London Gold Fixing Sejak Abad Lalu Bertukar

Gold fixing photo_0
London Gold Fixing yang telah berjalan hampir satu abad bakal ditamatkan esok dan diganti dengan kiraan baru yang dipanggil ICE Benchmark

Sistem penentuan harga emas berusia hampir seratus tahun ini ditamatkan apabila bank German Deutche Bank menarik diri pada Januari 2014 setelah Jerman tidak dibenarkan mengaudit simpanan emas mereka di Federal Reserve serta skandal manipulasi harga emas dan silver pada 26 June 2012 bocor menyebabkan salah satu ahli London Gold Fixing, Barclay Bank terpaksa membayar saman sebanyak $26 juta dan juga ahli-ahli yang lain seperti Nova Scotia, HSBC dan juga Deutche Bank sendiri sedang dibicarakan.

ICE Benchmark yang beribu pejabat di US diberikan kepercayaan oleh LBMA untuk menentukan harga emas dunia bakal melibatkan lebih banyak syarikat seperti JP Morgan,UBS, Credit Suisse, Goldman Sachs, Citi, Morgan Stanley , Standard Chartered dan negara China serta asia bakal memainkan peranan utama untuk penentuan harga emas kerana benua ini memiliki pengimport dan pengeksport emas terbesar didunia.

London Gold Fixing (Gold Fix) adalah cara penentuan harga emas harian yang ditetapkan oleh 5 firma emas terkemuka dunia dan dipengerusikan oleh Trilionaire yahudi N.M Rothschild sejak tahun 1919 lagi. Pada jumaat (20.3.2015) , cara kiraan emas ini akan ditukar kepada ICE benchmark (InterContinental Exchange) yang lebih terbuka dan transparent.

Hari ini (khamis) adalah hari terakhir penentuan harga emas ditentukan oleh London Gold Fixing sebelum menutup pejabat mereka di London. Pengiraan harga baru berbeza dengan cari yang lama dimana sebelum ini, penentuan harga emas ditentukan dengan panggilan telefon antara 5 syarikat manakala cara penentuan harga emas yang baru ditentukan dengan tetapan elektronik dari trader ICE sehingga harga akhir diperolehi.

Menurut ICE, sehingga hari ini, jumlah dagangan emas seluruh dunia bernilai US18 Trilion.

gold-price-2400usd-2

Harga emas naik tinggi hari ini mencecah RM2.38/gram dan pakar ekonomi menjangkakan harga emas naik mencecah USD2400/onz atau RM280/gram menjelang 2030

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Australia & New Zealand Bank, pihak mereka menjangkakan akan ada permintaan emas yang tinggi dari benua Asia dalam tempoh masa 15 tahun akan datang menyebabkan harga emas dunia akan melambung dua kali ganda. Antara negara yang dikatakan bakal menyumbang peningkatan harga emas adalah China, India, Indonesia, Japan, South Korea, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam.

Ketua Ekonomi ANZ, Warren Hogan meramalkan akan ada peningkatan permintaan barangan kemas dari warganegara asia kelas menengah, lebih banyak syarikat gergasi dari asia akan terlibat dalam pelaburan emas dan juga peningkatan pembelian emas dari bank-bank pusat dia asia merupakan penyumbang utama kenaikan emas dunia akan datang.

 

 

Harga Emas Sederhana Awal 2014

emas-sederhana

Kebimbangan pasaran emas tentang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk beransur-ansur mengurangkan suntikan mudah tunainya akan hanya reda pada lewat Februari atau awal Mac tahun depan dengan harga diunjurkan menyederhana pada US$1,322.50 (AS$1 = RM3.25) seauns (1 auns = 28.35 gram).

Peniaga dari Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata menurut satu laporan antarabangsa, harga emas berkemungkinan kekal rendah bagi tahun keduanya selepas mencatatkan kejatuhan tahunan pertamanya pada pertengahan 2013, dalam tempoh lebih sedekad.

“Harga rendah ini ditambah pula dengan siling hutang jangka pendek kerajaan AS yang akan tamat tempoh pada 15 Jan, 2014,” katanya kepada Bernama.

Tentang arah aliran semasa, Lim berkata pasaran seolah-olah kurang keyakinan terhadap emas apabila AS mencatatkan data-data ekonomi yang lebih baik daripada dijangkakan.

“Bagi tahun ini setakat ini, harga emas semerta menjunam 27.2 peratus kepada AS$1,219.83 seauns pada 2 Dis, 2013.

Mengenai dagangan hadapan emas, yang julung kali muncul di Bursa Malaysia Derivatives pada 7 Oktober, 2013, Lim berkata ia lebih sesuai bagi pelabur individu memandangkan keperluan marginnya yang rendah iaitu RM1,000 bagi setiap lot.

Beliau berkata kontrak itu juga dilunaskan dengan tunai, justeru itu pelabur boleh menyimpan pegangan hingga tamat tempoh kontrak.

“Pada masa ini, jumlah dagangan pasaran hadapan emas Bursa Malaysia agak rendah disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan keyakinan dalam kalangan pelabur runcit.

“Kebanyakan pelabur Malaysia tidak terdedah kepada dagangan hadapan atau tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenainya. Di samping itu, sesetengah mereka beranggapan dagangan hadapan adalah sama seperti berjudi.

“Lebih banyak iklan dan seminar diperlukan untuk mendidik dan memupuk minat pelabur Malaysia terhadap dagangan hadapan,” saran Lim.

Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd, Ermin Siow, berkata sambutan terhadap kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia hambar sahaja.

Poh Kong, sebuah syarikat pegang pelaburan, terlibat dalam pembuatan, perniagaan, peruncitan dan eksport barang kemas, batu permata, berlian dan barang perhiasan daripada emas, terutamanya di Malaysia.

Siow berkata dagangan hadapan emas masih belum meraih sambutan hangat setakat ini disebabkan oleh kurangnya maklumat tentang cara-cara berurus niaga logam berharga dalam pasaran hadapan.

“Meskipun kontrak hadapan emas tidak diniagakan 24 jam di Bursa Malaysia berbanding di Commodity Exchange Inc, satu bahagian New York Mercantile Exchange, namun orang perlu ingat bahawa emas diniagakan tanpa henti di peringkat antarabangsa,” tegas Siow.

Bursa Malaysia memulakan dagangan hadapan emas tiga bulan lepas, satu langkah untuk memperluas pasaran modal di negara ini.

Ia adalah kontrak hadapan logam berharga pertama di Bursa Malaysia dan kelas aset pendasar adalah berasaskan spesifikasi Penetapan Emas London.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Datuk Tajuddin Atan, berkata pelancaran kontrak hadapan emas Bursa Malaysia memperkukuh komitmen bursa itu untuk terus memperkenalkan produk-produk dan kelas-kelas aset baharu, sekali gus membawa lebih banyak peluang dagangan dan pelaburan kepada lebih ramai warga Malaysia.

“Tujuan kami ialah untuk mewujudkan sebuah pasaran lengkap dan menyeluruh yang ada sesuatu bagi setiap jenis peniaga dan pelabur di Bursa Malaysia.

“Kami yakin kontrak hadapan emas akan menjadi satu cara berniaga emas yang dipercayai di Malaysia kerana ia diniagakan di bursa kita yang sangat ketat kawalan selianya,” katanya.

Harga tertinggi emas yang diniagakan di Bursa Malaysia Derivatives ialah RM137 segram yang dicatatkan pada Oktober.

Kontrak bulan penanda aras mengakhiri tahun ini pada RM127.4.

— BERNAMA

Analisis Harga Emas – Potensi Kenaikan Spjg 3 Tahun

Analisis Fundamental


Baru-baru ini sebaik sahaja pengumuman mengenai pelaksanaan Quantitative Easing untuk kali yang ketiga (QE 3), Para pelabur di pasaran Wall Street dilaporkan bertindak menjual pegangan saham mereka kerana tindakan itu menyebabkan Wang Dollar ditambah cetak sekaligus bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi atau penyusutan kuasa beli sebarang transaksi yang menggunakan matawang USD.
Kenaikan kadar inflasi bermakna akan berlakunya kenaikan harga barangan, sekaligus akan menyebabkan berlakunya kelembapan sistem ekonomi kerana pengguna akan berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan mereka.

Lalu Pelaburan dalam saham agak kurang menguntungkan kerana perniagaan syarikat yang disenaraikan dalam bursa akan menerima kesan buruk dari tindakan pengguna yang mengurangkan perbelanjaan tadi.
Disebabkan kuasa beli dollar semakin menyusut, para pengguna tidak mahu membuat simpanan dalam bentuk tunai, dan mereka memilih simpanan dalam bentuk aset yang mudah cair iaitu “Precious Metal” dan pilihan utama mereka adalah Emas dan Perak.
Situasi ini akan menyebabkan kenaikan permintaan keatas kedua-dua komoditi ini dan ianya telah dijangka oleh para pelabur yang melepaskan atau menjual belian saham mereka sebelum ini, lalu para pelabur ini akan segera membuat pelaburan baru dalam sektor pelaburan komoditi iaitu Emas dan Perak tetapi dalam bentuk ETF atau Exchange Traded Fund (paper and silver gold).
Perubahan tindakan ini telah menyebabkan lonjakan harga emas dan perak secara mendadak dan dijangka berterusan sehingga tahun 2015 kerana QE3 akan berlangsung spanjang tempoh ini.
Perhatikan Impak Quantitative Easing 1, 2 dan impak awal QE3 kepada harga Emas.
Dan seperti yang kita sedia maklum, corak pergerakan harga emas pada tahun ini adalah menyamai corak pergerakannya pada tahun 2008 disebabkan situasi krisis ekonomi yang melanda pada ketika itu dan juga tindakan Federal Reserve menanganinya melalui Program QE 1 dan QE 2.

Perhatikan dibawah ini, Hampir serupa dengan corak pergerakan harga yang diatasnya kan? jadi jika mengambilkira posisi harga Emas sekarang yang menyamai posisi harganya pada hujung tahun 2008, adakah paras harga sekarang sudah cukup tinggi? Mungkin anda perlu mempertimbangkannya semula kerana pada saya harganya amat berpotensi untuk lebih tinggi lagi pada tahun 2015 nanti, iaitu 3 tahun dari sekarang sama sebagaimana kenaikannya bermula pada tahun 2009 hingga 2011 iaitu sama seperti graf harga yang diatasnya juga.

Analisis Teknikal

Sepanjang 3 tahun bermula dari QE 1 dijalankan sehingga berakhirnya QE 2, harga emas telah melonjak naik sekitar 180%, dan sekiranya peratus kenaikan yang sama berlaku kepada harga emas ketika ini iaitu selepas ia berjaya melepasi paras harga tertingginya sekitar $1925/oz, maka destinasi harga emas seterusnya adalah sekitar $5,000/oz dan angka tersebut sememangnya angka yang sering disebut-sebut oleh pakar ekonomi di seluruh dunia dan ternyata ia sangat realistik.
Mengapa saya begitu optimis dengan potensi kenaikan yang berterusan bagi tempoh selama 3 tahun yang akan datang?
Diantaran sebab utama adalah kerana Program QE 3 akan berjalan sepanjang tempoh tersebut, dan seperti yang kita perhatikan kesan dari QE 1 dan QE 2, harga emas terus naik dan naik selama tempoh program itu dijalankan.
Dan yang dibawah ini adalah Trend pergerakan yang akan dilalui oleh harga Emas sepanjang tempoh 3 tahun ini, dan paras harga yang paling hampir untuk dicapai adalah sekitar $2200-$2300/oz sekurang-kurangnya menjelang pertengahan tahun 2013.
Semoga anda tidak lagi mengabaikan peluang berpotensi ini sepertimana peluang-peluang yang saya kongsikan sebelum ini ya..!
Saya adalah seorang Pelabur Emas dan Perak fizikal sepenuh masa sejak 3 tahun yang lalu, dan bidang ini adalah skop kepakaran saya dimana saya sendiri memberikan tumpuan sepenuhnya setiap masa, jadi penelitian saya mengenai risiko dan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding pelabur yang menjadikan pelaburannya sebagai sumber sampingan dan bukan profession utamanya.
Secara mudahnya, Analisis Fundamental berperanan memberikan gambaran mengenai andaian situasi ekonomi semasa pada masa hadapan berdasarkan data dan dasar ekonomi semasa, ia sekaligus membantu untuk memberikan jangkaan mengenai halatuju pergerakan harga Emas pada masa yang akan datang dalam tempoh waktu yang lebih panjang.
Manakala Analisis Teknikal pula untuk membantu anda menjangka paras-paras harga yang berpotensi dicapai hasil analisa Fundamental sebelumnya, sebagai contoh jika Analisis Fundamental memberikan gambaran positif mengenai kenaikan harga emas, Analisis Teknikal pula berperanan menentukan kenaikan yang dijangkakan itu sehingga ke paras harga berapa? jika ia turun seketika sehingga ke paras harga berapa? dan yang seumpamanya. Justeru, Analisis Teknikal memerlukan kepada data prestasi lampau pergerakan harganya yang akan digunakan sebagai paras-paras harga Sokongan (Support) dan Rintangan (Resistance).
Kesimpulannya,
Analisis Fundamental Harga Emas –
Mendorong berlakunya peningkatan “Demand” sekaligus menyokong kenaikan harga – POSITIF
Analisis Teknikal Harga Emas –
Menunjukkan Trend pergerakan menaik dan selaras dengan jangkaan Analisis Fundamental – POSITIF
Bermakna, tiada sebarang faktor yang menghalang untuk harga emas terus naik, naik dan naik, bermakna, pada kebanyakan masa anda akan sering melihat kekerapan pergerakan harga emas menaik, berbanding pergerakannya menurun. Jadi apakah langkah yang perlu anda lakukan seterusnya?

link asal:  http://kiniemas.blogspot.com/

test