PAKA – Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila menerima ‘kunjungan’ tiga penjenayah bertopeng sebelum berjaya melarikan barangan berharga miliknya dalam satu kejadian pecah rumah dekat sini, minggu lalu.
Namun, tindakan bijak jiran mangsa yang mencatat nombor plat kenderaan dinaiki suspek selepas mengesyaki kehadiran kenderaan mencurigakan itu, sebelum memaklumkan kepada polis berjaya membawa kepada penahanan tiga remaja yang terlibat melakukan jenayah terancang tersebut.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniSebaik menerima laporan kes pecah rumah di Jalan Santong kira-kira jam 10 malam itu, polis yang bertindak berdasarkan nombor plat Perodua Myvi dinaiki suspek ketika melakukan jenayah tersebut terus melancarkan operasi khas.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, hasil siasatan polis mendapati kereta yang digunakan suspek adalah kereta sewa.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaMenurutnya, kesemua suspek berjaya ditahan di Kemaman ketika ingin menghantar kereta berkenaan.
“Hasil siasatan, suspek yang menutup muka serta mengacukan parang kepada pengadu ketika melakukan jenayah itu dikatakan sudah menjual barang kemas yang dirompak kepada seorang peniaga emas di Kuantan, selain barangan elektrik hasil rompakan kepada seorang lagi rakan subahatnya,” katanya.
Menurut Ahmad, susulan penahanan dua rakan kepada kumpulan penjenayah terbabit, polis berjaya merampas emas yang sudah dilebur selain televisyen, telefon bimbit serta komputer riba milik mangsa.
“Dua rakan suspek yang membeli barang curi itu kini ditahan dan didakwa di mahkamah. Manakala, tiga suspek yang terbabit dalam jenayah samun berkumpulan itu juga didakwa mengikut Seksyen 396/397 Kanun Keseksaan,” katanya.