Jika disebut kisah beg tangan perempuan, kami hanya ingat satu cerita je berkenaan beg tangan yang femes di Malaysia, tapi kali ini kita tidak akan bercakap sekadar dalam negara, kami ingin menunjukkan anda senarai beg-beg tangan termahal didunia. Beg tangan merupakan satu lambang kemewahan wanita, jenama seperti LV, Marc jacobs, Channel, Birkins menjadi kegilaan wanita berkerjaya, mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapat perhatian , jika ada orang tanya kenapa perlu beli beg mahal2, makcik2 ini semua akan jawab untuk mendapat keyakinan diri…yakin boleh, Malaysia
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini1. 1001 Night Diamond Purse
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda
Beg tangan ini diperbuat dari emas 18 karat dan dihiasi dengan 4,157 berlian bernilai 2.35 juta GBP atau RM11.45 juta ringgit. Berlian yang dihiasi pada beg tangan ini terdiri dari 105 berlian bewarna kuning, 56 bewarna pink dan 4,356 berlian bewarna putih, berat keseluruhan berlian yang diletakkan pada beg ini 38,192 karat, sebab itu jangan pelik jika beg ini dikatakan termahal didunia.
2. The Hermes Birkin
Beg Hermes Birkin ini dihasilkan menggunakan platinum dan diletakkan lebih 2000 berlian, beg tangan ini dijual pada tahun 2008 dengan harga USD 1.9 juta atau RM3.6 juta ringgit. Kecanggihan beg ini kerana designnya versatile, pemilik boleh menanggalkan berlian pada beg dan memakainya sebagai rantai tangan. Turut diletakkan pada beg ini berlian 8 karat berbentuk pear yang boleh dicabut dan digunakan secara berasingan. psst..Beg tangan ini mungkin ada di Malaysia….pssst
Visit – The Hermes Birkin Official Site
3. Chanel ‘Diamond Forever’ Classic Bag
Beg tangan Channel ini dikeluarkan pada Disember 2006 oleh kedai Mode Chanel, beg tangan klasik ini terdiri dari 334 berlian dengan jumlah berat 356 karat dan dilapisi emas 18 karat. Harga untuk sebuah beg tangan ini adalah USD261 ribu atau RM764 ribu ringgi. Beg tangan ini cuma ada 13 sahaja di seluruh dunia dan lima diantaranya dibeli oleh jutawan Amerika.
4. Urban Satchel Louie Vuitton Bag
Price: $150,000
Beg ini sangat pelik, dihasilkan oleh mode LV (Louie Vuitton menggunakan sampah sarap yang biasa ada dalam beg seperti botol air, kotak rokok, uncang teh, pembalut luka dan macam2 lagi, kami sangat tidak faham kenapa sampah seperti ini boleh dijual sehingga usd 150 ribu atau RM450 ribu ringgit.
Visit – Urban Satchel Louie Vuitton Bag Official Site
5. Hermes Matte Crocodile Birkin Bag
Beg tangan jenama Hermes dengan pelbagai variasi warna dihiasi dengan berlian 10 karat, beg-beg ini berjaya dilelong dengan harga USD120 ribu atau RM360 ribu sebuah.
6. Lana Marks Cleopatra Bag
Beberapa tahun lalu, Marks memperkenalkan Beg Clucth Cleopatra bagi edisi terhad yang dihasilkan menggunakan kulit buaya berwarna perak, pada bahagian atas beg ini diletakkan 1500 berlian hitam dan putih serta emas putih 18 karat, beg tangan ini telah dijual dengan harga USD100 ribu atau sekitar RM300 ribu ringgit
7. Leiber Precious Rose
Beg tangan yang diberi bentuk bunga rose ini dihiasi dengan 1,106 berlian dengan jumlah berat 4,256 karar serta diletakkan 1,169 batuan ruby dan 800 kristal tourmalines, beg tangan ini dijual pada harga USD 92 ribu atau lebih kurang RM276 ribu ringgit.
8. LV Tribute Patchwork Bag
Beg tangan LV Tribute Pathwork bernilai USD42, 000 atau RM 124 ribu ringgit, ia dihasilkan dengan menggabungkan semua beg LV yang dijual didalam pasaran, menarik bukan, semua design beg anda anda, beli 1 dapat seribu dan pakai sepanjang hayat ok!
Visit – LV Tribute Patchwork Bag Official Site
9. Gadino Bag
Beg tangan Gadino dicipta oleh Hilde Palladino, iaitu seorang pereka terkenal Norway, beg ini mempunyai 39 berlian yang diletakkan secara terperinci dan dilapisi dengan emas putih, harga untuk satu beg ini bernilai USD38 ribu atau RM114 ribu ringgit.
Visit – Gadino Bag Official Site
10. Fendi Selleria Bag
Beg tangan berjenama Fendi Selleria dihasilkan menggunakan kulit binatang yang paling jarang dan mahal. Beg ini berharga RM38 ribu, sekitar RM114 ribu ringgit malaysia
sally says:
Beg no 2 tuh ad kat malaysia..sapa yang pakai??
Ieda Majid says:
minat beg tangan sampah tu ke.. ridiculous…. sendiri pon boleh design beg sampah.. choii