

















Adakah Harga Emas Akan Kembali ke USD 1100 ?
Berita dari Bloomberg (Date 21st May 2012)
Banyak spekulasi-spekulasi yang dikeluarkan dengan kejatuhan harga emas pada tahun ini yang mencatat 17%.
Adakah betul emas sedang mengalami zaman kejatuhan dan akan harga nya akan mencecah USD1100 per ounce.
Kalau anda yakin ekonomi US akan pulih maka kemungkinan besar emas boleh jatuh pada USD1100. maka jualah emas yang anda ada sekarang supaya tidak mengalami kerugian yang besar.
Tapi sebelum anda jual cuba lihat dulu hutang US dalam gambar dibawah

Hutang US pada masa kini telah mencecah USD15.7Trillion (22thMay 2012) , pada tahun 2000, hutang US hanyalah sekitar 5.7Trillion Dollar. sumber http://www.usdebtclock.org/
Kalau dengan hutang US yang bertambah dan banyak, emas tetap menjadi pilihan sebagai “WEALTH PROTECTOR” jadi simpanlah emas untuk mengelakkan kekayaan anda susut sepertimana susutnya nilai duit kertas.

Setelah hampir 8 bulan harga emas buble. Naik turun tidak menentu. Kita dapat membaca trend emas. Sangat beruntung kepada yang suka mengkaji trend graf emas kerana ia dapat membuat keuntungan melalui naik dan turun emas.
Berapa maklumat cara untuk membaca trend graf harga emas…
1- kita perlu melihat garis support dan resistant pada graf.
2- biasanya apabila cubaan untuk melepasi garis SUPPORT dan RESISTANT,harga emas akan naik dan turun dengan cepat.
3- pada garis SUPPORT dan RESISTANT inilah peluang terbaik untuk MEMBELI dan MENJUAL emas anda.
Keadaan yang berlaku sekarang harga emas telah TIGA KALI cuba melepasi garis support tetapi GAGAL. Ini bermakna harga emas akan naik laju selepas ini. Situasi ini berlaku disebabkan USD yang tidak mampu lagi menyaingi PERMINTAAN emas dunia. USD juga mengalami kejatuhan disebabkan persaingan dengan ekonomi negara CHINA dan keaadan EKONOMI negara EROPAH yang TIDAK MENENTU. Setelah KEJATUHAN EKONOMI negara GREECE, SEPANYOL pula menunjukkan keadaan EKONOMI yang MERUDUM.
NASIHAT SAYA; BELILAH EMAS SEKARANG. KETIKA HARGA MASIH RENDAH SEBELUM HARGA MELAMBUNG TINGGI. Dalam masa SEHARI harga EMAS menunjukkan KENAIKAN HAMPIR 70USD/0z.
(Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu beritahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!)
Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.
Dan hal ini mungkin juga hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas, perak itu untuk menindas orang miskin, membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.
Manakala, bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka. Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini, tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.
Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.
Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.
Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!
Bezanya, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu.
Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran tadi.
Harga emas melonjak hari ini (21/05) di perdagangan Asia yang mulai tampak bersemangat. Namun kenaikan harga emas masih terhad oleh laporan yang menyatakan bahawa The Fed tidak akan melakukan pengenduran dalam polisi.
Di bahagian Comex New York Mercantile Exchange, emas yang dijangka untuk penghantaran Jun naik 0,16 peratus menjadi1.594,45 dolar per ounce. sepanjang sesi ini, pasaran terendahnya berada di 1.590,25 dolar per ounce dan kitaran tertingginya di 1.597,35 dolar per ounce.Minggu lalu, The Fed mengeluarkan kenyataan bahawa The Fed memutuskan hanya akan memberikan dana rangsangan jika perkembangan ekonomi AS menunjukkan tanda-tanda lemah.
Dengan adanya pengenduran dalam polisi tersebut membuat harga emas naik dan dolar lemah. Komen dari The Fed tersebut membuat emas kembali melonjak setelah lemah beberapa minggu terakhir diAsia.
Masih di bahagian Comex, perak yang dijangka untuk penghantaranJulai turun 0,45 peratus menjadi 28,587 dolar per ounce. Mnakala Tembaga yang dijangka untuk penghantaran Julai naik 1,21 peratus menjadi3,485 dolar per pon.

(Vibiznews – Commodity) – Pada perdagangan elektronik hari ini (21/05) harga emas masih dalam lanjutan proses kenaikannya . Harga emas kembali menguat untuk tiga hari berturut-turut mengikuti pergerakan saham Euro yang juga menguat dengan cukup stabil terhadap dolar AS.
Pada pertemuan kelompok G8 akhir minggu lalu para pemerintah negara-negara kelompok G8 telah berkomitmen untuk memerangi krisis kewanngan global saat ini. Kelompok G8 juga berkomitmen untuk menolong Greece supaya tetap menjadi anggota Euro kerana dengan keluarnya Greece,ianya akan memberikan kesan yang teruk kepada pasaran benua eropah.
Hari ini harga emas spot nampak masih bertahan . Harga emas spot menguat di posisi 1596.85 poin, naik sebesar 4.40 dolar dibandingkan posisi penutupan perdagangan akhir minggu lalu. Harga emas hari ini sekaligus menjadi yang paling tinggi sejak 10 Mei lalu.

Sebelum saya mula eloklah saya terangkan dahulu, bahawa nukilan di bawah ini bukanlah suatu fakta yang anda boleh percaya 100%, tetapi nukilan ini terhasil dari pengalaman pengalaman berbual bual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, orang tak dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon dan sms.
Kenapa saya letak perkataan melayu di atas? Sebabnya saya belum pernah lagi berbual dengan orang bukan Melayu tentang emas.
Antara perkara yang biasa saya dengar bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:
1) Takut kena zakat.
Yup, ini duduk “ranking” no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti “mengeluh” atau “takut” kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.
2) Takut kena rompak, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan
Ini pun selalu saya dapat feedback.Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada. Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga? Baru baru ini saya telah kehilangan 2 penutup tiub tayar motor, selepas 4 hari motor saya dibiarkan di tempat yang sama di suatu tempat letak motor tempat saya bekerja.
Eh apa kaitan penutup tiub motor tuh dengan emas bro, lu biar betul !!!!!!
Apa yang nak saya terangkan, setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko risiko tersebut dari terjadi . Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit2 bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas tuh dah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tuh. Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik.Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.
eh jap, apa kaitan tiub moto tadi dengan simpan emas. Kaitannya, saya sudah tahu risiko parking di situ, tetapi saya boleh minimumkan risiko risiko kerosakan atau kehilangan dengan mencari kawasan kawasan yang terang, dekat dengan pintu pagar keluar masuk pekerja, memasang “extra” lock pada roda dan seangkatan dengannya.
3) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli, rasa rugi bila jual semula
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Saya tak salahkan mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.
Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.
Apa yang saya dapati, kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.
Dan bila hanya tahu kedai emas sahaja boleh emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja, di mana, harga emas terpakai adalah 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.
4) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.
5) Takut bila emergency, susah nak “cairkan” pada wang kertas.
Jangan bimbang, selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki “ibu duit”. Dengan kemudahan pajakan “Arrahnu”, di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.
6) Takut susah nak bahagi2 pada anak2 bila kita dah mati nanti
Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku di kalangan orang yang saya kenali.
Ibunya telah meninggal dunia dan meninggalkan ± 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta tersebut secara adil.
Saya bagi 3 solusi pada mereka:
1) Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi samarata
2) Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah gram keseluruhannya(tapi cadangan ini sukar nak dibuat sebab ketulinan barang kemas berbaza dalam kes ini)
3) Salah seorang Pajak di Arrahnu, ambil duit tersebut dan bayar duit pada seorang lagi dengan harga nilaiaan separuh dari nilai marhun emas yang dipajak tersebut kemudiaan tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.
Kawan saya memilih pilihan no 1 kerana beliau tidak beani mengambil risiko berhutang dan cara 1 adalah paling mudah.
Bagaimanapun,di sebalik cerita di atas,saya ingin menggambarkan betapa beruntung kawan saya dan abangnya kerana ibunya meninggalkan emas untuk mereka. Kerana 30-40 tahun dahulu, seandainya arwah ibunya menyimpan sbg contoh rm 1000, apakah nilai kertas rm 1000 bertambah? rm 1000 tetap rm 1000 tetapi nilai atau kuasa beli nya semakin berkurangan. Berbeza dengan emas fizikal, harganya meningkat saban tahun, menjadikannya pelindung inflasi harta kekayaan kita. Jadi lebih baik simpan emas, jika memang anda berhajat untuk mewariskan harta pada anak anak anda nanti.
7) Takut bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untuk buat investment je(bg kes barang perhiasan la)
Ok, saya pun tak tahu bagaimana nak bagi nasihat. Pada saya, kalau saya di tempat suami tersebut, saya akan bagi penerangan awal2,
dengan buat2 muka comel dan suara manja2 gitu.
Suami mithali,”ayang, yang rantai ni abg hadiahkan utk ayang, ni ayang punya tau…yang rantai tangan tu abang punya tau, itu”investment” abang, tapi kalau ayang nak pakai jugak pakailah, abang tak kisah, janji ayang jaga elok2 ye”…
dan mungkin anda akan dapat jawapan ni
Isteri mithali , “Ya Allah abang, susah2 aje abang nie, tapi abang dah offer tak baik tolakkan hihihi”
ataupun
Isteri cemburu buta,” Investment? investment ape kebendanyer abang ? Invest nak kawin lagi satu ????!!!”
Haha.Sekian sahaja nukilan saya pada malam ini. Seperti yang saya ungkapkan di awal karangan ini, ini bukanlah 100% benar, tetapi hanyalah berdasarkan pengalaman pengalaman saya daripada perbualan perbualan dengan orang orang yang sudi berbual dengan saya tentang emas dan simpanan emas.Akhir kata apa yang baik ambillah pelajaran darinya dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan. Jom jadikan sebagai simpanan alternatif anda, 1 bulan 1 gram insyaAllah =).
HABIB Jewel Sdn Bhd membuka cawangan pertamanya di Perak, di Pasar Raya Besar MYDIN Meru Raya di Ipoh.
Syarikat berkenaan melabur kira-kira RM3 juta bagi membuka cawangan kedai emas dan berliannya yang ke-25 itu. Pengarah Urusan Habib Holdings Sdn Bhd, Datuk Meer Sadik Habib, berkata pihaknya sudah lama merancang membuka cawangan di Perak dan mengenal pasti kompleks beli-belah berkenaan dilihat sebagai lokasi paling strategik. “Kami menerima permintaan tinggi dari penduduk Perak terutama daripada 65,000 peminat dalam laman sosial facebook kerana sebelum ini mereka terpaksa ke Pulau Pinang atau Kuala Lumpur untuk membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan kami.
“Dengan pembukaan cawangan pertama di Perak, kami boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami di sini,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Ipoh, semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar Operasi Cawangan HABIB JEWEL, Mohd Zaruddin Mahmud.
Meer Sadik berkata, serentak dengan pembukaan cawangan itu, Habib Jewel mengadakan promosi potongan harga sehingga 70 peratus untuk barangan berlian dan permata terpilih, diskaun antara RM7 hingga RM20 untuk emas 916 terpilih serta kadar tukar beli emas dan berlian pada kadar harga terbaik. Promosi itu akan berlangsung sehingga akhir bulan ini.
Beliau juga berkata, berbanding tahun lalu yang menyaksikan peningkatan harga emas sehingga 30 peratus, tahun ini menyaksikan penurunan harga bahan itu berkemungkinan kerana masalah ekonomi di Eropah terutama di Greece yang masih belum pulih.
Justeru, katanya, sekarang adalah antara masa terbaik untuk membeli emas atau barangan kemas lain seperti berlian kerana dalam jangka panjang, harganya akan meningkat.
Meer Sadik berkata, pihaknya turut menjual jongkong emas 999 bermula dari berat lima gram, 10, 50 dan 100 gram sehingga satu kilogram untuk mereka yang berminat menjadikan emas sebagai satu bentuk pelaburan.
Barangan berlian dan rekaan yang dijual pula, katanya memenuhi kehendak muslimah terutama untuk wanita yang memakai tudung seperti rantai panjang dan kerongsang manakala butang baju Melayu pula untuk lelaki.
Beliau berkata, jika sambutan baik terhadap cawangan di Meru Raya itu berterusan, pihaknya tidak menolak membuka cawangan lain di Perak memandangkan kedudukan negeri itu yang besar dan kuasa beli penduduknya yang semakin meningkat.