Strategi pelaburan emas dengan modal pinjaman

Bonus istimewa sempena kenaikan gaji kakitangan awam, strategi mengoptimumkan keuntungan dari pelaburan Emas menggunakan modal dari pinjaman peribadi.

TIPS PENTING
1. Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.
2. Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.
STRATEGI PELABURAN
Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.
1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.
2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.
3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.
  • RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar
4. Setiap bulan, jual 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.
  • Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.
5. Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
  • 2009 – RM450
  • 2010 – RM550
  • 2011 – RM650
6. Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar. Pengiraan jumlah bayaran balik :
  • Tahun 2009 – 96 x RM450 = RM43,200
  • Tahun 2010 – 96 x RM550 = RM52,800
  • Tahun 2011 – 96 x RM650 = RM62,400

  • JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400.

  • BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM41,600.

  • JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun = 288 Keping.

  • JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping – 288 Keping = Baki Yang Belum Dijual 212 Keping.
  • 212 Keping x RM735 Harga DInar Sekarang = RM155,820 Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki.
  • RM155,820 – RM41,600 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman) = RM114,220.

Tahniah!!! Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM114,220 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!
Mudah sahaja bukan? Ini lah pentingnya STRATEGI. Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.
Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.
Jika anda rasakan Strategi saya ini membantu, anda boleh mendaftar sebagai Dealer di rangkaian saya untuk mendapatkan pelbagai tips PERCUMA dari saya serta bimbingan intensif untuk anda berjaya dalam pelaburan Emas.
google pun lebur emas

Google boss start to mine gold in Techie way!

google pun lebur emas

Top Boss Google, Larry Page dan Eric Schmidt akhirnya bakal memasuki pasaran emas / metal dengan cara mereka tersendiri, kedua-dua boss Google dan pengarah filem James Cameroon merancang untuk melakukan carigali emas dan logam di asteroid yang berada berdekatan dengan orbit dibumi. Rancangan mereka adalah untuk menerbangkan pesawat yang dibina khusus untuk eksplorasi emas/logam bernilai dan membawanya kebumi untuk kajian dam  mengkomersialkan logam-logam /mineral yang dijumpai di asteroid (ikuti keratan dari bloomberg dibawah)

Top Google executives and film director James Cameron have backed a plan to mine asteroids for precious minerals and water.

Planetary Resources, the start-up whose backers include Google co-founders Larry Page and and Eric Schmidt, used a space museum in Seattle to launch a bold plan to prospect on resource-rich chunks of rock in space not far from Earth.

“The promise of Planetary Resources is to apply commercial innovation to space exploration,” former NASA astronaut Tom Jones, an adviser to the start-up, said.

“They are developing cost-effective, production-line spacecraft that will visit near-Earth asteroids in rapid succession, increasing our scientific knowledge of these bodies and enabling the economic development of the resources they contain.”

Planetary Resources said it was “poised to initiate” space mining missions in what it predicted would become a multi-billion-dollar industry.

A single 500-metre platinum-rich asteroid contains the equivalent of all the platinum group metals mined in history, according to the start-up

“Many of the scarce metals and minerals on Earth are in near-infinite quantities in space,” Planetary Resources co-founder Peter Diamandis said.

“As access to these materials increases, not only will the cost of everything from microelectronics to energy storage be reduced, but new applications for these abundant elements will result in important and novel applications.”

Water-rich near-Earth asteroids (NEAs) could be springboards for deep space exploration by serving as fuelling and supply depots.

“Water is perhaps the most valuable resource in space,” Planetary Resources co-founder Eric Anderson said.

“In addition to supporting life, water will also be separated into oxygen and hydrogen for breathable air and rocket propellant.”

More than 1,500 of the approximately 9,000 known NEAs are as reachable as the Moon in terms of how much energy it would take for the trip, the start-up says.

“Our mission is not only to expand the world’s resource base,” said Planetary Resources chief engineer Chris Lewicki.

“We want to increase people’s access to, and understanding of our planet and solar system by developing capable and cost-efficient systems.”

The company has developed the first in what it said will be a family of prospecting spacecraft dubbed Arkyd-100 Series.

RM2 Juta untuk pingat emas Olimpik pertama Malaysia

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik London Julai-Ogos ini sudah pastinya akan pulang sebagai seorang jutawan dengan ganjaran minimum RM2 juta menanti mereka.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu ketika mengumumkan demikian berkata, sebuah syarikat korporat telah pun memberi kata janji untuk menyumbang RM1 juta untuk pemenang pingat emas negara pada temasya yang akan berlangsung mulai 27 Julai hingga 12 Ogos itu.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan lagi identiti syarikat berkenaan.

Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mana-mana pemenang pingat emas negara.

MSN juga telah menjanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

Secara realistiknya, wakil Malaysia yang berupaya bersaing merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik ialah pemain badminton Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, perenang Pandelela Rinong, pelumba basikal Azizul Hasni Awang dan pasukan memanah yang diketuai Cheng Chu Sian.

Dalam pada itu, Gan turut mengalu-alukan penyertaan penajaan daripada 100Plus sebanyak RM4 juta untuk program televisyen menjelang bermulanya Sukan Olimpik.

Perbandingan pelaburan emas fizikal Malaysia

Laman web hartawanemas menyenaraikan perbandingan peluang-peluang untuk pelaburan emas di Malaysia, bagi mereka yang masih mencari-cari peluang untuk pelaburan emas, anda boleh membandingkan setiap bentuk pelaburan emas fizikal dibawah, pada pendapat kami, harga emas sekarang ini dalam keadaan malar, patern pergerakan malar ini sentiasa berlaku sejak dulu lagi, dan ia tidak menjejaskan harga emas, harga emas akan kekal dalam keadaan menaik kerana 30-40% emas didunia digunakan untuk jewelery (barang kemas), walaupun harga emas tinggi, pembeli tetap akan membeli emas untuk upacara keagamaan, perkahwinan, dan sebagainya. Jika tahun lepas 2011 harga emas mencecah puncak tertinggi pada bulan september, kami menjangka patern yang sama akan berulang. Ini antara masa yang sesuai untuk membeli emas pada keadaan static ini.

Gambarajah pergerakan turun dan naik harga emas bergerak mengikut pattern yang sama sejak tahun 2000 lagi, harga emas akan naik tidak lama lagi.

naik turun harga emas

Kijang Emas

* Kita boleh beli dan perolehinya di cawangan Maybank yang tertentu
* Spreadnya adalah 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
* Diingatkan kita TIDAK boleh lock harga dan juga tidak boleh booking
* Kita dikehendaki datang sendiri di Maybank untuk mendapatkannya
* Perlu diingat stok sering kehabisan
* Dan yang perlu diingat pihak bank tidak akan beli semula jikalau tercalar dan yang
sewaktu dengannya

2. OUB

* Kita hanya boleh membelinya di OUB Utama sahaja
* Spreadnya adalah berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar
(2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
* Kita perlulah dapatkan sendiri di OUB
* Sama seperti emas kijang, stok selalu habis
* Kita dikehendaki dan mesti membawa resit asal semasa jual balik dan
* Kita tidak boleh buka sarung

3. Pamp Suisse

* Mengenai emas Pamp Suisse kita boleh beli di kedai emas tertentu
* Spreadnya pula adalah diantara 10%-30% mengikut kehendak pengurus kedai tersebut
* Tetapi kita jangan lupa apabila kita buka sahaja sarungnya maka akan ditolak harga

4. Bunga Raya

* Emas jenis ini pula hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
* Spreadnya adalah 15%-25%
* Ianya sama seperti emas pamp suisse buka sarung tolak harga

5. Barang Kemas

* Yang bagusnya barang kemas adalah ianya boleh dibeli di mana-mana kedai emas
* Harga memang tinggi berbanding pasaran
* Spreadnya pula adalah 20%-40%

*Di Hargaemas anda boleh mendapatkan harga diskaun serendah 11% dengan mendaftar sebagai agent dan boleh memulakan perniagaan emas sendiri.

6. Dinar Emas Kelantan

* Dinar Kelantan boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
* Masalahnya stok adalah terhad dan selalu kehabisan stok
* Spreadnya adalah 10%-15%

7. Public Gold & Public Dinar

* Emas PG boleh dibeli daripada mana-mana ejen Public Gold dab boleh juga dengan Hargaemas
* Spreadnya rendah 5%-6% sahaja jika dibandingkan dengan emas-emas lain
* Dijamin beli balik walaupun telah dibuka sarungnya, kemek, calar dan sebagainya
asalkan berat masih sama
* Kita boleh booking dan lock harga yang kita kehendaki
* Yang paling penting emas PG dinilai oleh assayer emas yang
bertauliah
* Emas PG disertakan bersama dengan Certificate of Authenticity
* Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen

8. GCP – G bla bla bla

*Spread harga emas gold bar setinggi barang kemas biasa

*Produk mereka boleh dibeli dibanyak tempat pada harga yang jauh lebih rendah kecuali gold bar mereka

*Tiada cop assayer

sumber asal: http://hartawanemas.com/perbandingan-pelaburan-emas-fizikal.html

merompak emas kaya

Rompakan emas terbesar dalam sejarah manusia

Infographicjounal, mengeluarkan satu sumber gambar berinfo berkenaan rompakan-rompakan emas terbesar dalam sejarah manusia, dalam sumber inforgrafik dibawah, senarai rompakan disusun bentuk timeline, kos dan berapa nilai emas yang dapat dilarikan perompak dan kebanyakan kes tergantung tanpa ada penyelesaian, mesti ini kerja pakar seperti didalam movie #italianjob opkos.

rompakan emas terbesar dalam sejarah

Lelongan emas dan jam Rolex rampasan – PDRM

Seutas jam tangan Rolex dilelong dengan harga RM18,000 antara 70 barang rampasan membabitkan pelbagai kes jenayah terutama penyeludupan dan pengedaran dadah yang ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak beberapa tahun lalu yang dilelong kepada orang ramai di Dewan Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Bukit Aman di sini, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, semalam.

Lebih 100 individu kebanyakannya pemilik kedai emas dan kedai pajak gadai hadir untuk membida pelbagai barangan berharga termasuk jam tangan berjenama, komputer riba dan barangan kemas dalam lelongan aset alih kerajaan itu.
Kebanyakan jam tangan berjenama dilelong dengan harga antara RM1,000 hingga RM4,500 dan paling mahal dilelong dengan harga RM18,000, namun hingga tamat acara lelongan, jam tangan bertatahkan berlian itu tiada pembeli.

Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, kesemua barangan dilelong itu adalah hasil rampasan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.
“Barangan atau aset berkenaan adalah rampasan kes dadah yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan dilelong selepas melalui beberapa proses tertentu selain tidak dituntut pemiliknya serta dilucut hak kepada kerajaan,” katanya.

-gambar hiasan-

Arahan untuk keluarkan jongkong emas lebih 11 bulan

Dari maklumat yang kami terima, agrobank akan mengeluarkan arahan untuk mengeluarkan jongkong emas yang melebihi tempoh 11 bulan di Ar-Rahnu tidak berapa lama lagi, berkemungkinan pihak agrobank tidak akan membenarkan penyambungan semula surat pajak ar-rahnu. bagi pelabur yang telah menyimpan jongkong emas melebihi 11 bulan anda boleh menghubungi kami di talian 012-2864232 atau pejabat 03-92264232 samada untuk trade in dengan barang kemas atau menjual jongkong emas tersebut, harga pajakan semasa jongkong emas ketika dibekukan sekitar RM157/gram awal tahun lalu. Pihak harga emas membenarkan anda  menukar jongkong emas dengan emas 999 atau emas 916, atau boleh juga membuat tempahan untuk produk barang kemas padu yang lain. Produk terbaru kami adalah emas pintal 999 dan 916 selain gajah, rotan, pasir, roda dan melur. Jika ingin trade dengan design-design lain pun boleh , tetapi harga dan upah bergantung kepada design yang anda order.

Jongkong emas yang biasa menjadi pilihan pelabur seperti Pamp Suisse, Lady Fortuna, Public Gold, Bunga Raya, One World, Emas kijang, dinar kelantan diterima, produk yang tidak mempunyai cop assayor seperti GCP tidak dibeli dengan harga yang tinggi. Pastikan anda membeli jongkong emas yang diiktiraf sahaja.

Meja fussball diperbuat dari emas

Di Itali , Cristallino Gold Football Table dijual kepada mereka yang kaya dan sudah lupa asal usul. Meja yang diperbuat dari kaca kristal, aluminium, nickel dan emas tulin ini pastinya dibuat untuk golongan yang kaya tapi tak tahu nak buat apa dengan duit. Hanya sebanyak 50 unit meja foosball mewah ini akan dijual. Harga tidak diberitahu lagi tetapi apa yang pasti hanya mampu anda miliki jika anda menabung sejak kecil seperti Ibu 1Malaysia Dr Datin Paduka Rosmah Cerdas





Sindiket emas palsu Ar-Rahnu tumpas

IPOH 17 April – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan melibatkan barangan emas tiruan di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek dalam serbuan berasingan sejak 2 hingga 8 April lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berusia antara 55 dan 70 tahun ditahan hasil laporan seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas dekat sini, pada 2 April lalu.

Katanya, pemilik kedai emas itu mendakwa didatangi seorang suspek yang menawarkan surat gadai emas menerusi Skim Ar-Rahnu dari sebuah bank tempatan. “Pengadu bersama suspek ke bank berkenaan untuk menebus barang kemas berupa tujuh biji loket emas bernilai RM32,394.24. “Selepas barangan itu diserahkan kepada pengadu dan pemeriksaan dibuat dengan memotong salah satu daripada loket, pengadu menyedari bahawa ia merupakan emas tiruan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Shukri berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menggadaikan emas tiruan di bawah Skim Ar-Rahnu dan apabila tamat tempoh gadaian emas tersebut, ia akan dijual kepada pembeli lain. Katanya, siasatan awal mendapati, dua daripada suspek merupakan bekas pekerja bank tersebut manakala seorang lagi penganggur. “Hasil tangkapan itu, polis merampas 15 utas rantai tangan dan 15 utas rantai leher yang disyaki tiruan seberat dua kilogram yang dianggarkan bernilai RM360,000,” kata beliau.

Menurutnya, daripada semakan yang dibuat, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah iaitu memalsukan dokumen pada 1985 dan 1986. “Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya ada individu yang menawarkan barang kemas untuk dijual kerana disyaki sebagai barangan tiruan. “Justeru itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.