Tempat Pelaburan Utama jadi Pilihan Pelabur

pelaburan-emasDunia ini penuh dengan risiko. Mahu tidak mahu kena kena ambil risiko tertentu supaya kita dapat melangkah ke hadapan.

Makan nasi pun adakalanya tergigit lidah atau tercekik tulang, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mahu makan langsung, bukan?

Justeru, berdasarkan 4 sebab kenapa kita perlu melabur kita perlu merancang pelaburan kita dengan bijak. Berikut adalah antara senarai peluang pelaburan yang ada di hadapan tuan dan puan:

1. Produk Deposit Bank

Dahulu yang popular adalah akaun pelaburan mudharabah. Hari ini bank-bank menawarkan structured investment product pula. Perbezaan utama keduanya adalah produk berstruktur ini cuba untuk bagi pulangan lebih dari biasa dari akaun pelaburan mudharabah. Kalau biasanya dapat 3%, maka produk berstruktur cuba dapatkan 6%. Secara umumnya, produk deposit yang ditawarkan oleh bank-bank adalah produk paling selamat dan paling rendah pulangannya.

2. Hartanah

Pelaburan hartanah disukai orang kerana ia wujud secara nyata. Kebanyakan orang tidak dapat memahami konsep ‘pelaburan kertas’ dengan baik jadi hartanah merupakan satu peluang yang sangat sesuai untuk mereka. Apa pun objektif pelaburan hartanah kita, pelaburan ini kurang bersifat ‘cair’. Kalau kita perlukan duit segera, maka kita tak dapat jual hari ini dan terus dapat duit.
3. Real Estate Investment Trust (REIT)

REIT dalam erti kata lain adalah pelaburan hartanah yang sama macam pelaburan saham amanah. Bezanya, REIT hanya membeli hartanah-hartanah sahaja.

4. Saham

Pelaburan yang paling popular. Hampir semua orang di Malaysia memiliki saham sama ada secara langsung atau tidak. Ya, jika kita mencarum KWSP itu bermaksud kita telah terlibat dengan pelaburan saham. Pencen pesara kerajaan yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen juga terlibat dalam bursa saham.

Sehingga Jun 2011 Bursa Malaysia mengandungi 847 kaunter saham patuh Shariah yang mewakili 89% dari kesuluruhan kaunter.

5. Saham Amanah

Pelaburan saham yang dibuat dengan melantik pihak ketiga menguruskannya untuk kita. Ada pelbagai syarikat yang ada. Ada pelbagai jenis saham amanah.

Ya, setiap satu saham amanah adalah berbeza. Justeru, pelabur yang baik akan mengambil tahu dana saham amanah yang mereka beli itu sebenarnya melabur dalam saham yang bagaimana sifatnya. Kebaikan utama saham amanah adalah dengan modal yang rendah, kita sudah boleh terlibat.

6. Exchange Traded Fund (ETF)

Variasi saham amanah. Tidak begitu popular di Malaysia. Sehingga Jun 2011 cuma ada 5 kaunter ETF dan cuma 1 yang patuh Shariah.

7. Komiditi Fizikal
Pelaburan komoditi fizikal yang sedang popular ketika ini adalah emas danperak. Mudah menjadi popular kerana ia melibatkan barang yang nyata. Komoditi fizikal ini lebih kepada aktiviti bisnes justeru tidak mempunyai peraturan yang ketat seperti ‘pelaburan kertas’. Oleh yang demikian, ramai pihak mengambil kesempatan menawarkan skim penipuan.

8. Komiditi Kertas
Bahasa teknikalnya adalah commodity futures market. Di Malaysia, yang popular adalah Crude Palm Oil Futures (FCPO) kerana ia adalah produk Bursa Malaysia sendiri. Dengan teknologi yang ada, ramai yang dapat terlibat dengan commidity futures yang ditawarkan oleh Chicago Mercantile Exchange (CME) misalnya.

Potensi pulangan yang lumayan, dan potensi kerugian yang menakutkan juga. Ho ho. Pergi jauh-jauh dari terlibat dengan produk sebegini kalau KWSP beri dividen rendah pun dah marah-marah, atau pelaburan saham amanah rugi sikit dah naik ‘tension’.

9. Derivatif Selain komoditi ‘kertas’

Index futures, warrants dan options. Pasaran di Malaysia belum cukup matang, pelaburnya juga tidak begitu sophisticated. Jadi, produk sebegini juga kurang popular.

Tiada Pelaburan yang ‘Perfect’

Setiap satu produk pelaburan ada baik dan buruk. Tidak sempurna. Pasti ada untung rugi.

 

sumber: http://www.publicgoldsarawak.com/ver2/2014/05/15/9-tempat-orang-ramai-membuat-pelaburan/

 

Untung atau tidak beli emas sekarang

Harga emas hari ini berada pada harga yang agak murah berbanding kenaikan sebelum ini(tahun lepas) yang mececah sehingga USD1900 per oz. Buat masa ini nilai emas pada harga USD 1660 per oz. Bagi penyimpan dan penggemar emas ini merupakan satu peluang untuk menambah jumlah simpanan emas anda. Pada graph 10 tahun, penurunan harga yang berlaku kini tidak lama kerana ia hampir sampai pada line support yang pernah tersentuh pada penghujung tahun lepas. Ia kemungkinan boleh turun sehingga USD 1560/oz., itu pun kalau dia boleh turun lagi lah.

harga emasIhsan Dari Google

Harga emas terkini public gold untuk bar 20 gram adalah pada RM182.25. 1 setengah tahun lepas aku beli 20 gram bar adalah pada nilai RM 138.25, perbezaan adalah RM 44. Ini bermakna dalam tempoh tersebut berlaku peningkatan harga sebanyak 31.8%. Jika 20 gram bermakna keuntungan adalah RM880. Tetapi anda kene tau jugak, jika nak dijual harga yang valid ialah pada harga belian bukan harga jualan,  perlu tau tentang term we sell and we buy. Bermakna harga yang anda dapat kurang sebanyak antara 8%-9%..Apapun  kita masih untung lebih kurang 24%.

Jika anda bijak, juallah kepada individu yang mencari emas dan jangan jual balik kepada public gold atau agen public gold. Dengan cara ini kita boleh jual pada harga lebih tinggi, kerana siapa tak nak kalau agen jual RM3642+RM 20(shipping cost), tetapi kita jual 3600, pasti berebut orang nak beli. Aku pernah jual di facebook public gold untuk 1 bar 20gram pada harga lebih rendah dari public gold. Baru seminit buat post terus aku dihujani panggilan telefon dan message. Akhirnya terjual dengan aku mendapat keuntungan RM 2oo dan si pembeli dapat beli dengan harga RM 70 lebih murah dari agen public gold. Ini kira win-win situation lah.

harga emasIhsan dari google

Jika duit anda banyak atau anda memang teringin nak melabur tapi tak tahu bagaimana, cuba lah buat simpanan emas secara fizikal. Banyak kelebihan menyimpan emas. Salah satunya ia dapat mengatasi inflasi yang berlaku setiap tahun, sebab nilainya tidak terkesan dari peningkatan inflasi. Kelebihan lain, emas itu boleh digadai jika kita memerlukan duit. Kini telah banyak tempat yang menyediakan gadaian mengikut Islam seperti di Ar-rahn dan public gold ar-rahnu.

Cuma yang menjadi masalah ialah keselamatan simpanan emas fizikal. Kalau dah banyak memang risau nak simpan kat rumah, bayangkan lah kalau anda dah menyimpan hingga nilai beratus ribu. Pernah seorang rakan hendak pergi berkelah terpaksa masukkan emasnya dalam poket seluar yang dibalut dengan plastik sebab nak mandi laut. Bayangkan lah emas 1kg dalam poket pastu nak mandi laut. Tapi 1 kg emas ni saiznye kecil aje.

Itu lah sahaja coretan aku tentang emas. Sebenarnya aku tak ada idea nak tulis ape,  jadi aku cerita pasal emas berdasarkan pengalaman. Nasihat aku jika anda bijak cubalah ambil peluang ini untuk mendapatkan emas ketika harga emas masih dalam trend menurun. Sebab dia pasti akan bergerak kembali kepada harga USD 1900/oz. Tambahan pulak kini semakin hebat dengan spekulasi perang antara Iran dan Israel yang memungkinkan berlakunya kenaikan nilai emas dan minyak.

link: http://segalabenda.com/harga-emas/