10 Kereta mewah bersalut emas

Kini ramai yang gila dengan emas termasuk lelaki-lelaki dan mat rempit sejati, oleh kerana lelaki biasanya tidak memakai perhiasan emas, satu cara untuk menunjukkan kelelakian dan pada masa sama menunjukkan kemewahan adalah dengan membina jentera yang berlapis emas, berikut adalah senarai 10 kereta bersalut emas dan nilainya.

1. Bugatti Veyron


Kerete Burgati Veron ini dihasilkan oleh Robert Gulpen and Stuart Hughes dari Liverpool, tetapi bukan dibina di england, kereta ini dibina oleh syarikat yang berpangkalan di Munich, jerman dan dijual kepada jutawan arab di kuwait  pada harga RM10juta dan cuma ada 3 seumpamanya didunia

2. Mercedes-Benz C63 AMG

Kereta mercedes berlapis emas ini dihasilkan oleh jurutera dari Russia dan dijual kepada jutawan arab di dubai, kos pengubasuaian sahaja bernilai RM250k. Harga? erm tidak dapat dikenalpasti

3. BMW M5

Kereta BMW M5 emas ini pertama kali dipertontonkan di Russia, kos pengubahsuaian sekitar RM300k, jika dikira sekali dengan harga BMW m5 yang dijual dimalaysia, harga pastinya mencecah lebih RM600k

4. Rolls Royce Phantom

Jika harga sebuah Roll Royce Phantom sekitar RM900k (tidak termasuk cukai), dengan dibina dilapisi emas, tidak susah untuk meneka harga nya akan berganda, dalam kiraan kami harga Roll Royce Phantom ini bernilai hampir RM1.8 juta

5. Aston Martin

Pada beberapa tahun, kereta Aston Martin DB7 ini menerima sentuhan baru dari Putera Francesco Ruspoli, baginda menyiapkan sebuah kereta lengkap dengan 24K emas, platinum dan 7 biji permata, kereta ini dijual pada tahun 2008 dengan harga  RM450k (tanpa cukai) , jika dengan cukai sepatutnya RM1.25juta

6. Porsche 911

Kereta posche 911 milik jutawan Russia ini dilapisi emas 40 paun emas 18k, pemiliknya membelanjakan sebanyak RM1.5juta untuk mengubah interior dan exterior kereta

7. Porsche Cayenne

8. Delorean JioOv

9. Smart Fortwo

10. Fiat 500

11. Proton Persona R  (TAMBAHAN)


apa ingat Malaysia xde kereta emas ke? ni selamba Proton buat keluar Proton Persona R yang dah siap pasang emas dikilang, harga? paling ekonomik sekitar RM50-60k sahaja…apa macam bro?

Gaun emas milik ‘Cleopatra’ dilelong

Sehelai gaun emas yang pernah dipakai aktris Elizabeth Taylor dalam film “Cleopatra” (1963) terjual dalam sebuah sesi lelongan di Dallas, minggu lalu. Gaun yang dijual pada harga usd59,375  itu, menurut pemilik yang tidak ingin dikenali, pada awalnya hanya disimpan di dalam almari ibunya sahaja.

Beliau menyatakan ibunya mendapatkan gaun tersebut dari perusahaan Western Costume setelah pertunjukan perdana film “Cleopatra” pada 1963. Setelah Elizabeth Taylor meninggal pada 23 March 2011 lalu, dia memutuskan untuk memperkenalkan gaun tersebut sekali lagi kepada dunia glamour. Gaun emas itu direka menyerupai sayap burung phoenix menggunakan kulit yang berwarna keemasan beserta manik-manik emas yang dijahit menggunakan tangan. “Penampilan Elizabeth Tailor memakai gaun emas ini tidak terhitung banyaknya di artikel akhbar dan majalah-majalah dahulu,” ujar Margareth Barrett, Direktor Memorabilia Hiburna dan Musik di Balai Lelongan Heritage, Dallas, USA.

 

.

 

 

 

Wang kertas ciptaan kapitalis vs Islam

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

 

Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat

 

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai
duit daun pisang

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Cara kiraan zakat emas di Malaysia

** 29-5-2017 ** Kandungan didalam artikel ini telah outdated, sila rujuk posting terbaru ZAKAT EMAS


Emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang.Dalam hal ini, zakat emas dan perak terbahagi kepada dua perbahasan iaitu atas zat atau ‘ain emas dan perak itu sendiri sama ada dipakai atau disimpan dan perbahasan kedua ialah zakat mata wang kerana sandaran mata wang pada zaman ini asasnya kepada emas.

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila telah sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

DALIL WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak, serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (surah at-Taubah 34)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya. -Riwayat Muslim-

JENIS EMAS YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

EMAS YANG DISIMPAN

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. sebagai contoh, jika berat keseluruhan emas yang tidak dipakai itu seberat 90 gram bernilai RM9500 maka zakatnya adalah : RM9500 x 2.5% = RM237.50

EMAS YANG DIPAKAI

Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi ‘uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai ‘uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

NISAB DAN KADAR ZAKAT EMAS

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya”. (Riwayat Abu Daud)

Nisab bagi emas ialah 85gm atau 20 miskal / dinar atau 25 mayam.

Apabila seseorang memiliki emas menyamai nisab semasa atau lebih dan telah cukup haul (setahun) ia wajib mengeluarkan zakat. Ulama sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, maka wajib dikenakan zakat. Kadar zakat ialah rubu’ al ‘usyur iaitu satu perempat puluh (1/40) atau dua setengah peratus (2.5%).

Emas yang disimpan seberat 85gm dan telah mencukupi satu tahun, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % daripada nilai semasa emas tersebut (termasuk juga emas yang rosak / patah)

Emas yang dipakai tidak diwajibkan zakat kecuali melebihi uruf. Kadar uruf (kebiasaan pemakaian setempat) di Negeri Pahang ialah 200gm. Emas yang dipakai yang melebihi uruf dikenakan zakat sebanyak 2.5 %. (berat yang melebihi uruf sahaja).

CONTOH PENGIRAAN :

(Andaikan nisab semasa 85gm emas adalah RM 8,909.48)

Emas tersimpan seberat 90gm.

1gm emas        =          (RM 8,909.48 ¸ 85)                   =          RM 104.82

90gm emas      =          90gm x RM 104.82                   =          RM 9,433.80

Zakatnya          =          RM 9,433.80 X 2.5%                 =          RM 235.85

Emas yang dipakai seberat 300gm.

200gm              =          uruf pemakaian emas

300-200gm       =          lebihan daripada uruf                =          100gm

100gm emas     =          100gm x RM 104.82                  =          RM 10,482.00

Zakatnya          =          RM 10,482.00 X 2.5%               =          RM 262.05

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

NISAB DAN KADAR ZAKAT PERAK

Wajib zakat pada perak lima auqiyah ;

[ Satu auqiyah = 40 dirham. ( 5 x 40 = 200 dirham ) ] Ijmak’ ulama’ telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“…tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq.”

(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :

“Pada perak (zakatnya) 1/40…” (Riwayat al-Bukhari)

Contoh Pengiraan Zakat Perak :

Andaian 1 gram perak  = RM 30.00

Perak yang dimiliki seberat 1,000 gram.

1,000 gram perak (lebihan 405 gm dari nisab)

1,000 x RM 30= RM30,000

Zakat yang dikenakan ialah       : RM 30,000 X 2.5%      = RM 750.00

Kesimpulan

Saya berharap agar topik kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah dalam pengiraan zakat emas dan perak kerana zakat ini merupakan perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam sekiranya cukup syarat…Sebagai pelabur kita inginkan kejayaan di dunia dan juga keberkatan di akhirat

Oleh itu, selamat membuat pelaburan emas dan perak dan semoga berjaya

Tempat simpanan emas terbesar di dunia

Simpanan Emas Terbesar
Federal Reserve Bank of New York yang terletak di di 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat dan dibuka pada  16 November 1914 ini mempunyai sesuatu yang lebih menarik dari sekadar bank, kenapa? kerana disinilah terletaknya koleksi emas paling banyak didunia dan tidak  pernah anda lihat seumur umur.
Vault ini, dianggarkan menyimpan lebih kurang 10% dari reserve emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit dan nilainya kira-kira USD 270 billion atau lebih kurang RM828 billion ! perghhhhh…. Kalau dijual emas-emas ini semua, confirm kita lebih kaya dari Bill Gates..!
Kebanyakan emas yang disimpan di Bank ini bukan hanya simpanan Amerika Syarikat tetapi sebahagiannya juga merupakan simpanan dari 36 negara lain, termasuk The Federal Bank of New York.
Bukan sembarangan orang dapat memasukinya apalagi merakamkan gambar  yang ada di dalam vault tersebut. Jadi kita kira beruntung dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melalui gambar, lihat gambar-gambar dibawah dan bayangkan jika ada simpanan emas sebanyak ini, perghhh….ferrari 50 biji laaaa, ye dak??
emas @ isuhangat
emas @ isuhangat
emas @ isuhangat
emas @ isuhangat
emas @ isuhangat
emas @ isuhangat
emas @ isuhangat
emas @ isuhangat
emas @ isuhangat
emas @ isuhangat

Harga emas dunia dijangka meningkat (berita)

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.
Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.
Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Harga emas : tunggu dan lihat, akhir mac 2012

image
Kereta proton slps preve

Yup, malam ini indeks emas jatuh lagi, sasaran2 yg menjangka harga emas bakal melebihi usd1700 pada minggu t’nyata meleset.  kecuali pada hari isnin dan selasa, indeks emas kekal dibawah 6300, paling tinggi mengikut rekod kami sekitar 6360 sebelum jatuh kembali kepada 6200 jam 1 pagi tadi. jika ini kekal berlaku minggu hadapan, maka ia rekod pertama harga emas jatuh utk tmpoh 2 bulan sjak 2001. Tp, Sekejap, anda jangan risau dulu, ini bukan penanda harga emas srmakin hilang bernilai, mungkin saya boleh mmbri sedikit.kupasan apa yg berlaku sepanjang 2 bulan ini dan apa yang bakal berlaku seterusnya..

kami telah baca laporan.dari reuters sebntar tadi, oleh krn menggunakan telefon jd x dpt share link.. the thing is, pelabur sedang menunggu apa bakal berlaku dan kemana pelaburan mrk.akan disalurkan, semua sdg menunggu point2 penting pasaran… Pada ketika ini pula, nilai dollar naik berbanding euro, jadi signifikannya harga emas pun turun.

Apa yang berlaku pada euro ketika ini melibatkan salah satu ngara terkaya anggotanya, penakluk incaz, spain, begitu juga itali yg masih terkapai2 utk menjual bond mereka, abaikan tentang greece krn sememangnya kbnykan anggota euro sdg mengalami masalah, jika anda membaca blog mahathir di chedet.co.cc mungkin akan lebih fhm masalah kehidupan negara maju yg mendpt lebih kualiti dr spatutnya

Tp sblm mengkritik ngara lain, keadaan mlsia juga tidaklah begitu baik, tidak silap menteri kewangan menyatakan hutang negara hanya berbeza 2% dari kdnk, ermm, 2% itu belum kelihatan genting bak kata menteri dari bachok yg baru kehilangan 110 anak buah bahagian, dgn kualiti yg ok2la di malaysia rasanya utk terjerumus dlm masalah ekonomi sgt tidak berbaloi.

Ok kembali kepada cerita sebenar harga emas, apa yang berlaku sbnrnya adalah, ‘tiada demand’ utk emas ketika ini, semua pembeli emas utama spt china, india, russia, swiss sedang menunggu sesuatu, di india hari ini masuk hari ke 14 mogok peniaga emas kerana cukai 4% dikenakan, di cina, syarikat yg memberi 3000 penduduk kampung berkilo2 emas telah keluar dari bebanan hutang, jadi mereka brd pada comfort zone, russia pula dikesan menjual 3.8 tan emas kali pertama dlm tempoh 5 tahun, bgmnapun simpanan emas russia masih 4 kali gnda berbanding simpanan mereka ktka 2006.

Apa point yg menanti skrg kemungkinan pada kuasa asia spt jepun atau korea, ttp korea slatan kemungkinannya tidak akan mmbeli emas dlm tmpoh tdekat kerana baru shj diberi amaran keras oleh ching peng muda korea utara yg baru. Knal Budak 20an paling berkuasa didunia? dan ada kuasa nuklear, sapa x takut, klau stkt budak2 kpop pavillion, xde sapa heran…

Itu point di timur, di asia barat, sekatan ekonomi yang dikenakan kpd iran tidak lansung menaikkan harga minyak, malah tanpa segan silu kapitalis beraja saudi sudi mengeluar lebih minyak utk obama, dan kemudiannya harga minyak jatuh, baik utk pengguna US, tak ok utk kita, jika harga minyak naik skalipun, mlsia tidaklah trlalu trjejas, dan serangan di iran pun sukar berlaku, sapa nak.tampung kos minyak kereta kebal amerika.ye.dak? Cuma dpt dirumuskan .. ‘tindakan arab saudi itu pastinya dpt mengurangkan kos serangan kpd iran’ kata ehud barak, terima kasih ali, senda ariel sharon yg masih dlm koma..

Jadi pada pendapat kami, kita hanya boleh menunggu sbrg perkembangan berkenaan emas pada minggu hadapan, samada momentum emas akan kekal naikatau sebaliknya… Secara tnpa humanitynya, US jatuh kita untung, Euro selesai kita untung, dan b.hrp harga minyak naik….

-admin hargaemas-
Tulisan saya tidak semestinya betul, benar, dan mungkin sesuai dianggap catatan peribadi, kebanyakkannya juga hanya andaian dengan harapan untuk menulis lebih baik pada masa akan datang. If I dont write what I think, who will, ye dak?

Membuka akaun pelaburan emas di Kuwait Finance House

Last week tu pi buka Akaun Emas-i di Kuwait Finance House (KFH). Sekali sekala buat something different kan.

Simpanan minima adalah 10 grams emas dan seterusnya kalau nak buat penambahan boleh beli lagi sekurang-kurangnya 5 grams.

Sebelum boleh buka akaun emas ni, kenalah buka akaun simpanan dulu yang mana deposit minima ialah RM250.

Memang simpanan @melabur dalam emas ni ada risiko turun dan naik. Sebagai contoh, hari beli tu RM139.27 satu gram tapi sehari selepas itu, harganya naik kepada RM139.87. So maknanya ianya peningkatan sebanyak 0.43% atau RM0.60 satu gram or RM6 bagi 10 grams. Tapi benda alah ni bukan untuk jangka masa yang pendek.

Ianya satu lagi alternative kepada simpanan biasa, fixed deposit (FD), unit trust, saham ataupun pelaburan lain.

Yang penting kita kena tahu tentang risiko dan juga features product tersebut. Sebagai contoh kena tahu makna buying price and selling price. Apa-apa pun, just nak explore benda baru. Kalau OK bolehlah fikir tambah lagi ke, kalau tak OK, biarlah dok kat situ kan.

Ni lah bentuk emas tu yang saya ambil gambar kat blog jutawanemas. Boleh baca kat situ, kebaikan dan keburukan melabur dalam emas. By the way, saya tak ambil physical gold, simpan aja kat bank tu, bukan boleh buat apa pun tetapi sesetengah orang suka pegang benda alah tu, maklumlah lagi seronok kot dapat tengok ngan mata kita sendiri.

Apa-apa pun sebelum kita buat apa-apa keputusan di dalam hidup termasuk dengan pelaburan, fahami betul-betul kalau kita rasa selesa bolehlah berbuat demikian. Akaun emas-i KFH ini adalah akaun emas pertama yang berlandaskan Islam @Syariah di Malaysia.

pautan: http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/11/jom-menyimpan-melabur-dalam-akaun-emas.html

Kotak rahsia mampu membantu warga emas




Pada ketika masa itu emas dan menanti detik keemasan, saat inilah sabuah kotak yang tertera lambang biru mampu memenangi hati semua warga emas, kotak rahsia yang hanya muncul setiap 5 tahun kini muncul kembali, jangan lepaskan peluang mendapatkan kotak rahsia ini dimana-mana cawangan JKKK terdekat. walaubagaimanapun, kotak tersebut boleh berubah kaler hijau atau biru muda, tetapi sinonimnya , warna biru gelap lebih sinonim dan isi kandungannya berbagai dan penuh rahsia, kotak-kotak ini adalah pelindung sumber kekayaan, simbol kemewahan dan simbol belas ehsan 1Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, melawat seorang pejuang UMNO yang sedang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Changkat Perah di Batu Kurau. Hajjah Habsah binti Salleh, 89 tahun adalah seorang pejuang wanita yang amat disegani, tetapi kini uzur. Beliau begitu terharu diatas kehadiri saya yang sudi menjenguk dan bertanya khabar mengenai dirinya yang kini begitu uzur. Hajjah Habsah seorang yang begitu aktif ketika zaman mudanya dan amat dikenali di Kamung Changkat Perah, seorang yang aktif dalam kegiatan amal dan kemasyarakatan di tempat tinggalnya. Ketika saya melawat, beliau turut berada di sisi warga emas itu ialah anak saudara dan cucunya

Sebuah kampung di China memberi emas percuma

Hampir 3,000 orang penduduk kampung di Changjiang, Wilayah Jiangsu di timur China menerima hadiah berupa jongkong emas seberat 100 gram setiap seorang sempena menyambut ulang tahun ke 40 desa tersebut minggu lalu.
Perkampungan itu dimiliki Jiangsu Xin Chang Jiang Group, salah sebuah syarikat perusahaan terkaya di republik tersebut
Penduduk juga diberikan peti simpanan keselamatan setiap seorang bagi memudahkan mereka menyimpan hadiah berkenaan.
Bagi tujuan keselamatan, syarikat itu merahsiakan tarikh emas itu hendak diagihkan tetapi memberitahu penduduk di situ agar bersedia untuk menerimanya pada 15 Mac lepas. Namun ia hanya diberikan dua hari selepas itu.
penduduk
Untuk rekod, harga pasaran emas baru-baru telah mencecah RM192 untuk satu gram.
Sebelum ini, syarikat itu banyak mendirikan rumah untuk penduduk di situ serta kerap mengagihkan saham dan dividen wang tunai kepada warganya.
Bahkan mereka pernah berbelanja 64,000 Yuan (RM30,000) hanya untuk membina pintu masuk ke kampung tersebut.
Jiangsu Xin Chang Jiang Group terlibat dalam lapan bidang perusahaan merangkumi elektrik, metal, kimia dan lain-lain lagi

Sumber: 3,000 Penduduk Kampung Di China Dapat Jongkong Emas | Kakiharu Blog™ http://kaki-haru.blogspot.com/2012/03/3000-penduduk-kampung-di-china-dapat.html#ixzz1qTdqsjdx

read more: http://wanderingchina.org/2012/03/25/jiangsu-village-gives-every-villager-gold-and-silver-bars-chinasmack/