7 sebab kenapa anda boleh rugi dengan Emas?

gold-jewelry

1. Beli emas tanpa ilmu

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Ikut orang.Orang beli emas,kita sibuk beli emas,tapi kita tak tahu sebab apa orang beli emas lalu bertindak kurang bijak apabila tidak merancang simpanan dengan betul.

-Antara akibatnya ada yang jual emas dan terpaksa rugi bila susut nilai tinggi kerana harga emas belum naik

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

2. Join skim pelaburan emas

Kelabu mata bila dengar pasal dapat duit bulan,dapat dividen,dapat hibah dan sebagainya.Asal dengar orang cakap “untung ” je terus anda join tanpa sempat buat kajian mendalam.

Halal haram dah tak peduli,yang penting “masyuk”.Last2 masuk banyak,keluar pun banyak sebab rezeki tak berkat.

3. Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat murah.

Emas bukan barang kawalan,harga pun ikut kedai emas/company/pengedar nak jual berapa.Sebab tu boleh tengok ada macam-macam harga.So,pilihla yang murah dan berbaloi dengan servis yang ditawarkan.

Lebih murah,lebih gram yang anda dapat.Tapi kalau murah,pastikan kira sekali kos tersembunyi contohnya kos minyak,postage ,masa dan tenaga yang dihabiskan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

4. Simpan dalam akaun simpanan emas

Saya terpaksa menjawab dengan sabar bila ada yang bertanya “kenapa emas bank *** lagi murah dari emas yang awak jual? Saya pun bertanya “ada ke emasnya,dia ada tunjuk?Setahu saya hanya ada satu je yang patuh syariah tapi cawangan ada 3 je,nak beli pun susah.

Bank Merah/Bank Kuning menjual emas kertas jauh lebih murah dari emas fizikal kerana meraka sebenarnya tidak mempunyai emas fizikal langsung di dalam peti simpanan mereka. Kos yang diperlukan mereka adalah kos untuk mencetak kertas sahaja. Sebab itu mereka mampu menjual emas kertas dengan amat murah. Anda sendiri pun mampu membuat jual-beli emas kertas, walaupun anda tidak mempunyai 1 gram emas sekalipun.

Tak percaya? Cuba pergi ke Bank Merah/Bank Kuning dan beli emas kertas mereka. Dan seminggu kemudian datang balik dan cakap “Boleh tak saya nak tukarkan gold account ini kepada emas sebenar?”. Mereka akan cakap tidak boleh, kerana anda hanya mempunyai ‘gold account’ sahaja dan tidak langsung mempunyai gold fizikal. Setelah pujuk rayu dibuat ke atas pihak atasan, mereka mengalah, kemungkinan sebulan baru anda akan dapat emas fizikal anda. SEBULAN untuk anda seorang.

Apa akan terjadi sekiranya Bank-Bank ini ditimpa masalah?
Mesti ramai yang akan kata, “mustahil lah bank-bank besar macam Bank Kuning/Bank Merah ini boleh bankrupt”. Bank-bank itu hanya besar di dalam Malaysia, cuba bandingkan negara Malaysia ini dengan peta dunia, besar mana pon Malaysia kita? Sebagai contoh, Lehman Brothers Holdings Inc ($600 billion in assets) merupakan antara bank terbesar di dunia yang bermula sejak tahun 1850 lagi telah jatuh bankrupt pada 2008. Dan di ikuti hampir 30 bank-bank terbesar dunia telah ditutup. Dan anda rasa Bank di negara kita sangat kuat? Fikir berkali-kali.

Kalau Bank Kuning/Merah jatuh bankrupt, anda rasa anda dapat EMAS anda? PIDM akan cover? Mereka hanya cover cerita sahaja. Be wise. BUY PHYSICAL GOLD! NOT PAPER GOLD. PAPER GOLD = PAPER TOILET.

5. Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas

Menjual emas tanpa sebab yang kukuh.Saya selalu ajar client saya,juallah emas bila : -nak berbisnes (perlu modal) -beli rumah -beli tanah -terdesak (pilihan lain,boleh pajak jika mampu tebus)

Lagi satu ramai yang suka trade in,sebenarnya rugi.Saya memang tak sarankan sebab dari nak menambah simpanan emas,tapi semakin berkurangan pula. Ramai juga yang asal harga tinggi je jual,sedangkan dia tak perlu jual pun.Simpan lebih lama,dan jual bila perlu sahaja.

Anda akan rugi kalau tak simpan lebih 5-10 tahun dan jual sebelum harga emas naik berbanding harga yang anda beli.
Harga emas naik untuk jangka masa panjang – 12 tahun ( 2000-2012 )

6. Terlibat dengan ar rahnu tanpa sebab munasabah

Ar rahnu hanyalah tempat untuk anda pajak bila perlu.

Sistem 30:70 -manipulasi untuk tambah emas tanpa terkawal -pajak berulang kali. Gunakanlah kemudahan ar rahnu untuk keperluan dan modal bisnes,bukan untuk perkara di atas.

7. Beli emas sadur /palsu

Memang trend ada orang suka emas Z*****.Adakah anda hanya suka berhias semata-mata?Tak nak ke sambil melawa sambil dapat menyimpan aset? Dengan beli barang kemas diperbuat dari emas tulen,anda bukan sahaja dapat melawa,tapi dapat tambah aset.

Mudah bukan? Emas sadur pun boleh tahan mahal,baik beli barang kemas tulen,harganya makin naik,emas sadur,kat mana boleh jual?

Lagi satu,anda boleh rugi kalau terbeli emas palsu. Macam mana nak check ketulenan emas,pastikan anda dapat resit dari pembeli,dan check di mana-mana ar rahnu atau kedai.

sumber – internet

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>