Apakah hibah dalam emas ? (video)

3. PENGENALAN HIBAH

Hibah merupakan permasalahan lama yang baru diwar-warkan. Kalimah ini tidak ada dalam fikiran dan ingatan masyarakat Islam sekian lama Di serata dunia. Untuk kefahaman masyarakat, istilah yang jarang kedengaran perlulah disebut-sebut dalam majlis rasmi dan tidak rasmi sehinggalah istilah tersebut basah di setiap bibir anggota masyarakat. Tetapi pendekatan yang paling berkesan ialah ‘pelaksanaan’ program hibah ini dan istilah yang belum difahami. Namun, kefahaman yang didahulukan dengan penjelasan yang bersistem yang kemudiannya disusuli dengan tindakan, tentu akan benar-benar berakar umbi ke dalam benak dan minda bawah sedar anggota masyarakat Islam.

Hibah yang akan dibicarakan nanti adalah sebahagian daripada sistem ekonomi masyarakat Islam yang terlalu jauh daripada pandangan dan amalan masyarakat Islam itu sendiri, berbanding dengan zakat (fardhu), sedekah (sunat), hadiah (sunat), wakaf (sunat), wasiat (sunat – pelaksanaan wajib satu pertiga harta) dan sumbangan lain. Lantaran itu, adalah wajar perbicaraan tentang Hibah ini diketengahkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan.

4. HIBAH DI SUDUT BAHASA
Hibah merupakan kalimah Arab yang memberi maksud ‘pemberian’. Di sudut bahasa, Hibah adalah pemberian yang tidak didahului oleh tuntutan hak, dan padanya (barang yang diberikan itu) ada kegunaan bagi orang yang diberikan. Mengikut pengertian ini, Hibah boleh jadi pada zat yang tertentu dan bukan zat tertentu.(1) Contoh ada ‘ain/ zat tertentu ialah mengurniakan/ memberi anak lelaki atau perempuan (lihat : surah al-Syuura/ 49), manakala contoh tiada ‘ain/ zat tertentu ialah mengurniakan rahmat (lihat : surah Aali ‘Imran/ 8). Disebut kepada pemberi hibah sebagai ‘Waahib’ (واهب), penerima hibah sebagai ‘Mauhuub lahu’(موهوب له) dan harta yang diberikan sebagai ‘Mauhub’ (موهوب) dan ‘Mauhabah’ (موهَبة).(2)

5. HIBAH DI SUDUT ISTILAH
Hibah di sudut istilah syara’ ialah : Memberi milik benda tanpa ganjaran/ gantian (al-Jurjaani). Atau :Hibah adalah memberi milik harta kepada orang lain tanpa ganjaran/ gantian (al-Majallah).(3)

Penulis kitab al-Fiqh al-Manhajiy menyatakan : ‘Akad yang memberi faedah pemilikan ‘ain tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela.(4)

Kata Imam al-Raghib al-Ishfihani dalam bukunya ‘Mu’jam Mufradat Alfaz al-Qur’an’ : “الهبة أن تجعل ملكك لغيرك بغيرعوض ” yang bermaksud : “Hibah ialah anda menjadikan harta milik anda kepada orang lain tanpa gantian/ganjaran.” Sekian dipetik. Jika pemberi mengatakan, aku berikan kain ini dengan ganti beras itu, lalu dipersetujui oleh penerima, maka ini bukan hibah tetapi menjadi jual beli, meskipun disebut ‘beri/ hibah’.

6. PERUNDANGAN HIBAH DALAM ISLAM
Hibah dengan maksud umum itu adalah disukai, disaran dan digalakkan melalui al-Qur’an, al-Sunnah dan al-Ijma’.

(dipetik dari : http://monoja68.wordpress.com/2008/12/11/memahami-hibah-dan-hikmahnya/ )

BAGAIMANA PULA HIBAH DALAM EMAS?

Jadi didalam perniagaan emas ini,  hibah yang dimaksudkan adalah ‘pemberian secara ikhlas”, contohnya  jika pembeli membeli emas pada sekian harga, pihak penjual akan memberikan hibah (pemberian) kepada pelabur mengikut perjanjian yang dipersetujui samada setiap bulan ataupun sehingga tempoh tertentu. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang hukum, lebih rujuk mereka yang lebih arif seperti laman web ust zaharuddin atau ustaz azhar sperti video dibawah. Agak susah untuk mencari maksud sebenar hibah emas ini kerana di google cuma penuh dengan promosi hibah tanpa penerangan lanjut, moga pembaca yang arif dan faham boleh meneruskan perbincangan dibawah.

Emas Hibah
Adakah simpan emas dan perak itu sunnah?


Hukum beli emas dengan duit pinjaman bank?

Kematian diraja Thailand berkilauan emas

Negara Thailand bersedih isnin lalu dengan upacara pengebumian diraja ekoran kemangkatan Mendiang Puteri Bejaratna Rajasuda yang meninggal pada Julai 2011. Beribu penduduk Thailand memberi penghormatan terakhir dengan membanjiri jalan raya Bangkok dan  200 tentera melakukan lintas lalu diraja membawa jasad mendiang yang diletakkan didalam keranda emas  untuk dimakamkan. Keluarga dan kerabat-kerabat diraja termasuk ketua menteri, orang kenamaan dan para duta turun berhimpun memberi penghormatan. Raja Bhumipol Adulyadej dan permaisuri turut hadir sambil menyalakan lilin dan bertafakur di makam diraja. Baginda raja merupakan sepupu kepada puteri Bejaratna dikatakan beredar ke Siriraj Hospital kerana masih dalam keadaan gering sejak 2009 lalu.

Puteri Bejaratana, iaitu anak tunggal Raja Thailand terdahulu, mangkat pada usia 85 tahun akibat keracunan darah sejak tahun lalu, jasad baginda sebelum itu disimpan di Balai Diraja Dusit Maha Prasat di tengah-tengah bandaraya Bangkok untuk menerima penghormatan dari rakyat Thailand.

Berikut adalah suasana ketika pengebumian diraja yang penuh berkilauan dengan emas.

 

Spoiler:

Source : http://www.unikaneh.com/2012/04/upacara-kematian-termegah-di-thailand.html#ixzz1rfVlVboP

15 cara untuk mengisi tabung emas anda

Semua orang suka menyimpan duit, lebih-lebih lagi jika ia sebenarnya sangat mudah, kami share kan 15 cara yang disuggestkan oleh Infographic, 15 cara mudah untuk kekalkan emas didalam poket. Cara-cara yang dicadangkan mereka agak kelakar walaupun memang betul cara tersebut dapat menjimatkan wang seperti tutup langganan kabel tv (astro) dan tgk tv di internet sahaja, mampukah?. Cuba anda lihat dan nilaikan (click untuk besarkan)

cara simpan duit dan emas
click untuk besarkan

Dinar emas terbesar di Dunia

Jika anda tidak pernah melihat syiling emas terbesar didunia, meh kami tunjuk, dibawah ini adalah saiz dinar/syiling terbesar didunia, cuba tengok betul2 gambar dibawah, agak2 muat tak nak letak dinar ni dalam poket? ini bukan syiling zaman purba, mcm mana org zaman dulu nak meniaga jika kena bawak dinar besar mcm ni..

Syiling emas seberat 1000kg dengan kualiti 999, bernilai pada hari ini RM178,000 utk 1 kg

 

 

Syiling atau dinar emas yang terbesar didunia seperti gambar diatas dihasilkan oleh Australia Perth Mint pada Novermber 2011. Mempunyai berat 1012 kg dan kualiti emas 999.9. luas permukaan 80 cm persegi, ketebalan 12 cm dan memerlukan masa selama 18 bulan untuk disiapkan dinar emas ini dan diukir gambar kanggaro di atasnya., sebelah sisi yang lain diletakkan gambar Ratu Elizabeth.

Menurut CEO Perth Mint, Ed Harbuz, mereka mencipta dinar sebesar ini sebagai promosi bagi pelanggan mendapat gambaran jelas design syiling terbaru yang akan dikeluarkan mereka, opkos bukan dengan saiz sebegini , saiz syiling emas Perth Mint yang sebenar jauh lebih kecil dan mempunyai beberapa variasi berat, gurau beliau. Setiap syiling emas yang dikeluarkan syarikat Australia Perth Mint akan dijamin mutu dan ketulenan oleh negara Australia.

rumah nenek

10 tempat nenek sorok emas

rumah nenek

Mungkin ramai yang dah tahu kat mana nenek sorok kan?, tapi kecik-kecik dulu korang tak tahu, kadang-kadang nenek tak kunci pun pintu bilik tapi jarang benar orang boleh jumpa kat mana nenek simpan barang kemas dia. Walaupun one day nenek mungkin terlupa (nyanyuk) tapi dia tak lupa barang kemas dia, setiap hari raya, dia bagi cucu dia jika mampu, jika x mampu dia bagi pinjam je. Untuk perhatian bukan saiz subang je macam korang semua , nenek punye saiz tali pinggang , korang ada?

1.  Bawah Tilam

bawah tilam nenek kekabu

2. Dalam tin milo/biskut jagung

tin milo emas

tin biskut jagung

 

3. Bawah tikar getah

tikar getah emas

4. Dalam almari lama bilik nenek

almari lama emas

 

5, Celah baju yang dilipat

 

6. Dalam poket baju yang tergantung\

baju tergntung dalam bilik

7. Dalam kotak sireh dalam bilik

kotak sireh emas

 

8. Sorok bawah katil, celah2 beg/kayu/kotak banyak

katil lama emas

9. bawah tempat isi beras

bekas isi beras

10. Kedai pajak cina

kedai pajak emas cina

 

rasa-rasanya kat mana nenek korang simpan emas ye? share kat komen dibawah…. dan jika korang pun simpan kat tmpt hampir2 sama, mmg jelas dan terang la korang ada pertalian darah… haha terima kasih kerana membaca entry x seberapa ini

 

Analisis harga emas minggu kedua april

Mogok pekerja industri emas india berakhir hari ini, kata jkkk persatuan peniaga emas india, mumbai, ketika ditanya wartawan wall street journal (WSJ) selepas selesai melakukan kekecohan di tempat awam dan merosakkan keretapi di hyderabad. Menteri kewangan india akhirnya akur untuk menarik balik cukai emas 4% sementara menanti parlimen bersidang akan datang.

Menurut ketua JKKK emas india, Samy, emas dari dulu sehingga skrg adalah warisan dlm budaya india, untuk mengatakan tindakan kerajaan mengurangkan demand kpd emas dgn drastik sgt tidak mungkin, negara india bukan pengeluar emas, emas tetap akan diimport secara sah ataupun tidak, apabila kerajaan india mengenakan tax kepada peniaga emas yg sah, kami rasa sangat tidak berbaloi untuk mmbayar cukai dan lesen kpd kerajaan dan peniaga akan turun ke pasaran gelap kerana boleh mengaut lebih keuntungan disana.

kami jangkakan selepas berakhir protes ini, dunia akan menyaksikan demand emas yang tinggi dari india, walaupun tidak secara besar-besaran tetapi berterusan. Samy juga menambah pihak JKKK kehilangan hampir 10 juta usd setiap hari akibat cukai emas dalam protes 3 minggu mereka.

Di london, penganalisis harga emas tidak menjangka berlaku perubahan yg ketara harga emas pada minggu ini, dari survey bloomberg, 15 dari 27 fund manager yakin harga emas akan turun lagi pada minggu ini, bagaimanapun, tiada perubahan pada pasaran london sehingga selasa untuk menyambut easter disini

sementara di amerika, penganalisis emas, (nama akan ditulis kemudian), berpendapat harga emas sedang mengalami situasi bearish pertama sepanjang 12 tahun, tetapi beliau juga menganggap pergerakan emas seperti gelombang, gelombang pertama emas bermula pada index 1424, naik sehingga 1547 berakhir pada 1518, kemudian gelombang kedua menyusul, naik sehingga 1595, berakhir 1560, gelombang ketiga naik sehingga 1650 turun sehingga 1590, gelombang keempat ini telah naik sehingga 1900, dan sekarang berada dalam keadaan 1630, ia benar2 seperti gelombang, bagaimanapun masih terlalu utk berkata patern kenaikan emas sudah berakhir.

Di malaysia pula, cuma laporan menteri kewangan sahaja diquote google, menyarankan bank rakyat utk mengfokuskan kepada perniagaan pajakan islam arrahnu ke indonesia dan brunei berbanding memberi kemudahan pinjaman peribadi kepada sektor awam kerana ia lebih menguntungkan bank…???

oh pak menteri, asyik fikir untung je, kami pekerja kerajaan nak buat loan kat mana..

Selangkah masuk ke suite termahal didunia

Pada hari ini, pengunjung hanya perlu menyediakan USD2000 atau RM6000 untuk bermalam di bilik diraja Burj Al-Arab Suite, suatu jumlah yang boleh dikatakan munasabah kan, tetapi adakah anda tahu ketika hotel ini dibuka dan sebelum dunia mengalami kemelesetan ekonomi, untuk bermalam disini pengunjung perlu membayar sehingga USD27,000 atau RM81,000 ringgit. perghhh, ok apakah anda dapat dengan membayar jumlah sebegitu untuk satu malam..

 

Anda dapat masuk kedalam bilik berkeluasan 780 meter persegi menggunakan lift peribadi

You arrive at your 780-square-meter suite via private elevator.

Anda mendapat ruang peribadi untuk menjamu selera di tempat yang disediakan khas, jika anda tidak ingin ke 7 restoran 7 bintang yang disediakan didalam hotel ini

You get your own private dining area—in case you don't want to attend one of seven world class restaurants in the hotel

Ruang rehat bercirikan asia timur menjadi milik anda.

Your own giant Arabic style lounge

 

Anda dapat beristirehat dan menonton movie terkini didalam panggung khas yang disediakan.

Somewhere around here there's also a private cinema

 

Ruang perpustakaan mini percuma untuk yang ingin berehat sambil membaca

And a private library

 

Sekarang, jom naik tangga emas dan marble di tengah ruang bilik untuk ke tingkat atas,

Now let's walk up the gold and marble staircase

 

Bilik tidur utama dan katil dihiasi seakan khemah masyarakat arab di padang pasir

To the master bedroom with a rotating four-poster canopy bed

 

Bilik tidur kedua, masih sangat mewah bukan?

Here's a second bedroom

 

Setiap bilik mempunyai bilik air peribadi yang dihias dengan batu marmar

Each bedroom has an adjoining marble bathroom with spa bath and walk-in shower

 

Ruang berehat dan mandi bersantai dengan sabun mewah disediakan oleh Hermes Co

Fine porcelain fittings and Hermes 24 - Faubourg fragrances and body products

Macam mana? sayangnya 90% dari kita cuma mampu melihat sahaja dan tak mampu merasa, takde masalah,  kenapa perlu membazir, belilah emas untuk simpanan masa depan

10 beg tangan bertaktah emas dan permata termahal

Jika disebut kisah beg tangan perempuan, kami hanya ingat satu cerita je berkenaan beg tangan yang femes di Malaysia, tapi kali ini kita tidak akan bercakap sekadar dalam negara, kami ingin menunjukkan anda senarai beg-beg tangan termahal didunia. Beg tangan merupakan satu lambang kemewahan wanita, jenama seperti LV, Marc jacobs, Channel, Birkins menjadi kegilaan wanita berkerjaya, mereka sanggup berhabis  ribuan ringgit untuk mendapat perhatian , jika ada orang tanya kenapa perlu beli beg mahal2, makcik2 ini semua akan jawab untuk mendapat keyakinan diri…yakin boleh, Malaysia

1. 1001 Night Diamond Purse

 

Beg tangan ini diperbuat dari emas 18 karat dan dihiasi dengan 4,157 berlian bernilai 2.35 juta GBP atau RM11.45 juta ringgit. Berlian yang dihiasi pada beg tangan ini terdiri dari 105 berlian bewarna kuning, 56 bewarna pink dan 4,356 berlian bewarna putih, berat keseluruhan berlian yang diletakkan pada beg ini 38,192 karat, sebab itu jangan pelik jika beg ini dikatakan termahal didunia.

2. The Hermes Birkin

Hermez Birkin Bag 10 Most Expensive Designers Handbags

Beg Hermes Birkin ini dihasilkan menggunakan platinum dan diletakkan lebih 2000 berlian, beg tangan ini dijual pada tahun 2008 dengan harga USD 1.9 juta atau RM3.6 juta ringgit. Kecanggihan beg ini kerana designnya versatile, pemilik boleh menanggalkan berlian pada beg dan memakainya sebagai rantai tangan. Turut diletakkan pada beg ini  berlian 8 karat berbentuk pear yang boleh dicabut dan digunakan secara berasingan.  psst..Beg tangan ini mungkin ada di Malaysia….pssst

Visit – The Hermes Birkin Official Site

3. Chanel ‘Diamond Forever’ Classic Bag

 

 

Beg tangan Channel ini dikeluarkan pada Disember 2006 oleh kedai Mode Chanel, beg tangan klasik ini terdiri dari 334 berlian dengan jumlah berat 356 karat dan dilapisi emas 18 karat. Harga untuk sebuah beg tangan ini adalah USD261 ribu atau RM764 ribu ringgi. Beg tangan ini cuma ada 13 sahaja di seluruh dunia dan lima diantaranya dibeli oleh jutawan Amerika.

4. Urban Satchel Louie Vuitton Bag

Urban Satchel Louie Vuitton Bag 10 Most Expensive Designers Handbags

Price: $150,000

Beg ini sangat pelik, dihasilkan oleh mode LV (Louie Vuitton menggunakan sampah sarap yang biasa ada dalam beg seperti botol air, kotak rokok, uncang teh, pembalut luka dan macam2 lagi, kami sangat tidak faham kenapa sampah seperti ini boleh dijual sehingga usd 150 ribu atau RM450 ribu ringgit.

Visit – Urban Satchel Louie Vuitton Bag Official Site

 

5. Hermes Matte Crocodile Birkin Bag

 

Beg tangan jenama Hermes dengan pelbagai variasi warna dihiasi dengan berlian 10 karat, beg-beg ini berjaya dilelong dengan harga USD120 ribu atau RM360 ribu sebuah.

6. Lana Marks Cleopatra Bag

 

Beberapa tahun lalu, Marks memperkenalkan Beg Clucth Cleopatra bagi edisi terhad yang dihasilkan menggunakan kulit buaya berwarna perak, pada bahagian atas beg ini diletakkan 1500 berlian hitam dan putih serta emas putih 18 karat, beg tangan ini telah dijual dengan harga USD100 ribu atau sekitar RM300 ribu ringgit

7. Leiber Precious Rose

Beg tangan yang diberi bentuk bunga rose  ini dihiasi dengan 1,106 berlian dengan jumlah berat 4,256 karar serta diletakkan 1,169 batuan ruby dan 800 kristal tourmalines, beg tangan ini dijual pada harga USD 92 ribu atau lebih kurang RM276 ribu ringgit.

8. LV Tribute Patchwork Bag

LV Tribute Patchwork Bag 10 Most Expensive Designers Handbags


Beg tangan LV Tribute Pathwork bernilai USD42, 000 atau RM 124 ribu ringgit, ia dihasilkan dengan menggabungkan semua beg LV yang dijual didalam pasaran, menarik bukan, semua design beg anda anda, beli 1 dapat seribu dan pakai sepanjang hayat ok!

Visit – LV Tribute Patchwork Bag Official Site

 

9. Gadino Bag

Gadino Bag by Hilde Palladino 10 Most Expensive Designers Handbags

Beg tangan Gadino dicipta oleh Hilde Palladino, iaitu seorang pereka terkenal Norway, beg ini mempunyai 39 berlian yang diletakkan secara terperinci dan dilapisi dengan emas putih, harga untuk satu beg ini bernilai USD38 ribu atau RM114 ribu ringgit.

Visit – Gadino Bag Official Site

10. Fendi Selleria Bag

Fendi Selleria Bag 10 Most Expensive Designers Handbags

Beg tangan berjenama Fendi Selleria dihasilkan menggunakan kulit binatang yang paling jarang dan mahal. Beg ini berharga RM38 ribu, sekitar RM114 ribu ringgit malaysia

 

najib zaman muda dulu

Najib dituduh memakai rantai leher emas

najib zaman muda duluSebuah video yang dimuat turun didalam laman youtube semalam dijadikan bukti  tuduhan keatas Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia memakai rantai leher emas oleh seorang blogger. Didalam video selama 0.49 minit jelas tertayang ada kilauan seperti emas pada leher beliau pada minit ke 0.36-0.40, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam video tersebut sedang mengadakan lawatan ke rumah 2 beranak yang terpisah selama 12 tahun di Temerloh, Pahang. Walaupun tidak pasti samada rantai leher yang dipakai itu emas atau tidak, tetapi kami letakkan video dibawah untuk anda nilaikan.

pautan: http://allanpakdoe.blogspot.com/2012/04/najib-pakai-rantai-emas-di-leher-mahu.html

Kajian nanopartikel emas mampu merawat kanser

Dadah yang dibawa menggunakan nanopartikel emas yang kami temui dikesan dapat menghapuskan sel kanser, kata Teri W. Odom, Professor Kimia dan Sains Bahan dari Universiti Northwestern. Beliau mengetuai sebuah kajian yang dijalankan pada sel kanser serviks dan ovari manusia.

“Nanopartikel emas tertarik kepada protein pada permukaan sel kanser dan ia dapat menyesuaikan diri untuk menusuk masuk sehingga ke sel nukleus, apabila berada pada pintu masuk nukleus, nanopartikel emas akan melepaskan dadah kedalam nukleus untuk menjalankan tugasnya.

Seperti yang dilaporkan dalam journal ACS Nano. Dengan menggunakan mikroskop elektron, Odom dan pasukannya dapat melihat bagaimana dadah bersama Nanopartikel emas mengubah bentuk nukleus sel kanser dengan begitu drastik.

Beliau memberi gambaran, tindak balas tersebut nampak kemas, iaitu ia bermula dengan elipse bujur kemudiannya menjadi bentuk tidak sekata dan menjadi berlipat dan apa yang mereka temui, perubahan bentuk ini terjadi kerana apabila dadah dilepaskan, sel tersebut mula mati dan populasi sel menjadi lemah dan kurang berdaya saing. Kedua-dua kesan  positif ini berlaku apabila nanopartikel emas merawat sel kanser.

Oleh kerana rawatan ini masih pada peringkat awal, pasukan kajian juga telah membuat kajian kesan penggunaan partikel emas ini pada 12 jenis kanser manusia dan terbukti kesannya adalah sama.

“Semua kanser sel bertindakbalas hampir sama”, kata Odom, “ini membuktikan kaedah menggunakan nanopartikel sebagai pembawa untuk menyerang sesuatu sel merupakan strategi utama bagi membawa dadah masuk kedalam nukleus sel”. Nanopartikel yang digunakan mempunyai bentuk yang mudah dan bijak, ia diperbuat dari emas dan berbentuk seperti bintang dengan 5 hingga 10 bucu.

Nanostar (bintangNano) biasanya bersaiz 25 nanometer. Mempunyai kawasan tindak balas yang luas, ini memberi peluang kepada pengkaji menumpukan kepekatan molekul dadah pada keseluruhan bintangNano.

Konsep terapi kanser masa kini menggunakan kepekatan dadah yang kurang pada molekul kerana dadah tersebut stabil pada permukaan nanopartikel sekadar untuk menghalang pembiakan. manakala dadah yang digunakan dalam dalam kajian ini berjenis single-stranded (bercabang satu) DNA Aptamer dipanggil AS1411. Sekurang-kurangnya 1000 cabang dadah ini dikepilkan pada permukaan bintangNano dan DNA Aptamer mempunyai dua fungsi, untuk terikat dan tertarik pada nukleolin (protein yang dijumpai pada sel kanser) dan akan apabila dilepaskan dari bintangNano, DNA Aptamer akan berfungsi sebagai dadahnya sendiri.

Apabila terikat dengan nukleolin, bintangnano berdadah itu mengambil tugas protein untuk membawa dadah masuk kedalam nukleus. partikel emas yang digunakan kerana ruang tipis antara ikatan emas dan DNA Aptamer dapat membawa masuk dadah kedalam nukleus.

“Untuk melepaskan sejumlah besar dadah kedalam sel merupakan suatu kerja yang sukar sebenarnya, tetapi dengan menggunakan nanopartikel dari emas, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah. Nanopartikel lain biasanya akan terhalang pada membran sel, tetapi nanopartikel emas dapat menembusi membran dengan mudah dan melepaskan dadah kedalam nukleus seperti diperlukan”, tambah Odom lagi.