”. Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya ianya bernama dinar seperti wang dinar iraq.

Oleh itu, kita juga dapat menambah nilai wang kita dengan menggunakan teknik yang sama seperti bank dunia diatas iaitu dengan menyandarkan pada emas. Maksubnya kita membeli emas, mengadaikan emas tersebut dan membeli barangan yang kita inginkan.

Caranya?
Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi. Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh :
Saya mempunyai tunai sebanyak RM100,000 dan ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah motosikal baru yang berharga RM 70,000

Cuba kita renungkan
Jika saya membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos-kos sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan saya mempunyai tunai yang banyak.

Tindakan bijak, saya menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar tidak mengalami kerugian!!

Tindakan Pertama yang boleh lakukan :
Beli Sesuatu Yang Mahal, Bayar Dengan Harga Murah

Wang RM 100,000 tersebut saya belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.

Pada ketika itu, saya boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :

RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00
RM 105,000.00 – RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm)
Tengok, dalam hanya 3 tahun, saya telah mendapat semula RM 83,400.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 83,400.00 (Untung) = RM 16,600.00
Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar
RM 16,600.00 sahaja dalam masa 3 tahun, murah sahaja.

Dan upah simpan yang saya bayar hanyalah kira-kIra RM 600.00 sebulan, sedangkan jika saya membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli motosikal tersebut, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

Tindakan Bijak kedua : Ini yang saya lakukan ;
Beli Sesuatu Yang Mahal, dapat percuma dan untung

Wang RM 100,000 tersebut saya belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai, wang RM 70,000 itu saya beli emas dan pajak / gadaikan sekali dapat RM 49,000 tunai, beli emas lagi dan pajakkan lagi dapat RM 34,300 tunai. Wang RM 34,300 ini saya gunakan untuk membayar muka atau pendahuluan motosikal tersebut dan selebihnya saya buat pinjaman / ansuran bulanan selama 5 tahun.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 5 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 125%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 225,000.00 + 157,500.00 + 110,250.00 (dapatan pinjaman dari gadaian) semuanya berjumlah RM 492,750.00

Pada ketika itu, saya boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :
RM 492,750.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 153,300.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) – 35,700.00 ( pinjaman ansuran bulanan ) = RM 303,750.00
RM 303,750.00 – RM 55,188.00 (Upah simpan 5 tahun) – 8,925 ( loan bank 5%) = RM 239,637.00 (Untung)
Nah, dalam hanya 5 tahun, saya akan mendapat untung RM 239,637.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 239,637.00 (Untung) = – RM 139,637.00

Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan PERCUMA ..DAN DAPAT UNTUNG SEBANYAK RM 139,637.00.

: toyip-wang.blogspot.com

Strategi Keuntungan Emas

Bagaimana kita tahu bila kita boleh membeli emas …?

Steve Sjuggerud di dalam emel Daily Wealth memberitahu yang dia telah mendapat strategi mudah untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli emas … dan bila masa yang tidak sesuai.

Yang bagusnya, dengan melabur sebanyak US$10,000 di dalam strategi mudah ini boleh bertukar kepada hampir $2 juta sejak permulaan 70-an.  Cuma membeli emas – dan memegang emas itu – pada masa yang sama boleh menukarkan $10,000 kepada hanya $300,000.

Carta di bawah menunjukkan cara-caranya.  Garisan biru merupakan strategi mudah.  Garisan emas merupakan harga emas.

Strategi mudah Steve Sjuggerud mampu meningkat naik secara stabil dari bahagian bawah sebelah kiri carta hingga ke atas di bahagian kanan.  Ia hampir sepenuhnya mengelakkan kejatuhan Dollar pada 1957 – 1977.  Dan ia secara amnya mengelak kejatuhan emas selama dua (2) dekad dari tahun 1980  hingga 2000.

Menurut Steve, strategi mudah ini sangat mudah tetapi ia berdasarkan titik-titik penting. Biar Steve menerangkannya.

Bagaimana kita tahu bila pasaran emas telah berada dalam keadaan ‘bull”? Titik yang sangat penting ialah bila emas hanya melonjak naik kerana ada berlaku sesuatu di pasaran Dollar.

Cuba kita lihat, kejatuhan US Dollar melawan kepada matawang yang lain, ia mungkin akan turut jatuh di dalam terma emas.  Ini akan menunjukkan emas berada dalam keadaan pasaran ‘bull’.  Tetapi apa akan berlaku jika kejatuhan emas di dalam terma matawang Euro ataupun Yen?  Itu menunjukkan emas bukan berada dalam pasaran ‘bull’.

Jadi apa ia pasaran ‘bull’ dalam emas?

Satu definisi mudah ialah : bila emas meningkat naik di dalam terma matawang yang terpenting di dunia.  Kita lihat empat (4) jenis matawang yang digunakan seluruh dunia secara meluas – US Dollar, Euro, British Pound dan Japanese Yen.  Dan kita gunakan strategi mudah Steve.  Begini ia akan bertindak:

Jika emas meningkat melawan kesemua empat (4) matawang pad bulan sebelumnya, Oleh itu beli emas.  Ulangi pada bulan depan strategi ini.

Itu saja.  Dan bila Steve mencubanya menggunakan data 40 tahun yang lepas, keputusannya amat memeranjatkan.

Apabila emas meningkat melawan kesemua empat (4) matawang utama dunia pada penghujung bulan baru-baru ini – Apabila strategi mudahnya menunjukkan masa untuk membeli emas – emas meningkat kepada kadar tahunan 35%.  Strategi mudahnya berada di dalam keadaan ‘beli’ lebih kurang ketiga pada masa itu. (Pada masa yang lain, emas kehilangan wang.)

Jadi jika anda membeli emas bila mendapat ‘signal’, dan tukarkan emas itu kepada tunai bila ‘signal’ telah hilang, anda akan menukarkan pelaburan US$10,000 pada tahun 1971 kepada hampir $2 million hari ini.

Sejak tahun 1971, harga emas secara purata tahunanya meningkat sebanyak 9.2% setahun.  Dengan menggunakan sistem mudah ini, di mana anda melaburkan  1/3 emas pada satu-satu masa, kekayaan anda akan menjadi secara purata 14.5% setahun.

Sistem ini mudah, tapi berkesan.  Sejarah menunjukkan peramal terbaik bila emas akan meningkat naik iaitu apabila ia meningkat naik melawan matawang utama dunia.

Sekarang anda sudah tahun bagaimana untuk mencari keadaan ‘bullish’ emas.  Dan jika anda nak tahu, kita sekarang berada di dalam pasaran ‘bull’ … dan kita telah berada sejak bulan Mac lagi.  Setiap bulan, emas telah meningkat melawan kesemua empat (4) matawang utama dunia.

Masa Untuk Semua Beli Emas

KUALA LUMPUR 24 April 2013 – Sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April, kata pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng.

“Sekarang dengan harga yang merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua, terutamanya pembeli baharu, yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 15 April, harga emas susut US$140 kepada US$1,395 satu auns, satu kejatuhan terbesar semenjak 1993, mengejutkan ramai pelabur veteran.

Semenjak itu, harga telah memulih sedikit, dan semalam ia ditutup pada US$1,408 satu auns, susut US$16.50.

Permintaan untuk emas telah meningkat kukuh semenjak 2000, dengan kebanyakan daripadanya berikutan negara-negara membangun menggunakan kekayaan baharu mereka untuk memenuhkan rizab mereka dengan emas.

Pada masa sekarang, adalah dinasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli emas sebagai simpanan masa depan sebelum harga meningkat semula, kata kenyataan itu. – Bernama

Bahang Emas Sama Panas Dengan Kempen PRU13

KOTA BHARU – Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini, orang ramai khususnya kaum wanita Kelantan, tidak melepaskan peluang membeli barang perhiasan berikutan harga emas turun sejak minggu lepas.

Harga emas jenis 916 yang menjadi pilihan penggemarnya, turun kepada RM380 bagi 2.7 gram, berbanding RM420 untuk 2.7 gram sebelumnya.

Tinjauan Bernama mendapati seawal 9 pagi, pengunjung mula membanjiri kedai-kedai emas di sekitar bandar Kota Baharu, malah ada yang sanggup beratur sebelum waktu perniagaan bermula.

Pekerja Kedai Emas Wan Hassan Wan Omar, Wan Ahmad Salihan Wan Mohd Zaki, 18, berkata orang ramai mula menyerbu kedai milik keluarganya itu selepas berita harga emas turun, disiarkan akhbar.

Susulan itu, Wan Ahmad Salihan berkata operasi kedai itu yang ditutup 5.30 petang setiap hari, kini dilanjutkan sehingga 7 malam.

“Suasana bertambah meriah pada hari minggu sebab orang datang tak putus-putus. Kalau waktu kerja orang hanya datang pada masa rehat,” katanya ketika ditemui di sini.

Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah rantai, gelang dan loket selain barangan kemas yang ditempah mengikut kehendak mereka.

Penggemar rantai dan gelang, Rozilawati Sallehuddin, 41, berkata beliau tidak kisah berbelanja besar untuk mendapatkan barangan kemas kerana ia tidak mudah susut nilai.

“Emas ni pelaburan. Beli banyak kemudian boleh jual bila harga dia naik semula, kadang-kadang tu sampai dua kali ganda daripada harga asal,” katanya.

Nik Mahani Nik Abdullah, 55, berkata emas Kelantan mempunyai keunikan tersendiri kerana mendakwa kualitinya lebih tinggi berbanding tempat lain.

Meminati emas sejak 30 tahun lepas, Nik Mahani berkata beliau biasanya akan membuat tinjauan harga serta mencari reka bentuk terbaharu barangan kemas sebelum membuat sebarang pembelian.

“Kalau tak jumpa yang berkenan, saya akan buat tempahan di kedai emas untuk disesuaikan dengan pergelangan tangan saya yang kecil. Walaupun mahal sedikit, tak apa, janji puas hati,” katanya.- Bernama

Nilai Undi Ibarat Emas Kali Ini

SANDAKAN: Beberapa orang gadis sedang melihat melalui paparan kaca. Seorang wanita mencuba seutas rantai tangan emas, rakannya pula mengangguk tanda setuju.

“Saya tidak gemar bergambar. Jangan rakam gambar saya,” kata lelaki pertengahan umur di belakang kaunter.

“Jangan risau pak cik, pak cik nampak baik sahaja,” saya berkata menggunakan pertuturan Mandarin yang tidak lancar cuba memujuk Encik Liang ditemuramah menggunakan kamera.

“Saya cuma ingin tahu apa yang dimahukan penduduk Sandakan terutamanya kaum Cina,” saya mencuba nasib.

Selepas beberapa cubaan, kami hanya dapat merakamkan gambar dia melakukan tugasnya sebagai tukang emas.

Kedai Emas Kaw San III terletak di tengah Bandar Lila di Sandakan. Satu diantara beberapa kedai emas yang terdapat di situ.

“Kami telah menjalankan perniagaan selama tiga generasi,” kata Liang Bing Koon yang akhirnya setuju untuk ditemubual, dengan syarat tidak dirakam.

Dia berkata dia tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.

“Setakat ini tiada masalah menjalankan perniagaan di sini. Perniagaan berjalan baik,” dia berkata sambil membetulkan kedudukan cermin matanya.

“Jadi, adakah pak cik akan keluar mengundi nanti?” saya bertanya.

Dia hanya mengangguk kepalanya.

“Tidak berminat,” dia menjawab dengan hambar.

“Sekiranya pak cik perlu mengundi. Siapa yang akan dipilih?” saya bertanya untuk cuba mendapatkan jawapan kepada mitos yang mengatakan kaum Cina terutamanya di kawasan bandar akan mengundi pembangkang.

“Saya akan mengundi BN demi kestabilan,” dia menjawab selepas berfikir sejenak.

“Untuk menjalankan perniagaan memerlukan suasana yang aman dan stabil. Tanpa kestabilan perniagaan akan terjejas,” dia menambah.

“Saya fikir kebanyakan kaum Cina akan memilih DAP atau SAPP bukan?” saya bertanya.

“Mungkin itu pilihan peribadi mereka?” katanya yang merenung menerusi cermin matanya yang hampir jatuh.

“Boleh saya mengambil gambar? Saya menulis untuk laman web dan pak cik tidak mahu ditemuramah menggunakan kamera,”.

Dia akhirnya bersetuju tetapi dengan syarat gambarnya diambil bersama dua orang pekerja wanitanya.

Jelas sekali dia tidak gemar bergambar.

Pengundi kaum Cina terdiri daripada 53% dari pengundi di Sandakan. Sekiranya mereka semua keluar mengundi , mampu membawa perubahan besar.

Seperti emas di dalam kedai emas ini, undi mereka sangat bernilai.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew mempertahankan kerusi parlimennya di Sandakan. Dia menang dengan majoriti tipis dengan hanya 176 undi pada 2008.

Di bawah parlimen Sandakan pula terdapat dua kerusi negeri iaitu Tanjong Papat dan Elopura, yang dimenangi Parti Progresif Sabah (SAPP) yang berada di bawah Barisan Nasional (BN) sehingga mereka menarik diri dari BN dalam pilihan raya sebelum ini.

“Berapa harga emas di sini?” saya bertanya kepada Pakcik Liang.

Dia menunjukkan harga emas untuk setiap gram yang dipaparkan, “RM170”

“Wow, harga di Kuala Lumpur telah jatuh kepada RM135 segram!” saya berkata.

“Harga emas di sini masih tinggi,” dia menjawab lebih bersemangat berbanding apabila doajak berbicara tentang pilihan raya. – Astro Awani