TIMIKA – Pasukan penyelamat berjaya menemui baki tujuh lagi mayat dari terowong sebuah lombong di timur Indonesia yang runtuh, kata pihak pengurusan lombong dari Amerika Syarikat yang memiliki lombong berkenaan hari ini.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPenemuan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang maut kepada 28 orang.
Firma Freeport-McMoRan cawangan Indonesia dalam satu kenyataan berkata, pasukan penyelamat menemui dan mengenalpasti mayat pekerja terakhir pagi ini.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaFirma tersebut turut mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung.
Seramai 38 pekerja terperangkap pada kejadian yang berlaku pada 14 Mei lalu dalam terowong lombong Grasberg yang merupakan antara lombong emas dan kuprum terbesar di dunia.
Seramai 10 pekerja berjaya diselamatkan hidup-hidup susulan nahas itu pada Selasa lepas. – AFP