LAIN orang lain pula persepsi terhadap Malaysia Airlines (MAS). Bagi sesetengah penganalisis ini adalah masa paling baik untuk membeli saham syarikat penerbangan nasional itu. Tetapi ada juga penganalisis berpendapat mengaut saham syarikat berkenaan mungkin berisiko.
Bagi masyarakat terbanyak yang tidak tahu hal-hal stok atau saham, memadailah mereka difahamkan bahawa syarikat yang membawa bendera dan jenama negara itu kini nazak. Sahamnya tidak sampai 20 sen. Isnin lalu ia menjunam di Bursa Malaysia, hanya 15.5 sen seunit.
Kalau mengikut congak bodoh orang kampung, seunit saham MAS hanya dapat membeli tiga biji gula-gula ubat serak tekak. Atau, jika jual 10 saham hanya dapat RM1.55 sen, lebih kurang sama nilainya dengan sebungkus nasi lemak di gerai tepi jalan.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniSeperti diumumkan syarikat berkenaan mencatatkan kerugian bersih RM443 juta bagi suku pertama tahun ini. Ini bukan mengejutkan lagi, sebab bagi tempoh sama tahun sebelumnya syarikat juga merekodkan kerugian RM279 juta.
Tahun lalu kerugian keseluruhan syarikat ialah RM1.17 bilion. Dengan kerugian setakat suku pertama melebihi RM400 juta, tentu sekali kerugian keseluruhan tahun 2014 akan mececah ‘berbilion-bilion lemon’.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaPendek kata, dulu, kini dan selamanya, MAS rugi.
Mereka yang biasa dan mahir dengan selok-belok korporat mempunyai penilaian dan kaedah tersendiri mengenai mengapa syarikat gergasi berkaitan kerajaan (GLC) yang menggaji berpuluh ribu pekerja ini terus rugi. Adakah harapan untuk dipulihkan?
Seperti yang ditegaskan oleh Bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman beberapa langkah masih boleh dicuba untuk menyelamatkan syarikat penerbangan tersebut dari terus menjunam.
Antaranya, hentikan segera amalan pengurusan jangka pendek iaitu penjualan aset untuk menjana hasil semata-mata mahu menambah pendapatan dan keuntungan sekejap bagi menutup kerugian yang dialami.
Selain itu, syarikat penerbangan itu perlu menghentikan khidmat kepakaran asing yang menelan kos tinggi dalam pengurusan tertinggi, sebaliknya membawa masuk kembali tokoh-tokoh tempatan yang sebelum ini berjaya membawa syarikat itu melalui zaman kegemilangan.
Biasalah kita selalu yakin dan mengagungkan sangat kepakaran asing. Kita rela bayar mereka tinggi melangit, beratus-ratus juta RM, semuanya dari duit rakyat. Tetapi, seperti selalu dibuktikan, kesannya tetap serupa: Rugi, rugi, rugi.
Rakyat biasa, termasuk pembayar cukai, tid
ak arif sangat mengenai permainan korporat. Tetapi mereka tahu dan mengalami sendiri bahawa terbang dengan MAS, tidak kira destinasi, bukanlah murah.
Ambil contoh nasi lemak yang disajikan di udara harganya lebih RM25. Tetapi amat memalukan apabila nasi lemak yang dihidangkan langsung tidak menepati piawaian sebagai makanan jenama Malaysia. Ramai penumpang, termasuk Cef Datuk Wan, merungut nasi lemak dalam penerbangan tidak mempunyai ikan bilis dan timun. Ini bukan sekali terjadi.
Selain nasi lemak bogel, ada juga rungutan mengenai hidangan nasi dengan lauk ikan asam pedas yang juga lari jauh dari piawaian sebab asam pedas tidak diberikan. Pelik, namanya ikan masak asam pedas, tetapi tidak ada ikan.
Satu lagi yang selalu ditegur – tetapi tidak pernah diambil perhatian – ialah mengapa MAS sebagai syarikat penerbangan nasional, masih meghidangkan minuman keras. Apakah sekiranya tiada arak orang tidak sudi naik kapal terbang kita? MAS membawa bendera negara Islam, tetapi menghidangkan arak. Di mana maruah kita?
Bagi sesetengah orang, termasuk pengurusan tertinggi syarikat GLC ini, nasi lemak, gulai asam pedas dan arak, mungkin perkara remeh-temeh. Tetapi perkara seperti ini, lebih-lebih lagi arak, boleh menyumbang kepada lingkupnya sebuah syarikat gergasi.
Persepsi umum tentang kerugian mega yang dihadapi tahun demi tahun ialah: Pasti ada penyelewengan dalam MAS. Berbilion RM duit rakyat dicurah untuk menyelamatkannya, tetapi terus rugi.
Maka ada mencadangkan dari terus rugi, dan meningkatkan dosa penyelewengan, lebih baik jual sahaja MAS. Lupakan sentimen nasional. Tetapi dalam keadaan terlalu nazak, siapa sudi membeli?
Orang berduit lebih suka membeli emas. MAS tidak dipandang orang. Sepatah kata orang dulu-dulu: Potong-potong jual kati pun tiada orang hendak membeli!
asal: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/emas-mencanak-mas-menjunam-1.282563
p/s: sebenarnya harga emas telah jatuh menjunam sejak Sept 2011 lagi, sehingga sekarang iaitu 3 tahun kemudian, harga emas masih terus jatuh sehingga hampir RM40/gram, nampak sikit kan, tetapi bayangkan jika anda ada 200g jika dikali dengan RM40/gram ruginya sebanyak RM8000.00 atau jika nak kira peratus rugi adalah 23.5% bermaksud anda sudah lost ~25% dari capital…terduduk juga bukan?