Bahang Emas Sama Panas Dengan Kempen PRU13

KOTA BHARU – Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini, orang ramai khususnya kaum wanita Kelantan, tidak melepaskan peluang membeli barang perhiasan berikutan harga emas turun sejak minggu lepas.

Harga emas jenis 916 yang menjadi pilihan penggemarnya, turun kepada RM380 bagi 2.7 gram, berbanding RM420 untuk 2.7 gram sebelumnya.

Tinjauan Bernama mendapati seawal 9 pagi, pengunjung mula membanjiri kedai-kedai emas di sekitar bandar Kota Baharu, malah ada yang sanggup beratur sebelum waktu perniagaan bermula.

Pekerja Kedai Emas Wan Hassan Wan Omar, Wan Ahmad Salihan Wan Mohd Zaki, 18, berkata orang ramai mula menyerbu kedai milik keluarganya itu selepas berita harga emas turun, disiarkan akhbar.

Susulan itu, Wan Ahmad Salihan berkata operasi kedai itu yang ditutup 5.30 petang setiap hari, kini dilanjutkan sehingga 7 malam.

“Suasana bertambah meriah pada hari minggu sebab orang datang tak putus-putus. Kalau waktu kerja orang hanya datang pada masa rehat,” katanya ketika ditemui di sini.

Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah rantai, gelang dan loket selain barangan kemas yang ditempah mengikut kehendak mereka.

Penggemar rantai dan gelang, Rozilawati Sallehuddin, 41, berkata beliau tidak kisah berbelanja besar untuk mendapatkan barangan kemas kerana ia tidak mudah susut nilai.

“Emas ni pelaburan. Beli banyak kemudian boleh jual bila harga dia naik semula, kadang-kadang tu sampai dua kali ganda daripada harga asal,” katanya.

Nik Mahani Nik Abdullah, 55, berkata emas Kelantan mempunyai keunikan tersendiri kerana mendakwa kualitinya lebih tinggi berbanding tempat lain.

Meminati emas sejak 30 tahun lepas, Nik Mahani berkata beliau biasanya akan membuat tinjauan harga serta mencari reka bentuk terbaharu barangan kemas sebelum membuat sebarang pembelian.

“Kalau tak jumpa yang berkenan, saya akan buat tempahan di kedai emas untuk disesuaikan dengan pergelangan tangan saya yang kecil. Walaupun mahal sedikit, tak apa, janji puas hati,” katanya.- Bernama

Nilai Undi Ibarat Emas Kali Ini

SANDAKAN: Beberapa orang gadis sedang melihat melalui paparan kaca. Seorang wanita mencuba seutas rantai tangan emas, rakannya pula mengangguk tanda setuju.

“Saya tidak gemar bergambar. Jangan rakam gambar saya,” kata lelaki pertengahan umur di belakang kaunter.

“Jangan risau pak cik, pak cik nampak baik sahaja,” saya berkata menggunakan pertuturan Mandarin yang tidak lancar cuba memujuk Encik Liang ditemuramah menggunakan kamera.

“Saya cuma ingin tahu apa yang dimahukan penduduk Sandakan terutamanya kaum Cina,” saya mencuba nasib.

Selepas beberapa cubaan, kami hanya dapat merakamkan gambar dia melakukan tugasnya sebagai tukang emas.

Kedai Emas Kaw San III terletak di tengah Bandar Lila di Sandakan. Satu diantara beberapa kedai emas yang terdapat di situ.

“Kami telah menjalankan perniagaan selama tiga generasi,” kata Liang Bing Koon yang akhirnya setuju untuk ditemubual, dengan syarat tidak dirakam.

Dia berkata dia tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.

“Setakat ini tiada masalah menjalankan perniagaan di sini. Perniagaan berjalan baik,” dia berkata sambil membetulkan kedudukan cermin matanya.

“Jadi, adakah pak cik akan keluar mengundi nanti?” saya bertanya.

Dia hanya mengangguk kepalanya.

“Tidak berminat,” dia menjawab dengan hambar.

“Sekiranya pak cik perlu mengundi. Siapa yang akan dipilih?” saya bertanya untuk cuba mendapatkan jawapan kepada mitos yang mengatakan kaum Cina terutamanya di kawasan bandar akan mengundi pembangkang.

“Saya akan mengundi BN demi kestabilan,” dia menjawab selepas berfikir sejenak.

“Untuk menjalankan perniagaan memerlukan suasana yang aman dan stabil. Tanpa kestabilan perniagaan akan terjejas,” dia menambah.

“Saya fikir kebanyakan kaum Cina akan memilih DAP atau SAPP bukan?” saya bertanya.

“Mungkin itu pilihan peribadi mereka?” katanya yang merenung menerusi cermin matanya yang hampir jatuh.

“Boleh saya mengambil gambar? Saya menulis untuk laman web dan pak cik tidak mahu ditemuramah menggunakan kamera,”.

Dia akhirnya bersetuju tetapi dengan syarat gambarnya diambil bersama dua orang pekerja wanitanya.

Jelas sekali dia tidak gemar bergambar.

Pengundi kaum Cina terdiri daripada 53% dari pengundi di Sandakan. Sekiranya mereka semua keluar mengundi , mampu membawa perubahan besar.

Seperti emas di dalam kedai emas ini, undi mereka sangat bernilai.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew mempertahankan kerusi parlimennya di Sandakan. Dia menang dengan majoriti tipis dengan hanya 176 undi pada 2008.

Di bawah parlimen Sandakan pula terdapat dua kerusi negeri iaitu Tanjong Papat dan Elopura, yang dimenangi Parti Progresif Sabah (SAPP) yang berada di bawah Barisan Nasional (BN) sehingga mereka menarik diri dari BN dalam pilihan raya sebelum ini.

“Berapa harga emas di sini?” saya bertanya kepada Pakcik Liang.

Dia menunjukkan harga emas untuk setiap gram yang dipaparkan, “RM170”

“Wow, harga di Kuala Lumpur telah jatuh kepada RM135 segram!” saya berkata.

“Harga emas di sini masih tinggi,” dia menjawab lebih bersemangat berbanding apabila doajak berbicara tentang pilihan raya. – Astro Awani

Harga Emas Jatuh

KUALA LUMPUR , April – Harga emas yang jatuh sejak beberapa hari lalu merupakan peluang terbaik untuk orang ramai membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk tetapi peluang kepada pelabur baharu.

Katanya, walaupun harga jatuh pada tahap yang rendah dalam sejarah, namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi sejak sekian lama.

“Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas sementara harga masih rendah, terutamanya bagi pembeli baharu.

“Menurut sumber-sumber yang dipercayai, sejak beberapa hari lepas, orang ramai dari negara-negara Asia di rantau ini telah bergegas ke kedai emas untuk membeli emas menyebabkan kebanyakan kedai kehabisan stok.

“Ini kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset pelindung yang selamat dan berguna semasa kesusahan. Emas adalah mata wang yang tidak boleh dimanipulasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.

Kejatuhan harga emas itu mengakibatkan ramai pelabur veteran terkejut dan mungkin telah menyebabkan kerugian bagi sesetengah pelabur.

Namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi buat kian lama yang menyebabkan ramai tidak mampu untuk memilikinya.

“Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.

“Kini harga emas telah jatuh, membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki emas, terutama bagi pembeli baharu yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan,” ujarnya.

Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka. -Utusan

Ciri-ciri Pelaburan Emas Yang Baik

1. Harganya Berpandukan Harga Sebenar Dunia (Realtime Price/Live Price).

Pada setiap masa, harga BELI dan JUALAN SEMULA selaras dengan KENAIKAN dan PENURUNAN harga Emas yang didagangkan sepanjang 24 jam di pasaran antarabangsa. Bermakna penjual akan mengemaskini harganya sepanjang masa.

Lebih kerap penjual mengemaskini harga mereka, bermakna lebih hampir harganya dengan harga sebenar di pasaran antarabangsa dan hanya dengan cara ini anda dapat melakukan pelaburan berpandukan harga emas yang sebenar tanpa dimanipulasi oleh penjual.

Anda boleh melihat paparan harga emas dunia di laman web kitco.com atau goldprice.org.

2. Boleh Dibeli Dan Dijual Bila-Bila Masa.

Harga emas yang selaras dengan harga dagangannya spanjang 24 jam di pasaran antarabangsa hanya akan memberi kelebihan jika kita juga boleh membeli dan menjual emas yang dibeli sepanjang tempoh 24 jam juga.

Ini kerana sepanjang tempoh 24 jam itu harga emas akan bergerak naik dan turun, bererti kita juga akan berpeluang untuk membuat belian jika harganya turun, dan berpeluang untuk segera menjualnya kembali jika harganya naik semula pada hari yang sama.

Sebaiknya, elakkan membeli dari penjual yang hanya menetapkan tempoh-tempoh tertentu untuk berurusan kerana ia akan menyebabkan kita terlepas peluang membeli ketika harga rendah dan peluang menjual semula ketika harganya tinggi.

3. Kunci Harga Belian dan Jualan Semula (Price Booking/Price Locking).

Setakat ini belum ada penjual emas yang membuka perniagaannya berterusan 24 jam, yang ada hanya 7 Eleven.. : )

Tetapi ada penjual yang menawarkan perkhidmatan untuk urusan tertentu sepanjang masa 24 jam, dan biasanya ia melibatkan urusan membuat pesanan untuk membeli ataupun pesanan untuk menjual semula.

Contoh, saya ingin membeli emas sekarang ini, pada pukul 1 pagi kerana harganya rendah, jadi saya hanya perlu membuat pesanan dahulu untuk “Kunci Harga atau Locking Price”.

Esoknya baru saya akan pergi kepada penjual tersebut, membuat bayaran dengan harga sama yang saya telah Lock sebelumnya dan terus mengambil emas tersebut. Begitu juga untuk urusan jualan semula.

Jadi pastikan kita boleh melakukan Price Booking ketika membeli, dan juga Price Booking ketika menjualnya semula.

4. Cara Membuat Pesanan Belian Dan Jualan Semula Yang Fleksibel.

Ada pelbagai cara pesanan yang ditawarkan oleh penjual emas untuk memudahkan urusan ini. Paling baik jika kita boleh melakukannya melalui pelbagai medium perhubungan yang pantas seperti melalui SMS, telefon, email ataupun secara online.

Pilihan yang banyak akan memudahkan anda untuk melakukan transaksi samaada urusan belian atau jualan semula.

5. Urusan Membeli Dan Menjual Semula Mudah

Keuntungan dari Pelaburan Emas diperolehi semasa kita menjualnya semula pada ketika harganya naik lebih tinggi berbanding harga ia dibeli. Lebih kerap kita membeli dan menjualnya semula, bermakna lebih kerap kita meraih keuntungannya.

Jadi jika urusan membeli dan mengambil stok emas itu mudah, serta urusan untuk kita menghantar emas itu kepada penjual asal bagi tujuan menjualnya semula juga mudah, ia akan memudahkan pelaburan dan juga memudahkan proses kita menjana keuntungan.

Sebaiknya pilih penjual yang beroperasi berhampiran dengan lokasi kita supaya kita mudah untuk mengambil emas itu, dan mudah juga untuk menjualnya semula.

6. Spread (Potongan Harga/Susut Nilai) Rendah.

Kebiasaannya, bila kita menjual semula emas kepada penjual asalnya atau kepada penjual yang lain, kita akan dikenakan potongan harga yang dinamakan “Spread”.

Sama juga seperti kita menjual semula atau trade-in emas dalam bentuk barangan kemas, cuma istilah yang biasa digunakan untuk barang kemas adalah susut nilai.

Justeru, memilih emas yang potongan harganya lebih rendah akan lebih menguntungkan.

Beli Barang Kemas atau Beli Gold Bar Untuk Pelaburan ?

Ramai yang tertanya – tanya mana satu lagi ok, beli barang kemas atau beli gold bar untuk pelaburan ? untuk menjawab persoalan ini pertamanya kita kena lihat kelebihan dan kekurangan barang kemas sebagai pelaburan serta kelebihan dan kekurangan gold bar sebagai pelaburan.

Kelebihan Barang Kemas Sebagai Pelaburan :

  • Semestinya barang kemas di bentuk supaya nampak cantik dan sesuai untuk digayakan oleh si pemakai, jadi pelaburan melalui barang kemas memberi kepuasan kepada pembeli kerana dapat memaksimunkan penggunaan emas yang dibeli iaitu boleh dipakai dan digayakkan.
  • Barang kemas boleh dijadikan sumber mendapatkan cash segera dan sumber modal untuk perniagaan yang terbaik kerana ianya boleh digadaikan di Arrahnu untuk mendapatkan cash. Sebaiknya belilah barang kemas berketulenan 999 kerana nilainya tinggi jika dibandingkan dengan emas 916.
  • Emas dalam bentuk barang kemas mempunyai nilai sentimental value yang tinggi dan mengerat kasih sayang diantara pemberi dan penerima, menjadikan ianya akan disimpan lama bagi menghargai sentimental value tersebut dan secara tidak langsung telah menjadi pelaburan jangka panjang yang baik.
  • Sepanjang masa harga barang kemas semakin meningkat harganya, cuba imbas kemabli berapakah harga barang kemas semasa perkahwinan ibu bapa kita dahulu dan bandingkan dengan harga sekarang, barang kemas boleh dijual apabila harga meningkat.

 

Kekurangan Barang Kemas pula adalah :

  • Harga barang kemas biasanya lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga gold bar, biasanya harga dijual harga FGJAM namun ada juga yang dijual rendah daripada harga FGJAM.
  • Kos upah (workmanship) menyebabkan harga barang kemas agak tinggi berbanding gold bar, semakin cantik design semakin sukar barang kemas untuk dibentuk maka semakin tinggilah kos upahnya.
  • Disebabkan ianya adalah untuk perhiasan pengguna biasanya terpengaruh untuk membeli emas yang mempunyai batu permata yang tidak diambil kira dalam menimbang berat emas semasa barang kemas hendak dijual nanti.
  • Susut nilai barang kemas juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan gold bar iaitu diantara 20% – 40%  kerana apabila keluar sahaja daripada kedai emas ianya  telah dikira used gold.
  • Barang kemas berfesyen juga mudah rosak (putus, bengkok, kemek) dan menjadikan nilai susutnilai semakin tinggi kerana dikira sebagai emas rosak.

 

Kelebihan Gold Bar sebagai pelaburan :

  • Harga Gold Bar biasanya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang kemas jadi ianya pelaburan yang baik.
  • Gold Bar lebih mudah untuk disimpan berbanding barang kemas, bentuknya yang kecil dan simple membolehkan ianya disimpan mengikut kreativiti masing-masig asalkan iannya selamat dan tidak hilang.
  • Susut nilai Gold Bar biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan barang kemas kerana ianya adalah emas jenis solid dan berketulenan 999 (24 K).
  • Gold Bar juga lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak seperti barang kemas, jadi nilai nya sentiasa dapat dikekalkan tanpa perlu bimbang susut nilai tambahan kerana kerosan seperti yang wujud pada barang kemas.
  • Perbezaan jual beli (spread gold bar) juga lebih rendah iaitu sekitar 5%-8% berbanding barang kemas sekitar 10% – 30%. perbezaan yang tinggi menyebabkan pelabur lambat mendapat keuntungan.
  • Dari segi target untuk jualan semula, gold bar lebih besar marketnya kerana pembeli boleh terdiri daripada kaum lelaki dan juga perempuan, sementara barang kemas biasanya target market lebih kepada kaum wanita.

 

Kekurangan Gold Bar sebagai pelaburan :

  • Oleh kerana ianya bukanlah untuk tujuan perhiasan , pembeli tidak dapat merasai kepuasaan pemakaian sebagaimana barang kemas, ianya tidak boleh dipakai dan cuma dibeli untuk disimpan.
  • Jika dahulu Gold Bar boleh di gadai atau dipajak di arrahnu tetapi sekarang kebanyakan intitusi arrahnu tidak lagi menerima Gold Barsebagai gadaian bagi mendapatkan tunai segera. Ini meyebabkan penyimpan Gold Bar tidak boleh memanipulasi arrahnu untuk mendapat tunai segera.
  • Walaupun pada dasarnya Gold Bar mempunyai spesifikasi berat dan ketulenan yang sama namun syarikat pengeluar biasanya membeli Gold Bar keluaran syarikat lain lebih rendah daripada Gold Bar keluaran syarikat mereka sendiri, jadi pembeli perlulah menjual kembali Gold Bar mereka kepada syarikat pengeluar bagi memaksimunkan keuntungan.
  • Gold biasanya didatangkan bersama sijil ketulenan dan no siri unik yang tersendiri, kehilangan sijil ketulenan boleh menyebabkan penyusutan harga Gold bar anda atau dikenakan penalti oleh syarikat pengeluar dan ianya mengurangkan keuntungan anda.

Jadi beli barang kemas atau beli gold bar untuk palaburan adalah lebih baik ? nasihat saya adalah ianya bergantung kepada tujuan dan situasi kewangan anda, bagi pelabur biasa yang mempunyai saving yang stabil dan tidak perlu untuk mendapatkan tunai segera, membeliGold Bar sebagai pelaburan adalah yang terbaik untuk anda, sementara bagi pelabur yang kadangkala memerlukan tunai segera untuk pusingan modal membeli Barang Kemas adalah terbaik untuk anda kerana di kala memerlukan tunai segera bagi tujuan modal perniagaan anda boleh menggunakan stok barang kemas untuk di pajak di Arrahnu bagi mendapatkan tunai segera, namun harus diingat disiplin amat penting bagi memastikan barang kemas anda dapat ditebus semula setelah memperoleh keuntungan daripada perniagaan anda.

Berikut adalah tips untuk memaksimumkan keuntungan daripada Barang Kemas :

  1. Beli barang kemas pada harga yang murah, survey dulu harga dibeberapa kedai untuk mendapatkan barang kemas pada harga termurah.
  2. Pastikan anda membeli barang kemas yang kos upah (workmanship) nya terendah, sila buat survey kos upah di beberapa buah kedai sebelum membeli.
  3. Dinasihatkan beli barang kemas berketulenan 24 K (999) atau yang paling rendah 22 K (916) bagi memaksimunkan nilai pinjaman apabila di pajak nanti.
  4. Beli design jenis padu dan tebal, elakkan beli yang design berchrome, berloceng , ada batu permata , jenis hollow kerana ianya akan mengurangkan timbangan dan kemungkinan emas anda di downgrade di arrahnu.
  5. Beli barang kemas daripada kedai emas atau syarikat pengeluar yang membeli kembali barang kemas anda pada harga yang tinggi, (spread yang rendah).
  6. Kalau nak best lagi, beli sahaja barang kemas terpakai yang biasa nya lebih murah, arrahnu tidak menilai berapa harga barang kemas anda semasa di beli , baru atau terpakai, yang dinilai oleh arrahnu adalah ketulenan dan berat barang kemas tersebut.

Orang Sibuk Menjual, Orang Bijak Sibuk Membeli.

Selepas peristiwa 11 September berlaku kegawatan ekonomi. Ramai yang hilang pekerjaan. Sewa rumah menjadi rendah. Berikutan itu harga rumah menjadi rendah. Ramai yang menjual rumah mereka dengan harga yang rendah. Pada ketika itu sesiapa yang mempunyai cash money mereka membeli rumah yang murah-murah itu. Apabila ekonomi pulih kembali, harga rumah kembali pulih kepada harga asal yang tinggi.

Pada masa itu yang membeli ketika rendah, sekarang menjadi jutawan. Keadaan yang sama berlaku hari ini kepada emas. Apabila harga emas menjadi rendah orang ramai menjadi panik. Mereka melepaskan pegangan mereka terhadap emas. Orang yang bijak dan mempunyai cash money akan mengambil kesempatan membeli emas-emas yang dijual murah. Berdasarkan itu, inilah masa yang tepat untuk pelaburan emas. Orang awam sibuk menjual, orang yang bijak sibuk membeli.

Tersangatlah ruginya jika anda tidak memulakan pelaburan/simpanan emas dan perak ketika ini. Harga “tidak normal’ seperti ini sangat jarang berlaku dan mungkin kali terakhir rendah sebegini. Amerika sekarang sudah kehabisan emas dan perak, mereka sudah menjadi pengimport. Mereka cuba memborong sebanyak-banyaknya emas dan perak pelabur yang takutkan harga jatuh ini. Selepas itu harga melonjak semula ke paras sebenar, Gold sepatutnya pada paras $2000-$2500/oz dan perak $50-$200/oz. Bertindak sebelum terlambat.

Tips Pelaburan Emas Melalui Teknik Arrahnu

Sejak kesedaran masyarakat tentang kepentingan pelaburan emas semakin meningkat , bermacam – macam jenis teknik pelaburan muncul di mana tujuan utamanya adalah untuk memboleh kan seseorang membeli dan mengumpul stok emas sehingga kadang kadang melangkaui kemampuan pelabur itu sendiri. Teknik yang paling popular adalah menggunakan kemudahan Arrahnu untuk mendapatkan pinjaman yang akan digunakan pula untuk menambah stok emas.

Ada yang membeli emas dengan wang simpanan yang sudah cukup untuk membeli emas dan kemudian baru menggadaikannya untuk mendapatkan pinjaman daripada Arrahnu dan kemudian menggunakan wang pinjaman tersebut untuk membeli stok emas baru . Dan ada juga yang cuma membayar 35% daripada harga emas kepada penjual dan kemudiannya menggadaikan emas yang diterima daripada penjual kemudian baru melangsaikan baki 65% harga emas yang dibeli olehnya.

Terdapat dua khilaf terhadap hukum pembelian secara 35%-65% ini. Ada pendapat yang mengatakan ianya harus dan ada yang mengatakan ianya haram sama sekali. Namun topik kali ini bukanlah untu membincangkan hukum halal haram cara jual/beli tersebut kerana saya bukanlah org yang layak untuk membincangkan hukum jual beli tersebut.Apa yang saya ingin bincangkan adalah tips dan nasihat kepada mereka yang menggunakan kemudahan arrahnu untuk membeli emas.

Pertamanya jangan gunakan kesemua wang simpanan tunai untuk pelaburan emas kerana walaupun emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila bila masa namun harus diingat kita biasanya akan menjual emas pada harga yang kurang menarik atau lebih rendah daripada nilai belian kita apabila memerlukan wang dalam keadaan terdesak atau kecemasan. Jadi seeloknya simpanlah juga wang tunai untuk kegunaan di masa kesusahan atau kecemasan. Jadi jangan terlalu ghairah untuk menambah stok emas sehinggakan kesemua wang tunai ditukarkan kepada emas dan sehingga sanggup menggunakan teknik 35% – 65 % demi untuk menambah pembelian emas. Belilah ikut kemampuan anda, harus diingat teknik 35% – 65% bukannya sesuai untuk sesiapa sahaja tapi perlulah di teliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum diaplikasikan.

Jangan terlalu taksub atau mudah mempercayai janji-janji manis ejen jualan emas yang menjanjikan emas pada harga murah dengan pulangan yang terlampau tinggi. Buat perbandingan harga dahulu sebelum membeli daripada ejen – ejen, ini kerana ada ejen -ejen yang tidak jujur dan mengambil kesempatan keatas pembeli terutamanya mereka yang baru hendak berjinak jinak dengan pelaburan emas. Janji kenaikan harga emas tahunan secara puratanya 30% setahun juga perlu diteliti, pengiraan perbezaan harga jual beli perlu diambil kira, biasanya spread adalah diantara (5-15%), jadi pilihlah emas yang mempunyai spread yang rendah bagi memaksimumkan keuntungan pelaburan . Upah simpanan arrahnu juga perlu diambilkira jika menggunakan perkhidmatan ar-rahnu semasa pembelian.

Jangan kerap melakukan over lapse hutang setiap kali harga emas naik ataupun setelah tamat tempoh 6 bulan gadaian kerana dikhuatiri pada satu tahap apabila hargta emas jatuh anda sudah tidak boleh lagi untuk over lapse dan tidak mempunyai tunai untuk membayar upah simpan. Memang emas anda akan dilelong dan sebarang lebihan setelah ditolak upah simpan akan dikembalikan namun harus diingat nama anda akan diblacklist untuk beberpa bulan barulah anda boleh kembali menggunakan khidmat arrahnu, tidakkah ianya menyusahkan anda sebenarnya.

Dinasihatkan bayar upah simpan dengan wang sendiri kerana kita cuma perlu membayar upah simpan asal dan boleh mengekalkan upah simpan asal berbanding dengan mereka yang selalu over lapse yang perlu membayar upah simpan baru. Kalau ada duit lebih, cuba untuk membuat bayaran secara bulanan kepada pihak arrahnu dan tidak menunggu sehingga tamat tempoh 6 bulan pertama. Jadikanlah pembelian Emas sebagai salah satu bentuk simpanan paksaan yang boleh memberi keuntungan di masa depan.

Jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi harga dan membuat panic selling kerana ianya boleh merugikan anda . Jika tiada keperluan mendesak untuk menjual emas anda , simpanlah emas tersebut walaupun terdapat spekulasi yang mengatakan harga emas akan jatuh gila-gila kerana lambat laun harga emas akan naik kembali lebih lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin parah sekarang.

Setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri, jadi buatlah kajian dan belajar dari mereka yang telah berpengalaman tentang naik turun pelaburan emas sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan pelaburan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan .

Penjual Emas Rugi RM96,000

HULU SELANGOR – Seorang penjual emas rugi RM96,000 apabila dirompak tiga lelaki ketika dalam perjalanan untuk berjumpa pelanggannya dekat Batang Kali di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kejadian pukul 11.40 pagi itu berlaku apabila mangsa didatangi tiga suspek bersenjatakan parang dan pisau sebaik turun dari kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Pajero.

Katanya, turut berada dalam 4WD itu ialah seorang rakan mangsa.

“Salah seorang suspek kemudian menarik baju dan menolak mangsa hingga jatuh sebelum memijak dada dan mengacukan parang di lehernya.

“Dua lagi rakan suspek kemudian pergi ke kereta dan memegang rakannya sebelum melarikan sebuah beg galas yang mengandungi wang RM90,000 dan emas bernilai RM6,000,” katanya.

Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Wira yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menurut Norel Azmi, siasatan mendapati mangsa pergi ke situ untuk menemui pelanggannya yang ingin menebus emas di sebuah premis pajak gadai.

Polis masih menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Permohonan Maaf Astro Awani

Pada 18 Mac lalu, Astro Awani telah menyiarkan laporan khas mengenai pelaburan tidak sah dan skim cepat kaya. 

Dalam laporan berkenaan, kami telah secara tidak sengaja menyiarkan beberapa visual sijil dinar, dinar emas dan jongkong emas yang tertera logo dan nama Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd.

Kenyataannya, Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd tidak terlibat langsung dengan kegiatan haram itu.

Kami dengan ikhlas kesal dengan penyiaran itu kerana berkemungkinan memberi pemahaman salah kepada penonton mengenai syarikat berkenaan.

Astro Awani

Kepentingan Tabung Pendidikan Anak-Anak

Antara kelebihan TERPENTING pendidikan anak melalui pelan takaful ialah:

Menyediakan perlindungan nyawa untuk anak anda di samping membina dana atau simpanan pendidikan.

Menyediakan perlindungan nyawa dan kewangan terhadap ibu bapa agar anak anda terus mendapat manfaat simpanan jika

i ) Ibu bapa mengalami hilang upaya atau kehilangan nyawa.

ii ) Pilihan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.

iii ) Sebagai Ganjaran untuk kecemerlangan akademik anak anda.

Mereka juga mempunyai pilihan untuk mengeluarkan dana atau simpanan untuk menampung kos pendidikan.
Merancanglah pendidikan anak-anak anda dengan Pelan Yang Bijak.

Jika belum ada perancangan, anda MESTI DAPATKAN pelan PruBSN SmartLink ini segera. Melalui pelan bijak ini, anda boleh menarik nafas lega bagi sebarang kemungkinan berkaitannya.

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang lebih stabil untuk anak anda.

Pelan ini juga menghargai pencapaian bagi kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya iaitu Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda seawal usia 14 hari selepas lahir. PruBSN SmartLink juga fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Di samping itu, pelan ini juga memberikan ganjaran Bonus Loyalti sekiranya anda membuat bayaran secara konsisten.

satu pelan simpanan untuk anak-anak komprehensif yang hampir menyeluruh dalam membantu sistem kewangan keluarga dan anak-anak demi masa depan pendidikan, kesihatan dan simpanan hari kemudian mereka.