Kuala Lumpur: Ufun Gold Sdn Bhd (Ufun Gold) pembeli emas daripada pelabur emas menyasarkan jualan logam berkenaan bernilai RM500 juta selepas tempoh setahun beroperasi di sepuluh negara termasuk Malaysia dan mencapai RM2 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang.
Ketika ini, Ufun Gold mempunyai sepuluh pasaran di Asia antaranya Thailand, Vietnam, Singapura, Brunei, Korea Selatan dan Indonesia.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniBeliau berkata, pihaknya sentiasa membantu mereka yang pernah terbabit dalam perniagaan emas dan mengalami kerugian atau mereka yang mempunyai emas fizikal tetapi tidak tahu cara menggandakan pendapatan melalui emas dimiliki.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Ufun Gold memiliki kepakaran serta profesional dalam pengurusan perniagaan ini yang mana kami menawarkan pelan perniagaan emas kepada penjual emas.
“Antara pelan perniagaan yang ditawarkan kepada pembeli ialah mereka boleh menyertai perniagaan hartanah atau menyertai kelab Ufun bagi membantu mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan emas,” katanya pada majlis pelancaran Ufun Gold di sini, semalam.
Ufun Gold adalah milik bersama Kumpulan Hijjaz di bawah pengurusan Ufun Group.
Zamri berkata, matlamat perniagaan Ufun juga ingin melahirkan lebih ramai usahawan emas yang mana menerusi pembelian emas fizikal dari peniaga emas yang gagal dapat membantu mereka membangunkan semula perniagaan mereka.
sumber : Metro
Marjan AlMustofa says:
dari duk taruk emas pakai /simpanai tu…sampai tebal berdaki ..lebihh baik diarrahnu kan dan join ufun…adanya guna jugak…baru nampak emas yang ada berguna sikit…tapi ingat tetap bayarkan zakat…insya allah rezeki kalian lagi-lagi lah bertambah dan barokah