Kuala Lumpur: Malaysia adalah lokasi pilihan terbaik bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan tunai, ekuiti, hartanah dan emas berikutan persekitaran kewangan Malaysia yang kukuh.
Pengarah Urusan firma penasihat pelaburan dan pengurusan dana Marc Faber Ltd Marc Faber berkata, sistem kewangan negara diuruskan secara berhemah dan lebih stabil walaupun pernah berdepan dengan krisis kewangan.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniKatanya, bagi pasaran saham negara biarpun ia kelihatan tidak berapa menarik buat masa ini, namun secara relatif pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur adalah antara yang stabil di dunia, disokong ekonomi negara yang berimbang.
“Berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), kita dapat lihat sistem kewangan mereka secara terangan menghalalkan bank mengambil risiko memperjudikan deposit pelabur dengan berdagang dalam perniagaan derivatif. Manakala Malaysia, rata-rata bank tempatan begitu menitikberatkan aliran kewangan mereka yang dilaburkan ke arah lebih positif (bukan perjudian).
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Tiada risiko besar di Malaysia pada masa ini dan jika diberi pilihan saya memilih pasaran Malaysia berbanding AS, sebagai destinasi pelaburan saya,” katanya pada sidang media sempena ceramah pelaburan bertajuk ‘Strategi Pelaburan-Di manakah Wangnya?’ anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di Kuala Lumpur, semalam.