Barang Pelik Daripada Emas

Emas merupakan bahan kimia dengan simbol Au (Latin: aurum) dan mempunyai 79 nombor atom. Err, kepada pembaca-pembaca yang tidak mengambil subjek kimia di sini, abaikan ayat pertama tu ya 😛

Emas pada awalnya dicari gali untuk menyalut barang-barang seperti bahan perhiasan, patung, dan sebagainya. Tetapi, pada masa kini, emas juga turut digunakan untuk menyalut barang-barang pelik seperti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Onyx_Rectangular_chess-table_and_stool.jpg

 

 

 

 

 

Bila harga emas nak naik ?

 

Jika anda perhatikan, harga Emas sekarang ini sedang membentuk Chart Pattern yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008, ketika berlakunya krisis Sub Prima di Amerika, dan untuk tahun ini Pattern yang sama terbentuk disebabkan oleh krisis Zon Euro.

Pattern yang dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu “Continuation Pattern”, dan kebiasaannya harga akan gagal kira2 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira2 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.

Sekiranya percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 terus gagal, maka biasanya harga akan naik semula dan melepasi garisan merah condong diatasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.

Dan biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.

Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk. Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 – 2010.

 

Kesimpulannya :

1. Jika anda telah membuat belian sebelum ini sekitar harga $1600-$1650/oz, sekarang ini bertenang dan perhatikan sahaja pergerakan harga yang seterusnya. Sambil2 tu, sampaikanlah informasi berguna ini kepada rakan2 yang lain agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama.

2. Jika belian anda sebelum ini pada harga sekitar $1700 dan keatas, buatlah belian tambahan sekarang ini. Dengan cara ini anda akan memperolehi keuntungan dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu lama.

 

Contact Lens emas bertatahkan berlian

Chandrashekar Chawan pengasas kepada syarikat La Ser Eye Jewerlry, seorang optometris dan juga pakar mata telah mencipta contact lens yang bertatahkan emas dan berlian. Contact lens ini mempunyai empat rekaan iaitu, emas putih, emas kuning, emah putih berserta 18 berlian dan juga emas kuning berserta 18 berlian.
Contact lens ini ialah seberat 5 gram, terletak 6mm hingga 9mm dari kornea mata dan mempunyai lapisan air di hadapan untuk keselesaan mata. Harga sepasang contact lens ini adalah 700,000 rupee atau bersamaan $15,590!! Pandai2 la korang tukarkan kepada Ringgit Malaysia,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Duduk bangun emas

Artikel ini amat sesuai untuk mereka yang bergelar usahawan dan penyimpan emas yang sentiasa ada.” tentang bila harga emas nak naik ” dan “bila harga emas nak turun” .

 

Usahawan – Sebagai seorang usahawan , anda wajib mengalami proses “duduk dan bangun” dalam perniagaan yang diceburi termasuk perniagaan emas dan perak.Anda tidak semestinya akan berjaya dalam perniagaan esok hari tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya. Mungkin anda tidak dapat meyakinkan pelanggan hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya.Mungkin anda tidak berjaya menjual emas hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya menjual emas hari berikutnya.Mungkin anda tidak untung hari ini tapi tidak mustahil anda akan untung hari berikutnya.Begitulahhhh lumrahnya……

Apa yang penting sebagai seorang usahawan emas adalah KUASA TINDAKAN & TEMPOH TINDAKAN . Jika anda banyak ILMU EMAS sekalipun , tanpa kuasa tindakan anda tidak akan ke mana-mana . Sebagai seorang usahawan anda harus melalui proses TEMPOH TINDAKAN . Mesti ramai-ramai yang tertanya-tanya bagaiamana sehingga kini saya masih bertahan sebagai seorang usahawan emas.Jawapannya adalah ” SABAR & BUAT yakni tindakan secara berterusan tanpa ada rungutan.InsyaAllah anda akan berjaya……

PENYIMPAN EMAS & PELABUR EMAS – Sudah beberapa tahun soalan yang sentiasa diajukan kepada saya “bila harga emas nak naik” dan “bila harga emas nak turun” . Soalan ini agak sukar untuk dijawab dengan tepat tetapi boleh di analisas berdasar fakta dan isu semasa.Faktor utama yang mempengaruhi harga emas adalah :

1 – Pengaruh matawang USD dan krisis ekonomi.

2 – Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

  • Untuk kegunaan industri.
  • Untuk kegunaan pelaburan.
  • Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara.
  • Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas.
  • Lain-lain kegunaan.

3 – Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

  • Lombong emas di seluruh dunia.
  • Penjualan rizab emas oleh bank pusat.
  • Emas terpakai yang digunakan semula.

So kesimpulannya , menjadi lumrah harga emas dan perak dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui proses “duduk dan bangun” = “turun dan duduk” sehingga ……….. ( bila emas dijadikan pengukur matawang / matawang ).

 

 

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

 

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda. Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Hanya pergi ke Maybank dan buka akaun Pelaburan Emas Maybank. Harga Jualan merupakan harga yang kita beli. Untuk mendapat keuntungan, kita cuma jual emas yang kita beli berdasarkan harga Pembelian di gambarajah di bawah. Diingatkan, kita tidak perlu memegang emas dalam bentuk fizikal, cuma kita bermain harga pasaran.

20 pemenang bertuah menang emas dalam pertandingan Caltex

 

Lebih pemenang daripada peraduan yang lepas, dua puluh orang bertuah telah menang emas daripada peraduan “KeEMASan dengan Caltex” yang dianjurkan oleh syarikat bahan api itu. Caltex memberi sejumlah RM280, 000 dalam bentuk Akaun Pelaburan Emas Maybank kepada pemenang peraduan ini, yang diadakan dari bulan Disember tahun lalu hingga 31 Mac, 2012.
Seorang daripada empat pemenang sebanyak RM40, 000 iaitu pemenang Hadiah Pertama emas,Mohd Asri Abdullah dari Kelantan,yang diwakili pada majlis itu oleh isteri beliau Siti Nor Arashyiah. Beliau berkongsi perasaan gembira dengan mengatakan bahawa beliau dan keluarga masih dalam keadaan terkejut dan masih belum memutuskan mengenai apa yang perlu dilakukan dengan kemenangannya itu.
Chok Yung Hau pula,berusia 25 tahun, Pemenang hadiah pertama yang paling muda, hampir melepaskan durian runtuh ini. “Saya bersyukur kepada Tuhan kerana apabila pemberitahuan tentang pemenang rasmi Caltex menghubungi saya ketika saya berada di dalam kapal terbang dan tidak dapat menjawab panggilan pada mulanya. Walau bagaimanapun, mereka tetap cuba menghubungi beberapa kali dan pada panggilan yang ketiga saya dapat menjawabnya tatkala saya tiba di lapangan terbang dan telah dimaklumkan mengenai berita gembira yang mengejutkan, “kata pemilik kedai elektrik.
Dengan penipuan berlaku di mana-mana hari ini, Lee Siew Yin dari Labis segera menemui seorang peguam untuk menghubungi Caltex stesen minyak untuk pengesahan, sebelum meraikan kemenangannya iru. Beliau adalah seorang wanita yang sangat berhati-hati!
“Peraduan KeEMASan Caltex ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan yang menyokong kami melabur ke arah jenama Caltex dan produk yang berkualiti dengan hadiah yang berharga di seluruh rangkaian kami. Dari wajah pemenang,kami gembira untuk menyatakan bahawa kami mencapai tanda bahawa kami akan terus berusaha ke arah memastikan Caltex akan membantu pelanggan menikmati  perjalanan yang selamat masing-masing, “kata Jeremy Oh, Pengerusi negara, Chevron Malaysia Limited.
Terdapat empat Hadiah Pertama RM40, 000 setiap satu, lapan Hadiah Kedua bernilai RM10, 000, lapan Hadiah Ketiga bernilai RM5, 000 dan 1688 Caltex StarCash kad bernilai RM199, 184 untuk dimenangi. Mereka yang membeli RM40 dan ke atas dalam satu resit di stesen minyak Caltex berpeluang memenanginya.

 

 

 

BlackBerry Porsche Design P’9981 berlapis emas 24 karat

BlackBerry dan Porsche, dua Jenama ternama didunia seakan ingin memuaskan semua peminatnya dengan penghasilan Porsche Design P’9981 BlackBerry tampil istimewa dengan dilapisi emas 24 karat.

*Porsche Design P’9981 BlackBerry ini dijual dengan harga US $ 2.000. Mengeluarkan 2 jenis variasi iaitu emas dan platinum.

 

Porsche, BlackBerry, Porsche Design

 

 

Porsche, BlackBerry, Porsche Design

 

Porsche, BlackBerry, Porsche Design

 

Porsche, BlackBerry, Porsche Design

 

 

 

 

Kenaikan harga emas ke paras tertinggi pada tahun 2013

 

 

KENAIKAN harga emas ke paras tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140) seauns yang dijangka dicapai tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam berharga itu mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal, kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam.

Pasaran dijangka meningkat kepada paras tertinggi baru menjelang awal 2013 selepas bergelut tahun ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran fizikal utama dan kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata Philip Klapwijk.
Harga emas mungkin melepasi AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro yang berterusan dan prospek berhubung lebih banyak pelonggaran dasar monetari AS, katanya.“Kami menjangkakan dapat menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000 pada 2013, namun begitu tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi untuk pasaran,” kata Klapwijk. 

“Ia bergantung kepada sama ada kami melihat beberapa penyelesaian di Eropah yang mencukupi untuk mengambil beberapa langkah mengatasi isu berakhirnya langkah rangsangan di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,” katanya.

Klapwijk berkata, emas dijangka diniagakan sekitar AS$1,530 hingga AS$1,920 seauns pada 2012, dengan harga purata AS$1,731 seauns.
Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.

“Apa yang kita lihat adalah penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga tertinggi,” kata Klapwijk sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.

“Paras harga melepasi AS$2,000 seauns mungkin akan melihat lebih banyak cerita untuk separuh pertama 2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan lihat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Melihat kepada unjuran untuk bekalan dan permintaan tahun ini, beliau menunjukkan kepada lebihan asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah AS$130 bilion.

Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah secara berterusan.

Dalam tiga suku pertama 2011, kebanyakan emas didagangkan selaras dengan dolar berikutan pelabur membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun pada enam minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan komoditi lain.

Walaupun kini emas kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran ekuiti, Klapwijk berkata, harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya satu pergerakan yang lebih rendah dalam bekalan. – REUTERS

Sumber : BeritaHarian

 

Teknik Ar Rahnu dalam pelaburan emas

 

 

Ramai sudah mengetahui kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentu fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.

Salah satu keistimewaan emas fizikal (barang kemas) adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 7o% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan

 

Jika anda mempunyai barang kemas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.

Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10% (untuk rekod, purata kenaikan harga emas setahun melebihi 20%), anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM2,000 dalam masa 6 bulan.

Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda  pada kadar kenaikkan emas 10%.

Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.

Ilustrasi 2
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan

 

 

Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas jika anda tidak menggadaikannya).

Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3

Ilustrasi 3

Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan

 

 

Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%.

Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.

Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan.

Untuk memaksimumkan keuntungan adalah perlu bagi sesiapa yang menggunakan teknik ini untuk mendapatkan emas yang terendah di pasaran.

 

 

 

 

 

Emas didalam batu

 

crystal gold alaska Emas didalam batu

  • Ini adalah ketulan nugget emas dari Alaska, permukaan batuan emas kuartza ini seperti batu ditepi sungai (bulat dan tidak tajam), mungkin disebabkan batu ini berada di kawasan aliran air sungai, Logam emas yang diheret oleh arus laju, mungkin termendap pada permukaan batu yang poros dan melekat disitu.

 

gold nugget venezuela Emas didalam batu

 

  • Batuan emas pelik ini berasa dari Icabaru, Venezuela di Amerika Selatan. Emas ini ditemui dalam bentuk lapisan. Biasa disebut sebagai Graded Bedding. Lapisan demi lapisan emas ini terhasil dari gerakan kerak bumi yang berlaku pada tempat yang sama. setiap lapisan mengandungi kualiti emas yang yang berbeza.

 

crystal gold08 RM1 Emas didalam batu

 

  • Batuan kristal ini mengandungi emas dalam jumlah yang kecil. yang menariknya, didalam batu kristal, emas tersebar dalam bentuk seperti lumut, emas melekat pada celah kerak dan permukaan batuan kristal. Kedua-dua mineral ini sangat mudah untuk diasingkan.

 

gold ore01 Emas didalam batu

 

  • Didalam batu marmar pula, emas biasanya terselit didalam lapisan akibat dari proses sedimentary rock (Lithification), emas terperangkap didalam batuan marmar dan terkumpul disitu untuk suatu tempoh yang lama

 

crystal wire rams02 Emas didalam batu

 

  • Emas dalam bentuk batuan aneh seperti tanduk Ram (Kambing gurun), bentuknya sangat unik dan tiada keterangan yang jelas bagaimana formasi ini terjadi dan harganya sangat mahal.

 

gold ore02 Emas didalam batu

 

  • Anda pernah jumpa batu kuartza putih macam ini? ia berselerakan di mana-mana. Ia berada pada urat-urat emas batu kuartza putih. Jenis ini mungkin banyak di Malaysia.

 

gold ore calif Emas didalam batu

 

  • Batu kuartza hitam ini mengandungi iron oxida. logam emas yang berselerakan dicelah batu lebih tertumpu kepada kawasan rekahan yang dekat dengan iron oxida (hitam). Batu ini sangat kaya dengan emas dan pyrite.

 

octagonal gold Emas didalam batu

  • Kristal emas tulen paling biasa dijumpai dalam bentuk oktagon, spesimen yang digali dari lombong emas di California menunjukkan bentuk emas sebenar diperolehi secara semulajadi.

 

gold ore04 Emas didalam batu

 

  • Emas yang dijumpai didalam string gerudi semasa proses carigali. Saya jangkakan batu ini adalah quartza, bitumen, batu keras yang hitam mungkin beberapa ratus meter dibawah dasar bumi.