Ramai yang telah salah mentakrifkan pendapatan sebagai gaji bulanan yang diperolehi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru memasuki alam pekerjaan. Justeru, apabila membuat pinjaman bersandarkan kepada slip gaji semata-mata, peluang untuk pinjaman mereka diluluskan agak tipis, tambahan pula dengan deretan hutang lain yang tersenarai di dalam Laporan CCRIS mereka. Oleh itu, sering aku nasihatkan golongan ini agar mengenal pasti dahulu jenis-jenis sumber pendapatan mereka sebelum sesuatu pinjaman itu dipohon.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniBagi anda yang kurang arif tentang jenis-jenis sumber pendapatan ini, di sini aku gariskan 4 jenis sumber pendapatan yang perlu anda ketahui :
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaPendapatan Aktif
Ini merupakan pendapatan yang ramai di kalangan kita memilikinya. Gaji bulanan yang tersenarai pada slip gaji seringkali menjadi nadi kepada satu-satu pinjaman ditambah pula dengan dokumen sokongan lain seperti Penyata KWSP dan Borang BE (Cukai Pendapatan) yang sering menjadi bukti pendapatan kita.
Pendapatan Sampingan
Pendapatan sampingan kebiasaannya dimiliki oleh mereka yang mempunyai perniagaan sampingan. Hasil dari perniagaan kecil-kecilan inilah sebenarnya yang turut membantu menguatkan permohonan pinjaman seseorang dan kebiasaannya, pihak bank akan meminta anda menyediakan Borang Pendaftaran Perniagaan beserta Penyata Bank sebanyak 3-6 bulan sebagai bukti pendapatan jenis ini.
Pendapatan Portfolio
Pendapatan jenis ini juga sering dikenali sebagai pendapatan yang terhasil dari aktiviti pelaburan anda. Aktiviti-aktiviti pelaburan ini termasuklah pelaburan emas, saham amanah, saham di Bursa Malaysia dan sebagainya. Oleh itu, setiap keuntungan yang diperolehi dari aktiviti ini biasanya akan dikira secara purata oleh pihak seperti contoh dividen yang terhasil dari pelaburan Amanah Saham Bumiputera, biasanya akan dibahagi sebanyak 12 bulan bagi mendapatkan kadar purata pendapatan portfolio anda setiap bulan.
Pendapatan Pasif
Pendapatan jenis ini pula adalah pendapatan yang terhasil secara tetap setiap bulan atas usaha anda sebanyak ‘sekali’. Mengambil contoh, hasil yang diperolehi dari penjualan eBuku secara tetap walaupun aktiviti menulis anda hanya dilakukan sekali sahaja dan begitu juga pendapatan sewa rumah, di mana usaha ‘sekali’ sahaja ketika membeli rumah menjuruskan kepada sewa bulanan yang tetap setiap bulan. Di dalam kes ini, kebiasaannya Penyata Bank dan serba-sedikit tentang eBuku dan Perjanjian Sewa Rumah akan menjadi bukti yang boleh ditunjukkan kepada pihak bank. Aku harap dengan penerangan ringkas mengenai jenis-jenis pendapatan ini mampu membantu anda ketika membuat permohonan pinjaman di masa hadapan dan seterusnya, akan memudahkan pinjaman anda nanti diluluskan.
sumber – www.ahmadpazil.com