Impian Dunia Baru Emas

KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka kunci besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu.

Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap.Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu.

 

 

YAKIN HIDUP BERUBAH… Kirk mencuba nasib mencari emas di antara kerikil sungai di kawasan Tyndrum menggunakan hanya peralatan asas.

Selepas berjalan mengharung air yang menenggelamkan buku lali, mereka mula melihat ketulan kecil besi pirit, yang menyerupai emas, berkilau di terowong.Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah.

Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini.

Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi.

Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya.

Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu.

“Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah £184 juta (RM882 juta),” katanya.

Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi.

Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram).

Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak.

Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum “buruan emas” yang baru terus terbina.

Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan.

Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia.

Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.

Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong.

Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.

Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.

“Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes,” katanya.

Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan.

“Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer.

“Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.

Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina – Chile.

Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa.

Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia.

Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter.

Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan.

Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas – biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.

Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini.

Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang.

Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini.

Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.

Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama.

“Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih.

“Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas,” katanya.

Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib.

Peralatan mereka sangat sederhana – satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir.

Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan.

Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya.

“Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami,” katanya.

Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar.

Ia disokong Souter.

Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari.

“Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza.

“Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal,” katanya.

Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu.

Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira £5 (RM25).

Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza.

Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum.

Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ.

Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.

“Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini,” katanya.

Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti.

Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ.

“Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut,” katanya.

Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang.

Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia.

Jongkong emas terbaik dikenali sebagai ‘London Good Delivery’ dengan berat kira-kira 11.3 kilogram.

Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA).

Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas.

“Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna,” katanya.

Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari. – Harian Metro

 

 

 

 

 

 

Perompak bersenjata rompak kedai emas

 

Jakarta:  Sekumpulan perompak bersenjata api merompak dua kedai emas di Pasar Fajar Jaya, Jalan Haji Basar, Jati Cempaka,Pondok Gede, Kota Bekasi, Semalam 15/5. Dari dua kedai emas itu, perompak berjaya merompak emas yang bernilai ratusan juta Rupiah.
Ketua polis Polda Metro Jaya, AKBP HelmySantika, mendedahkan dua kedai yang dirempuh perompak tersebut adalah Kedai Emas Kings milik Tjong Dji Khoi, 48 tahun, dan Kedai Emas Kuala Lumpur milik Lim She Lit, 29 tahun. Hanya Dari Kedai EMas Kings, perompak menggasak emas 1.5 kg bernilai 200 jutarupiah.

Sedangkan dari Kedai Mas Kuala Lumpur, perompak menggasak 400gram emas bernilai 60 juta ringgit, “ungkap Helmy di Jakarta, Selasa(15/5).

Menurut Helmy, rompakan terjadi pada petang hari semalam. Perompak-perompak yang dimaksudkan adalah seramai 10 orang. Mereka memandu enam buah motosikal dan memasuki kawasan kedai-kedai emas dengan mengeluarkan senjata api.

“Dua daripada perompak-perompak tersebut  mengawasi di tepi jalan, sementara lapan pelaku lain masuk mengambil emas perhiasan,” tutur Helmy. Helmy menambah salah seorng perompak sempat memukul Sutarman, 49 tahun, dan seorang peniaga ayam, Sutarno, 33 tahun, sehingga keduanya mengalami luka koyak di bahagian kepala.

 

 

Penguatan dollar kikis emas

Harga emas masih bergerak di kitaran negatif kerana tingginya nilai mata wang Dollar dan sentimen ekonomi makro yang lemah. Perhatian pasaran berpusat pada krisis yang sedang berlaku di Greece.

Harga emas pada masa ini ialah $ 1,536 per troy ons, turun $ 8.30 dari level penutupan dan 2.7% di bawah harga pada pembukaan hari Isnin (14/05).Penurunan  harga emas ini  terus merosak  kerana di tengah-tengah kemungkinan keluarnya Greece dari zon Eropah.Dalam masa terdekat,  Isyarat pelonggaran akan mendorong harga emas untuk pulih,meskipun begitu harga emas tidak akan mengalami kenaikan signifikan disebabkan keadaan ekonomi makro Eropah dan  berkurangnya permintaan fizikal dari India dan China.

Harga Emas Sangat Murah!Apa Tindakan Anda?

Update semasa tentang emas:
Harga telah turun dengan begitu banyak selama hampir 2 bulan ini,menjadikan tahap harga sekarang adalah bersamaan harga pada Jun & Desember 2011….

Apa tindakan anda sekarang?
ingatlah “mulalah membuat simpanan emas, simpanan emas untuk jangka panjang”….
mesti ramai diantara anda yang berkata,
“Ala, harga mahal skrg ni, tgu hrga trun sket, boleh la beli…”

Sekarang, bila harga dah “TURUN BANYAK”, adakah anda lakukan apa yang telah anda katakan sebelum anda memulakan pelaburan ini? Adakah anda takut dengan penurunan harga emas sekarang?

 

 

Kita sedia maklum, pelaburan emas adalah untuk jangka sederhana & panjang….anda sanggup tunggu & bagi masa 1-5 tahun untuk membuat pelaburan amanah saham ASB….pulangan purata dalam 8% setahun.

 

Tapi “kenapa” tiada yang sanggup beri masa kepada harga emas untuk mendaki lebih tinggi??
Purata kenaikan tahunan dalam 10-25%, yang mana pilihan anda?

8%? atau 10-25%?

 

Ingat satu perkara yang tidak akan menghampakan anda:
“wang FIAT(kertas) boleh & sentiasa akan dicetak & dihasilkan, maka nilainya menurun saban hari”


“EMAS, tidak boleh & tidak mungkin dapat dihasilkan, maka nilainya akan meningkat saban hari”

 

 

 

 

 

Kajian kes:Punca masyarakat kurang terlibat dengan simpanan emas

 

Antara pandangan orang ramai:

-Ramai individu  yang mula-mula menjinakkan diri dalam pelaburan emas bersikap tidak sabar dalam mengaut keuntungan. Mereka tidak seharusnya bersikap sebegini rupa kerana setiap pelaburan atau perniagaan tidak akan mendapat keuntungan dalam sekelip mata.

-Mungkin juga mempengaruhi soal keselamatan. Lebih ramai yang senang dengan membawa wang kertas atau kad ATM daripada membawa emas. Tetapi sebenarnya masih ramai individu yang tidak didedahkan dengan perbezaan untung/rugi antara simpanan wang kertas atau emas.

-Faktor seterusnya adalah,pihak kerajaan sendiri tidak meyuntik semangat atau idea penyimpanan emas kepada masyarakat.Kempen dan seminar,baik di internet atau tempat awam dapat menyedarkan ramai orang tentang pentingnya emas pada masa sekarang dan juga masa untuk depan.

 

– Selain itu, penyebab masyarakat di Malaysia kurang terlibat dalam pelaburan emas ialah kurangnya pengetahuan orang ramai tentang sejarah emas,wang kertas, kenapa harga emas naik/turun, dan sebab emas adalah nilai pelaburan yang akan selalu bernilai di masa hadapan.

-Tidak dinafikan juga, ramai orang yang membeli emas hanya sebagai hiasan semata-mata atau hadiah kepada orang lain. Apa yang perlu dilakukan adalah menukarkan fikiran sebegini kepada pelaburan.

-Sikap sesetengah individu yang susah untuk menerima sesuatu yang baru dan suka mendengar spekulasi yang tidak berasas dan kurang sifat ingin tahu. Ia mengambil masa untuk menyemai pelaburan baru ini di sini.

 

-Ada juga yang berpendapat bahawa ramai orang seperti disihirkan (bermaksud mata melihat, tapi hati dipejam). Sihir yang dikatakan adalah bermaksud “sihir” ini ditiupkan menyebabkan orang ramai nampak wang kertas yang dicetak 3-6 sen sekeping oleh kerajaan itu berharga daripada nilai yang ada pada emas.

– Juga,kalau dilihat dari segi dasar kerajaan,perbandingan antara dasar China dan Malaysia dalam menggalakkan rakyat memiliki dan menyimpan emas. Jikalau kerajaan Malaysia memainkan peranan sebagaimana kerajaan China,dasar buta huruf dalam pelaburan emas ini boleh dikecilkan skalanya.

 

-Bukan setakat simpanan dan pelaburan emas sahaja masyarakat kita terutamanya bangsa melayu agak ketinggalan.Secara umum.. Masyarakat kita agak ketinggalan apabila ia melibatkan “simpanan”.. Baik dari segi simpanan kertas tandas.. Apatah lagi simpanan emas.. Jauh sekali tentang pelaburan… Masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan sentimen.. Contohnya.. Apabila ramai org mengatakan sesuatu produk itu baik dan memberi pulangan yg kononya baik.. Maka, berduyun2 lah masyarakat kita menyertainya.. Masyarakat kita lebih memntingkan isu sentimen berbanding fakta sebenar.. Ini kita dapat perhatikan dengan pelbagai skim yg disertai oleh ramai org.. Ditambah dengan penyakit ingin mendapat pulangan cepat.. Akibat masyarakat kita yang takut utk mengambil risiko juga menyebabkan mereka terlepas peluang menikmati keuntungan sebenar.. Dan rata rata pula, mereka mula menyimpan atau melabur pd saat pasaran berada pd tahap tinggi.. Ini disebabkan sikap suka tunggu dan lihat yg akhirnya menyebabkan mereka masuk pasaran pada waktu yg tidak sesuai.. Berkaitan dengan jaminan kerajaan. Sekali lagi isu risiko yg tidak difahami dgn betul oleh masyarakat kita.. Kes ini suka sy bwk kn ttg apa terjadi pd kerajaan selangor, penang dan kedah.. Bagaimana yg dikatakan kerajaan terdahulu terjamin dan menjamin rakyat sedangkan kekuasaan itu sudah pn bertukar? Bagaimana yg dikatakan sesuatu produk itu dijamin kerajaan? Bukan di sini sy mempertikaikan mn2 kerajaan.. Tetapi, point sy adalah, setiap apa pn perbuatan kita ada risiko.. Persoalan yg perlu di jawab adalah.. Sejauh mana kita boleh bertoleransi dengan risiko risiko yg ade.. Soal ilmu juga tidak dapat dipisahkan.. Sudahlah sikap mengikut sentimen.. Utk mendapatkan ilmu pula berkira.. Kalo bleh.. Setiap ilmu yg diperlukan.. Mesti diberi PERCUMA.. Iya PERCUMA.. agak menyedihkan lagi.. Sudah la ia PERCUMA.. Amalannya pula diragui.. Ahirnya.. Drpd bersusah payah membaca dan menimba ilmu.. Lebih baik dengar2 ckp “mereka” lalu ambil tindakan.. Harap2nya.. Nasihat “mereka” itu memberi manfaat yg baik.

Tips Membersihkan Perhiasan Emas di Rumah

 

Perhiasan Emas yg dipakai setiap hari (cincin, gelang, rantai, anting-anting) jika dipakai dalam waktu yang lama, maka gemerlapnya akan pudar (tidak berkilat) seperti saat pertama beli. Karena banyak kortoran kecil yg melekat seperti serpihan sabun, losyen, bedak, dan juga peluhan yang dikeluarkan oleh badan kita. Berikut saya sharing disini tips senang untuk memberihkan perhiasan (emas) di rumah.

Untuk membersihkan perhiasan emas di rumah caranya sangat mudah. Cukup siapkan asam jawa (tamarin),  dan air secukupnya.  Lumatkan asam jawa dengan sedikit air, sampai menjadi adunan yg pekat/ mengental. Di dalam mangkok, masukkan perhiasan emas tersebut, hingga terbenam di dalam adonan asam jawa . Biarkan selama 30-60minit.

Lalu keluarkan perhiasan emas, bilas dengan air bersih. Keringkan pada kain lembut. Perhiasan anda akan tampak seperti baru kembali. Selamat mencoba.

 

 

Emas: Diterima di seluruh negara di dunia!

 

Apabila meletusnya perang di Cambodia, ramai rakyatnya lari meninggalkan tanah air bagi menyelamatkan diri dan keluarga. Sebahagian besar daripada mangsa peperangan ini memilih Malaysia sebagai tempat melarikan diri bagi memulakan hidup yang baru. Kebanyakan dari mereka mendarat di selatan tanah air terutama daerah Kota Tinggi dan Mersing.

Melarikan diri tanpa hala tuju.. Tiada kompas atau GPS.. Ke mana angin membawa haluan ke situlah tujuan mereka

 

Semenjak dari itu, bermula lah kehidupan baru mereka di bumi asing tanpa sebarang keistimewaan. Daripada sehelai sepinggang, mereka kini menguasai deretan bazar tekstil di tengah-tengah bandar Kota Tinggi dan memiliki banglo di Ulu Tiram.

Memang dah menjadi adat, orang yang berusaha dengan tekun lambat laun pasti berjaya! Dalam hal perniagaan, sekecil mana sekalipun tetap memerlukan modal bagi memulakannya. Daripada manakah orang-orang Cambodia ini mendapat modal mereka?

 

 

Rupa-rupanya rahisa mereka ada pada ‘benda’ yang mereka bawa bersama ketika melarikan diri. Semua harta benda yang lain ditinggalkan dan dirampas oleh rejim Khmer Rouge. Namun dalam keadaan tergesa-gesa mereka masih sempat membawa bersama beberapa keping ataupun ketul emas.

 

 

Vietnamese Kim Thanh gold bullion “bars” or leaves Fineness: .9999 Actual Gold Content: 1.205 troy ounce (37.5 grams) (Typically, three leaves wrapped in oil-paper: two leaves at 15gr apiece and a third at 7.5 gram)

 

Bukannya Cambodia tidak ada matawang ketika itu, malah matawang Dolar Amerika cukup banyak! Namun mereka sedar bahawa dalam situasi perang, duit tidak akan ada nilai lagi. Emas pula dalam bentuk apa sekalipun tetap diterima walau ke mana sahaja mereka pergi di muka bumi ini. Tidak ada satu negara pun di dunia ini mengatakan emas tidak bernilai!

 

 

 

Matawang yang diguna sebelum perang meletus

Pengalaman orang-orang Cambodia ini memang banyak memberikan pengajaran. Betapa peranan emas dapat menyelamatkan kelangsungan hidup mereka dan generasi seterusnya.

Dalam dunia yang moden ini, kaedah melarikan diri dengan emas juga telah berlaku.. Iaitu isteri bekas presiden Tunisia bernama LAILA!

 

Laila, melarikan diri menggunakan kapal terbang ke Eropah dengan emas yang begitu banyak!

 

 

Emas elak anda jatuh miskin

EMAS tidak akan menjadikan anda KAYA !!!… Betul ker ??

EMAS tidak menjanjikan ANDA kekayaan sekelip MATA, namun ia dapat MENGELAKKAN anda dari jatuh MISKIN & PAPA.
Menyimpan EMAS bukanlah satu pelaburan Skim CEPAT Kaya
ANDA simpan ANDA dapatlah hasilnya.
Elakkanlah diri ANDA dari terjebak dengan mana2 SKIM yang nampak terlalu mudah untuk dipercayai (too good to be true) yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.
Lihatlah contoh graf dibawah, walaupun performance terdahulu bukanlah satu ukuran, namun ianya sudah cukup menggambarkan tempoh masa yang diperlukan untuk menyimpan EMAS.

Lombong-lombong emas di dunia

 

Plasadana.com – Sejak lima tahun ini yang lepas, harga pasaran emas telah melonjak lebih dua kali ganda. Bukan sekadar keperluan, walaupun kini emas mengalami kejatuhan di pasaran,namun harganya diperkatakan masih akan terus naik.

Di bursa pasaran London, setiap hari nilai transaksi emas mencapai $75 mill atau sekitar R676 Trill. Sebagai gambaran, transaksi di Bursa Efek Indonnesia sehari hanya Rp5 Trill,bermaksud sebanyak 135 hari transaksi di pasaran Jakarta diperlukan untuk menyamakan dengan wang yang berada di Bursa komoditas London.
Besarnya beza dalam transaksi ini adalah disebabkan dengan kekurangan stok emas. Dalam gambaran yang dibuat oleh CNBC, seandainya seluruh emas di dunia digabungkan, jumlahnya melebihi dua kolam renang Olimpik.

Ahli masyarakat Geologi Amerika Syarikat memperkatakan, jumlah emas yang masih ada dalam tanah adalah seitar 51 ribu toan, atau 1.76 Mill troi auns. Jumlah terbesar berada di Indonesia. Di manakah yang lainnya?

 

 

9. Kalgoorlie Super Pit

Lokasi: Kalgoorlie, Australia
Produksi 2011: 750,000 troi ons
Pengelola: Barrick Gold

8. Lagunas Norte

Lokasi: Santiago de Chuco, Peru
Produksi 2011: 770,000 troi ons

Active Miners: Barrick Gold
Mining Operations: Open pit

7. West Wits

Lokasi: Carletonville, South Africa
Produksi 2011: 792,000 troi ons
Pengelola: AngloGold Ashanti

6. Vaal River

Lokasi: Klerksdorp, South Africa
Produksi 2011: 831,000 troi ons
Pengelola: AngloGold Ashanti

5. Veladero

Lokasi: San Juan, Argentina
Produksi 2011: 957,000 troi ons
Pengelola: Barrick Gold

4. Goldstrike

Lokasi: Eureka and Elko Counties, Nev.
Produksi 2011: 1,088,000 troi ons
Pengelola: Barrick Gold

3. Yanacocha

Lokasi: Cajamarca, Peru
Produksi 2011: 1,293,000 troi ons
Pengelola: ewmont Mining; Buenaventura; World Bank

2. Cortez

Lokasi: Elko, Nev.
Produksi 2011: 1,421,000 troi ons
Pengelola: Barrick Gold

1. Grasberg

Lokasi: Papua, Indonesia
Produksi 2011: 1,444,000 troi ons
Pengelola: Freeport-McMoRan Copper & Gold