



















Minggu ni harga emas menjunam lagi. Berita baik buat pelabur emas, ini lah masa yang sangat sesuai untuk beli emas. Nak tunggu turun lagi?? boleh.. tapi tak jamin la akan turun lagi sekarang harga global USD 1561 1 oz. Support pivot sekarang ni adalah USD 1560. Kalau lah harga dia akan turun lagi melepasi USD 1560, dijangka harganya akan turun pada takat paling rendah pun USD 1520. Andai kata tak lepas USD 1560, maka ia akan naik hingga USD 1665. Ini cuma jangkaan berdasarkan sejarah dah kekuatan logam emas.

Perhatikan gambar di atas, garisan hijau adalah indicator menunjukkan harga emas. Macam mana dia turun, macam tu jugaklah dia akan naik. Jadi jangan tunggu lama-lama lagi kalau nak beli emas. beli dari sekarang. Harga sekarang dah sangat murah. Kalau tak bertindak sekarang nanti akan melopong sendiri.. . mana tau ini adalah penurunan yang terakhir sebelum harga emas akan terus melonjak hingga ke rahao maksimum USD 1975.
Zon Eropah menjanjikan harga kekal berada diparas bawah USD1600 dengan harga rintangan disasarkan pada USD1588 sekadar untuk dicapai setakat paras USD1584.
Sehingga jam 4:29 pm harga(semalam) berpaling ke paras USD1562 merupakan harga support yang disasarkan oleh Pendita Emas. Catatan harga sasaran telah dinyatakan pada posting

Ini bermakna keluk harga B dan C dituruti oleh pergerakan harga terkini yang telah PE lakarkan.

Harga support USD1562 telah ditembusi pada 4:50pm


Emas merupakan bahan kimia dengan simbol Au (Latin: aurum) dan mempunyai 79 nombor atom. Err, kepada pembaca-pembaca yang tidak mengambil subjek kimia di sini, abaikan ayat pertama tu ya 😛
Emas pada awalnya dicari gali untuk menyalut barang-barang seperti bahan perhiasan, patung, dan sebagainya. Tetapi, pada masa kini, emas juga turut digunakan untuk menyalut barang-barang pelik seperti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.










Jika anda perhatikan, harga Emas sekarang ini sedang membentuk Chart Pattern yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008, ketika berlakunya krisis Sub Prima di Amerika, dan untuk tahun ini Pattern yang sama terbentuk disebabkan oleh krisis Zon Euro.
Pattern yang dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu “Continuation Pattern”, dan kebiasaannya harga akan gagal kira2 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira2 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.
Sekiranya percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 terus gagal, maka biasanya harga akan naik semula dan melepasi garisan merah condong diatasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.
Dan biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.
Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk. Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 – 2010.
Kesimpulannya :
1. Jika anda telah membuat belian sebelum ini sekitar harga $1600-$1650/oz, sekarang ini bertenang dan perhatikan sahaja pergerakan harga yang seterusnya. Sambil2 tu, sampaikanlah informasi berguna ini kepada rakan2 yang lain agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama.
2. Jika belian anda sebelum ini pada harga sekitar $1700 dan keatas, buatlah belian tambahan sekarang ini. Dengan cara ini anda akan memperolehi keuntungan dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu lama.





Artikel ini amat sesuai untuk mereka yang bergelar usahawan dan penyimpan emas yang sentiasa ada.” tentang bila harga emas nak naik ” dan “bila harga emas nak turun” .
Usahawan – Sebagai seorang usahawan , anda wajib mengalami proses “duduk dan bangun” dalam perniagaan yang diceburi termasuk perniagaan emas dan perak.Anda tidak semestinya akan berjaya dalam perniagaan esok hari tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya. Mungkin anda tidak dapat meyakinkan pelanggan hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya.Mungkin anda tidak berjaya menjual emas hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya menjual emas hari berikutnya.Mungkin anda tidak untung hari ini tapi tidak mustahil anda akan untung hari berikutnya.Begitulahhhh lumrahnya……
Apa yang penting sebagai seorang usahawan emas adalah KUASA TINDAKAN & TEMPOH TINDAKAN . Jika anda banyak ILMU EMAS sekalipun , tanpa kuasa tindakan anda tidak akan ke mana-mana . Sebagai seorang usahawan anda harus melalui proses TEMPOH TINDAKAN . Mesti ramai-ramai yang tertanya-tanya bagaiamana sehingga kini saya masih bertahan sebagai seorang usahawan emas.Jawapannya adalah ” SABAR & BUAT yakni tindakan secara berterusan tanpa ada rungutan.InsyaAllah anda akan berjaya……
PENYIMPAN EMAS & PELABUR EMAS – Sudah beberapa tahun soalan yang sentiasa diajukan kepada saya “bila harga emas nak naik” dan “bila harga emas nak turun” . Soalan ini agak sukar untuk dijawab dengan tepat tetapi boleh di analisas berdasar fakta dan isu semasa.Faktor utama yang mempengaruhi harga emas adalah :
1 – Pengaruh matawang USD dan krisis ekonomi.
2 – Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
3 – Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
So kesimpulannya , menjadi lumrah harga emas dan perak dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui proses “duduk dan bangun” = “turun dan duduk” sehingga ……….. ( bila emas dijadikan pengukur matawang / matawang ).
Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.
Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?
Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.
Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!
Bagaimana hendak melabur dengan emas?
Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda. Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.
Hanya pergi ke Maybank dan buka akaun Pelaburan Emas Maybank. Harga Jualan merupakan harga yang kita beli. Untuk mendapat keuntungan, kita cuma jual emas yang kita beli berdasarkan harga Pembelian di gambarajah di bawah. Diingatkan, kita tidak perlu memegang emas dalam bentuk fizikal, cuma kita bermain harga pasaran.

