Lazimnya, emas terkenal sebagai bahan mineral yang paling mahal dan paling banyak digunakan selepas berlian..Namun, sebenarnya, masih ada lagi mineral lain yang lebih mahal daripada emas dan usaha untuk menemuinya adalah amat sukar sekali..Kalau nak tahu apa bahan mineral tu, meh baca kat bawah ni..
Seorang pemburu meteor telah menghabiskan masa selama 20 tahun dalam mencari ketulan batu antariksa. Kini, beliau berjaya menemui bahan mineral yang nilainya 10 kali ganda lebih tinggi berbanding emas. Ketulan batu ini telah ditemui di utara California, Amerika Syarikat (AS) di kawasan lembah Sierra.
Batu antariksa ini merupakan serpihan daripada meteor raksasa yang meletus dengan kekuatan menyamai 1/3 bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun pada penghujung perang Dunia Ke 2.
Menurut keterangan profesor dan ahli meteor, John Wasson dari UCLA, batu hasil daripada penemuan Robert Ward dari Arizona ini memiliki berat 10 gram. Menurut Gold Gram Bars, ketulan batu ini mempunyai nilai lebih dari US$1,000 (RM 4,000), seperti yang dikutip DM.
Bercakap mengenai hasil penemuannya, Ward hampir tidak percaya semasa menemui ketulan meteorit yang dikenali sebagai Carbonaceous Chondrite (CM) setelah melihat bentuk di permukaan batu tersebut. “Ini merupakan salah satu benda tertua dan bernilai yang pernah ditemuinya,”.
p/s: Jangan sangka rupa hodoh tiada harga =D
pautan: http://drysheet.blogspot.com/2012/04/inilah-mineral-yang-10-kali-ganda-lebih.html