Suspek Rompak Kedai Emas Temerloh Lolos Diri Guna Kargo

TEMERLOH: Polis tidak menolak kemungkinan enam lelaki yang merompak barang kemas bernilai RM3.2 juta di Mentakab dua hari lepas, turut menggunakan lori kargo bagi meloloskan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, suspek yang menaiki kereta jenis Honda Accord dan Toyota Camry selepas merompak kedai emas berkenaan memecut kenderaan menuju ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

“Menurut saksi, kedua-dua buah kereta dinaiki enam perompak itu dikatakan merempuh kayu halangan di Tol Temerloh dan menghala ke Kuala Lumpur.

“Polis tidak menolak kemungkinan kereta itu dinaikkan ke dalam lori kargo yang menunggu mereka di kawasan rehat dan rawat di LPT menghala ke Karak,” katanya di sini, Sabtu.

Beliau bekata polis turut menemui lapan dulang kosong yang dibuang ditepi jalan, kira-kira 2km dari bandar Mentakab.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu penjenayah berkenaan mengambil masa hanya tiga minit untuk melarikan 24 dulang barangan kemas.

“Polis percaya rompakan itu dilakukan secara terancang dan melibatkan beberapa individu lain,” kata Zundin.

Semasa rompakan, pemilik kedai dan beberapa pekerjanya, baru tiba di kedai emas berkenaan untuk memulakan perniagaan sebelum diserbu empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Beliau berkata polis Temerloh dengan kerjasama polis dari negeri bersempadanan dengan Pahang kini memperhebatkan gerakan memburu kesemua suspek. – BERNAMA

merompak emas kaya

Rompakan emas terbesar dalam sejarah manusia

Infographicjounal, mengeluarkan satu sumber gambar berinfo berkenaan rompakan-rompakan emas terbesar dalam sejarah manusia, dalam sumber inforgrafik dibawah, senarai rompakan disusun bentuk timeline, kos dan berapa nilai emas yang dapat dilarikan perompak dan kebanyakan kes tergantung tanpa ada penyelesaian, mesti ini kerja pakar seperti didalam movie #italianjob opkos.

rompakan emas terbesar dalam sejarah