Baru-baru ini keluar artikel di Utusan bertajuk “Komakmur Koperasi Pertama Keluar Emas Bar Jenama Sendiri” pada awal may 2019.
Jadi beberapa hari lalu kami berkesempatan bertemu sendiri dengan Tuan Hishamuddin Abdullah merangkap Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Berhad berpangkalan di Kuantan dan bertanya sendiri beberapa soalan.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniIkuti temubual dibawah yang telah diubahsuai untuk kefahaman pembaca dan apa yang menarik dengan bar emas terbaru buatan bumiputera tempatan.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaKenapa Keluarkan Bar Jenama Sendiri
Di Malaysia setakat ini jual-beli emas di peringkat industri kebanyakannya menggunakan bar jenama dari luar, jadi kami nampak masih ada ruang dan peluang untuk syarikat bumiputera bersaing dalam bidang ini.
Bolehkah Komakmur Memberi persaingan harga dengan bar dari luar.
Harga bar emas jenama komakmur amat kompetitif dan kami yakin boleh bersaing dengan jenama-jenama yang sudah terkenal. Lagipun kebanyakan kedai emas milik bumiputera di kawasan luar bandar jauh dari kilang penghasilan emas, jadi kami boleh memberikan servis terutamanya di wilayah pantai timur.
Setakat ini Makmur Gold mempunyai cawangan di Kuantan dan akan membuka cawangan seterusnya di Kota Bharu dalam masa terdekat.
Bagaimana mutu dan kualiti jongkong emas Komakmur
Setiap bar emas jenama komakmur setelah diproses dan dihasilkan akan dihantar ke KL Assayer untuk tujuan pengesahan ketulenan sebelum disahkan assayer yang bertauliah. Jadi produk Komakmur sememangnya emas tulen 99.99% sama seperti bar jenama lain di pasaran.
Komakmur mengeluarkan produk emas tulen 100gm dan 50gm untuk tujuan industri manakala produk 1gm, 0.5gm dan 0.25gm untuk tujuan komersial.
Berapa Harga Bar kecil ini?
Harga bar 1gm kami jual jauh lebih murah dari bar yang dihasilkan syarikat tertentu. Selain ahli mendapat harga kompetitif, setiap bar 1gm, 0.5gm, 0.25gm juga boleh ditukar dengan pakej perlancongan yang kami sediakan.
Jadi maksudnya ahli mendapat peluang untuk simpan emas setiap bulan dan boleh melancong bersama Komakmur ke Legoland, Korea dan sebagainya.
Produk Apa Selain Bar Emas?
Komakmur juga memiliki anak syarikat Makmur Gold yang memiliki kedai emas di Kuantan yang menjual pelbagai bentuk barang kemas 916 pada harga yang kompetitif kepada ahli-ahli. Orang ramai juga dijemput untuk membeli dan boleh mendaftar sebagai ahli
Berminat menjual emas moden 916?
Pada peringkat ini pasaran kami di pantai timur hanya mengfokuskan design tradisi emas tulen 916, design-design seperti pandora dan sebagainya kurang diminati di Pantai Timur, jadi fokus hanya dengan produk yang laku disana.
Emas Online atau Crypto
Ketika ini banyak syarikat emas mengfokuskan e-gold, crypto, kenapa Komakmur backward atau dengan kata lain buat apa yang dah ada?
Sebagai sebuah koperasi, kami terikat dengan akta koperasi dan hanya menjalan perniagaan fizikal, e-gold atau crypto senang disalahguna untuk tujuan pelaburan dan itu bertentangan dengan akta koperasi. Buat masa sekarang komakmur hanya menjalankan perniagaan emas fizikal bar dan barang kemas.
Ar-Rahnu atau Kedai Emas
Biasanya koperasi membuka ar-rahnu kedai pajak gadai Islam kenapa komakmur buka kedai emas?
Kedai emas makmur gold adalah kedai emas pertama di Malaysia milik koperasi sepenuhnya, mengikut perancangan kami menyasarkan untuk membuka 30 kedai emas dengan ahli-ahli koperasi menggunakan kaedah mentor mentee.
Berbalik kepada ar-rahnu, memang kami ada merancang untuk membuka ar-rahnu sendiri, tetapi buat masa ini kami mengfokuskan kepada jualan emas dahulu.
Tutup Buku
Banyak syarikat bumiputera emas yang keluarkan bar sendiri sebelum ini tutup buku, kenapa mencuba?
Kami mempunyai perancangan kami sendiri dan tidak mengfokuskan hanya untuk mengeluarkan bar emas jenama sendiri sahaja, kami juga menjual barang kemas 916 dimana disitu menjana lebih pendapatan.
Bagaimana untuk mendaftar dan membeli emas
Mereka yang berminat untuk boleh mendaftar di laman web komakmur dan boleh ke pejabat kami di kuantan, jika hargaemas nak dapat komisyen boleh bantu mereka dengan mendaftar dibawah 🙂
-TAMAT-
Artikel ini telah disunting dengan hebatnya sekali kerana pertemuan kami tidaklah berbentuk formal hanya sekadar sembang-sembang biasa, terima kasih kepada Pengerusi Koperasi Komakmur, Tuan Shamsudin Abdullah kerana sudi bertemu kami di Hargaemas
Jadi peniaga-peniaga emas, maka kami perkenalkan bar jenama Komakmur sebagai salah satu pilihan sumber bahan mentah untuk menghasilkan barang kemas.
Kepada pelabur atau collector emas, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan bar emas bersaiz kecil 1gm, 0.5gm dan 0.25gm dari pengedar yang sah.
Tahniah kepada Koperasi Muafakat Makmur Berhad kerana menjadi koperasi pertama memiliki emas jenama sendiri. Hebat-hebat orang pantai timur ni tuan tuan….