Kenaikan harga emas yang tinggi didunia, permintaan emas yang naik setiap hari dan upah yang sangat berbaloi menarik ramai penggali emas kembali ke lombong. Di Filipina, Photojournalist Larry C Price, berjaya mencuri gambar buruh haram kanak-kanak semuda 4 tahun diupah untuk menggali emas oleh pihak tidak bertanggungjawab. Lombong terpencil yang diduduki etnik melayu filipina mempunyai sejarah emas sejak zaman penjajahan Sepanyol kembali dibuka secara haram sejak 2010.
Kanak-kanak ini diberikan tukul, dulang dan pahat dan diminta turun kedalam terowong-terowong sempit dicelah lombong untuk mengeluarkan emas. Mereka kemudiannya perlu membawa guni seberat 50paun diisi dengan tanah dan batu yang berisi emas dan dibawa ke kawasan air cetek terdekat untuk mendulang. Kanak-kanak ini dibayar bergantung kepada emas yang dijumpai setiap hari, menurut Price, upah yang diberikan sekitar 40peso atau 1 Dollar/Setiap hari bersamaan RM3.40 sehari.
Saya mahu kesekolah, tetapi keluarga tidak mampu menampung yuran pengajian, jadi tidak ada apa yang boleh saya lakukan selain mencari kerja, lagipun upah disini pun lumayan. cerita salah seorang buruh kanak-kanak disini apabila ditanya.
All photos © Larry C. Price/Redux