Kuala Lumpur: Tawaran siaran manifesto parti selama 10 minit oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap terbuka walaupun menerima pelbagai celaan daripada pembangkang.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata penyiaran itu akan diberikan sekali saja dan bukan sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
Harap tukar fikiran
Tempoh 10 minit mencukupi untuk mereka menghuraikan manifesto sebanyak lima muka surat kerana kementerian sudah buat percubaan. Walaupun menerima pelbagai celaan daripada pembangkang mengenai usaha ini, saya berharap mereka menukar fikiran dan menerima tawaran diberikan ini, katanya.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaBercakap kepada pemberita selepas meluangkan masa bersama penghibur jalanan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini semalam, Rais berkata, hasil perbincangan kementeriannya bersama Jabatan Penyiaran mendapati 10 minit itu mencukupi.
Diminta mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu agama, Rais berkata, tuduhan Menteri Besar Kelantan itu bahawa solat orang UMNO tidak dapat pahala adalah perkara besar dan mengejutkan.
Majlis Fatwa perlu memberi panduan jelas mengenai isu agama dan menggunakan pegangan Islam.
Ia adalah jalan penyelesaian supaya beliau (Nik Aziz) tidak terus mengeluarkan fatwa sendiri menjelang pilihan raya, katanya.
Rais turut mengumumkan cadangan skim insurans buat penghibur jalanan seperti penyanyi dan pelakon, sekali gus mengiktiraf bakat mereka dan memberi lebih banyak peluang untuk golongan itu mencari nafkah setiap hari. -BH