KUALA LUMPUR – Setengah juta penduduk di ibu negara dan Gombak dijangka mengalami gangguan bekalan air selama seminggu ekoran paip pecah yang berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak dekat sini kelmarin.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPengarah Eksekutif Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Yusof Saroji berkata, saluran paip berukur lilit 200 sentimeter yang mendapat bekalan air dari kawasan tadahan air di Kolam Air Dusun Kubung di Selayang dan membekalkan air sehingga ke Wangsa Maju itu pecah pada pukul 10 malam.
“Hujan lebat malam tadi (kelmarin) menyebabkan arus sungai di Batu Caves deras dan menghakis tanah di kawasan tebing sungai tersebut.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Hakisan itu turut menyebabkan bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran itu pecah,” kata beliau pada sidang akhbar di lokasi kejadian semalam.
Menurut Yusof, kerja-kerja baik pulih dijangka siap hari ini tetapi bekalan air hanya akan pulih secara berperingkat-peringkat dalam tempoh seminggu.
Paip itu membekalkan bekalan air kepada 89,760 akaun domestik dan akaun pukal di lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Ampang. – kosmo