Sydney: Kumpulan penyelidik di Australia menemui zarah emas tersembunyi di dalam daun pokok kayu putih, di hutan wilayah barat negara itu, penemuan dikatakan dapat membantu pelombong mencari simpanan baru logam berharga itu.
Saintis daripada Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO) berkata, mereka menemui logam itu di dalam daun pokok terbabit di hutan wilayah Kalgoorlie, yang pernah menjadi lokasi rebutan emas pada akhir 1800.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniJadi toksik
Beliau berkata, oleh kerana zarah emas itu berkemungkinan besar menjadi toksik, sistem pohon terbabit memindahkannya ke bahagian daun dan dahan yang dapat dibuang apabila ia gugur.
Di dalam kajian yang diterbitkan jurnal Nature Communications, CSIRO berkata zarah emas di dalam daun pokok berkenaan tidak akan mencetuskan rebutan emas kerana saiznya cuma sebesar satu perlima daripada saiz rambut manusia dan hanya dapat dilihat melalui imbasan X-ray.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaPenyelidik yang terbabit di dalam kajian itu menganggarkan, zarah emas daripada daun 500 pokok kayu putih diperlukan untuk menghasilkan seutas gelang tangan.
Teroka emas
Bagaimanapun mereka berkata, penemuan itu memberi peluang kepada usaha meningkatkan kaedah penerokaan mencari emas selain menjadikannya lebih canggih dan mesra alam.
“Kaitan antara tumbuhan dengan simpanan emas yang tertanam di dalam tanah boleh membantu saintis menghasilkan teknologi baru penerokaan bahan galian,” kata Lintern.
Penemuan simpanan emas baru merosot 45 peratus sejak dekad lalu, manakala harga logam itu melonjak ketika simpanannya semakin berkurangan. – AFP