Kalkulator emas – kira harga emas hari ini

Kalkulator ini adalah untuk kira harga emas terpakai dan berapa ringgit tunai yang boleh diperolehi mengikut gram dan karat item. Sila klik gambar calculator dibawah untuk ke apps kalkulator (arrahnu.my/calculator)


kalkulator harga emas terpakai

Cara pengiraan index emas
Index dunia * currency / onz (troy)
onz troy = 31.1gram

Pengiraan diatas adalah untuk index emas pergram, cuba kira! selain dari kiraan pergram, index emas pertael masih lagi digunakan, index pertael boleh dikira seperti berikut.

Index kilang * 37.8
tael = 37.8gram

Jika anda membuat kiraan seperti diatas anda tidak akan mendapat jawapan yang tepat, tetapi hampir-hampir sahaja ini kerana pengilang emas di Malaysia telah mengira sekali kos logistik, kos penghantaran dan kos sebagainya dalam kiraan index emas Malaysia. Ramai pakar forex cuba mengira sendiri harga emas dari tukaran forex mereka, ya mereka akan dapat nilai tertentu, tetapi kiraan mereka tidak akan tepat kerana realitinya emas dijual adalah dalam bentuk fizikal, ia melibatkan pelbagai kos untuk jual beli termasuk kos keselamatan dan logistik, anda pernah dengar perompak merompak bitcoin? rompak paypal? tidak kan, sebab itu on paper harga emas dikira lain dan dalam dunia realitinya harga emas adalah lain.

Cara kira harga emas baru dan terpakai

Untuk mengira harga emas baru, anda perlu tahu peratusan mutu emas dahulu, peratusan emas sama seperti kod tertera pada barang kemas samada 999.9 = 99.99% emas atau 916 = 91.6% emas dan seterusnya, peratusan paling rendah emas yang biasa dijual adalah 37.5% = 375.
Dari peratusan mutu ini, kiraan harga emas untuk emas adalah seperti berikut

Index emas per gram * %mutu

Cuba kira untuk emas 916 = 91.6% emas, cara kira emas adalah seperti berikut

Index emas pergram * 91.6%

Anda akan mendapat suatu nilai, nilai ini dipanggil spot price untuk emas 916, ataupun on paper value, tetapi nilai ini tidak tepat dalam dunia realiti, emas 916 tidak akan dibuat menggunakan 91.6% emas secara tepat. Untuk membuat barang kemas baru, dari 10gram emas digunakan, item yang dapat dihasilkan mungkin 8gram sahaja ini kerana beberapa gram akan hilang sebagai debu ataupun habuk, disebabkan kehilangan gram ini, harga emas 916 jauh lebih tinggi dari spot price

Harga emas baru yang dijual di kedai emas
Harga emas hari ini - Kedai Emas
Di Malaysia, harga emas yang biasa digunakan adalah harga persatuan peniaga emas, harga ini diupdate sebulan atau dua bulan sekali dan dikira harga jual di kedai emas dan kedai pajak konvesional mengikut karat
We have a Problem with JSON here:
Either we got no JSON from the API. Or the basenode-parameter is not ok.
Switch on the Debugmode of the Plugin!
Cara kira harga emas terpakai

Untuk emas terpakai, second hand, buruk, lama putus pula, biasanya akan dibeli dibawah spot price ini kerana mutu emas tidak sebenarnya tepat-tepat 91.6% emas, kebiaasannya apabila emas lama diperolehi dan dibakar, susut berat emas juga berlaku disebabkan ada kekotoran, campuran lain dan sebagainya, jika emas lama 10gram dibakar, kebiasanya akan mendapat 9gram sahaja emas tulen dan selebihnya mungkin adalah kotoran, logam campuran dan sebagainya

Harga emas terpakai hari ini
Harga emas hari ini - Spot Price
Harga emas spot price hari ini untuk emas second hand, scrap, emas lama, rosak, patah, harga buyback emas kepada pelebur mengikut gram dan karat belum termasuk gst
We have a Problem with JSON here:
Either we got no JSON from the API. Or the basenode-parameter is not ok.
Switch on the Debugmode of the Plugin!

43 thoughts on “Kalkulator emas – kira harga emas hari ini

  1. Hello salam kenal, saya na tanye macam mana hitungan to cara menjual emas nie sebab sy na tau contoh bila sy ada emas Kualiti Emas 916, berat 0.88 gram berapa kira kira sy dapat dari harga emas tersebut sesuai mengikut harga pasaran seumpama turun naik??? mohon di respond and terima kasih.

  2. Ikutkan harga hari ini 14/12/2016 1gm RM165.Kenapa bila type kat ruang kalkulator tunjuk
    ( 22K)916 1gm RM 140.24?

  3. Jikalau nk jdi agen jual emas brp minima modal @ tdk perlu pakai modal Dan MCM mne cara nya

  4. saye ada terbeli emas baru hari tu, kalo punye 12.5gm emas 999 + 1.93gm (pendant) emas 916, berapa saya dapat ekk?
    tolong dibalas. thnks

  5. saya gold bar 999, 10gm. dan satu keping dinar dinar 999.9. kalau saya nak jual berapa harga yang saya dapat?

  6. Saya mempunyai 5 GRAM CANADIAN MAPLE LEAF 100 MILLS .999 24K FINE GOLD. Adakah pihak tuan menerima kira nya saya ingin menjualnya?Boleh kah saya tahu berapa harga yang di tawarkan.terima kasih.

  7. Emas ni susut nilai ker…?? setahu saya….emas makin naik….memang adakalanya turun..tapi kadar kenaikan pasaran emas sekarang tinggi….. kalau susut nilai….beratnya pun susutlah macam tu….??? hehehe

    1. Slm tuan, nilai emaa shj susut, berat tidak… Jika tuan biasa beli emas, tuan cuba perhatikan blkg surat emas, biasa akn tertera, harga emas akan susut 15-30% apabila dijual balik..dr dulu mmg mcm tuu

  8. mcmana kita nk msk bid? sya dh register tp akaun paypal xde? nk wat byran cmne? price kalu letak let see RM163, itu hage jual ke? @ kena x dgn berat barang? Thank u 4 any info.

  9. Salam tuan. Saya Kamil dari Penang.
    Saya ada emas 999.9 dan telah check harga guna calculator di atas dan harganya ialah RM27,446.23. Saya ingin menjual emas tersebut, adakah tuan mengambilnya dgn harga di atas, atau harga lain. Minta penjelasan pihak tuan seberapa segera. Jika boleh tuan boleh mesej saya pada nombor 016-4622324. Terima kasih.
    Kamil.

  10. Apsal rendah sangat nilai dalam kalkulator tu? Emas 916, 1gm=RM134.98 , Emas 999.9, 1gm=RM152.33 jer sedangkan sekarang ni harga emas di pasaran bagi emas 916, 1gm = RM180.00 , emas 999.9, 1gm=RM190.00.

      1. As,salam..kt kedai saya tukar aritu..dia susut nilai 12%..:-)
        kt Singapore sya kena 18% susut nilai.

    1. ye la…mcm x dak prubahan ja rate dy…..time jatuh ritu pun harga dy lbih kurang jugak…

  11. perlukan penjelasan lanjut tentang pelaburan ar-rahnu… persoalan nye:-
    1)bagaimana nak mulakan pelaburan?2)sekiranya membuat loan, bagaimana cara pembayaran loan 70% tu, secara bulanan atau bagaimana?3)tentang tempoh matang 18 bulan?4)sekiranya dah habis bayar, boleh kah sy mendapatkan emas yg di pajak? boleh di tukar tunai atau tidak?yg menunggu jawapan…..naim 013-2119023

  12. harga yang mana satu yang bos akn bayar kpd saya??
    katakan saya letak berat emas 999 10 gram.. harga yg kluar sbelahnya RM1539.38…
    jumlah yg kluar tu ke yg bos akan bayar kpd saya??

    yg menunggu jawapan…

Comments are closed.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda