Soalan berkenaan pair kereta dengan emas
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini1) pemilik kereta menyewa kereta selama 6 bulan, penyewa kena bayar 100g emas pamp suise, penyewa akan terima kad touch n go rm 100 percuma dan duit minyak rm300 setiap bulan, cukup tempoh enam bulan, kereta dipulangkan, dan emas 100g dapat semula,
2)jika cukup sewa kereta selama 18 bulan, kereta jd milik penyewa, emas jd milik tuan kereta,
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda3) emas td tuan kereta gunakan untuk labur,
dah ramai rakan-rakan tedekat terjebak dengan perkara ini,
bagaimana hukumnya prof?
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
Jawapan
1. Sewa adalah aqad mu’awadah, di dalam kes di atas, ia melibatkan pertukaran penggunaan kereta dengan bayaran emas.Apabila emas dipulangkan semula, ia menjadi pinjaman emas (qard). Apa apa manfaat samada duit minyak, touch and go atau lain lain adalah riba. Ini berdasarkan kaedah fekah:
كل قرض جر نفعا فهو ربا
“Setiap pinjaman yang memberikan manafaat (kepada peminjam) adalah riba”
2. Ia adalah akad jual beli bersharat. Jual beli tidak boleh disyaratkan dengan syarat yang boleh menjejaskan pelaksanaan aqad jula beli (muqtada al-aqad). Dengan kata lain, jual atau beli akan berlangsug kalau berlaku sewa selama 18 bulan.
Isu seterusnya ialah gabungan dua aqad dalam satu. Dalam kes di atas tidak jelas samada ia adalah aqad sewa ataupun jual beli. Dengan itu ia bermasalah.
3. Pelaburan emas tidak ada kena mengena dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan sewa atau jual beli emas bersayarat. Aqad lain seperti mudarabah dan wakalah boleh dijadikan alternatif.
Wallauha’lam
Prof Dr Azman Mohd Noor
drazman.net
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________