Video debat PTPTN Khairy vs Rafizi

Rangkaman Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berlansung pada 22 Mei 2012 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24

emas dalam makmal

Harta yang tak disangka didalam makmal

Rene Bernier, seorang instruktor makmal di Pusat Sains Bowdoin Campus menjumpai suatu harta yang tidak disangka ketika membersihkan makmal yang lama tidak dibuka. Beliau menemui sebentuk jongkong emas nipis yang digunakan untuk analisis elektometer.

emas dalam makmal

 

Jongkong emas nipis ini dipercayai dibeli pada tahun 1930 pada harga $84 atau kira-kira RM250, nilai sekarang dianggarkan RM20,000.00

Menurut Rene, dalam amali elektrolisis moden,  jongkong emas yang bersaiz seperti ini sudah tidak digunakan sebagai elektrod dan diganti dengan besi (ferum). Beliau kemudiannya memulangkan harta yang dijumpai kepada Bendahari kampus untuk menilai nilai emas tersebut dan akhirnya mereka berjaya menjual kepada sebuah kilang dengan harga RM20,137.00.

emas dalam makmal 2
Rene memulangkan ‘harta’ yang dijumpai kepada bendahari kampus

Kami gembira dan teruja apabila Rene melangkah masuk ke pejabat dengan harta karun, kata Catherine Longley, Timbalan Ketua pegawai kewangan dan Bendahari kampus. Jumlah jualan yang diperolehi akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan makmal kampus dan instruktor.

 

Buruh emas kanak-kanak melayu di Filipina (Gambar)

Kenaikan harga emas yang tinggi didunia,  permintaan emas yang naik setiap hari dan upah yang sangat berbaloi menarik ramai penggali emas kembali ke lombong. Di Filipina, Photojournalist Larry C Price, berjaya mencuri gambar buruh haram kanak-kanak semuda 4 tahun diupah untuk menggali emas oleh pihak tidak bertanggungjawab.  Lombong terpencil yang diduduki etnik melayu filipina mempunyai sejarah emas sejak zaman penjajahan Sepanyol kembali dibuka secara haram sejak 2010.

Kanak-kanak ini diberikan tukul, dulang dan pahat dan diminta turun kedalam terowong-terowong sempit dicelah lombong untuk mengeluarkan emas. Mereka kemudiannya perlu membawa guni seberat 50paun diisi dengan tanah dan batu yang berisi emas dan dibawa ke kawasan air cetek terdekat untuk mendulang. Kanak-kanak ini dibayar bergantung kepada emas yang dijumpai setiap hari, menurut Price, upah yang diberikan sekitar 40peso atau 1 Dollar/Setiap hari bersamaan RM3.40 sehari.

Saya mahu kesekolah, tetapi keluarga tidak mampu menampung yuran pengajian, jadi tidak ada apa yang boleh saya lakukan selain mencari kerja, lagipun upah disini pun lumayan. cerita salah seorang buruh kanak-kanak disini apabila ditanya.

 

 

 

 

 

 

 

All photos © Larry C. Price/Redux

 

 

pameran emas negeri kelantan

Pameran Al-Quran, Emas & Perak di Muzium Kelantan

Sepanjang 1 Mei hingga 31 Ogos, Muzium negeri Kelantan akan mengadakan pameran Al-Quran, Emas dan perak, sesuai sebagai salah satu acara cuti sekolah akan datang jika anda ingin melawat negeri pantai timur. Antara item yang menarik adakah Al-Quran yang bersadur emas dan perak berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming serta pameran emas-emas kelantan dan perak yang kami confirm semua orang tahu dengan keindahan dan keaslian negeri che siti wan kembang ini. berikut adalah info dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. (facebook). Tiket yang disediakan adalah RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak2 dan RM2.00 untuk mereka yang beruniform.

 

pameran emas negeri kelantan

 

PAMERAN AL QURAN EMAS & PERAK : KHAZANAH ISLAM DARI CHINA akan berlangsung dari 1 Mei 2012 sehingga 31 Ogos 2012 bertempat di Galeri Muzium Negeri, Kelantan. Anda semua dijemput hadir untuk menyaksikan keindahan Al-Quran bersadur EMAS dan PERAK berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming.
Harga Tiket :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak: RM3.00
Pelajar Sekolah Beruniform : RM2.00

Hukum memakai jam emas lelaki

Apakah hukum memakai jam emas? . Terdapat larangan yang jelas dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- terhdaap orang lelaki memakai perhiasan dari emas. Sabda Nabi (bermaksud); “Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki-lelaki umatku dan dihalalkan kepada wanita-wanita mereka” (HR Imam at-Tirmizi dari Abu Musa al-Asy’ari –radhiyallahu ‘anhu-. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

(link: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/03/jam-emas.html )

Video jawapan Ustaz Azhar

Syarikat pelaburan emas tidak bayar wang 411 juta

pelaburan emas syarikat tipu

IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.

Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.

Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.

Jurucakap mangsa pelaburan emas Bestino, K Kunasegaran berkata, wakil syarikat itu sebelum ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka sedang menguruskan kemasukan wang pelaburan dari Hong Kong ke negara ini untuk menunaikan janji memulangkan wang pelaburan pada 30 April (semalam).

Menurutnya, ribuan pelabur mengemas kini akaun bank masing-masing sejak kelmarin bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar semula ke dalam akuan bank.

“Malangnya, tiada wang pelaburan dimasukkan ke dalam akuan bank semalam seperti yang dijanjikan pada 13 Februari lalu. Malah, pejabat syarikat itu ditutup dan kami seolah-olah dipermain-mainkan sekali lagi.

“Kami beri tempoh empat hari kepada pihak syarikat. Kami akan datang semula pada 5 Mei ini untuk menuntut wang kami semula,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Menurutnya, kes itu sudah mendapat liputan meluas media dan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan perlu campur tangan bagi membantu mangsa yang tertipu.

Pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd, Chong Yuk Ming, sebelum ini berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula.

Menurutnya kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara untuk membayar semula wang pelaburan itu.

Pengarah syarikat pelaburan itu pernah menunjukkan dokumen berhubung wang sebanyak AS$146 juta (RM438 juta) yang didakwa akan dikeluarkan dari sebuah bank di Hong Kong bagi membayar balik wang pelaburan mangsa.

Mineral 10 kali ganda lebih mahal dari emas

Lazimnya, emas terkenal sebagai bahan mineral yang paling mahal dan paling banyak digunakan selepas berlian..Namun, sebenarnya, masih ada lagi mineral lain yang lebih mahal daripada emas dan usaha untuk menemuinya adalah amat sukar sekali..Kalau nak tahu apa bahan mineral tu, meh baca kat bawah ni..

Seorang pemburu meteor telah menghabiskan masa selama 20 tahun dalam mencari ketulan  batu antariksa. Kini, beliau berjaya menemui bahan mineral yang nilainya 10 kali ganda lebih tinggi berbanding emas. Ketulan batu ini telah ditemui di utara California, Amerika Syarikat (AS) di kawasan lembah Sierra.

Batu antariksa ini merupakan serpihan daripada meteor raksasa yang meletus dengan kekuatan menyamai 1/3 bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun pada penghujung perang Dunia Ke 2.

Menurut keterangan profesor dan ahli meteor, John Wasson dari UCLA, batu hasil daripada penemuan Robert Ward dari Arizona ini memiliki berat 10 gram. Menurut Gold Gram Bars, ketulan batu ini mempunyai nilai lebih dari US$1,000 (RM 4,000), seperti yang dikutip DM.

Bercakap mengenai hasil penemuannya, Ward hampir tidak percaya semasa menemui ketulan meteorit yang dikenali sebagai Carbonaceous Chondrite (CM) setelah melihat bentuk di permukaan batu tersebut. “Ini merupakan salah satu benda tertua dan bernilai yang pernah ditemuinya,”.

p/s: Jangan sangka rupa hodoh tiada harga =D

pautan: http://drysheet.blogspot.com/2012/04/inilah-mineral-yang-10-kali-ganda-lebih.html

Apa anda perlu tahu dalam pelaburan emas

Untuk mereka yang telah melabur didalam emas atau penjual emas, kami ingin kongsi satu infografik yang menarik berkenaan perkembangan pasaran emas, berapa banyak emas sudah dijual dan rekod-rekod emas sejak beberapa tahun lalu. Walaupun membeli emas ni bukan pelaburan yang kompleks macam beli blue chips, tetapi better juga tahu jika anda investor atau penjual.

Seelok-eloknya anda tahu serba sedikit sebelum menjalankan perniagaan, tak kenal maka tak cinta kata orang…kenali emas dan mulakan perniagaan dan pelaburan anda bersama Hargaemas. Anda pergi seminar-seminar emas ada mereka ajar dengan details? kebanyakannya promot kompeni mereka saja, dengan Hargaemas kami tidak putus akan beri info emas kepada anda, lebih banyak ilmu lebih senang untuk menjual kan…. lebih banyak training online di Facebook page agent (Hargaemas)

apa anda perlu tahu dalam pelaburan emas

Strategi pelaburan emas dengan modal pinjaman

Bonus istimewa sempena kenaikan gaji kakitangan awam, strategi mengoptimumkan keuntungan dari pelaburan Emas menggunakan modal dari pinjaman peribadi.

TIPS PENTING
1. Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.
2. Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.
STRATEGI PELABURAN
Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.
1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.
2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.
3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.
  • RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar
4. Setiap bulan, jual 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.
  • Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.
5. Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
  • 2009 – RM450
  • 2010 – RM550
  • 2011 – RM650
6. Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar. Pengiraan jumlah bayaran balik :
  • Tahun 2009 – 96 x RM450 = RM43,200
  • Tahun 2010 – 96 x RM550 = RM52,800
  • Tahun 2011 – 96 x RM650 = RM62,400

  • JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400.

  • BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM41,600.

  • JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun = 288 Keping.

  • JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping – 288 Keping = Baki Yang Belum Dijual 212 Keping.
  • 212 Keping x RM735 Harga DInar Sekarang = RM155,820 Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki.
  • RM155,820 – RM41,600 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman) = RM114,220.

Tahniah!!! Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM114,220 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!
Mudah sahaja bukan? Ini lah pentingnya STRATEGI. Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.
Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.
Jika anda rasakan Strategi saya ini membantu, anda boleh mendaftar sebagai Dealer di rangkaian saya untuk mendapatkan pelbagai tips PERCUMA dari saya serta bimbingan intensif untuk anda berjaya dalam pelaburan Emas.